Rombongan sedang menikmati hidangan tengahari yang telah disediakan oleh Taman-taman Sabah |
suasana didalam rimba |
Batu yang menyerupai wajah seekor singa, ini antara yang menarik ditempat ini |
Kelihatan Ketua Umno Bahagian dan Timbalan Ketua Umno bahagian. Anuar Datuk Ayub serta rombongan sambil sembang dan menikmati hidangan tengahari... |
Sempat menggambil post di kaki bukit banjaran croker, alahai damainya disini dan dinginnya menyejuk jiwa |
Pejabat Taman-taman Sabah yang terletak di Kg. Ulu Senagang Keningau |
Kami meneruskan perjalanan ke satu perkampungan di Ulu Senagang dan Kg. Mongol dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Liawan Keningau yang terletak di kaki bukit banjaran croker menghadiri satu program perasmian komuniti bersama masyarakat setempat.
Program ini di rasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri YB. Datuk Sairin Karno, Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri Sabah. Ianya adalah program anjuran Taman-taman Sabah. Rombongan daripada pergerakan yang di ketuai oleh ketua wanita UMNO Pn. Hajah Amelia Ajun seramai 15 orang kesemuanya adalah wanita. Rombongan Ketua Bahagian pula telah berangkat lebih awal.
Perjalanan menuju ke perkampungan ini memakan masa lebih kurang 1 jam, keadaan jalan raya yang agak becak kerana di basahi hujan, sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk sampai ke destinasi. Ini merupakan lawatan pertama sebahagian dari rombongan kami ke tempat ini, kerana ada diantara rakan-rakan belum berkesempatan melawat ke tempat ini termasuk saya.
Tempat ini tidaklah jauh sangat dari bandar Keningau, namun untuk sampai ke tempat sebegini tanpa bersebab mungkin tidak dapat di luangkan kerana masing-masing ada kometman.
Dalam keadaan jalan becak berlumpur begini pemanduan terpaksa di perlahankan kerana jalannya agak licin, silap haribulan boleh menjunam ke bawah bukit huhu...justeru itu berhati-hati di jalan raya adalah penyelamat.
Tibanya kami ditempat ini..hati sungguh rasa sangat teruja melihat keindahan alam sekeliling, suasana hijau begitu mengoda pandangan mata.. minda terasa segar melihat panorama rimba yang masih dara, belum pernah diteroka oleh mana-mana manusia, kerana tempat ini dilarang sekeras-kerasnya kepada sesiapa yang cuba meneroka tanpa keizinan dari yang punya tuan iaitu Taman-taman Sabah, ianya merupakan kawasan tadahan.
Hembusan bayu dingin menyapa selamat datang... desiran air sungai menggalir lembut, penghuni rimba kedengaran bersahut-sahutan menandakan kehadiran penghuni dari luar..mungkinkah mereka rasa terganggu mendengar keriuhan gelak tawa manusia yang ada di sekitar ..huhh..sunguh damai disini. Sangat sesuai untuk berbulan madu buat mempelai yang baru melayarkan bahtera.
Namun satu perkara yang terasa sangat rugi tidak sempat ke air terjun tujuh tingkat yang terdapat di dalam rimba sana, ini kerana tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya..lagi pula kami di beritahu oleh kakitangan taman-taman sabah di tempat itu banyak pacat yang sentiasa menunggu-nunggu menyerang mangsa..
huhuuu.. setakat pacat tidaklah mematahkan semangat serikandi tetapi kerana hujan..dan waktu begitu cemburu..kami terpaksa berangkat balik meneruskan perjalanan, ziarah ke beberapa buah lagi kampung yang menjadi mangsa banjir..
Selepas meninggalkan tempat ini dengan sedikit rasa kesal, ada dikalangan rakan mengajak semula rombongan ke tempat ini pada masa akan datang, dengan tujuan melawat ke air terjun tujuh tingkat itu. .akan sampai waktunya nanti kami pasti datang lagi...InsyahAllah.
No comments:
Post a Comment