Setiap kehidupan tidak selalu indah, banyak peristiwa yang kita layari suka dan duka, Manusia tidak terlepas dari pelbagai persoalan hidup, rintangan, pengalaman, Kenangan dan segala hal yang terjadi ini, mampu menjadi guru yang amat berharga, pengalaman akan menjadi pedoman buat semua orang dan diri sendiri, Ya begitulah.
Hari ini telah kesepuluh hari stay at home aktiviti banyak tertumpuh didalam rumah, selainnya diluar rumah usai bunga dan membersih daun-daun kering dihalaman rumah. Bila rasa letih berehat sebentar dan sambung lagi jika perlu, tidur bila rasa mengantuk hihi.
Hari ini aku masak sayur kobis bercampur cendewan, daging ayam di potong halus aku bubuh sedikit kicap untuk menambahkan perisanya. Melihat kicap ini buat aku terkenang satu peristiwa di zaman sekolah rendah. Kadang makan nasi berlaukkan KICAP itulah santapanku dan abang zahrin sebelum kami melangkah ke sekolah pada seisi petang.
Makan begitu lebih mudah asalkan perut diisi, memadai asalkan tidak berlapar, kami pula bukanlah jenis anak yang terlalu memilih, santap saja mana yang ada bukan menjadi satu masalah, kami dah biasa berdikari sendiri atas didikan orang tua membesar tanpa dimanja dengan kesenangan, kehidupan pun serba kekurangan. Ibu pula tidak sempat menyediakan makanan kerana sibuk dikebun getah.
Suatu hari seperti selalu, aku ke dapur ingin mengisi perut sebelum melangkah ke sekolah. Setelah menyendok nasi ke dalam pinggan aku mengambil botol KICAP yang terletak diatas meja, aku bubuh KICAP diatas nasi, rasa terkejut melihat serbuk hitam bertaburan diatas nasi, aku menghidunya bau kopi, dalam hati, kenapa agaknya KICAP ini berbau kopi. Aku merenung nasiku yang sudah berhias dengan serbuk hitam. Hendak dimakan atau tidak.
Tiba-tiba aku terdengar satu suara ketawa tertahan-tahan, aku mencari dari mana datangnya suara itu, dibalik timbunan guni padi di satu sudut ruang dapur aku melihat satu sosok tubuh sedang bersembunyi abangku zahrin. Dia perlahan-lahan keluar diiringi dengan derai tawanya memperli aku. Aku bertanya siapa yang masukkan serbuk kopi dalam botol KICAP, dia mengaku dengan jujur, dia yang lakukan.
Betapa geramnya aku dengan pantas tangan ku mencapai botol KICAP itu dan menghuban kearahnya, sepantas kilat dia berlari. Mujur tak mengena, jika kena agaknya benjol kepala. Itulah antara secebis Kenangan bersama abangku zahrin yang tak pernah pudar dalam ingatan 😂😂😂😂. 🐓 ketika kami masih kecil, aku Selalu menjadi mangsa buli, suka sangat dia mengusik aku, ada-ada saja hal yang dia buat bikin aku panas gila.
Apa pun semuanya kini tinggal kenang-kenangan, kami pun sudah dewasa dan Masing-masing sudah berkeluarga. Kami tinggal berjiran, bila dia susah aku tolong dan tak pernah aku berkira. Aku rasa bahagia membantu saudaraku selagi aku mampu.
No comments:
Post a Comment