Wednesday, 26 June 2013
Bikin Panas
Sikap warga kita dalam soal kebersihan masih ditahap rendah suka sangat membuang sampah merata-rata, pengotor, gantung sampah diluar kereta, kadang-kadang tu tanpa disedari bakul sampah itu jatuh dijalanan habis bertaburan, suka membuang sampah dari kereta, buang sampah dalam sungai betul-betul bikin panas, buat sakit mata.
Apalah maknanya Majlis daerah meletak iklan besar-besar jika hanya sekadar iklan yang tidak berfungsi siap dengan amaran "akan didenda kepada sesiapa yang didapati membuang sampah", hanya sekadar iklan dan kata-kata apa maknanya jika undang-undang tidak dikuat kuasakan, lebih baik tidak payah letak, hanya menguntungkan kepada si pembuat projek iklan itu saja. lebih baik sampahkan saja atau robohkan saja iklan itu hanya sekadar menyemak pandangan. Kalaulah ada tukang sapu seperti yang berlaku di negera cina, seorang tukang sapu memotong tangan pada si pembuang sampah dari kereta..padan muka dia..siapa berani buat???
Wednesday, 12 June 2013
SEOLAH MENENGAH AGAMA KENINGAU PERSIS SEBUAH UNIVERSITI
Dihujung minggu tempat ini jadi tumpuan untuk memancing |
Tasik ini pula terdapat di kampung Banjar, tempat ini antara laluan apa bila ke SMA ini. |
Bukan saja masyarakat Keningau merasa bangga, rakyat Sabah khususnya turut berbangga kerana anak-anak yang di tempatkan di sekolah ini bukan saja anak-anak setempat malah anak-anak dari seluruh pelusuk Sabah merupakan pelajar di sekolah ini, kerana ianya berstatus asrama penuh.
Pengetuanya pula merupakan anak tempatan Ustaz Haidun Safri berasal dari GDW Kg. Bayangan Keningau Sabah. Pengetua ini sangat disukai anak-anak murid kerana sikap ramahnya bukan saja kepada anak-anak murid tetapi ramah pada ibubpa dan kepada sesiapa juga yang datang berurusan.
Akhirnya menjadi kenyataan Daerah Keningau nun jauh di pedalaman mendapat sebuah sekolah SMA . Sekolah Menengah ini terletak di kawasan dewan undangan Negeri 34 Liawan.
KENALILAH DAERAHKU KENINGAU
Daerah Keningau | |
---|---|
Geografi | |
Status | Daerah |
Asal nama | Pokok Kayu Manis (Cinnamomum Verum) |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Daerah | Daerah Keningau |
Keluasan | 3532.82 km persegi |
Sejarah
Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Dusun, mereka memanggilnya sebagai kayu kondingau.[1] Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.Zaman Kesultanan Brunei
Walaupun Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei sebelum abad ke-6 lagi, namun pengaruh kesultanan itu tidak dirasai oleh kaum pribumi yang tinggal di daerah Keningau.Zaman pemerintahan British
Tahun 1888 adalah tahun keramat Sabah menjadi negeri naungan British yang mana telah menjalani sistem pemerintahan secara hairaki. Kampung Nuntunan yang terletak di Apin-Apin merupakan sebuah pusat pentadbiran British bagi mentadbir kawasan tersebut termasuklah mengawal ekonomi eksport kayu manis yang banyak tumbuh di kawasan ini. Berikut adalah nama Presiden yang mentadbir Keningau semasa zaman pemerintahan British:Nama Presiden | Tahun mentadbir |
---|---|
W.S Holley | 1960-1961 |
