Ketua Umno Bahagian |
Pn. Hajah Amelia Ajun Ketua Wanita UMNO Keningau sedang menyampaikan ucapan |
Para Perwakilan |
sempat menggambil post dihadapan kediaman ketua pemuda UMNO bahagian keningau Nik Nazri Nik Zawawi, di majlis rumah terbukanya selepas persidangan |
Ketua Wanita Umno Bahagian Pensiangan (kiri) Pn. Hajah Zaiton Anik. Ketua Wanita Umno Bahagian Keningau (kanan) Pn. Hajah Amelia Ajun |
suasana majlis raya di kediaman Ketua Pemuda Nik Nazri |
Barisan AJK Wanita Umno |
Antara usul di kemukakan mencadangkan agar mewujudkan 1 jawatan naib president tetap yang di khaskan untuk wanita. Cadangan ini adalah sangat bertepatan sejajar dengan peranan serta sumbangan wanita dalam pelbagai aspek, terutama peranan dalam menyumbang kepada pembangunan negara serta menjadi tulang belakang kepada kekuatan parti UMNO.. Usul ini disokong oleh semua para perwakilan.
Slogan “Pemuda harapan negara pemudi tiang negara” harus menjadi peringatan kepada kita betapa besarnya sumbangan wanita terhadap kemajuan negara ini. Justeru cadangan daripada pergerakan wanita ini harus diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti bahawa sudah tiba masanya wanita harus diberi ruang dalam barisan kepimpinan no tiga teratas parti pendokong kerajaan. sesuai dengan masanya yang mana cabaran parti kian sengit, maka wanita harus diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab ini.
Pergerakan wanita yakin wanita mampu menyumbang kecemerlangan parti sebagaimana usaha pergerakan wanita selama ini, yang mana usaha bersungguh-sungguh telah membuahkan hasil bukan saja di bawa kepimpinan pergerakan wanita terdahulu tetapi sehingga kini.
No comments:
Post a Comment