Gemersik suara ombak membelai jiwa |
Ruang perkongsian yang mungkin boleh menyumbang penyegaran fikiran. Untuk santapan mata hati serta akal sebagai renungan dan iktibar apa yang bakal dicatat. Kemaafan dipinta andai tersasul ayat menggores hati, sekilas tiada niat melukai sesiapa. Yang baik itu datang daripada Allah swt, yang kurang baik itu adalah kekurangan diri sebagai insan biasa.
Namun yang baik-baik saja, bahasa kesat, kutuk-mengutuk harus dielak, kata orang yang sering memerhati bahasa melambangkan keperibadian seseorang. Mata melihat hati mentafsir Kebenarannya ada tepuk dada tanya hati..
Ini bicara hatiku yang terbuku,
Semua insan di dunia ini mengimpikan kebahagiaan dalam melayari kehidupan, ketenangan jiwa termasuk juga aku sejujur aku berkata aku tidak suka hatiku dilukai, kerana itu aku berusaha untuk tidak melukai sesiapa namun andai aku dilukai hati ini tetap pedih dan terluka..
Terima kasih Tuhan kerana menguji aku dalam hidup ini, segala dugaan itu menjadikan aku insan yang tidak mengenal erti putus asa berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik, berusaha mencapai apa yang di impikan tanpa menyusahkan sesiapa. Aku tidak gentar melalui apa juga dugaan kerana dugaan itu buat aku lebih menghargai kehidupan ini.
Sebagai manusia biasa kaya dengan perasaan, muda terluka, mudah tersentuh dan pelbagai perasaan bertakta dihati sejak dari azali lagi, lainlah jika benda seperti batu, tunggul kayu dihempas, dirobek atau dibuat apa saja tiada hatii.
Ayat sebagai Motivasi diri " Tidak mengapa miskin harta benda tapi kaya ilmu, kaya budi yang penting jadilah manusia yang benar-benarnya manusia...apa yang berlaku disekitar jadikan ia sebagai iktibar " KITA TIDAK BOLEH MENGUBAH APA YANG BERLAKU HARI ESOK, TAPI KITA BOLEH MENGUBAH APA YANG BERLAKU HARI INI "
Tidak mengapa tidak menjadi insan pilihan, tapi usahakan menjadi insan bermakna dalam hidup ini.
No comments:
Post a Comment