Roderick Maclean | 1961-1963 |
E.J.K Wickstead | 1964 |
J.P.C Burbrock | 1964-1965 |
Peter L. Regis | 1965-1967 |
Albert Watson | 1967-1968 |
Stephen D. Lee | 1968-1971 |
Alber Watson | 1071-1973 |
Hj. Abdul Halim Abbie | 1974-1976 |
Hendry Mosiun | 1976-1977 |
Thien Thau kiew | 1977-1979 |
Zaman pemerintahan Jepun
Kebangkitan Jepun sebagai satu kuasa yang kuat pada masa itu dengan slogan "Kesemakmuran Asia Raya" dan "Asia untuk Asia" telah mara ke Sabah bermula dari Labuan pada 1 Januari 1942 hingga menawan Sabah tanpa ada tentangan dari pihak British, ini disebabkan Gabenor British di Sandakan tidak sempat mengirimkan bantuan disebabkan sekatan terhadap darat dan laut. Jepun berminat ke atas Sabah dengan membuat Rancangan membuka pusat migrasi ke Keningau tetapi rancangan itu hanya tinggal rancangan kerana ianya tidak mendapat kelulusan dari pihak British di keningau. Kekalahan pihak British di sabah amnya dan di Keningau khususnya menyebabkan tentera Jepun telah mengambil alih sistem pemerintahan di Kg Nuntunan Apin-apin. Zaman inilah kerahan tenaga dilakukan oleh tentera jepun kepada penduduk keningau bagi melaksanakan jalan raya Apin-Apin yang terlurus dan terpanjang di Sabah. Sabah di kuasai semula oleh British setelah berjaya mengusir tentera Jepun. Kehidupan di bawah kuasa tentera Jepun tidak membawa apa-apa kemajuan dan pembangunan.Demografi
Berdasarkan laporan kiraan banci 2010 dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa jumah penduduk di Daerah Keningau adalah seramai 134,234 orang seperti berikut:Etnik | Jumlah Penduduk |
---|---|
Melayu Brunei | 4,485 |
Kadazan-Dusun | 68,627 |
Murut | 29,070 |
Bajau | 5,403 |
Cina | 10,661 |
India | 374 |
Bumiputera lain | 12,445 |
Lain-lain | 3,169 |
Ekonomi
Ekonomi yang diusahakan di keningau bergantung kepada bidang pertanian, perladangan, perusahaan kecil-kecilan, dan pelancongan yang membawa kepada kemajuan dan peluang pekerjaan penduduk tempatan.Pertanian
Majoriti penduduk di Keningau melaksanakan aktiviti pertanian khusunya masyarakat kaum Kadazandusun. Mereka mengusahakan tanah yang diwariskan secara turun temurun dengan penanaman padi, sayur-sayuran untuk dipasarkan di tamu Keningau yang beroperasi dua kali seminggu iaitu tamu hari Khamis dan Ahad. Juga dijaja ke pasar malam Keningau yang beroperasi sepanjang malam. Keningau akan dijanggka menjadi antara daerah pengeluar padi terbesar di Sabah dengan adanya program yang dijalankan di Kampung Ambual yang mana berjaya mengeluarkan 10 metrik tan sehektar melalui program penanaman padi berkelompok. Keningau juga adalah pusat penanaman halia secara individu [tradisi].Perladangan dan penternakan
Dengan bantuan kerajaan bagi mengusahakan tanah maka ramai penduduk tempatan di Keningau mengusahakan penanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah. Dianggarkan terdapat 60 orang yang bergelar jutawan hasil mengusahakan ladang kelapa sawit. Penternakan juga giat dijalankan dengan ternakan kambing, lembu, ayam dan itik. Kelulusan penternakan feedlot di Daerah Kecil Sook bukti bahawa bidang penternakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan penduduk tempatan.Perusahaan
