Tuesday, 23 September 2014

NASI LINOPOT

NASI LINOPOT, saat arwah Ibu masih ada, arwah ibu sangat rajin menyediakan nasi linopot buat santapan kami satu keluarga.. lebih-lebih lagi saat kami masih kanak-kanak. Ini adalah hidangan wajib.. Nasi Linopot ini adalah antara makanan kegemaran orang dusun. ya agak tradisi namun tetap enak bila dimakan bersama sayur-sayuran, ikan bilis, ikan kering dan apa saja jenis lauk. 
 
Cara penyediaan  beras di masak bercampur ubi keladi atau ubi kayu atau ubi keledek, setelah masak barulah digaul sehingga ia bercampur aduk barulah di bungkus mengunakan daun pisang atau sejenis daun kayu. Saya pun lupa apa nama jenis pokok kayu tersebut. Selamat mencuba .

 ( Nasi Linopot bermaksud Nasi Bungkus) . (LINOPOT BERMAKSUD BUNGKUS, LINOPOT ADALAH PERKATAAN DALAM BAHASA DUSUN tempatan orang Sabah.
 
 · 

Sunday, 21 September 2014

HAI MELAYU


Hai Melayu!
Rumahmu semua dibina Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya india,
Warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
Warga bangla pula menjadi JaGa,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?
Harapkan ustaz, saling menyesat,
Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar
Kau melayu aku pun melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
Kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
Kau melaung-laung di jalan raya,
Bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Kerana malaya bukan lagi milik mu !
Aku pun melayu,
Engkau pun melayu,
Bodoh sombong harus di tepis,
Riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
Bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....
SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57-SAJAK KEMERDEKAAN.

Pak A Samad Said kata, ini bukan sajak dia, apa pun yang penting kita sama-sama hayati bait-bait sajak ini, untuk kita jadikan sebagai renungan dan iktibar.
Sumber-FB

Tuesday, 16 September 2014

Perjalanan Dari Keningau Ke Tawau Melalui Jalan Kalabakan

Pemandangan damai di perkampungan Salarom Taka Pensiangan
Seawal jam 10.30 pagi saya dan beberapa rakan memulakan perjalanan daripada daerah keningau menuju ke bandar Tawau melalui jalan kalabakan, perjalanan memakan masa lebih kurang tujuh jam lamanya, itu pun memandu hanya dalam kelajuan 80km ke 120km. Mungkin saja tak sampai 7 jam jika tidak menyinggah di kampung Salarom Taka minum-minum kopi sambil ziarah keluarga si Roger London di kampung berkenaan.

Lebih kurang jam 2.00 petang kami meneruskan perjalanan, ini merupakan kali pertama ke Tawau mengunakan kenderaan melalui jalan kalabakan, keadaan jalan yang rata serta berturap sungguh santai pemanduan saya sambil menghirup udara segar hutan rimba dari salarom taka sehingga ke kawasan kalabakan, selainnya ribuan ekar kebun kelapa sawit entah milik siapakah ladang itu. Pemandangan hijau saujana mata memandang.

Sebelum ini saya hanya menaiki kapal terbang apa bila ke Daerah Tawau atau menumpang bas, tetapi kali ini menaiki kenderaan sendiri, kelebihan menaiki kenderaan sendiri semua tempat dapat dilihat, dijelajah nampak sangat bandar Tawau ini agak berserabut. Tepat jam 4.45 petang kami tiba di bandar Tawau terus saja mencari tempat penginapan untuk dua malam.
Retusan ibubapa hadir di majlis hari potensi kanak-kanak Tabika Kemas peringkat Negeri Sabah, tuan rumah Daerah Tawau telah dipilih.
Program ini sebenarnya yang mengundang kami ke daerah Tawau untuk tujuan menghadiri hari potensi kanak-kanak Tabika Kemas peringkat Negeri Sabah. Program ini telah diresmikan oleh YB Datuk Taufik Titingan pada malam ahad bertempat di dewan SMK Balung Tawau.
Kumpulan kompang kanak-kanak Tabika Kemas Johan di peringkat Negeri mewakili ke peringkat kebangsaan
Program ini telah bermula sejak awal pagi pada 13hb september dan berakhir pada sekitar tengahari 14hb september, manakala penyampaian hadiah sekaligus majlis penutupan pada malam ahad. Zon 5 telah berjaya merangkul juara pada kebanyakan kategori yang di pertandingkan. Dari kumpulan kami zon 4 hanya mendapat johan dalam kategori boneka tangan dan kategori bercerita, daripada Tabika Kemas Daerah Ranau. huhu yang penting ada wakil zon.

