Wednesday, 19 February 2014

APA KAH KERANA DIA BERSTATUS TUAN ? SESUKA HATI MENENGKING ORANG BAWAHAN


Mentang-mentanglah dia bos, apa dia sesuka hati saja tengking-tengking orang bawahan..keluh seorang kakitangan disebuah jabatan kedengaran sedang bercakap dengan rakannya yang kebetulan duduk disebelah, ketika saya menunggu kereta sedang dicuci di sebuah car was yang terletak di pinggir sebuah kampung.

Kedengarannya dia bercakap pasal bosnya yang suka marah-marah tak tentu pasal, perkara kecil pun tak boleh selesaikan, mau juga dibincang melalui meeting. Walhal katanya perkara itu mudah saja dia ambil tindakan jika dia mahu, kerana dia seorang bos lagi pula perkara itu bukannya melibatkan sampai perlu diurus ke ibu pejabat pusat.
 
Sikap bosnya itu buat dia rasa menyampah dan tidak selasa menjalankan tugas seharian, ada-ada saja perkara yang tidak kena. Masalah rumahtangganya juga sampai terbawa-bawa ke pejabat, habis semua kakitangan manjadi mangsanya melepaskan geram.. luahnya.

Tidak di nafikan terdapat dikalangan kakitangan berjawatan bos sangat berlagak dan sombong terhadap kakitangan bawahan, ahh baru setakat bos rendah belum jadi pengarah...kenapa harus menyombong tahap langit, jawatan itu bukan diwarisi sampai ke cucu-cicit..

Sampai ada yang tidak dipandang malah terlalu dibenci walau telah bersara..kerana terlalu berdendam dengan si pegawai ini suatu ketika dahulu..perkara ini boleh kita jadikan iktibar jangan kita dibenci orang pula sampai ke akhir hayat.

Monday, 17 February 2014

Jelajah Ke Banjaran Crocker

Dua warga Jepun turut bersama, mereka sering datang ke tempat ini membuat kajian, yang sebelah kanan sangat fasih berbahasa melayu, sudah 4 tahun berada di Sabah, yang sebelah kiri pula berstatus DR. tidak tahu berbahasa melayu baru setahun di Sabah.
Rombongan sedang menikmati hidangan tengahari yang telah disediakan oleh Taman-taman Sabah
suasana didalam rimba
Batu yang menyerupai wajah seekor singa, ini antara yang menarik ditempat ini
Kelihatan Ketua Umno Bahagian dan Timbalan Ketua Umno bahagian. Anuar Datuk Ayub serta rombongan sambil sembang dan  menikmati hidangan tengahari...
Sempat menggambil post di kaki bukit banjaran croker, alahai damainya disini dan dinginnya menyejuk jiwa
Pejabat Taman-taman Sabah yang terletak di Kg. Ulu Senagang Keningau


Kami meneruskan perjalanan ke satu perkampungan di Ulu Senagang dan Kg. Mongol dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Liawan Keningau yang terletak di kaki bukit banjaran croker menghadiri satu program perasmian komuniti bersama masyarakat setempat.

Program ini di rasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri YB. Datuk Sairin Karno, Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri Sabah. Ianya adalah program anjuran Taman-taman Sabah. Rombongan daripada pergerakan yang di ketuai oleh ketua wanita UMNO Pn. Hajah Amelia Ajun seramai 15 orang kesemuanya adalah wanita. Rombongan Ketua Bahagian pula telah berangkat lebih awal.

Perjalanan menuju ke perkampungan ini memakan masa lebih kurang 1 jam,  keadaan jalan raya yang agak becak kerana di basahi hujan, sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk sampai ke destinasi. Ini merupakan lawatan pertama sebahagian dari rombongan kami ke tempat ini, kerana ada diantara rakan-rakan belum berkesempatan melawat ke tempat ini termasuk saya.

