Thursday, 29 September 2011

Tinggi darah ku 100 darjah...


Saat seleraku meluap-luap menghadapi hidangan paling lazat hari ini, tiba-tiba hp ku berbunyi satu pesanan ringkas sms kuterima, ku buka dan baca terpampang ayat " Tindakan saudara mu itu telalu ZALIM " tersentak aku membaca ayat itu ..lalu seleraku terhenti dan tamat serta merta..

Aku inginkan kepastian apa yang berlaku sebenarnya tak sabar aku inginkan penjelasan, dadaku  berombak kencang bagai di landa tsunami yang maha hebat, aku call no yang tertera dalam Hp, aku bertanya selanjutnya...huhhh baru aku tahu berita yang pasti... ..

Aku terkedu hilang kata, bagai hendak kiamat tidak sabar rasanya bersua muka pada saat itu...ku cuba mengawal emosiku yang sedang bergelora...aku tarik nafas berulang-ulang agar kembali tenang....aku teramat sedih bercampur kecewa yang menggunung .. Entah bangsa Jin Afrit mana yang telah menguasai akalmu , sehingga kau tunduk akur di bawah telunjuknya...  sahlah! memang layak kau di panggil ,,,,,,,,,,,,,,,,saudara

Wednesday, 28 September 2011

Tarikh Persaraan ke 60 tahun penjawat awam

No komen dalam perkara ini, terpulang kepada individu, sama ada memilih 58 tahun persaraan atau 60 tahun, rasanya tiada masalah yang penting tahap kesihatan masih baik pada ketika itu. bijak-bijaklah menjaga kesihatan ketika umur masih muda..

Kerajaan buat yang terbaik untuk rakyat...

Pekan Sook GEMPAR di serbu miss2 berbagai Negara...

Jejaka Comel dari Mindanau

Senyuman Menawan si Gadis Kadazan
Senyuman manis si Gadis Murut
gaya mantap si Gadis Bajau
Wow gaya memukau si Gadis Cina
Gaya selemba si Gadis India
Gadis Melayu sopan bertudung

Berbagai Etnik dan Budaya hidup rukun, Damai, Harmoni, one Malaysia/ all the best..
Kanak-kanak diraikan sungguh hebat mereka beraksi, berbakat, berpotensi, semoga para ibubapa teruskan mendidik anak-anak mereka, bukan hanya bergantung kepada guru semata, peranan ibubapa adalah yang utama, melentur buluh bermula dari rebung, mereka adalah pewaris kepimpinan masa depan, baik didikan maka baiklah warna kehidupan mereka..Tahniah

Monday, 26 September 2011

Ibu Bapa buat Ribut di Hari Potensi kanak-kanak TABIKA KEMAS P.180 Keningau

Guru-guru dan kanak-kanak Tabika sedang menyanyikan lagu negaraku sebelum memulakan acara.
Seronok sangat tengok mereka beraksi, cuma yang tidak seronok ibu bapa kanak-kanak ini turut buat ribut  memberi arahan pada kanak-kanak ini, ketika mereka sedang beraksi,   buat begitu, buat begini , bukan begitu, tpi begini aduhai.. naik bingung anak2 ini....macamana nak fokus.. ...
comelnya mereka beraksi



Perlawanan antara Tabika Tambunan dan Keningau, baju berjalur hitam Tabika daripada Tambunan. Acara sukanika ini merupakan acara tahunan bagi kanak-kanak Tabika Kemas di seluruh Negara.
acara bola sepak menggamit tumpuan
Aktiviti yang paling saya suka  kanak-kanak bermain bola sepak...
Ibubapa kanak-kanak ini turut meribut dipadang saat anak-anak ini sedang khyusuk memberi tumpuan kepada aktiviti ini, nampak sangat mereka terganggu akibat gelagat ibubapa mereka sambil melalak-lalak berebut-rebut memberi arahan, menyebabkan kanak-kanak ini hilang fokus. Anak-anak ini jadi gugup, tidak berkeyakinan untuk terus beraksi kesihan mereka...guru-guru yang bertugas mohon ibubapa bertenang dan biarkan anak-anak itu beraksi tanpa campur tangan ibubapa, namun gagal dikawal..

Yang lebih malang ada sesetengah ibubapa sambil mendengus marah pula pada anak-anak mereka..bila tidak dapat menendang bola....ragam ibubapa di padang bola. hehe ada-ada saja...