15hb september pagi sekitar jam 10.00 pagi kami meninggalkan daerah Tawau dan kembali ke destinasi. Alhamdulillah sepanjang menjalankan urusan semuanya dalam keadaan mudah dan lancar.

sebahagian rakan-rakan yang hadir ke program ini

Friday, 12 September 2014

Cerita Bulan Kelahiran


# Sangat seronok didamping
# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
# Agak pendiam kecuali dirangsang
# Ada harga dan maruah diri
# Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
# Mudah dipujuk dan bercakap lurus
# Sangat menjaga hati orang lain
# Sangat peramah
# Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
# berjiwa sentimental
# jarang berdendam
# mudah memaafkan tapi sukar melupakan
# tidak suka benda remeh-temeh
# membimbing cara fizikal dan mental
# sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
# layanan yg serupa dgn semua orang
# tinggi daya simpati
# pemerhatian yg tajam
# suka menilai org lain dgn pemerhatian
# mudah dan rajin belajar
# suka muhasabah diri
# suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
# suka mendiamkan diri
# suka duduk dirumah
# suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
# tak agresif kecuali terpaksa
# lemah dari segi kesihatan perut
# mudah gemuk kawal tak kawal diet
# minta disayangi
# mudah terluka hati tapi lambat pulih
# terlalu mengambil berat
# rajin dalam membuat kerja

Tuesday, 9 September 2014

Hari Potensi Tabika Kemas Zon 4 2014

Kumpulan nashid daripada daerah Keningau ini telah di nobatkan sebagai johan di peringkat zon 4, kumpulan ini akan mewakili zon ke pertandingan peringkat negeri sabah. Tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya merangkul juara.

Ini pula daripada Tabika Kemas Daerah Ranau johan dalam kategori tarian etnik dusun pedalaman mewakili zon 4 ke peringkat negeri. Tuan rumah perlaksanaan pertandingan peringkat negeri sabah kali ini adalah daerah Tawau bertempat di smk Balung pada 13hb hingga 15hb september 2014.


Monday, 8 September 2014

Majlis Konvokesyen Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia KEMAS 2014

Majlis ini telah di sempurnakan oleh Dato Ketua Pengarah Kemas Malaysia Ybh, Dato Hasan Hj Mohd Amin, bertempat di Bangunan Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah sekaligus majlis raya di adakan serentak.  Majlis ini antara tujuannya adalah mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan pegawai atasan bersama warganya diperingkat bawahan. Turut bersama dalam majlis ini Pengarah Kemas Sarawak dan Sabah.

Majlis ini diselitkan penyampaian sijil diploma kepada beberapa kakitangan Kemas yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai bidang kemahiran seperti jahitan, masakan dan dandanan. Dato Ketua Pengarah turut memberi ingatan kepada warga kemas agar sentiasa berusaha menambah ilmu dalam pelbagai bidang khususnya yang mampu menyumbang pengetahuan kepada masyarakat luar bandar sesuai dengan matlamat jabatan kemas.

Warga kemas juga diingatkan agar sentiasa memberi tauladan yang baik kepada masyarakat serta menjalankan setiap tugas dengan niat yang ikhlas.

