Friday, 4 November 2011

Poligami menyumbang bahagia atau sengsara

Sekadar gambar hiasan
Poligami adalah perkara yang sangat digeruni oleh setiap wanita bergelar isteri, bukan menolak hukum yang telah di halalkan oleh Tuhan hanya menolak sikap ketidakadilan oleh sesetengah para suami mengamalkan poligami namun tidak berlaku adil terhadap isteri yang di poligamikan. Berapa ramai suami mengamalkan poligami mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga sekaligus menyumbang kepada keretakan  hubungan suami isteri yang telah sedia terbina malah anak-anak juga terheret sama dalam konflik ini, malah ada isteri yang diceraikan, dinafikan kewujudannya setelah berkahwin lain dimana keadilan.

 Bagi isteri yang tidak mampu meredah badai dia lebih rela memilih perpisahan dari terus kekal kerana bercerai jalan terbaik daripada makan hati sepanjang hayat. Telah menjadi lumrah bila Suami berkahwin lain dia  lebih mengutamakan isteri muda berbanding isteri tua dan yang lebih parah terdapat suami yang berkahwin muda ini mengikut segala telunjuk kehendak apa diminta maklum saja isteri muda, semua ditunaikan secara pantas,,,, namun tidak di nafikan ada kalanya berlaku perceraian kerana atas sebab tertentu yang tidak boleh diselesaikan melainkan perpisahan jalan terbaik..

Isteri muda ini seharusnya menyedari kedudukan mereka selaku bergelar madu, bukan bersikap  quen kontrol terhadap suami. dan hakikat sebagai isteri yang hadir sebagai orang ketiga.

Alasan selalu diberi oleh para suami tidak munasabah kata ikut sunnah Nabi namun tidak berlaku adil, " ikut sunnah nabi atau sunnah nafsu "?????
kepincangan jelas dalam amalan poligami, bukan lagi menyumbang keharmonian hidup malah menyumbang kepada kehancuran dalam institiusi sebuah keluarga. Mungkin tidak semua namun lebih banyak kes tidak berlaku adil.

Walaupun ada undang-undang sedia ada, namun yang jelas undang-undang lebih memihak kepada lelaki, dan ini telah menggalakkan para suami itu terus-menerus berpoligami, menyebabkan para isteri menjadi mangsa ketidakadilan.

Poligami itu mungkin kebaikannya tetap ada, tapi yang terlihat banyak keburukannya. Buat lelaki diluar sana jika anda tidak mampu berlaku adil lupakan saja cita-cita menambah isteri. Berkata kerana kebenarannya didepan mata.

Ini hanyalah pandangan peribadiku saja.

Isu TANAH SOOK, NABAWAN belum berakhir..

Masih hangat rupanya isu ini, bukan calang-calang kehangatannya boleh menumbang satu negara jika ia di biarkan begitu saja, orang kampung bukannya bodoh lagi di zaman saiber ini..mereka tidak lagi mudah di perkotak-katikkan walau diberi segunung emas..mereka sudah bijak, celik komputer nah apa lagi alasan mengaburi pandangan mereka...kau berikan madu gred 1, terima saja namun jangan kalian lupa suara hati mereka siapa boleh menduga esok-esok pru13 lihatlah apa hasilnya.

Suara mereka telah lama sepi,  simpan tidak payah cakap banyak, tidak payah bergendang lagi sudah cukup jiwa mereka  merana sejak tanah mereka di rampas oleh tetupai kota tiada angin, tiada ribut tiba2 tanah2 itu milik c perakus tamak haloba, zalim sungguh kalian, tiada hati perut..sudah 7 keturunan mereka duduk di situ tidak pernah diganggu-gugat tiba2 tanah di rampas di bangunkan ribuan hikter kelapa sawit menghias tanah milik mereka suatu ketika dulu, mereka dihalau bagai anjing kurap tidak berguna, ini tanah Saya kata dia, bukan lagi tanah kamu.. pergi jauh-jauh,,,  hanya terkebil-kebil mata memandang...mereka masih berjuang mendapatkan semula harta mereka yang di rampas, tapi sampai bila????  runding,  runding, runding, itu juga  tiada hasil ,dari kenaikan sampai keturunan tiada kedudukan....

