Thursday, 30 June 2011

Belailah Kalbumu Selalu


Bukan semua yang kita inginkan akan kita perolehi, kita harus realistik dalam soal ini, tidak semua orang dilahirkan pakej, mendapat semua yang diingini sebegitu mudah kelebihan dan kekurangan silih berganti, kadang2 kekurangan begitu ketara sedangkan kelebihan terlalu sedikit..( petikan dari buku motivasi Dr. Tuah Iskandar ).

Taman dihalaman rumahku

Tanpa tanaman di halaman rumah rasanya seperti tidak bernyawa, rasa sunyi jiwa mati.. kata orang penampilan seseorang melambangkan keperibadian
Tumbuhan ini memampu menyegarkan jiwa yang serabut

solat

( Keistemewaan orang-orang yang benar-benar beriman dan bertakwa: tidak nyanyuk walaupun sudah lanjut usia:): renungan bersama..

Nikmatnya Dugaan

Dihantar oleh rakan satu masa yang lalu jadikan ini sebagai renungan brsama:
" kadang2 kita meminta Allah setangkai bunga yang cantik, tapi Allah berikan Kaktus berduri, kita meminta kupu2 tapi Allah berikan ulat, kita pun sedih, kecewa bahkan marah, namun kaktus itu berbunga cantik sekali dan ulat itu menjadi kupu2 yang indah, itulah jalan Allah SWT, indah pada waktu2nya, Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, Allah memberi apa yang kita perlukan, kadang2 kita sedih terluka, kecewa, berburuk sangka, tapi jauh diatas segalanya Allah sedang merangkai yang TERBAIK dalam kehidupan kita agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha..


Wednesday, 29 June 2011

Kekayaan dan Kemiskinan adalah dugaan


Alangkah  malang jika sudah terlantar begini.
Apa bila ditimpa penyakit wang dan harta tidak bermakna lagi. Sebilangan insan bila mendapat kesenangan hidup kekayaan melimpah ruah, maka terlupalah dunia apa lagi akhirat, tidak kenal Tuhan, hukum-hakam agama diketepikan, gagal mentadbir kehidupan, akhirnya segala nikmat yang pernah di kecapi  Allah tarik kembali secara perlahan-lahan. Banyak contoh yang kita lihat berlaku dan seharusnya kita jadikan itu sebagai iktibar dalam menjalani kehidupan ..kekayaan dan kemiskinan  adalah dugaan, kita sebagai insan yang  Allah anugerahkan akal dan fikiran waras harus memikirkan semua ini dengan penuh keinsafan...

Monday, 27 June 2011

Belajar Sepanjang Hayat, Rakan Dalam OUM,2010-2012

 Rakan OUM dalam jurusan (Pembangunan Sumber Manusia HRM ) Insyah-Allah tahun ini kami akan menamatkan pengajian dan akan berkonvo pada Bulan mac 2012 di PWTC. bersama dalam photo ini: (Prof. Dr. Selvaraj Oyyan Pillay. Ipd OUM KL..En. Vivik pensyarah  IPG Gaya dan En. Silva. ( akhirnya hanya saya satu-satunya wanita dalam group ini yang berjaya meneruskn pengajian ini, beberapa rakan wanita telah berhenti  mengikuti pengajian ini.
 
Saya juga hampir kecundang, namun berkat kesabaran dan cabaran dari rakan-rakan menguatkan semangat untuk terus menamatkan pengajian, bukannya mudah saat dalam lingkungan usia remaja klasik, lagi pula banyak kometman lain yang perlu di ambil perhatian. Alhamdulillah akhirnya berjaya ke garisan penamat.

Sunday, 26 June 2011

AKANKU TERUSKAN LANGKAH INI WALAU SAMPAI KEHUJUNG NYAWA

Gemersik suara ombak membelai jiwa 
Assalamualaiktum buat sahabat serta pengunjung budiman, selamat datang ke Blog saya yang ala kadar saja, blog ini bukannya bertujuan apa, hanya sekadar tempat aku melepak dikala ada ruang terluang mencurahkan segala apa yang terbuku di hati, apa yang terperap diminda.

Ruang perkongsian yang mungkin boleh menyumbang penyegaran fikiran. Untuk santapan mata hati serta akal sebagai renungan dan iktibar apa yang bakal dicatat. Kemaafan dipinta andai tersasul ayat menggores hati, sekilas tiada niat melukai sesiapa. Yang baik itu datang daripada Allah swt, yang kurang baik itu adalah kekurangan diri sebagai insan biasa.

Namun yang baik-baik saja, bahasa kesat, kutuk-mengutuk harus dielak, kata orang yang sering memerhati bahasa melambangkan keperibadian seseorang. Mata melihat hati mentafsir Kebenarannya ada tepuk dada tanya hati..

Ini bicara hatiku yang terbuku,

Kehidupan masa lalu banyak memberi keinsafan dan buat aku berulangkali merenung diri, aku juga tidak pernah merasa kesal diatas tragedi yang pernah kulalui dalam hidup ini, suratan perjalanan kehidupan setiap insan telah ditentukan oleh Tuhan, siapalah kita yang cuba menafikan qada dan qadarnya, tiada siapa pun mampu menolak ketentuannya.  Namun aku bersyukur kerana setiap kepahitan itu pasti ada sesuatu yang lebih indah untuk dihayati, benarlah apa yang di bahaskan, setiap dugaan itu terselit sejuta hikmah yang seribu kali lebih baik daripada sebelumnya. Sebagai hamba Allah yang kerdil aku pasrah menerima segalanya dengan redah.

Semua insan di dunia ini mengimpikan kebahagiaan dalam melayari kehidupan, ketenangan jiwa termasuk juga aku sejujur aku berkata aku tidak suka hatiku dilukai, kerana itu aku berusaha untuk tidak melukai sesiapa namun andai aku dilukai hati ini tetap pedih dan terluka..

Terima kasih Tuhan kerana menguji aku dalam hidup ini, segala dugaan itu menjadikan aku insan yang tidak mengenal erti putus asa berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik, berusaha mencapai apa yang di impikan tanpa menyusahkan sesiapa. Aku tidak gentar melalui apa juga dugaan kerana dugaan itu buat aku lebih menghargai kehidupan ini.  

Sebagai manusia biasa kaya dengan perasaan, muda terluka, mudah tersentuh dan pelbagai perasaan bertakta dihati sejak dari azali lagi, lainlah jika benda seperti batu, tunggul kayu dihempas, dirobek atau dibuat apa saja tiada hatii.

Ayat sebagai Motivasi diri " Tidak mengapa  miskin harta benda tapi kaya ilmu, kaya budi yang penting  jadilah  manusia yang benar-benarnya manusia...apa yang berlaku disekitar jadikan ia sebagai iktibar  " KITA TIDAK BOLEH MENGUBAH APA YANG BERLAKU HARI ESOK, TAPI KITA BOLEH MENGUBAH APA YANG BERLAKU HARI INI "
Tidak mengapa tidak menjadi insan pilihan, tapi usahakan menjadi insan bermakna dalam hidup ini.