Kemas adalah antara agensi yang telah terbukti berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sekaligus berjaya mendidik sebilangan masyarakat khususnya dalam bidang kemahiran seperti menjahit, masakan, kraftangan serta kemahiran terkini yang baru di wujudkan kepada golongan wanita muda ialah kemahiran dandanan diri, malah ada golongan ini telah berjaya menjadi usahawan hasil daripada bimbingan guru-guru kemas sejak beberapa dekad lalu.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan salah satu  aktiviti yang berjaya menyumbang kegemilangan jabatan Kemas sejak dulu dan sehingga ke hari ini. Telah berjaya melahirkan kanak-kanak ditahap cemerlang seawal umur 4tahun ke 6 tahun yang mana mereka ini fasih membaca, menulis dan mengira sebelum melangkah ke fasa sekolah rendah.

 Justeru semua guru-guru diingatkan agar terus berusaha gigih tanpa jemu dalam membimbing mereka. Kebanyakan guru-guru kini telah berjaya menamatkan pengajian mereka di institiut Perguruan sudah tentu tahap pengajaran lebih berkualiti setaraf guru-guru pra sekolah dibawah kementerian Pendidikan.
Antara sedutan ucapan Dato Ketua Pengarah Kemas Malaysia. 

Wednesday, 3 September 2014

Adik Shahrul Dalam Kenangan

Adik Shahrul bersama sahabatku
Mendapat kabar adik shahrul telah kembali ke rahmatullah, buat saya sebak dada kerana tak sempat ziarah arwah saat hayatnya terlantar sakit, menurut rakan-rakan di HQ sebaik diketahui penyakit adik sahrul dia telah dipindahkan ke negeri kelahirannya untuk tujuan mendekatkan dirinya pada keluarga serta memudahkan rawatannya.

Telah beberapa bulan saya mendapat perkabaran arwah dalam rawatan di Hospital Pulau Pinang sehinggalah dia meninggal, sedihnya tak tercapai untuk datang ke sana kerana faktor kos. hanya doa mampu diutus semoga adik sharul cepat sembuh.  Namun semuanya adalah kehendak dari yang maha esa, darinya kita datang, kepadanya kita kembali Al Fatihah buat arwah semoga rohnya di tempatkan bersama insan-insan solehen. Seluruh warga Kemas negeri Sabah yang mengenali turut mendoakan.

Saya menulis entre ini kerana saya ada kenangan bersamanya,  Peristiwa ini berlaku saat saya dalam perjalanan dari KL balik ke Sabah, adik sahrul pula dari Terengganu menghadiri mesyuarat hari potensi peringkat kebangsaan mewakili negeri sabah. Semasa menaiki Tren dari KL Sentral menuju ke KLIA, secara kebetulan kami duduk dalam satu gerabak hanya berlainan tempat duduk, dia duduk mengadap ke arah saya. Bermula disinilah saya mula kenal adik sahrul selepas dia menegur saya. Sembang-sembang rupanya adik sahrul ni staf pejabat kami di ibu negeri. Patutlah dia asyik pandang saya dan tersenyum sejak mula bertemu. dia kenal saya, saya pula tidak mengenalinya. katanya dia selalu nampak saya di pejabat kemas negeri setiap kali berurusan atau mesyuarat. saya pula langsung tidak perasan.

( Rentetan peristiwa)..Tanpa sedar tren tiba di KLIA, sebelum ke tingkat lima, saya mengajak adik sahrul ke tingkat dua untuk makan bersama sebelum daftar dikaunter utuk berlepas, kerana waktu pun masih panjang.. Semasa kami sedang makan ruang itu saya gunakan kesempatan bertanya tentang dirinya, rupanya adik sahrul ni berasal dari negeri jelapang padi,, tidak perasan dia berasal dari negeri jelapang padi kerana bahasanya pun dah macam cakap orang sabah  rupanya sudah beberapa tahun berada di negeri bawah bayu ini.

