Masih tidak pasti adakah berita yang mengembirakan ini benar-benar menjadi kenyataan yang diimpikan oleh setiap kakitangan awam
Berita dan khabar angin gaji penjawat awam dan elaun perumahan naik 2013 mula tersebar meluas di internet menerusi blog yang berkaitan
Dalam laporan itu menyebut berdasarkan sumber dalaman yang kononya diterima dari Putrajaya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati untuk bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450)
Perkembangan berkaitan juga dijangkakan kenaikan gaji kakitangan awam dan elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari tertentu ataupun selewat-lewatnya 13 Mac 2013
Dalam masa yang sama, CUEPACS dilihat akan terus mendesak kerajaan supaya mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus
Tidak mustahil kerajaan Malaysia akan berbuat demikian,oleh kerana banyak janji yang dijanjikan untuk rakyat telah ditepati
Walau bagaimana pun sama-sama kita tunggu kenyataan yang sebenar-benarnya dan rasmi daripada pihak berkenaan.