Selain daripada itu, perusahaan IKS di Keningau juga semakin berkembang dengan ramai melibatkan diri khususnya para wanita. Dengan pembinaan Komples Kraftangan Keningau membolehkan perusahaan kraftangan dapat dikembangkan hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan bantuan kerajaan dari segi kewangan dan khidmat kaunseling.Pelancongan
Walaupun bidang pelancongan bukanlah penyumbang kepada ekonomi penduduk di Keningau namun, ianya satu bidang yang banyak diusahakan oleh penduduk sekitar. Ini dapat dibukitkan bahawa pembinaan homestay di Kampung Bayangan.Perkhidmatan
Pengangkutan
Perkhidmatan pengangkutan amat mudah di dapati di sini. Jika melancong atau melawat ke Keningau, boleh mendapatkan bas mini, texi atau bas express di terminal bas Kota Kinabalu dan tambang adalah amat berpatutan.Bank
Daerah Keningau mempunyai pelbagai bank yang berurus niaga di sini antaranya Bank Simpanan Nasional [BSN], Malayan Bangking, CIMB Bank, Bank Rakyat, Public Bank, AM Bank dan Aliance Bank.Komunikasi
Liputan menerusi celcom, digi dan maxis juga mempunyai pejabat bagi memudahkan urusan.Pusat membeli belah
Walaupun tidak segah tempat-tempat lain namun di daerah Keningau mempunyai pusat membeli belah untuk keperluan dapur dan barangan lain, Misalnya Servey, Milimewa, bangunan Gimat dan ianya mencukupi keperluan harian penduduk.Hotel
- Hotel Perkasa - 3 bintang
- Hotel Juta - 3 bintang
Hotel Perkasa 3 bintang |
Hotel Juta taraf 3 bintang |
Sosial
Bahasa
Bahasa Melayu meluas di gunakan di daerah ini yakni mengunakan loghat Melayu Sabah yang dipengaruhi oleh dailek bahasa tempatan. Persamaan bahasa yang dituturkan di Keningau ialah Tambunan, Ranau dan Kundasang yang mana mempunyai perbezaan sedikit dengan bahasa Melayu yang dituturkan di Semenanjung Malaysia. Selain itu, Bahasa Inggeris dan juga dailek-dailek suku kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau dan Cina meluas digunakan di daerah tersebut. Sedikit loghat bahasa Melayu yang digunakan di Keningau seperti berikut:Bahasa Melayu Baku | Loghat Bahasa Melayu |
---|---|
Limpas | tumpang lalu |
ngaam | sesuai, sepadan |
bangas | basi |
bangali | merujuk kepada keturunan Pakistan |
batagar | berkerat |
bikin | buat |
palui | bodoh |
pantat | punggung |
sandi | teruk |
siring | tepi |
Budaya
Budaya bagi masyarakat Keningau dipengaruhi oleh penduduk kaum Kadazandusun dan Murut kerana dua kaum ini adalah majoriti di daerah ini. Walau bagaimanapun, setiap kaum di keningau mengekalkan budaya bangsa mereka dari segi perkahwinan, pakaian dan sebagainya.Pendidikan
Seperti daerah-daerah lain di Sabah, Keningau juga mempunyai pusat pendidikan dari tadika hinggalah maktab. Ini memudahkan murid mendapat pelajaran dengan mudah. Dari segi pentadbiran pendidikan, Berikut adalah nama sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di daerah ini termasuk sekolah-sekolah di Daerah Kecil Sook.Senarai Sekolah Rendah
- SK Ambual
- SK Apin-Apin
- SK Banjar
- SK Batu Lunguyan
- SK Rancangan Biah