Selesai kami makan, kami terus ke tingkat lima untuk mendaftar dikaunter dan terus menuju ke balai berlepas. Tiba di KKIA sebelum kami berpisah dia sempat bertanya apa kah saya akan terus balik keningau, saya juga sempat bergurau dengannya jika belum ada yang punya boleh aplai jadi menantu saya..dia hanya tersenyum dan ketawa sambil beredar. Al Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama roh insan-insan beriman.

Tuesday, 2 September 2014

ASYIK JAGA HATI ORANG, HATI KITA SIAPA JAGA


Kita asyik saja menjaga hati orang, berhati-hati dalam setiap tindakan, berdiplomasi, bertoleransi, cakap lembut, kalau kasar takut merajuk, takut tersinggung, takut kecil hati, semuanya mau dijaga, walau hati sendiri hangus terbakar. terpaksa hipokrit.

Letih sangat-sangat buat perkara begini. Sejujurnya aku sangat keletihan.makan hati sendiri..hati kita siapa jaga....sendiri pun ada hati..maaflah aku sudah penat asyik mau jaga hati orang. Kalau pun tersinggung kenapalah jika tersinggung seribu tahun..

Aku sudah berfikir panjang mulai dari sekarang, aku lakukan akan buat apa yang patut, aku akan kata apa yang sebenarnya, pedulilah mereka tersinggungkah, merajukkah, kecil hati kah atau apa-apa saja...yang penting aku tidak melanggar hak-hak asasi manusia, bercakap dilandasan kebenaran.

Kadang bila kita terlalu baik orang akan ambil kesempatan pijak kepala huhhh. namun jangan berharap selamanya kepala kita dipijak-pijak ini kali lah..huhhhh

Monday, 1 September 2014

Alhamdulillah Selesai

Dua minggu lagi anak jejaka saya akan berangkat menyambung pengajian ke tanah seberang di pantai timur, Alhamdulillah setelah beberapa bulan menamatkan diploma, penantian untuk menyambung ke peringkat sarjana muda akhirnya terlaksana setelah di kabarkan, dia antara dari retusan siswa telah berjaya diterima semula menyambung pengajian dalam bidang yang telah dikhususkan.

Seorang Umi adalah insan yang paling gembira mengharap dia satu-satunya anak tunggal lelaki,  belajar sehingga ke menara gading tidak perlu terburu-buru mencari pekerjaan kerana usia pun masih muda. Kata-kata itu sentiasa saya pesankan padanya.

Segala persediaan telah diatur termasuk Tiket flight dan pendaftaran , tinggal lagi urusan medical chek- up yang diurusnya.

Setelah keputusan medical chek-up diperolehi alangkah kecewanya dia kerana doktor memberitahu dia mengalami masalah kesihatan yang mana dia harus dirawat selama beberapa bulan serta mencadangkan menangguhkan pengajian, itu pun jika pihak universiti bersetuju atau terpaksa menolak untuk tujuan rawatan.

Lalu dia menghubungi pihak U untuk berbincang, namun pihak U juga menolak untuk penangguhan jika sampai melibatkan satu semestar. Malah pihak U mencadangkan agar dia menolak tawaran tersebut dan cuba memohon semula pada masa akan datang.

Dia rasa kecewa, namun saya meyakinkan dia masih ada jalan serta usaha. saya tidak putus-putus  memberinya semangat serta motivasi. Tidak lupa saya call kakaknya yang bekerja dibahagian kesihatan turut memberi semangat dan motivasi pada adiknya ini.  Dalam diam sebenarnya saya juga turut kecewa, namun dalam hati yang kecewa, minda saya terus ligat berfikir mencari penyelesaian. Saya bertemu pegawai yang melakukan pemeriksaan keatas anak saya dan berbincang secara panjang lebar.

