Thursday, 24 October 2019

ATALOGI PUISI BUNGA-BUNGA PULAU JAUH




ANTALOGI PUISI BUNGA-BUNGA PULAU JAUH-

3hb November 2019 hari pelancarannya akan berlangsung di Kuala Lumpur. Para penulis terdiri dari Wanita-Wanita Malaysia seramai 38 orang, saya hanya penulis kerdil dalam antalogi ini. Buku ini dicetak dalam dua bahasa iaitu bahasa Rusia dan bahasa Melayu.

Siapa tak girang berganding dengan penulis-penulis hebatkan bertaraf negara, Alhamdulillah antalogi ini bakal sampai ke tangan InsyahAllah.

PENGHIANAT BESAR


Insaflah wahai bangsaku  bukan setakat Minda kita dijajah kini, tetapi segala-galanya sedang digasak, yang malangnya turut di bantu oleh penghianat-penghianat bangsa  tali barut berjiwa durjana. Melayu mudah lupa adalah pengasas kepada penghianatan bangsa, agama dan negara ini demi tutntutan nafsu Serakah yang tak pernah puas. Rumah Kata pergi, kubur kata mari.

Huuu ganasnya ayat yang ku coret ini, sekadar melepaskan geram di kalbu.

Tuesday, 22 October 2019

PERIUK KERA








MAHUA

Pokok Periuk Kera atau nama saintifiknya 'NEPENTHES MIRABILIS' namanya pun unik.

Ketika saya sedang duduk diruang cafe menikmati kedinginan Mahua waktu petang, rehat sebentar sebaik tiba menghadiri program jabatan yang sedang berlangsung sejak pagi. saya memerhati disekitar resort sambil minum Teh panas pandangan saya terpaku ke arah sepasu pokok periuk kera tergantung di luar ruang cafe, teruja sangat-sangat melihat keunikan pokok ini, bunga-bunganya meriah berjuntai, lantas terus merakam gambar.

Keterujaan ini medorong saya berjumpa dengan salah seorang kakitangan resort yang bertugas disitu untuk dipertimbangkan minta sekadar anak pokoknya saja namun alangkah hampanya hati, "Tidak di benarkan mengambil sebarang tumbuhan dikawasan ini" katanya, oh sedihnya. Apakan daya jika sudah termaktub dalam undang-undangnya begitu. Aku hanya sekadar dapat menatap gambarnya. Namun dalam hati nekad berusaha mendapatkan ditempat lain. Begitulah bila sudah jatuh hati payah di lepaskan. Aku ingin memberi tahu suatu hal, aku pencinta bunga bukan alang-kepalang. Muahhhhh!


Sunday, 20 October 2019

ANGGUN MAWAR DIHALAMAN







Hanya ini saja koleksi mawar di halaman buat masa ini yang  tertanam dalam pasu, selainnya, mawar kampung yang tertanam diatas tanah. Teruja melihat kuntum-kuntum mawar memekar seindah alam. Benarlah penjagaan untuk pokok-pokok mawar ini perlukan kesabaran yang tinggi jika tidak sabar janganlah berharap bunga-bunganya akan muncul dikelopak.

Pokok mawar ini banyak sangat serangga suka menganggu terutama sekali belalang yang suka makan daun-daunnya. Jadi untuk mengelak daunnya habis dimakan oleh serangga-serangga ini terpaksalah disembur racun berkimia, sesetengah pencinta bunga kata, tidak elok menggunakan racun mengandungi kimia kerana banyak kesannya yang tidak baik, bukan saja tidak baik kepada tumbuh-tumbuhan, tetapi kurang baik kepada manusia dan alam. Mereka mencadangkan agar menggunakan racun mesra alam iaitu racun buatan sendiri, ya elok juga bahan-bahannya pun mudah didapati. Akan dicuba bila waktu mencukupi.

Wednesday, 16 October 2019

SETELAH TIGA TAHUN DILAMAN INI

































Inilah perkembangan suasana halaman ku setelah tiga tahun berada di desa nan permai. Banyak lagi pohon-pohon yang belum sempat di rakam. Sehari-harian inilah antara aktiviti yang sangat membahagiakan, walau berpanas, berembun, berhujan dan Apa2lah janji asalkan mengundang damai dihati  walau kulit dah semakin gelap, aku tak kisah pun. Biar kulit gelap yang penting hati putih hihi hi.

Sunday, 13 October 2019

DAUN-DAUN HIJAU


Daun-daun hijau dihalaman 
Menghijaukan harapanku 
Aku ingin menikmati suatu kedamaian 
Dalam perjalanan nanti diiringi doa-doa Dan kuaminkan untuk kesejahteraanku, Dunia Ini sering memerangkapku Dengan keasyikan sehingga aku terlena 

Hk
Oktober 2019
Kejorahari

Puisi kontot saja, sudah lama tidak menulis puisi, inilah hasilnya asalkan ada daripada tiada hihi. Pengisian aktiviti di ruang santai.

HIDUP INI MUDAH

HIDUP INI MUDAH

Yang bernama manusia
Selalu saja mencipta kesulitan
Mencipta onar Mencipta wasangka
Membawa jurang sengketa sesama
Sengaja ingin berseteru

Sebenarnya hidup ini mudah
Tanggalkan segala keegohan
Untuk mencipta kerukunan
Akan selalu bahagia

Hk
Oktober 2019

"mengikat saya ketasik hati" 

MENUKANG HATI


Aku tidak mahir menukang puisi
Secantik sayap kembang merak
Tapi aku belajar menukang hatiku
Menjadi indah damai dan bahagia
Seperti sepohon rendang
Merimbun daun Ditanah subur
Untuk kau berteduh
Dikala kau datang bertandang

Hk
Oktober 2019