Sedihnya mereka sudah lama pohon geran alasan oleh pihak bertanggungjawab itu tanah hutan simpan milik kerajaan, pelik tapi bila c kaya berurusan secepat kilat dapat sijil milik dia..  ilmu apa yang mereka guna sehingga sijil dapat dikeluarkan sebegitu pantas???? saya boleh menduga.. namun tidak menuduh...

Pakcik A kata mereka tetap akan tukar baju baru, kalau pun bukan baju baru tapi tukar warna....saya faham maksud mereka.. pakcik B menyahut mereka tidak mahu lagi itu timbangan bukannya membantu tapi menyusahkan, tanah kami dirampas katanya berulang-ulang... , timbangan menang kah, atau kalah kah ini juga kehidupan kami tidak juga berubah-rubah putung gata juga sambung Si pakcik C....makin hangat , suara semakin meninggi saya takut saja dia tumbuk meja hempas bangku...huhuhu...


(mereka rupanya yang rebut tanah itu,,,tak sangka...yalah mereka ada kuasa, mereka ada nama, dan mereka ada segala-galanya,,,SAYA KENAL MEREKA SIAPA??????.....

Isu Natrah cetus kontroversi

NATRAH...meninggal 2009
CHUKAI: Natrah anak pasangan Adeline Hunter dan Andrianus Petrus Hertogh, berketurunan Belanda, yang diserahkan ibunya kepada seorang wanita bernama Che Aminah Mohamad dari Terengganu yang ketika itu berada di Indonesia, selepas pasangan suami isteri itu menjadi tawanan tentera Jepun pada 1942 di Indonesia.
Sejak itu, Natrah ketika itu berusia lima tahun, dibesarkan Che Aminah dan menukar nama Bertha kepada Natrah dan ibu angkatnya itu memeliharanya seperti anak sendiri dan diberi didikan mengikut adab Melayu dan Islam.

Namun, selepas perang 1945, Hertogh dibebaskan dan dia berusaha mencari Natrah. Selepas ditemui, Che Aminah diperdaya membawa Natrah ke Singapura untuk bertemu bapanya, tanpa menyedari muslihat Hertogh untuk mengambil kembali anaknya. Tindakan Hertogh mendorong Che Aminah memfailkan rayuan di mahkamah dan berjaya mendapat Natrah semula. Beliau kemudian dikahwinkan dengan Mansor Adabi pada usia 13 tahun. Bagaimanapun, pada 12 Disember 1950, Mahkamah Tinggi Singapura mengarahkan Natrah dikembalikan semula kepada bapanya dan pulang ke Belanda, sekali gus mencetuskan rusuhan di Singapura menyebabkan 18 maut dan ratusan lagi cedera.

Thursday, 3 November 2011

PERKAMPUNGAN MISTERI DIBUKIT KIMANIS


sekadar gambar hiasan
Anda percaya atau tidak dengan cerita ini, terpulang itu hak anda, namun jangan lupa selain kita menjadi penghuni dimuka bumi ini terdapat juga mahluk lain turut sama yang tidak dilihat dengan mata kasar manusia.

Mesyuarat berakhir jam 5.30 ptg, perasaanku mulai resah, fikiranku melayang memikirkan perjalanan kali ini pasti akan melewati malam. Cepat-cepat aku melangkah keluar dari bilik mesyuarat sebaik mesyuarat tamat dan terus meninggalkan bangunan putera jaya menuju ke kereta yang terletak diluar bangunan.