Hasil dari perbincangan ada sedikit penyelesaian, dia minta saya bertemu doktor yang boleh dibawah berunding agar melonggarkan syarat yang telah diberikan oleh pegawai perubatan yang memeriksanya sebelum itu. Kerana hanya doktor yang boleh meletakkan keputusan katanya.

Beberapa orang doktor telah saya temui namun semuanya menolak dengan apa yang saya cadangkan. Mereka tidak mahu berkompromi dalam soal kesihatan seseorang yang telah disyaki ada penyakit. Walhal penyakitnya itu tidaklah memudaratkan sangat, kerana telah pun diberi rawatan sebaik saja dia didapati ada masalah kesihatan. itu kenyataan pegawai yang memeriksa anak saya.

Saya hampir saja berputus asa..namun saya tidak noktakan usaha sampai disitu. Seorang rakan telah mencadangkan saya berhubung dengan seorang doktor pakar yang boleh membantu. Selepas berhubung dan berbincang doktor tersebut tiada masalah boleh membantu namun sayangnya dia berada jauh nun dihujung Sabah. Dia minta saya datang ke tempatnya jika keadaan benar-benar mendesak. Bila memikirkan terpaksa mengeluarkan lagi kos untuk pengurusan..rasanya kurang praktikal.

Waktu semakin dekat akhirnya terpaksa menggambil keputusan terima saja keputusan seorang Doktor selepas perbincangan terakhir. Dalam catatan hanya dua bulan bercuti tetapi dicadangkan cuba merayu kepada pihak U agar di pendikkan cuti dari dua bulan ke dua minggu. Tawakal berusaha dan berdoa. itulah jalan terakhir yang saya cadangkan kepada anak saya. Saya juga terus berdoa. Alhamdulillah, kini anak saya telah berangkat ke pantai timur Insyahallah semoga urusan berjalan lancar.

Hari ini selepas pendaftaran, anak saya telah menhubungi saya memberitahu pihak U hanya memberinya cuti untuk seminggu saja . Syukur Alhamdulillah usaha tidak sia-sia, serta doa kepada yang maha esa memudahkan segala urusan. Nasib baik tidak berputus asa. ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH


Sunday, 31 August 2014

Dugaan Bertimpa-Timpa

Entah apa malangnya nasib di ogos ini, patut ini bulan merdeka, merdeka dari segala dugaan huhu..beberapa insiden yang tidak dijangka telah berlaku buat jiwa sedikit terganggu. Namun bukanlah terganggu kerana dek terpaksa mengeluarkan kos untuk menanggung semua itu atas kesilpan sendiri, hanya aku asyik memikir dan buat aku banyak muhasabah diri.

Seminggu lalu, kereta seorang pegawai telah kulanggar akibat alam keretaku tidak bengeluarkan amaran, ketika aku mengundurkan kereta terasa ada objek menghentak bahagian belakang barulah alam berbunyi, .langsung saja aku tidak nampak adanya sebuah kereta berada disitu, kerana ruang itu bukannya parking khas untuk kereta, .masya-Allah habis kemek depan kereta pegawai itu. Keretaku pula tidak mengalami apa-apa. Aku manusia yang tidak suka banyak soal terus saja mengaku harus bertanggungjawab selesai segala urusan, tak apalah salah diri sendiri.

Beberapa hari kemudian ketika aku meletakkan keretaku di sekitar One Brneo sementara pigi shoping, Sekembalinya aku dari shoping alangkah terkejutnya aku cermin keretaku telah dipecah dan bag pakaianku turut hilang, ini mesti dilakukan oleh spisis manusia yang kurang waras akalnya.. huhh , hendak dilapor kepda pihak polis rasanya tidak akan menyelesaikan masalah, terpaksalah juga tanggung sendiri. Ya Tuhan...