- SK Binaong
- SK Bingkor
- SK Bonor
- SK Bulu Silou
- SK Bundu Apin-Apin
- SK Bunsit
- SK Kawakaan
- SK Dalit
- SK Delayan Tulid
- SK Kabatang Baru
- SK Kalampun
- SK Kampong Baru
- SK Kampong Biah
- SK KG Keningau
- SK Karamatoi
- SK Jaya Baru
- SK Pekan Keningau
- SK Inandung
- SK Bariawa Ulu
- SK Kapayan Baru
- SK Lanas
- SK Liau Apin-Apin
- SK Luagan
- SK Magatang
- SK Mansiat
- SK Membulu
- SK Menawo
- SK Merampong
- SK Mamagun
- SK Pasir Putih
- SK Pohon Batu
- SK Kuala Kahaba
- SK Senagang
- SK Sinaron Tengah
- SK Sodomon
- SK Sook
- SK Membulu
- SK Tuarid Taud
- SK Tulid
- SK Ulu Liawan
- SK Ansip
- SK Malima
- SK Penagatan
- SK Sinua
- SK Meninipir
- SK Malaing
- SK Bunga Raya
- SK Sinulihan Baru
- SK Simbuan Tulid
- SK Ulu Senagang
- SK Gaulan
- SK Petikang Laut Keningau
- SK Binuwou Tengah
- SK Rancangan Belia Tuilon
- SK Binakaan
- SK Bunang Sook
- SK Lintuhun Baru
- SK Nangkawangan
- SK Nandagan
- SK Binanon
- SK Pangas
- SK Pekan Keningau 11
Senarai sekolah menengah
- SMK Gunsanad
- SMK Gunsanad 11
- SMK Bingkor
- SMK Keningau
- SMK Keningau 11
- SMK SOOK
- SM Ken Hwa
- SM saint Francis Xavier
- SMK Tulid
- SMK Apin-Apin
Senarai pengajian tinggi
- Maktab Perguruan Keningau [IPG]
- Pusat Dakwah Islam Keningau
Agama
Penduduk di daerah Keningau majoriti beragama Kristian yang dianuti oleh kaum Kadazandusun dan Murut serta sebilangan kaum Cina dan imigran Indonesia khususnya dari wilayah Flores yakni kaum Tator [Tanah Toraja]. Antara gereja yang terdapat di Keningau ialah Gereja Saint Francis Xavier, Gereja Anglican, gereja Seven Day Advent, Gereja Yesus Benar, dan gereja Pantacosta. Agama Islam juga juga bertapak di daerah ini yang dianuti oleh Kadazandusun dan Murut serta keturunan Melayu dari Indonesia dan Filipina. Juga terdapat penganut Buddha di sini oleh kaum Cina.Senarai gunung di Keningau
- Gunung Pisagan
- Gunung Paling-paling
- Gunung Sigapon
- Gunung Lingan
- Gunung Rinangisan
- Gunung Kauran
- Gunung Tinutudan
Senarai kampung di Keningau
- Kampung Kepayan Baru
- Kampung Pantai Baru
- Kampung Ambual
- Kampung Dongiluang
- Kampung Bunga Raya
- Kampung Tonobon Baru
- Kampung Bayangan
- Kampung Tudan Baru
- Kampung Baginda
- Kampung Toboh Laut
- Kampung Merapok
- Kampung Panui
- Kampung Merasak
- Kampung Sodomon
- Kampung Luanti
- Kampung Magatang
- Kampung Kosugui
- Kampung Penagatan
- Kampung Menawo
- Kampung Bomboy
- Kampung Limbawan
- Kampung Sigapon
- Kampung Kuala Punteh
- Kampung Kota Ayangan
- Kampung Linsudan
- Kampung Tohan Baru
- Kampung Labak Baru
- Kampung Awas-awas
- Kampung Lingawon
- Kampung Baru
- Kampung Bingkor Baru
- Kampung Bingkor Lama
- Kampung Binaong
- Kampung Liau Laut
- Kampung Liau Darat
- Kampung Tagai
- Kampung Kumawanan
- Kampung Bunsit
- Kampung Pasir Putih
- Kampung Tuntumulud
- Kampung Toboh Baru
- Kampung Merampong
- Kampung Pagansangan
- Kampung Mengitom
- Kampung Berungis
- Kampung Bariawa Ulu
- Kampung Togudon
- Kampung Kikiran Ulu
Monday, 10 June 2013
LATIFAH OMAR DALAM KENANGAN
Namun, apa yang pasti, tiada siapa mampu menggantikan tempat mereka dihati peminat.
