|
Wakil rakyat Dun Liawan menyampaikan sumbangan kepada warga kampung batu 27, |
|
dihadapan bangunan sekolah yang baru siap dibina srjk Yuk Kong kawasan batu 27 Dun Liawan |
|
dari rumah ke rumah |
|
Jalan grabel berhabuk menuju ke perkampungan batu 27, jalan raya ini juga menuju ke kebun-kebun kelapa sawit milik penduduk disini |
Sejak dari 3hb mac lalu, saya dan beberapa staf bersama rombongan wakil rakyat Dun Liawan YB Datuk Sairin Karno menjelajah ke beberapa buah kampung di kawasan Dun Liawan dalam program pemimpin ziarah rakyat sambil menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah, kawasan tumpuan kami kali ini adalah kawasan majoritinya berbangsa cina. Buat pertama kali saya berkesempatan memasuki kawasan ini , saya terkejut kerana jalan utama menuju ke perkampungan ini agak teruk belum diturap, jumlah penduduk lebih kurang empat ratus orang.
Terjawablah tanda tanya saya selama ini, Daerah mengundi kawasan ini memihak kepada parti lawan pada pru 12 lalu, bukan mereka menolak parti pemerintah tetapi isunya mereka perlukan jalan raya yang lebih baik, tetapi permintaan rakyat dikawasan ini belum pun ditunaikan sehingga saat ini, maka mereka telah membuat protes melalui undi. wakil rakyat dun ini telah berulang-kali meminta pihak kerajaan menaik taraf jalan raya di kawasan ini namun belum lagi ditunaikan.
Kini PRU 13 yang bakal tiba apakah rakyat dikawasan ini akan mengulangi sejarah undi protes sebagaimana berlaku pada pru12 yang lalu??? atas sebab isu ini? Semoga pihak kerajaan menggambil tindakan segera manangani apa yang mereka minta. Jangan kerana marahkan nyamuk habis kelambu dibakar, wakil rakyat jadi mangsa, parti kerajaan ditolak..
Masyarakat cina disini perlukan jalan raya berturap, mereka bukanlah kaum yang suka meminta-minta melainkan keperluan utama, Walaupun sebenarnya terdapat dikalangan mereka tinggal dirumah-rumah usang, lebih usang dari rumah masyarakat peribumi namun sepanjang kami melakukan ziarah tiada seorang pun kaum ini menyatakan mereka meminta itu dan ini, namun ada beberapa buah rumah yang benar-benar layak dibantu, wakil rakyat itu sendiri telah menggambil perhatian minta kepada kapitan yang menjaga mukim ini menghantar senarai nama bagi mendapatkan bantuan berupa rumah yang lebih selesa kepada penduduk berkenaan. Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua pihak.
No comments:
Post a Comment