|
4hb Disember 2013- WANITA TULANG BELAKANG KEKUATAN PARTI |
|
Persidangan Wanita UMNO |
|
Sebahagian Perwakilan Wanita seluruh Malaysia |
|
Menghadiri Persidangan induk |
Menghadiri persidangan pergerakan wanita umno buat pertama kali selepas sepuluh tahun lalu. Ini selepas diberi mandat oleh para perwakilan wanita umno bahagian menganggotai sayap ini. Sungguh hati rasa teruja dan amat bersemangat semarak api yang sedang membakar. Rasanya baru dapat bernafas dan minda bergerak pantas. Banyak perkara mengajak minda berfikir ke hadapan, wanita dilihat lebih pantas dalam menggerakkan setiap tindakan.. Dalam ucapan dasar permintaan Dato Seri Sharizat Abdul Jalil selaku ketua wanita UMNO Malaysia kepada PM agar mendapat pengiktirafan " Wanita Teras dan Tulang Belakang UMNO" adalah sangat wajar, bukan lagi hanya sekadar tulang rusuk yang hanya tersorok di balik jasad.
Ucapan Dato Seri Sharizat banyak menyentuh tentang perjuangan wanita yang bukan sedikit malah wanita merupakan warga yang sentiasa bergerak pantas dalam melaksanakan segala dasar yang telah di rencanakan. Kejayaan wanita Umno memperjuangkan 30 peratus dasar dalam sektor awam dan swasta telah memperlihatkan perubahan yang sangat membanggakan.
Transformasi pertama wanita UMNO tidak harus di lihat sebagai hanya layak dan mampu bercakap soal-soal wanita sahaja tetapi dalam soal seperti kedudukan wanita, dalam membuat keputusan. soal cuti ibu bersalin, isu wanita di tempat kerja, penyediaan Taska, sensitiviti gender dan seumpamanya, ianya merupakan isu-isu penting yang terus di perjuangkan oleh wanita.
Antara cadangan pergerakan wanita, penubuhan Bank Wanita dalam negara ini apa kah wajar ianya di laksanakan?
No comments:
Post a Comment