Sunday, 31 July 2011

Ramadan oh Ramadan

Salam Ramadan.....Hari ini bermulanya puasa bagi seluruh umat muslimin dan muslimat di seluruh Dunia..

Ramadan

Ramadan kau hadir lagi untuk kesekian kalinya, esok seluruh umat Islam diseluruh dunia akan melaksanakan ibadat  puasa, semoga Allah swt memberi kekuatan menghindari segala cabaran sepanjang menjalankan ibadat ini insyah-Allah..

Sunday, 24 July 2011

Ayahku Mubalig Kristian..

aku ingin berkongsi buat pembaca budiman sejarah ayahku sebelum berhijrah ke Agama Islam...Ayahku ketika zaman mudanya  merupakan seorang mubalig kristian yang sangat kuat menjalankan dakwahnya..kata ibu ketika dalam agama itu jiwa ibu sentiasa dalam kekalutan tidak tenang dan bahagia..suatu hari  ibu menyampaikan hasratnya untuk menukar agama, ayah sangat marah dan sanggup meninggalkan ibu...bersambung,,,

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rasuah

Saturday, 23 July 2011

Beza umur bukan halangan




SITI Aminah Ramli dan anak-anaknya kini bahagia bersama suami barunya, Wan Azwan Shah Wan Zaki.
PERCINTAAN mereka tidak sehebat pasangan lain. Pasangan ini tidak pernah ‘bergayut’ berjam-jam di telefon, apatah lagi keluar menghabiskan masa bersama.
Bagi Datuk Paduka Dr. Siti Aminah Ramli, 46, dan Wan Azwan Shah Wan Zaki, 32, walaupun mereka tidak mengalami detik-detik kemanisan bercinta sebelum diijab kabul, kehidupan mereka kini tetap bahagia seperti pasangan lain.

Menurut Siti Aminah yang merupakan pengasas produk penjagaan kulit dan muka Reena’s Cosmetics, beliau tidak menyangka dipertemukan jodoh lagi, memandangkan dia sebelum ini berstatus ibu tunggal.
Mungkin sudah tertulis, jodohnya kali ini dengan seorang jejaka lebih muda.
“Saya tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga lagi. Yalah, saya sibuk menguruskan perniagaan.Tetapi sudah jodoh, saya terima,” ujarnya ketika ditemui S2 di kediamannya di Shah Alam, baru-baru ini.
Bercerita mengenai pertemuan dengan suaminya, jelas ibu dua cahaya mata ini, ia terjadi ketika berada di Holiday Villa, London.

Suaminya yang ketika itu menetap di England terserempak dengannya di hotel tersebut tetapi Siti Aminah tidak perasan kehadiran suaminya.
Selepas kejadian itu, suaminya berusaha mendapatkan nombor telefonnya. Suaminya sanggup menyamar hendak menjadi stokis produknya semata-mata hendak berbual dengannya.
Bermula dari situlah, mereka kerap berhubung walaupun setelah Siti Aminah kembali ke tanah air.
Bukan mudah untuk mendekati Siti Aminah kerana menurut anak kelahiran Sekinchan, Selangor ini, pada mulanya dia tidak sukakan suaminya apatah lagi menjawab panggilan dianggap tidak penting.
“Suami saya tidak berputus asa menelefon saya. Di awal perkenalan, saya terus terang tidak begitu menggemari perangainya, apatah lagi anggapan saya ketika itu dia masih kebudak-budakan.
“Bagaimanapun, setelah melihat kesungguhannya, saya terima lamarannya,” katanya ketawa.
Suaminya, Wan Azwan ketika diminta mengulas kisah mereka, katanya,dia sememangnya suka kepada wanita yang berusia.
Ini kerana kebanyakan semua teman perempuannya berumur lebih tua daripada dirinya.
“Hendak berkawan dengan Siti Aminah bukanlah satu perkara yang mudah. Pada awalnya dia tidak mahu melayan saya, tetapi saya terus menelefonnya.
“Tetapi bagi saya, ia merupakan satu cabaran selain saya betul-betul suka padanya.
“Bayangkan, perhubungan kami pernah terputus dua tahun tetapi dalam masa yang sama, saya tidak pernah melupakannya,” katanya.

Akhirnya setelah pelbagai halangan dan rintangan dihadapi, penghujung tahun lalu pasangan ini mengambil keputusan untuk bernikah.
Mereka telah dinikahkan pada 1 Januari lalu dan Siti Aminah menganggap keputusannya tepat. Turut merestui adalah kedua-dua anak Siti Aminah. Ketika membuat keputusan itu, dia tidak pernah terfikir dirinya lebih berkuasa walaupun umurnya lebih tua daripada suaminya.
Malah, ulas Siti Aminah, dia tetap menghormati suaminya seperti pasangan lain, malah turut berbincang bersama sekiranya masing-masing mempunyai masalah.
Bagi Siti Aminah dan Wan Azwan, mereka cuba melengkapi antara satu sama lain di samping memahami perwatakan masing-masing.
Pasangan ini tidak menafikan kebenaran pepatah, ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’.
Bagaimanapun bagi pasangan ini jika timbul salah faham, ia akan ditangani dengan cara profesional melalui perbincangan suami isteri.