Aku memulakan perjalanan dan berusaha mempercepatkan pemanduanku untuk  mengelak suasana malam  namun aku tidak mampu berbuat demikian kerana bandar raya kota kinabalu dalam waktu-waktu begitu sememangnya sesak teruk,  pergerakan kenderaan sangat perlahan maklumlah waktu pejabat telah berakhir dan semua manusianya kembali ke tempat masing-masing, kesesakan yang sangat teruk di sepanjang jalan sekitar putera jaya hingga ke papar, buat jari-jemari kakiku rasa lenguh kerana asyik menekan brek

Tiba di kawasan Kg. Kelatuan Papar sudah menunjukkan jam 7.30mlm jalan raya mulai sepi dari keriuhan kenderaan. Hujan mulai turun terlalu lebat..pemanduanku semakin perlahan kerana jalan sudah tidak nampak jelas, hanya Tuhan yang tahu dalam kesendirian memandu begitu  banyak perkara yang hadir bertandang di fikiranku apa lagi bila memikirkan sepanjang jalan menaiki bukit  kimanis hutan di kiri kanan.

Teringat cerita beberapa rakan ketika mereka memandu di kawasan itu pada waktu malam pernah di ganggu ketika dalam perjalanan, melihat lembaga berdiri ditengah jalan tingginya bukan alang kepalang mencapai bumbung langit, kenderaan tidak bergerak dan bau yang sangat menganggu. Namun aku cuba atasi perasaan itu, pelbagai ayat kubaca untuk meredakan rasa ketakutan yang mula bersarang di fikiran. ketika aku menaiki bukit Kimanis menuju ke Keningau pemanduanku semakin perlahan kerana hujan semakin lebat turun mencurah-curah, kabus tebal di tambah lagi suasana gelap pekat, kaca mataku pun langsung tidak membantu menerangkan pandangan huuu  ... 

Kesunyian sangat terasa bila tiada sebuah kenderaan pun lalu lalang ketika itu, bayangkan sendirian memandu diwaktu malam begitu, rasa nafasku sesak, dalam kedinginan pun masih mampu berpeluh, namun mau buat macamana hendak tak hendak terpaksa kena kuatkan semangat, aku menggigil kedinginan aduhh saat yang amat aku rasakan sungguh mencabar pernah kulalui.

Aku berulangkali menarik nafas dan dalam hati hanya berdoa semoga selamat tiba kedestinasi.( inilah  pengalaman pertamaku melewati malam dlm perjalan pulang dikawasan jalan kimanis ke keningau)- jika sebelum ini kekadang kelewatan malam di perjalanan antara Moyog, Tambunan ke keningau ..tiada apa yang hendak di risaukan kerana sepanjang jalan ada rumah orang kampung jika ada apa-apa  berlaku mungkin boleh minta bantuan. Namun dikawasan ini sunyi sepanjang jalan.

ketika semakin hampir dipuncak bukit pertama, aku melihat disebelah kanan di terangi cahaya lampu terang-benderang seperti sebuah perkampungan, walau dalam keadaan hujan lebat namun nampak jelas, lalu keresahan mulai reda sedikit kerana sangkaku memang wujud perkampungan disitu. aku meneruskan perjalanan dan berusaha menenangkan fikiran yg masih dilanda kebimbangan.

Sehinggalah tiba dibandar keningau pada waktu lebih kurang 9.00mlm. Barulah Rasa nafasku berhembus lancar. Selang beberapa hari kemudian aku ke kota kinabalu atas urusan jabatan, ketika tiba dikawasan dimana aku melihat cahaya terang benderang yang kusangkakan perkampungan namun langsung aku tidak melihat  adanya rumah2 disitu yang ada hanyalah kawasan hutan dan curam.  Aku rasa pelik, berlegar-legar dalam fikiran dan tercari-cari dimanakah perkampungan itu. Sungguh misteri!

Wednesday, 2 November 2011

‘SUAMIKU LUAR TABII’


BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.
BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya. “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.
“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa 
petanda mencurigakan.“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.
Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya. Liza semakin curiga apabila menemui kondom
 di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya. Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada
 lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.
“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.
“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.

Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. “Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.
Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.
“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.
“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.

