Atiq
.( Kg Adang
di ambil sempena nama sebuah Tasik yang terdapat di kampung ini, lebih
kurang 18 KM daripada bandar Keningau. Tasik ini tempat aku dan
rakan-rakan bermandi-manda, memancing dan berrakit ketika zaman
kanak-kanak, di saat musim cuti sekolah tempat ini menjadi tumpuan kami
melepas letih setelah penat membersih ladang membantu ibu bapa, walau
pun ketika itu kami masih di alam kanak-kanak namun telah melakukan
tugas-tugas orang dewasa. Tahun 70han kawasan ini mula di terokai oleh
para pekebun dan ketika ini telah bertukar wajah. getah dan sawit
menjadi tanaman utama penduduk kampung ini. Terpandang tasik Adang
ingatanku kembali ke zaman kanak-kanakku yang penuh kenangan. |
No comments:
Post a Comment