CINTAKU BERSEMI DISINI

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Salam merdeka buat seluruh warga Malaysia hari ini 31 Ogos 2014, Sebagai rakyat yang cintakan negara . Tarikh keramat ini kita ingati dan semat didalam kalbu, negara ini merdeka atas deraian air mata darah moyang terdahulu justeru kita syukuri segala nikmat ini dengan sesungguh hati..

Kita bersyukur kerana terlepas dari segala keperitan hidup di zaman penjajah,, penjajah yang digeruni menurut cerita orang terdahulu, terutama orang jepun yang bersikap zalim..bermacam-macam kisah. Walau pun kita tidak melalui zaman itu namun mendengar kisahnya saja sudah cukup mengundang gerun dihati.

Sejak awal bulan ogos lalu bahang merdeka sudah terasa dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh kebanyakan ajensi kerajaan, tidak ketinggalan di kampung-kampung huhhh meriahnya dengan kibaran jalur gemilang, dengan laungan suara merdeka, merdeka , merdeka. Sambutan merdeka bukan saja dikalangan   golongan dewasa tapi kanak-kanak turut bersama meraihkannya.

Semangat cintakan tanah air dikalangan kanak-kanak harus dipupuk agar mereka tahu maksud merdeka yang sebenarnya serta menghargainya. Jika tidak dilakukan demikian mungkin mereka hanya beranggapan bahawa sambutan merdeka ini semata-mata hanya untuk bersuka ria.

Semoga sambutan merdeka ini dengan selitan ceramah-ceramah yang menceritakan sejarah perjuangan memerdekakan negara bertuah ini mampu mengundang insaf disetiap kalbu kita sebagai rakyat malaysia.
" SALAM MERDEKA "


Saturday, 16 August 2014

Sempena Majlis Perkahwinan Anak Buahku Hilman dan Haryani

Inilah wajah-wajah abang-abang dan kakak-kakak saya, semuanya dah klasik yang penting sentiasa sehat

Selamat melayarkan bahtera semoga sampai ke pelabuhan, jadilah nakhoda yang bijak mengemudikan bahtera dilautan nan luas, merempuh badai gelora , wara-warni kehidupan berumah tangga, doa untuk kalian kekal bahagia selamanya.
Sempat mempersembahkan tarian Jamilah bersama para tetamu
Satu Post yang sangat ku tunggu-tunggu untuk dirakamkan bersama abang, kakak , kakak2 ipar, abang2 ipar 

Saturday, 9 August 2014

Mewujudkan 1 Jawatan Naib President Khas Untuk Wanita Usul daripada Pergerakan Wanita Umno Keningau

Ketua Umno Bahagian
Pn. Hajah Amelia Ajun Ketua Wanita UMNO Keningau sedang menyampaikan ucapan
Para Perwakilan

sempat menggambil post dihadapan kediaman ketua pemuda UMNO bahagian keningau Nik Nazri Nik Zawawi, di majlis rumah terbukanya selepas persidangan  
Ketua Wanita Umno Bahagian Pensiangan (kiri) Pn. Hajah Zaiton Anik. Ketua Wanita Umno Bahagian Keningau (kanan) Pn. Hajah Amelia Ajun
suasana majlis raya di kediaman Ketua Pemuda Nik Nazri
Barisan AJK Wanita Umno
Barisan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Keningau, di resmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Keningau YB. Datuk Hj Sairin Karno, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N. 34 Liawan, Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri Sabah.




Hari ini persidangan wanita umno bahagian Keningau telah berlangsung dengan jayanya di Bangunan Kraftangan Keningau bagi tahun 2014. Seramai 450 perwakilan telah hadir dalam persidangan tersebut, walaupun persidangan ini tidak berlaku pemilihan namun kehadiran para perwakilan sangat menggalakkan. Ini membuktikan bahawa para ahli wanita umno begitu kometman terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Antara usul di kemukakan  mencadangkan agar mewujudkan 1 jawatan naib president tetap yang di khaskan untuk wanita. Cadangan ini adalah sangat bertepatan sejajar dengan peranan serta sumbangan wanita dalam pelbagai aspek, terutama peranan dalam menyumbang kepada pembangunan negara serta menjadi tulang belakang kepada kekuatan parti UMNO.. Usul ini disokong oleh semua para perwakilan.