Setelah dikejutkan dengan pemergian pelawak veteran, S.Shamsudin, Selasa lalu, kita dikejutkan pula dengan berita pemergian pelakon veteran, Latifah Omar, semalam.
Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 6.19 petang semalam di HUKM akibat penyakit ulser.
Pelakon veteran yang berusia 74 tahun itu dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital.
Jenazah bakal disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar, pada jam 11 pagi ini.
Nama Latifah Omar mula dikenali selepas menceburkan diri dalam dunia lakonan pada era 1950-an.
Pada tahun 1953, beliau dinobat sebagai Ratu Cantik Singapura dan sejak itu beliau mula mencipta nama dalam dunia lakonan.
Filem Panggilan Pulau merupakan filem pertama lakonannya.
Latifah sering dilihat bergandingan dengan seniman Nordin Ahmad dalam pelbagai filem, antaranya, Lanchang Kuning dan Gurindam Jiwa.
Pada tahun 1959, Latifah terus dikenali dengan penampilannya sebagai Bawang Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah.
Bukan sahaja memiliki rupa paras jelita, malah setiap lakonannya amat berkesan.
Beliau sentiasa berjaya membawakan wataknya dengan berkesan hingga membuatkan penonton menitiskan air mata.
Selepas memiliki anak, allahyarham memilih untuk bersama keluarga dan bersara dari dunia lakonan.
“Lakonan terakhir saya ialah filem, Hati Batu pada 1973. Ketika itu, saya membuat keputusan untuk berhenti berlakon kerana memiliki anak kecil. Jika saya terus berlakon, saya tidak dapat beri perhatian penuh kepada anak.
“Memang niat saya ketika itu bukanlah untuk berhenti terus, tetapi bila bertahun-tahun tidak berlakon, saya jadi kekok untuk memulakannya semula. Jadi, saya ambil keputusan untuk terus bersara.
“Tidak dinafikan, saya menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama, tapi saya tolak. Saya dah tertutup hati untuk berlakon semula dan lebih selesa berada di rumah, melayan karenah cucu-cucu,” katanya dalam satu temu bual bersama Sinar Harian, tahun lalu.
-LATIFAH OMAR antara pelakon yang sangat saya minati.. filem yang begitu berkesan dihati " Bawang Putih Bawang Merah." .pertama menonton filem ini pada tahun 70han waktu itu masih kanak-kanak lagi..sampai nanggis-nanggis...Filem dulu-dulu lebih seronok walau beribu kali ditonton berbandaing filem2 zaman sekarang boring dan membosankan.
AL-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama orang beriman...
Wednesday, 5 June 2013
SELEPAS PRU 13 PERJUANGAN HARUS DI TERUSKAN
Pru 13 hampir sebulan berlalu, selaku warga penyokong tegar Kerajaan BN tentunya merakam bangga dengan kemenangan ini, segala daya usaha yang telah dicurah, memerah daya keringat sepanjang waktu demi memastikan kemenangan Kerajaan Barisan Nasional dapat dijulang dengan jayanya.
Sebagai kakitangan kerajaan sudah sewajarnya, berjiwa setia dan mengenang budi itu telah diterap dan disemai didalam sanubari tanpa berbelah bagi sokongan kepada mana-mana parti melainkan parti Barisan Nasional. Ini merupakan sumpah setia sebagaimana dalam aku janji bahawa sentiasa taat kepada pemimpin dan kerajaan selagi semuanya masih dilandasan yang betul.
Namun sungguh mengecewakan didalam diam ada dikalangan sahabat dibawah satu bumbung " musang berbulu ayam." suara sumbang mereka sesekali menyelinap masuk kecorong telingaku,,meskipun telah bersumpah setia dalam aku janji malangnya lidah memang tidak bertulang, hanya indah pada ucapan tetapi lidah bercabang seribu, bukan sesuatu yang luar biasa tetapi perkara biasa, manusia sebegini telah wujud lama dalam dunia ini sejak zaman-berzaman. Sejak kewujudan nabi Adam dan Hawa. Spesis manusia begini tidak harus dipercaya..harus berhati-hati..
