Sunday, 29 December 2013

AKU TAKUT GEMUK



Maafkan aku andai perkataan diatas itu ada yang terasa, namun itulah hakikat yang sedang membeban fikiranku dan jiwaku.." Aku Takut Gemuk " sekian lama dan telah bertahun-tahun aku menjaga bodyku agar tidak terus mengembang, makan-minum kujaga dengan serapinya agar kekal seperti dulu kini dan selamanya...sehingga ada yang mengatakan aku kurus kerana makan hati, biasalah manusia suka bersangka, berpersepsi...huhu


Malangnya sejak akhir-akhir ini aku dah letih asyik kontrol makan ...nampak gayanya sudah tak dapat di bendung lagi aku dah mula makan berpinggan-pinggan, apa-apa jenis makanan kulahap dengan seleranya...segala makanan yang aku kontrol makan dulu-dulu habis kubaham..apa lagi angka yang sentiasa sempurna kekal dahulu tiba-tiba kini melambung naik huhu ini kali lah...habis tembam aku...
Kata orang kalau dah gemuk payah mau kuruskan semula eee betul kah ???? tak kisahlah yang penting sehat..

Saturday, 14 December 2013

PENGURUSAN STRATEGIK


Hari ini baru masuk modiul ke empat, ada 16 Modiul lagi yang bakal menunggu untuk di tamatkan..ahh rasanya masih terlalu lama,  tak sabar ingin menamatkan yang 16 itu..dua tahun menghabiskan 20 modiul semuanya dalam bahasa Inggeris sesak juga nafas huhu, ..,,subjek STRATEGI PENGURUSAN (EBHRM), antara subjek yang paling menggmit minat saya...bukan saya tiadak biasa mendengar perkataan ini selalu sangat cuma tidak begitu ghairah dan ambil peduli, kerana tidak bersebab kenapa harus mengambil berat..namun hari ini saya jadi begitu serius dalam memikirkan hal ini, demikian juga dengan subjek-subjek lain sebelum ini..

Yalah jadi serius kerana mahu lulus dalam exam..inilah yang telah terbudaya sejak di zaman sekolah menengah dan rendah dulu, fikir mau belajar bukan kerana apa, matlamat utamanya mau lulus, tidak mau gagal. kemudian dapat markah yang di harapkan dan dapat sijil.  ini harus di ubah kerana jadi tidak bermakna berkelulusan tapi tak tahu makna....

Alhamdulillah sejak belajar sepanjang hayat ini bolehlah menambah ilmu, banyak perkara tersorok telah dicungkil yang tidak di ketahui pun jadi tahu. Itulah manfaatnya..Namun ada juga suara sinis menyindir sudah tua-tua apa lagi yang mau di kejar adakah mau jadi pengarah huhu ..tidak kisahlah tua kah , mudah kah , ..kenapalah jika saya harus belajar sampai ke anak cucu,  bukankah dalam agama kita di tuntut agar mencari dan belajar ilmu walau sampai ke Liang Lahad..

Thursday, 12 December 2013

Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki


 Wanita harus tahu ini.... 

1). “Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”
Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan dalam erti kata lain,  selalu percaya kepada pemikiran sendiri.


Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap!

Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus!

Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.

Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.

Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!

2).“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”

Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.

Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.

Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe…

“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”

Tak usah lah sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…boring la beb.

MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”

3).“Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”

So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.

Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.

Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!

4)“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”

Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan


sumber blog-untuk perkongsian buat wanita.

Saturday, 7 December 2013

WANITA TERAS DAN TULANG BELAKANG UMNO

4hb Disember 2013- WANITA TULANG BELAKANG KEKUATAN PARTI
Persidangan Wanita UMNO
Sebahagian Perwakilan Wanita seluruh Malaysia
Menghadiri Persidangan induk
Menghadiri persidangan pergerakan wanita umno buat pertama kali selepas sepuluh tahun lalu. Ini selepas diberi mandat oleh para perwakilan wanita umno bahagian menganggotai sayap ini. Sungguh hati rasa teruja dan amat bersemangat semarak api yang sedang membakar. Rasanya baru dapat bernafas dan minda bergerak pantas. Banyak perkara mengajak minda berfikir ke hadapan, wanita dilihat lebih pantas dalam menggerakkan setiap tindakan.. Dalam ucapan dasar permintaan Dato Seri Sharizat Abdul Jalil  selaku ketua wanita UMNO Malaysia kepada PM agar mendapat pengiktirafan " Wanita Teras dan Tulang Belakang UMNO"  adalah sangat wajar, bukan lagi hanya sekadar tulang rusuk yang hanya tersorok di balik jasad.

Ucapan Dato Seri Sharizat banyak menyentuh tentang perjuangan wanita yang bukan sedikit malah wanita merupakan warga yang sentiasa bergerak pantas dalam melaksanakan segala dasar yang telah di rencanakan. Kejayaan wanita Umno memperjuangkan 30 peratus dasar dalam sektor awam dan swasta telah memperlihatkan perubahan yang sangat membanggakan.

Transformasi pertama wanita UMNO tidak harus di lihat sebagai hanya layak dan mampu bercakap soal-soal wanita sahaja tetapi dalam soal seperti kedudukan wanita, dalam membuat keputusan. soal cuti ibu bersalin, isu wanita di tempat kerja, penyediaan Taska, sensitiviti gender dan seumpamanya, ianya merupakan isu-isu penting yang terus di perjuangkan oleh wanita.

Antara cadangan pergerakan wanita, penubuhan Bank Wanita dalam negara ini apa kah wajar ianya di laksanakan?