Wednesday, 20 July 2011

Syak suami curang punca stres


pix_gal0
Kajian menunjukkan wanita Malaysia di tangga ke-16 paling tertekan
Curiga suami mempunyai wanita lain, anak tidak pandai dalam pelajaran dan tidak bekerja antara faktor ramai wanita di negara ini mengalami tekanan perasaan.
Bagi yang bekerja pula, ada yang menghadapi tekanan kerana terpaksa bekerja dua kali ganda untuk mendapat pengiktirafan majikan berbanding lelaki kerana persepsi lelaki lebih berupaya memegang sesuatu jawatan.

( Jika isteri mengetahui kecurangan si suami ini bagi saya jalan terbaik ialah, meninggalkan serta-merta suami yang curang ini, tidak perlu bertahan, tidak perlu menderita diam, kenapa perlu terus mengabdi diri menjadi hamba kebodohan sendiri... lebih baiklah angkat kaki daripada membodoh sebodohnya,,,,banyak sangat kes ini dimana-mana, entah kenapalah kes ini tidak pernah sepi dari terus berlaku.....anggkat kaki .

Monday, 11 July 2011

Bengkel Perhubungan Kemas Zon 4

9hb Julai bengkel perhubungan kemas zon 4, bertempat di Institiut Perguruan Keningau, lebih kurang 300 orang kakitangan terlibat menjayakan program ini, bertujuan memantapkan lagi tugasan untuk setiap unit. salah seorang penceramah jemputan yang tidak asing lagi dikalangan warga kemas Tuan Haji Kudin Bulungan.

Program ini telah di rasmikan oleh cik Anisah Saidin Pengarah KEMAS Sabah. lebih kurang jam1.00pm bengkel berakhir. semoga warga kemas akan terus berusaha memantapkan lagi tugasan masing-masing selepas menghadiri bengkel ini...

Tuesday, 5 July 2011

YB Datuk Hj Sairin Hj Karno- masih tercalonkah pada pru13 ??

Ketua Umno Bahagian Parlimen 180 Keningau/ Wakil Rakyat N. 34 Liawan/Pem.Menteri Luar Bandar Sabah,( berucap sempena majlis kesyukuran hari ulang tahun UMNO ke 65.. dia merupakan seorang wakil rakyat yang paling aktif turun ke kawsan bertemu rakyat,, ( masih berbisakah Datuk Sairin Karno sebagai Adun Liawan merangkap ketua umno Parlimen Keningau ??

Rakyat menilai pemimpin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..  PRU13 apa kah masih ada ruang untuk dipilih oleh rakyat atau terpaksa akur dengan keputusan pucuk pimpinan ?? pemimpin silih berganti, datang dan pergi, siapa juga yang bakal jadi pemimpin rakyat akan sentiasa menyokong selagi berada di dalam naungan barisan nasional.

Namun Datuk Sairin Karno pemimpin Adun Liawan ini tiada sebab mengapa perlu di tukar, beliau masih aktif menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di kawasan ini. majoriti sokongan masih memihak kepada beliau agar terus kekal di adun ini pada pru13. Isu-isu berkenaan jalan raya dan Air seringkali dibangkitkan dibeberapa buah kampung, segala masalah itu telah berulangkali diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab namun kini masih dalam proses pengurusan, sebahagiannya dalam perlaksanaan. Dalam hal ini bukanlah masalah wakil rakyat tetapi adalah daripada pihak atasan. Tugas wakil rakyat adalah membantu menyampaikan segala masalah rakyat kepada pihak kerajaan dan yang melaksanakan adalah kerajaan melalui jabatan yang telah dipertanggungjawabkan.

Namun ada kalanya rakyat tidak memahami, sangka mereka semua permasalahan itu tertanggung pada wakil rakyat semata-mata, 

Keputusan DIA adalah yang terbaik...


Petang tadi ketika saya sedang membeli-belah disalah sebuah supermarket di bandar, saya telah bertemu sahabat lama (rakan sekolah ), bertahun kami  tidak bertemu, ruang yang sedikit itu kami gunakan kesempatan bertanya kabar tentang kehidupan masing-masing, dalam ceritanya dia sudah setahun berpisah dengan suaminya kerana tidak tahan asyik didera. Jiwa dan jasadnya di dera begitu hebat.

Katanya dia pernah pengsan akibat ditampar, ditendang diheret ketika mengandung anak pertama ..ya Allah jenis suami apakah dia, sehingga tegar melakukan perkara diluar kemanusiaan, wajarlah tindakan sahabatku itu kenapa harus bertahan jika hidup bertemankan derita,..saya tidak menyangka suaminya itu terlalu baik di pandangan rupanya lebih dahsyat dari haiwan.

Ingatan kepada para suami yang panas baran, jika amarah sudah menguasai diri pergilah tumbuk dinding ke, terjun dari bangunan ke, pergi saja hanyutkan diri ke sungai atau mana2 tempat yang boleh lepaskan geram, bukan melepas geram pada tubuh sang wanita yang lemah, gunakan akal yang waras jangan sampai tidak siuman.

Perkara yang buat saya meroyan, bila saya di marahi, di kasari,.  saya tidak suka..kita mahu hidup damai, hidup tenang,  hidup bahagia dalam dunia ini.