Beraya nun jauh di desa Adang

Alea
Atiq

.( Kg Adang di ambil sempena nama sebuah Tasik yang terdapat di kampung ini, lebih kurang 18 KM daripada bandar Keningau. Tasik ini tempat aku dan rakan-rakan bermandi-manda, memancing dan berrakit ketika zaman kanak-kanak, di saat musim cuti sekolah tempat ini menjadi tumpuan kami melepas letih setelah penat  membersih ladang membantu ibu bapa, walau pun ketika itu kami masih di alam kanak-kanak namun telah melakukan tugas-tugas orang dewasa. Tahun 70han kawasan ini mula di terokai oleh para pekebun dan ketika ini telah bertukar wajah.   getah dan  sawit menjadi tanaman utama penduduk  kampung ini. Terpandang tasik Adang ingatanku kembali ke zaman kanak-kanakku yang penuh kenangan.

Selamat Hari Lahir - Shrlyen

Semat hari lahir Syrlen
                Pegawai tadbir kami menyambut hari ulang tahun hari ini, semoga panjang umur murah rezki.

Sunday, 25 September 2011

Mawar di halaman rumahku




Inilah sebahagian  pohon-pohon mawar menghias halaman rumahku, betul kata orang bukan mudah menjaga tumbuhan ini, memerlukan penjagaan rapi sebagaimana  menjaga seorang bayi dan perlukan kesabaran yang tinggi, perlu ada kemahiran memahami sifat2nya apa yang di kehendaki oleh pokok ini.. dari segenap sudut perlu di ambil perhatian.

jika anda seorang yang malas dan tidak penyabar lebih baik lupakan saja hasrat anda menanam pokok ini hanya merugikan.  Kerana terlalu suka pada pokok ini, aku sedaya-upaya menjaganya dengan penuh perhatian Alhamdulillah pokok mawar ini rajin berbunga, sebanyak 21 pokok berbagai warna mawar menghias halaman rumahku dan yang menariknya setiap kuntum-kuntum itu berbeza harumannya.



Thursday, 22 September 2011

Open House ( Warga Rumah Persekutuan Keningau )

Antara jemputan Vip, Kapitan cina En. Alieu dan YB Datuk Hj Sairin Hj Karno

Anak-anak yatim Tambunan tidak di lupakan
sedang bersiap-siap menyediahkan juadah warga persekutuan
Hari ini majlis rumah terbuka warga persekutuan Keningau berlangsung, di rasmikan oleh YB Datuk Hj Sairin Hj Karno Wakil Rakyat N 34 Liawang merangkap Ketua UMNO Bahagian Parlimen Keningau, Pem. Menteri Luar Bandar Sabah. Lebih kurang 300 hadirin dalam majlis ini.

Majlis ini di adakan setiap tahun dan telah menjadi amalan tahunan bagi warga persekutuan Keningau. Pengerusinya En. Jefry Chong sentiasa memberi komitmen dalam kekemasan majlis ini. Majlis kali ini tidak seramai tahun lalu namun masih meriah dengan aktiviti sampingan seperti cabutan tiket bertuah, persembahan nashid dari rumah anak-anak yatim Tambunan, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. anak-anak Tabika Kemas dan Perpaduan tidak di lupakan sumbangan kepada sekolah Pekak Bisu.

Acara sampingan anugerah lelaki dan wanita paling bergaya untuk warga jabatan persekutuan, Pegawai Kemas Daerah Keningau En. Shahrizal Hj Mohd Som telah di nobatkan sebagai lelaki paling bergaya tahun 2011, manakala wanita paling bergaya daripada (SPRM).

Majlis ini di adakan di perkarangan Bangunan Persekutuan Keningau -bertujuan merapatkan silaturrahim di kalangan warga jabatan dan pemimpin. Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan majlis ini semoga tahun depan bertemu lagi insyah-ALLAH. Salammmmmmmmmmmm


Tuesday, 20 September 2011

Memory Terindah buat Puteriku

Seawal selepas subuh tadi aku dan puteri sulung ku bertolak dari rumah menuju ke bangunan putera jaya kota kinabalu, hari ini adalah memory terindah buatnya dan mengembirakan hatinya. beberapa hari lalu dia telah mendapat panggilan dari ibu pejabat bahawa tarikh hari ini undangan untuk penerimaan watikah perlantikan sebagai guru TABIKA di bawah kementerian KKLW setelah lebih kurang hampir dua bulan menamatkan kursusnya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di Negeri Terengganu.

Akhirnya tercapai juga impiannya menjadi seorang pendidik. Tak habis-habis dia mengucap syukur. dan arahan telah diberikan esok harus melapor diri di pejabat Kemas Parlimen Pensiangan tahniah buat puteriku semoga tugas yang telah di amanahkan itu dapat dilaksanakan dengan penuh tanggung jawab mendidik anak bangsa merupakan satu tugas murni dan lakukan dengan penuh keikhlasan.
 