Slogan “Pemuda harapan negara pemudi tiang negara” harus menjadi peringatan kepada kita betapa besarnya sumbangan wanita terhadap kemajuan negara ini. Justeru cadangan daripada pergerakan wanita ini harus diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti bahawa sudah tiba masanya wanita harus diberi ruang dalam barisan kepimpinan no tiga teratas parti pendokong kerajaan. sesuai dengan masanya yang mana cabaran parti kian sengit, maka wanita harus diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab ini.

Pergerakan wanita yakin wanita mampu menyumbang kecemerlangan parti sebagaimana usaha pergerakan wanita selama ini, yang mana usaha bersungguh-sungguh telah membuahkan hasil bukan saja di bawa kepimpinan pergerakan wanita terdahulu tetapi sehingga kini.

Wednesday, 6 August 2014

Nasi Linopot

NASI LINOPOT, saat arwah Ibu masih ada, arwah ibu sangat rajin menyediakan nasi linopot buat santapan keluarga.. lebih-lebih lagi saat kami masih kanak-kanak. Ini adalah hidangan wajib.. Nasi Linopot adalah antara makanan kegemaran orang dusun. ya agak tradisi namun tetap enak bila dimakan bersama sayur-sayuran, ikan bilis, ikan kering dan lain2.

Cara penyediaan,  beras di masak bercampur ubi keladi atau ubi kayu atau ubi keledek, setelah masak barulah digaul sehingga ia bercampur aduk menggunakan senduk kayu, barulah di bungkus mengunakan daun pisang atau sejenis daun kayu. Saya pun lupa apa nama jenis pokok kayu itu. Selamat mencuba .
Nasi Linopot di bungkus dengan daun

Sunday, 27 July 2014

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 2014

Assalamualaikum buat warga dunia yang menyambut Hari Lebaran esok 28hb Ogos 2014, semoga lebaran kali ini terus bermakna buat semua insan beriman yang telah selesai mengerjakan ibadat puasa selama sebulan. Setiap kali menjelang lebaran ramai yang teruja merayakannya kerana  lebaran ini saat yang di tunggu-tunggu setelah sebulan berpuasa.

Aku antara insan yang gembira menyambut syawal ini, kerana syawal di sambut hanya setahun sekali, tentulah rasa gembira kerana ianya berbeza dengan hari-hari biasa. Bezanya berlaku kunjung-mengunjung dikalangan sahabat handai rakan taulan serta banyak pula juadah yang dihidangkan saat berkunjungan dari rumah ke rumah. Bukanlah juadah yang di idamkan semata-mata tetapi silaturrahim diantara sesama insan.

Selama dua tahun di awal lebaran lalu, aku tidak berkesempatan menyambutnya bersama sanak saudara di kampung kerana menggambil kesempatan melancong ke luar negara bersama keluarga, namun kali ini aktiviti melancong tidak di teruskan kerana ingin menikmati suasana raya pertama dan seterusnya.

Seperti selalu setiap kali lebaran persediaan biasa-biasa saja, hanya ala kadar, baju pun tak sempat buat kerana asyik kesibukan kerja sampai terlupa menyediakan baju raya. Biskut pun beli saja di pasaran banyak tersedia tak perlulah ribut-ribut buat biskut penat saja huhu.

Lagi pula Majlis Raya keluarga secara besar-besaran di laksanakan di kampung yang telah menjadi amalan keluarga setiap tahun lebih bermakna kerana hari tersebut aku dan abang-abang serta kakak-kakak kaum keluarga pasti bersama sekali menyambutnya. Waktu-waktu begini saja dapat berkumpul maklumlah semuanya telah ada tanggungjawab masing-masing,  jarang sekali dapat meluangkan masa bersama. InsyahAllah moga semua yang dirancang berjalan lancar.