Tempat ini tidaklah jauh sangat dari bandar Keningau, namun untuk sampai ke tempat sebegini tanpa bersebab mungkin tidak dapat di luangkan kerana masing-masing ada kometman. 

Dalam keadaan jalan becak berlumpur begini pemanduan terpaksa di perlahankan kerana jalannya agak licin, silap haribulan boleh menjunam ke bawah bukit  huhu...justeru itu berhati-hati di jalan raya adalah penyelamat.

Tibanya kami ditempat ini..hati sungguh rasa sangat teruja melihat keindahan alam sekeliling, suasana hijau begitu mengoda pandangan mata.. minda terasa segar melihat panorama rimba yang masih dara, belum pernah diteroka oleh mana-mana manusia, kerana tempat ini dilarang sekeras-kerasnya kepada sesiapa yang cuba meneroka tanpa keizinan dari yang punya tuan iaitu Taman-taman Sabah, ianya merupakan kawasan tadahan. 

Hembusan bayu dingin menyapa selamat datang... desiran air sungai menggalir lembut, penghuni rimba kedengaran bersahut-sahutan menandakan kehadiran penghuni dari luar..mungkinkah mereka rasa terganggu mendengar keriuhan gelak tawa manusia yang ada di sekitar ..huhh..sunguh damai disini. Sangat sesuai untuk berbulan madu buat mempelai yang baru melayarkan bahtera.

Namun satu perkara yang terasa sangat rugi tidak sempat ke air terjun tujuh tingkat yang terdapat di dalam rimba sana, ini kerana  tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya..lagi pula kami di beritahu oleh kakitangan taman-taman sabah di tempat itu banyak pacat yang sentiasa menunggu-nunggu menyerang mangsa..

huhuuu.. setakat pacat tidaklah mematahkan semangat serikandi tetapi kerana hujan..dan waktu begitu cemburu..kami terpaksa berangkat balik meneruskan perjalanan,  ziarah ke beberapa buah lagi kampung yang menjadi mangsa banjir..

Selepas meninggalkan tempat ini dengan sedikit rasa kesal, ada dikalangan rakan mengajak semula rombongan ke tempat ini pada masa akan datang, dengan tujuan melawat ke air terjun tujuh tingkat itu. .akan sampai waktunya nanti kami pasti datang lagi...InsyahAllah.

Wednesday, 12 February 2014

Elak Derita Dihujung Usia


ELAK DERITA DI HUJUNG USIA

Paparan Sinar Harian ahad lalu cukup menyentap emosi pembaca. Kita sebagai seorang wanita dan ibu mempunyai naluri kasih yang amat tinggi. Isteri yang paling setia disisi suaminya. Penasihat rumahtangga dan pendamai kepada jiwa anak-anaknya. Namun bila usia menjengah senja, walaupun mempunyai anak ramai dan keluarga bahagia terdapat juga kes hidup mereka melarat!

Kerap kita membaca kisah warga emas yang ditinggalkan anak-anak, hidup terbiar dan melarat. Dikalangan mereka ada juga yang mengalami ujian seperti kehilangan suami, ditinggalkan suami atau kerugian besar setelah menjalani kehidupan bahagia pada usia muda tanpa memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku pada usia tuanya.

Tidak ada wanita yang mahukan hidupnya berakhir dengan penderitaan, namun apa yang dirancang oleh kita tidak semestinya berlaku dengan sempurna.

Zaman kita tidak sama dengan zaman dahulu. Telah banyak contoh yang berlaku, jesteru itu bersedia dan lakukan perancangan awal, baik dari segi mental, emosi, kewangan dan sebagainya. Wanita perlu persiapkan diri, sumber kewangan dan tempat tinggal bagi menghadapi ketidaktentuan perjalanan hidup.

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada...

Jika apa yang dirancang tidak menjadi berbaliklah kepadaNya kerana manusia merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cintaNya


Sumber Sinar Harian-  sekadar perkongsian.