Sunday, 30 October 2011

SIAPA SELEPAS GADDAFI ?

pix_gal0


KEMATIAN bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, bukan sekadar kehilangan biasa dengan tempiasnya hanya dirasai negara Afrika Utara itu. Ia sebaliknya turut diiringi pelbagai persoalan, ramalan serta masa depan rantau Asia Barat itu.

Terlalu banyak onar yang dimainkan oleh barat menjatuhkan pemimpin negara-negara islam, apakah negara Malaysia juga sedang diperhati..??

Perbezaan ideologi politik menyumbang kepada perbalahan rakyat di negara ini, memungkinkan musuh-musuh dalam selimut  tidak akan diam. Negara kita terus berkocak angkara seorang manusia munafik sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-citanya menjadi seorang pemimpin. wajarkah seorang manusia seperti ini diangkat menjadi pemimpin sedangkan dirinya bergelut dengan krisis moral yang teruk



Kanser Payudara pembunuh no 1 wanita

 Kanser payudara menjadi penyerang utama rakyat negara ini berbanding empat jenis barah utama lain, termasuk usus dan paru-paru.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan bagi tahun ini, kes barah payudara adalah 18.1 peratus berbanding kanser usus (12.3 peratus), paru-paru (10.2 peratus) nasofarinks (5.2 peratus) dan servik (4.6 peratus).
Apa yang membimbangkan, barah payudara menjadi pembunuh utama wanita negara ini dengan anggaran 29 bagi setiap 100,000 wanita menghidapnya.
Barah payudara adalah pembunuh utama wanita kita iaitu 32.1 peratus berbanding barah usus (10 peratus), servik (8.4 peratus), ovari (6.5 peratus) dan paru-paru (5.4 peratus).




Berdasarkan bilangan penghidap barah payudara yang sudah dikenal pasti, 21 peratus adalah tahap pertama. Sejumlah 37 peratus adalah tahap kedua manakala bagi tahap terakhir iaitu tahap ketiga sebanyak 24 peratus dan tahap keempat 18 peratus.

Kesedaran wanita itu sendiri amat penting bagi mencegah penyakit berkenaan sedari awal dengan melakukan pemeriksaan setiap tahun terutama yang berusia lebih 40 tahun. Namun, wanita muda juga tidak terkecuali menghidapnya.

Friday, 28 October 2011

Anggota Polis Yang Terlebih..

sekadar gambar hiasan
Terbaca kisah pembunuhan Kartini Borhan yang di kaitkan dengan anggota polis baru-baru ini di daerah Keningau, buat saya terkenang satu peristiwa berlaku beberapa tahun dulu, ketika itu saya menghadiri satu mesyuarat jabatan peringkat negeri yang di adakan di daerah sipitang, pada bulan berkenaan daerah Sipitang telah di pilih oleh pengarah untuk mengadakan mesyuarat kerana pada keesokan harinya itu kami akan bersama Datuk Sapawi Ahmad dalam satu aktiviti bersama menteri.

Oleh kerana saya ada urusan penting di badaraya kota kinabalu pada kesokan harinya, pada petang itu selepas mesyuarat tamat lebih kurang jam 5.30 petang, saya mohon izin pada pengarah meninggalkan sipitang dan tidak sempat bersama esok hari atas sebab urusan penting yang tidak boleh di abaikan walaupun itu urusan peribadi. Beberapa rakan melarang saya  meneruskan perjalanan kerana hari sudah mula beganjak malam, saya katakan pada mereka tiada apa yang perlu di risaukan doakan saya selamat dalam perjalanan dan selamat sampai ke destinasi.