Ramadan kini sudah berlalu, semoga Ramadan mendatang akan dinikmati semula InsyahAllah.

Tuesday, 15 July 2014

Karisma Ramadan Pembangunan Wanita dan Keluarga


Program wanita sempena Ramadan, menyampaikan sumbangan kepada ibu2 tunggal disekitar daerah keningau. Program ini diresmikan ketua umno bahagian parlimen keningau. Ceramah agama turut diselitkan di sampaikan oleh ustaz Hj Moktar Zainudin. Antara yang disentuh dalam ceramah, puasa merupakan satu ibadat yang wajib dilaksanakan setiap umat islam, manfaat puasa kepada tubuh badan menyumbang kepada kesihatan serta mampu mantapkan jiwa..

ucapan wakil rakyat Dun Liawan program ini antara tujuannya mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat



Saturday, 5 July 2014

Friday, 27 June 2014

Akhirnya Aku Terlantar disini


Sudah beberapa minggu keadaan kesihatanku semakin merunsingkan, kepala agak berat, daya tenaga berkurangan, kepala asyik pening, namun demi tugas, semuaku ketepikan, kerana semua aktiviti harus diselesaikan dengan kadar segera, aku akur dengan arahan jabatan kerana aku yang menurut perintah. 

Setelah selesai segala kesibukan, aku ke hospital untuk minta rawatan apa sebenarnya masalah kesihatanku ini,  beberapa jam aku menunggu keputusan darah ku yang telah diambil di makmal darah, doktor memberitahu bahawa darahku hanya tinggal 5hp dan aku terpaksa dimasukkan ke wad. Tiada apa yang mampu kulakukan hanya akur demi mengelak keadaan lebih bertambah parah.

Aku terlantar dalam beberapa hari, Rasanya Tiada insan yang suka duduk dalam wad melainkan terpaksa, faham 2lah disini Keadaannya bagaimana. Aku menjadi warga pesakit pada waktu itu.. Banyak soalan di ajukan, satu demi satu dijawab dengan tenang. Detik terus berlalu tangan-tangan ini direlakan menjadi mangsa cucukan jarum, darahku ditambah aku tak kisah, setakat jarum aku tidak gentar yang penting aku sihat dan melalui kehidupan seperti hari-hari biasa. Anggap ini satu dugaan dari Tuhan. 

Aku menyambut hari pertama ramadan didalam wad.. Pagi Ramadan yang syahdu begitu tenang menyusup meresap ke kalbu. Aku tidak dapat melaksanakan ibadat puasa kerana ini bukan kehendak diri apa kan daya kesihatan tak mengizinkan. Syukur Alhamdulillah berkat ramadan yang mulia, Allah telah memberi kesembuhan yang begitu cepat padaku. Terima kasih Tuhan.

Aku teringat pesan seorang kawan, jika sakit jangan diheboh-hebohkan memalukan diri sendiri maka aku pun berbuat demikian, Tiadalah dikalangan rakan-rakan yang tahu, Hanya bos diofes terpaksa diberitahu. Dan keluarga tahu tapi aku berpesan tidak perlu datang ziarah kerana aku baik-baik saja, biar aku rehat tanpa gangguan dari mana-mana pengunjung, rasa bahagia dan tenang. Hemm begitulah kisah ku ketika dalam sangkar hospital. 

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT PUASA BUAT SELURUH UMAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Saturday, 21 June 2014

Contoh Dapur Idaman

Sebagai seorang wanita yang sukakan kekemasan dan keselesan ini tak dapat di pisahkan, walau apa jenis bentuk kesibukan,, " Rumahku Syurgaku" . Ini antara contoh-contoh  dapur idaman menjadi pilihan, Kemas dan selesa..