Kekecewaannya tidak dapat menyambung ke IPTA atas sebab salah pilih jurusan terubat juga akhirnya, mungkin itulah hikmah, selesai tamat pengajian di IPTA pun tiada jaminan untuk terus bekerja maka peluang itu harus di manfaatkan kini untuk terus menyambung pula melalui pengajian PJJ, bekerja sambil belajar satu pilihan yang sangat praktikal.

Monday, 19 September 2011

Demam Terkejut...

Saat kami tiba disatu perkampungan, orang kampung telah bersiap sedia menunggu kami siap dengan berbaris panjang kami mula bersalaman dengan mereka diiringi dengan pukulan kompang bertalu-talu, saya pun turut bersalam-salaman tidak kira wanita atau lelaki, budak-budak dan orang dewasa itu sudah perkara biasa bila bertemu dengan sesiapa pun, apa lagi tugas yang sentiasa berdampingan dengan masyarakat, perkara berjabat tangan sememangnya tidak dapat dielakkan...

Tiba-tiba saya agak terkejut  dengan seorang sahabat ini menolak berjabat tangan dengan lelaki, padahal sebelum ini biasa sangat melakukan demikian, tersipu-sipu malulah orang kampung itu tidak disambut huluran jabat iss ! iss ! tertanggung malu saya..dalam hati ini berbisik sejak bila pula dia begitu... rasa janggal pula tenggok perilakunya...dah jadi bahan cerita pula, apa sudah jadi dengan si pulan, sudah buang tebiat.....

 Berjabat tangan dengan lelaki bukan satu dosa yang menyebab kita telontar  ke neraka, yang penting niat, menyakitkan hati orang itu lagi satu dosa... ada-ada saja...

Tugasan luar

Ahad sehari suntuk bertugas di luar penat juga rasanya, namun apakan daya tugasan perlu dilaksanakan, bulan september ini agak padat program masuk kampung , keluar kampung dah nasib jadi warga ini, ada kalanya seronok, ada kalanya boring..orang lain sabtu and ahad berehat namun kami , inilah tugasan yang perlu di galas.

Sentiasa bersama masyarakat, sentiasa bersama pemimpin itulah tugas-tugas yang telah diwartakan dah jodoh agaknya..situasi yang paling kurang selesa  ketika berucap di khayalak ramai aduh ... jika ada bos keadaan rasa aman tak resah melainkan terpaksa.

Bukan tidak biasa berucap di khayalak ramai sejak dari dulu dan saat ini itulah antara tugasan yang perlu dilakukan, hanya agaknya dah keboringan melakukan perkara ini...apa pun tugas harus di lakukan sebaik mungkin ...

Sunday, 18 September 2011

Kg. Gaulan- Gotong Royong- N. 34 Liawan

Sebahagian masyarakat sedang bergotong-royong membersih kawasan perkampungan.
Pagi aktiviti gotong-royong membersih jalan menuju ke perkampungan- pengisian program penyampaian sumbangan basikal, kipas angin dan hamper kepada warga emas, ibu tunggal dan budak sekolah.

Kg. Meninipir- Kenduri Kampung.

Petang kenduri kampung - kampung meninipir- pengisian program penyampaian peralatan dapur, hamper kepada ibu2 tunggal dan anak yatim: sumbangan daripada jabatan KEMAS.

-En. Rosdy Padiman - Pemimpin Kemajuan Rakyat N.34 Liawan hadir merasmikan majlis.
ucapan terima kasih kepada PKR diatas kesudian hadir ke program kami.

-Selepas program selesai menziarah keluarga yang meninggal dunia Al-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman. (Kg. Meninipir).



Friday, 16 September 2011

Kg. Beriawa Ulu - Gotong-royong

Pagi ini program gotong-royong kg. Beriawa Ulu bersama masyarakat kampung dan wakil rakyat Dun Liawan,

program ini adalah bertujuan  merapatkan hubungan silaturrahim diantara warga KEMAS dan mesyarakat,  menggalakkan budaya bergotong royong dikalangan masyarakat kampung. Merapatkan hubungan pemimpin dan masyarakat.

Terima kasih buat wakil rakyat Dun Liawan- YB Datuk Hj sairin Hj Karno kerana sempat hadir walaupun hanya sekejap, dan terpaksa memohon izin untuk pergi atas urusan yang telah terancang terlebih awal..tq


Malam: Kg. Mesjid - Kenduri Kampung:

Majlis bermula jam 8pm, ramai yang hadir memeriahkan majlis- turut hadir Wakil rakyat Dun Liawan..PKR En. Rosdy Padiman.

-KEMAS sentiasa bersama masyarakat/ KEMAS berada di mana-mana.

Hari ini masak apa




masak apa saja yang penting mengundang selera, berkhasiat serta masakan sedap, ulam-ulam jangan lupa, kata orang amalan memakan ulam buat tubuh awet muda,,dan paling penting banyakkan meminum air bening suam.