Kemenangan memihak kepada yang didoakan agar kalah rupanya masih kekal dipilih rakyat..syukurlah Tuhan masih menghendakinya jadi pemimpin..biasalah manusia ini sarat dengan keangkuhan , cakap besar, seolah-olah dia Tuhan bisa mengubah segala apa yang dia kehendaki ..tidak senang melihat orang lain senang, bagai ketam didalam baldi...huhu
Tak apalah...
Beberapa hari lalu aku telah bertemu kenalan lama berasal dari Surabaya Indonesia, agak-agak lapan tahun kami tidak bersua selepas aku tidak berurusan lagi dengannya. Nampak gembira sahabat
ini dengan pertemuan itu...antara intipati perbualannya dia meminta aku membantunya untuk mendapatkan MY KAD huhu ini agak gawat bu..mana bisa...nanti aku ditangkap pak polisi,,.kataku berseloroh...
Katanya dia serius,,dia tidak mahu lagi kembali ke negaranya kerana dia telah jatuh hati dengan negara Malaysia yang dianggapnya lombong emas ...dia sempat berkata kenapa ramai rakyat malaysia membeci negaranya sendiri ...dan tidak menyokong pemerintah walhal rakyat banyak mendapat manfaat dari kerajaan berbanding mereka di negaranya. Sebab itu ramai warganya berduyun-duyun masuk ke negara ini hingga sanggup mengadai nyawa meredah samudra...
Sebagai kakitangan kerajaan sudah sewajarnya, berjiwa setia dan mengenang budi itu telah diterap dan disemai didalam sanubari tanpa berbelah bagi sokongan kepada mana-mana parti melainkan parti Barisan Nasional. Ini merupakan sumpah setia sebagaimana dalam aku janji bahawa sentiasa taat kepada pemimpin dan kerajaan selagi semuanya masih dilandasan yang betul.
Namun sungguh mengecewakan didalam diam ada dikalangan sahabat dibawah satu bumbung " musang berbulu ayam." suara sumbang mereka sesekali menyelinap masuk kecorong telingaku,,meskipun telah bersumpah setia dalam aku janji malangnya lidah memang tidak bertulang, hanya indah pada ucapan tetapi lidah bercabang seribu, bukan sesuatu yang luar biasa tetapi perkara biasa, manusia sebegini telah wujud lama dalam dunia ini sejak zaman-berzaman. Sejak kewujudan nabi Adam dan Hawa. Spesis manusia begini tidak harus dipercaya..harus berhati-hati..
Kemenangan memihak kepada yang didoakan agar kalah rupanya masih kekal dipilih rakyat..syukurlah Tuhan masih menghendakinya jadi pemimpin..biasalah manusia ini sarat dengan keangkuhan , cakap besar, seolah-olah dia Tuhan bisa mengubah segala apa yang dia kehendaki ..tidak senang melihat orang lain senang, bagai ketam didalam baldi...huhu
Tak apalah...
Beberapa hari lalu aku telah bertemu kenalan lama berasal dari Surabaya Indonesia, agak-agak lapan tahun kami tidak bersua selepas aku tidak berurusan lagi dengannya. Nampak gembira sahabat
ini dengan pertemuan itu...antara intipati perbualannya dia meminta aku membantunya untuk mendapatkan MY KAD huhu ini agak gawat bu..mana bisa...nanti aku ditangkap pak polisi,,.kataku berseloroh...
Katanya dia serius,,dia tidak mahu lagi kembali ke negaranya kerana dia telah jatuh hati dengan negara Malaysia yang dianggapnya lombong emas ...dia sempat berkata kenapa ramai rakyat malaysia membeci negaranya sendiri ...dan tidak menyokong pemerintah walhal rakyat banyak mendapat manfaat dari kerajaan berbanding mereka di negaranya. Sebab itu ramai warganya berduyun-duyun masuk ke negara ini hingga sanggup mengadai nyawa meredah samudra...
PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN |
Monday, 3 June 2013
Seksaan Azab Menanti Pengamal Ilmu Penunduk
Sumber Blog-
Pendakwah bebas, Ustaz Noor Hisham Ismail memberitahu, ilmu penunduk suami sememangnya telah wujud sejak berkurun lamanya. Namun, katanya, tarikh bila bermulanya ilmu tersebut tidak dapat dipastikan secara tepat sama ada wujud dari zaman nabi, zaman Parameswara atau pun zaman Abraham Lincoln.
Beliau berkata, hukum asalnya adalah harus sekiranya diamalkan untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tetapi sejak puluhan tahun yang lampau ia telah disalah gunakan sesetengah pihak dengan memasukkan unsur-unsur sihir dan menggunakan bantuan makhluk halus seperti jin dan syaitan.
“Ada juga masyarakat yang menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran dalam memastikan matlamat mereka berjaya dan telah menyebabkan ia bertukar haram disebabkan unsur-unsur tersebut,” katanya.
Ilmu penunduk suami kebiasaannya dilakukan oleh isteri dalam usahanya memastikan suami menurut dan patuh segala kehendaknya.
Selain itu, katanya, isteri yang mengamalkan ilmu penunduk amat berharap suami tidak curang, suami bertukar karakter dari seorang pembengis kepada lemah lembut, suami bertambah sayang kepadanya dan bermacam-macam faktor lagi.
Tambah beliau, suami yang terkena ilmu tersebut tidak menyedari bahawa dirinya disihir melainkan saudara mara atau sahabat handai yang menyedari perubahan mendadak berlaku ke atas sang suami.
“Antara perubahan mendadak yang mudah dikesan mereka yang rapat dengan suami yang terkena ilmu penunduk seperti sifat panas barannya bertukar menjadi penyabar dalam sekelip mata, suka berfoya-foya di luar tiba-tiba suka duduk bersama keluarga, ikut kata isteri tanpa membantah dan sebagainya.
“Pendek kata, pergerakan suami semasa di rumah tidak ubah seperti robot atau lembu yang dicucuk hidungnya tetapi berbeza perwatakan bila mana beliau berada di luar rumah,” katanya.
Jelas Ustaz Noor Hisham, isteri yang mengamalkan ilmu penunduk suami pastinya akan menanggung azab yang amat besar sama ada di dunia mahupun di akhirat.
“Azab besar menanti sesiapa sahaja lebih-lebih lagi pada seorang isteri yang menyihirkan suaminya demi kepentingan peribadi,” katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, banyak amalan-amalan dan doa-doa yang boleh diamalkan pada setiap masa dan selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami dan isteri.
“Antaranya dengan membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 dari surah yang sama dan ayat ke 74 surah Al-Furqan. Berdoalah setiap masa pada Allah dan bukannya meminta pertolongan dengan bomoh-bomoh yang mengamalkan mantera-mantera yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam,” ujarnya.
Kesimpulannya, Ustaz Noor Hisham menasihatkan golongan isteri supaya meninggalkan perkara-perkara syirik tersebut kerana tidak memberi sebarang faedah melainkan mendatangkan kemurkaan Allah pada si pelaku dan mendapat balasan neraka.
“Untuk isteri, mahu memikat hati suami bukanlah dengan cara mengamalkan ilmu penunduk tetapi ikatlah hati suami dengan kasih sayang berpanjangan, bertolak ansur dan melakukan apa jua perkara yang disukainya selagi ia tidak menyalahi syariat Islam,” katanya.
Ingatan kepada para isteri yang mengamalkan sihir seumpama ini, tunggulah azab pasti akan menimpa kepada si pengamal Nauzubillahiminzalik.
Subscribe to:
Posts (Atom)