  Lebih kurang jam 6.00petang saya memulakan perjalanan dari sipitang ke kota kinabalu memandu sendirian.. saya memandu dalam kelajuan lebih kurang 100km sejam, saya melakukan demikian kerana cuba mengelak malam ketika berada di kawasan antara sipitang ke Beaufort kerana kawasan itu agak gelap dan tiada penghuni di sepanjang jalan agak menyeramkan, namun ianya berlaku juga, malam begitu cepat berlabuh. Tiba di daerah beaufort lebih kurang hampir jam 7 mlm, saya meneruskan perjalanan , ketika tiba di kawasan daerah membakut dari jauh saya melihat banyak kenderaan berhenti di bibir jalan, ingatkan berlaku kemalangan rupanya ada sekatan jalan yang dilakukan oleh polis. Mereka membuat pemeriksaan pada setiap pemandu dan kenderaan, dua orang anggota polis sedang sibuk menjalankan tugas, yang seorang menahan setiap kenderaan yang lalu, yang seorang lagi sibuk menyoal siasat sambil menulis keterangan dari pemandu-pemandu yang mungkin telah melakukan kesalahan.

Ketika giliran saya berada di hadapan polis itu,  dia mengarahkan saya berhenti, ketika saya menghentikan kenderaan tiba-tiba hp saya berdering tanpa berlengah saya menyambutnya, polis itu terus mendekati kenderaan saya dan mengarahkan  membuka cermin, lantas katanya saya telah melakukan kesalahan kerana menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu dan polis itu mengarahkan saya menggalihkan kenderaan ditepi jalan sambil polis itu berlalu dan beralih ke kenderaan lain, kerana di belakang masih banyak kenderaan yang sedang menunggu, saya pun tanpa membuang masa mengikut arahannya, saya meletakkan kenderaan di belakang sebuah lori balak yang sarat dengan muatan. jam di tangan hampir pukul 8mlm, sudah hampir 20 minit saya menunggu apa arahan seterusnya.

Tiba-tiba polis itu datang semula ketempat saya dan mengarahkan saya turun dari kenderaan dia minta saya supaya ketempat kereta mereka memberi keterangan, dia terus mengeluarkan pensil dan satu borang untuk diisi mungkin surat saman agaknya, tidak berapa jelas kerana keadaan gelap hanya dia menggunakan lampu picit, dia mengulangi kenyataannya yang kesalahan saya menggunakan hp ketika memandu, dengan tegas saya katakan
 tidak bersalah, saya menyambut hp ketika sudah menghentikan kenderaan,,namun dia tidak berpuas hati, malah dia minta saya membayar sebanyak " RM180 " TUNAI kerana kesalahan tersebut, saya tiada wang sebanyak itu lagipun saya tidak bersalah kamu sendiri nampak tadi saya menganggkat hp ketika kenderaan sudah berhenti,. oleh kerana keengganan saya tidak mahu membayar , akhirya dia mengalihkan pertanyaan,  satu pertanyaan yang tidak berkaitan, dia bertanya saya hal-hal  peribadi pula,...

Dia bertanya dari mana dan mahu kemana?, kerja apa?  berasal dari mana? dia tanya lagi siapa keluarga saya di kk, pertanyaan paling bonus,,dia tanya adakah" SAYA MASIH BUJANG "??????? kuang! kuang! kuang! saya tergelak kecil sudah jauh menyimpang...dengan jujur saya menjawab setiap pertanyaan yang dia ajukan,  saudara kandung saya itu  seorang Ahli ..bergelar  berjawatan .. menyebut namanya .huhuhu   saya dalam keadaan panas hampir panas tahap dewa..,..saya  kata lagi sudah berkahwin, dia tanya berapa anak??? haaaaaaaaaaaaaaaaaahhh saya memberitahu anak sekian ramainya dia pun terdiam, lantas dia kata oh saya fikir "KAMU MASIH BUJANG.".. kurang asam punya polis...dia pun melepaskan saya...malangnya  lupa catat nama Polis itu......segelintir anggota polis suka ambil kesempatan, namun masih ramai yang baik hati  semasa menjalankan tugas diluar sana..

Wednesday, 26 October 2011

Lelaki TERHODOH di Dunia

Reuters

Lelaki miliki tindikan paling banyak di dunia





DORTMUND, Jerman - Rolf Bucholz yang merupakan seorang pakar komputer berusia 52 tahun mempunyai tindikan sebanyak 453 di tubuhnya.

