Entah apa malangnya nasib di ogos ini, patut ini bulan merdeka, merdeka dari segala dugaan huhu..beberapa insiden yang tidak dijangka telah berlaku buat jiwa sedikit terganggu. Namun bukanlah terganggu kerana dek terpaksa mengeluarkan kos untuk menanggung semua itu atas kesilpan sendiri, hanya aku asyik memikir dan buat aku banyak muhasabah diri.
Seminggu lalu, kereta seorang pegawai telah kulanggar akibat alam keretaku tidak bengeluarkan amaran, ketika aku mengundurkan kereta terasa ada objek menghentak bahagian belakang barulah alam berbunyi, .langsung saja aku tidak nampak adanya sebuah kereta berada disitu, kerana ruang itu bukannya parking khas untuk kereta, .masya-Allah habis kemek depan kereta pegawai itu. Keretaku pula tidak mengalami apa-apa. Aku manusia yang tidak suka banyak soal terus saja mengaku harus bertanggungjawab selesai segala urusan, tak apalah salah diri sendiri.
Beberapa hari kemudian ketika aku meletakkan keretaku di sekitar One Brneo sementara pigi shoping, Sekembalinya aku dari shoping alangkah terkejutnya aku cermin keretaku telah dipecah dan bag pakaianku turut hilang, ini mesti dilakukan oleh spisis manusia yang kurang waras akalnya.. huhh , hendak dilapor kepda pihak polis rasanya tidak akan menyelesaikan masalah, terpaksalah juga tanggung sendiri. Ya Tuhan...
Sunday, 31 August 2014
CINTAKU BERSEMI DISINI
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! |
Kita bersyukur kerana terlepas dari segala keperitan hidup di zaman penjajah,, penjajah yang digeruni menurut cerita orang terdahulu, terutama orang jepun yang bersikap zalim..bermacam-macam kisah. Walau pun kita tidak melalui zaman itu namun mendengar kisahnya saja sudah cukup mengundang gerun dihati.
Sejak awal bulan ogos lalu bahang merdeka sudah terasa dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh kebanyakan ajensi kerajaan, tidak ketinggalan di kampung-kampung huhhh meriahnya dengan kibaran jalur gemilang, dengan laungan suara merdeka, merdeka , merdeka. Sambutan merdeka bukan saja dikalangan golongan dewasa tapi kanak-kanak turut bersama meraihkannya.
Semangat cintakan tanah air dikalangan kanak-kanak harus dipupuk agar mereka tahu maksud merdeka yang sebenarnya serta menghargainya. Jika tidak dilakukan demikian mungkin mereka hanya beranggapan bahawa sambutan merdeka ini semata-mata hanya untuk bersuka ria.
Semoga sambutan merdeka ini dengan selitan ceramah-ceramah yang menceritakan sejarah perjuangan memerdekakan negara bertuah ini mampu mengundang insaf disetiap kalbu kita sebagai rakyat malaysia.
" SALAM MERDEKA "
Saturday, 16 August 2014
Sempena Majlis Perkahwinan Anak Buahku Hilman dan Haryani
Inilah wajah-wajah abang-abang dan kakak-kakak saya, semuanya dah klasik yang penting sentiasa sehat |
Sempat mempersembahkan tarian Jamilah bersama para tetamu |
Satu Post yang sangat ku tunggu-tunggu untuk dirakamkan bersama abang, kakak , kakak2 ipar, abang2 ipar |
Saturday, 9 August 2014
Mewujudkan 1 Jawatan Naib President Khas Untuk Wanita Usul daripada Pergerakan Wanita Umno Keningau
Ketua Umno Bahagian |
Pn. Hajah Amelia Ajun Ketua Wanita UMNO Keningau sedang menyampaikan ucapan |
Para Perwakilan |
sempat menggambil post dihadapan kediaman ketua pemuda UMNO bahagian keningau Nik Nazri Nik Zawawi, di majlis rumah terbukanya selepas persidangan |
Ketua Wanita Umno Bahagian Pensiangan (kiri) Pn. Hajah Zaiton Anik. Ketua Wanita Umno Bahagian Keningau (kanan) Pn. Hajah Amelia Ajun |
suasana majlis raya di kediaman Ketua Pemuda Nik Nazri |
Barisan AJK Wanita Umno |
Antara usul di kemukakan mencadangkan agar mewujudkan 1 jawatan naib president tetap yang di khaskan untuk wanita. Cadangan ini adalah sangat bertepatan sejajar dengan peranan serta sumbangan wanita dalam pelbagai aspek, terutama peranan dalam menyumbang kepada pembangunan negara serta menjadi tulang belakang kepada kekuatan parti UMNO.. Usul ini disokong oleh semua para perwakilan.
Slogan “Pemuda harapan negara pemudi tiang negara” harus menjadi peringatan kepada kita betapa besarnya sumbangan wanita terhadap kemajuan negara ini. Justeru cadangan daripada pergerakan wanita ini harus diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti bahawa sudah tiba masanya wanita harus diberi ruang dalam barisan kepimpinan no tiga teratas parti pendokong kerajaan. sesuai dengan masanya yang mana cabaran parti kian sengit, maka wanita harus diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab ini.
Pergerakan wanita yakin wanita mampu menyumbang kecemerlangan parti sebagaimana usaha pergerakan wanita selama ini, yang mana usaha bersungguh-sungguh telah membuahkan hasil bukan saja di bawa kepimpinan pergerakan wanita terdahulu tetapi sehingga kini.
Wednesday, 6 August 2014
Nasi Linopot
NASI LINOPOT, saat arwah Ibu masih ada, arwah ibu sangat rajin
menyediakan nasi linopot buat santapan keluarga.. lebih-lebih lagi saat
kami masih kanak-kanak. Ini adalah hidangan wajib.. Nasi Linopot adalah
antara makanan kegemaran orang dusun. ya agak tradisi namun tetap enak
bila dimakan bersama sayur-sayuran, ikan bilis, ikan kering dan lain2.
Cara penyediaan, beras di masak bercampur ubi keladi atau ubi kayu atau ubi keledek, setelah masak barulah digaul sehingga ia bercampur aduk menggunakan senduk kayu, barulah di bungkus mengunakan daun pisang atau sejenis daun kayu. Saya pun lupa apa nama jenis pokok kayu itu. Selamat mencuba .
Cara penyediaan, beras di masak bercampur ubi keladi atau ubi kayu atau ubi keledek, setelah masak barulah digaul sehingga ia bercampur aduk menggunakan senduk kayu, barulah di bungkus mengunakan daun pisang atau sejenis daun kayu. Saya pun lupa apa nama jenis pokok kayu itu. Selamat mencuba .
Nasi Linopot di bungkus dengan daun |
Subscribe to:
Posts (Atom)