Dia merupakan pemilik rekod Guinness World of Records lelaki yang paling banyak bertindik di dunia.
Muka lelaki tersebut juga mempunyai banyak tindikan seperti di kening, bibir dan hidung.
Dia juga mempunyai 278 tindikan di bahagian kemaluannya.

-manusia memang pelik- yang tidak pelik di pelikkan
-yang cantik di hodohkan- ada2 saja ..
Yang hodoh di cantikkan...
dasarnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada.

Kami ke Kampung hantar sumbangan

PKD Kemas Keningau menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk kampung, turut bersama pengerusi JKK Kg. Ulu Liawan.
Bosku yang cool sentiasa tersenyum tidak  banyak cakap

Seawal jam 10 pagi, kami ( warga KEMAS) ke sebuah perkampungan di kawasan Adun Liawan- Kg. Ulu Liawan menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada penduduk kampung,  40 buah rumah telah di pilih dan layak menerima sumbangan ini. 

Kami menyampaikan sumbangan ini dari rumah ke rumah sambil bersilaturrahim diantara warga kemas dan penduduk. Penerima sumbangan ini tidak mengira agama apa atau parti apa...matlamatnya adalah
satu iaitu berbudi kepada rakyat. ( sumbangan ini adalah daripada jabatan Kemas di bawah KKLW   Malaysia),

-hari ini cuti deepavali- namun tugas tetap di laksanakan demi berkhidmat untuk masyarakat.

Monday, 24 October 2011

LEBIH 6 jUTA BELIA HADAPI KRISIS IDENTITI






Lebih enam juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.
Dapatan tersebut diperoleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hasil tinjauan melalui media alternatif seperti laman sembang sosial Facebook dan Twitter yang dihoskannya bermula Januari tahun ini.
Sehingga kini terdapat kira-kira 11.65 juta belia di Malaysia iaitu 40.28 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini.

Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman (gambar) berkata, masalah tersebut kini berada pada tahap yang membimbangkan kerana ia akan mendorong belia terbabit ke arah pemikiran secara liberal.
Justeru beliau berkata, kerajaan perlu memandang serius perkara itu demi memastikan golongan belia terus berada pada landasan yang betul untuk menjamin masa depan negara.
"Jika tidak dibendung di peringkat awal, tidak mustahil perkara yang tidak diingini akan berlaku.
"Pelbagai program kesedaran melibatkan para belia perlu diperbanyakkan demi memastikan keterlibatan golongan ini bersama masyarakat,"

Menurut Abdullah Zaik, isu kecelaruan identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti.
"Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan," katanya.

sumber-utusan online

Sunday, 23 October 2011

BILA HATI RETAK SERIBU...


Rakan ini menceritakan saya kisah perjalanan hidupnya bersama suaminya...katanya sejak sekian lama dia berkahwin dengan suaminya, suaminya itu tak pernah pun belikan apa2 untuknya, perbelanjaan rumahtangga pun semuanya dia yang sediakan..hatta  seekor ikan bilis pun tak pernah beli untuk dibawa pulang, lenggang kangkung balik rumah macam orang bujang...jika diikutkan hati katanya sudah lama dia tinggalkan suaminya itu  .sedih saya mendengar kisahnya namun itulah hakikat, kes2 begini memang seringkali berlaku dalam kehidupan berumah tangga..

 Isterilah yang bertungkus-lumus menyediakan itu dan ini...adakah suami itu tidak ada hati dan perasaan memikirkan tentang tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga..malang sungguh wanita yang bersuamikan lelaki seperti ini...tapi memang ramai suami yang spesis begini...menyebabkan hati isteri retak seribu...
bertanggungjawablah wahai para suami simpan sikap bertanggungjawab dalam diri kalian...namun tidak dinafikan masih ramai para suami yang berhati mulia di luar sana..berbahagialah keluarganya.