Saturday, 31 December 2016

PULARA PANGKOR 7 PUISI MENGHARMONI



Pantai Pangkor

Santai-santai
Dengan pakaian etnik Kadazan/Dusun untuk persembahan
Jeti Pangkor
PULARA, satu perkataan agak unik dipendengaran buat pertama kali singgah  dicuping telingaku, tertanya-tanya dalam sanubari apa kah itu? Lalu aku teruskan pencarian di ruang google nah hasil dapatan buat dada berkocak-kocak ingin turut serta dalam acara.

Apa lagi lantas aku mendaftar secara online bertaruh nasib lulus atau tak lulus kerana dalam kenyataan penyertaan adalah terhad, berdoa moga dalam senarai sebagai peserta. Beberapa minggu aku menunggu jawaban, akhirnya aku terima emel surat undangan dari pihak penganjur ke pulara wah! Tuah aku, tanpa soal lantas membalas untuk bersetuju.

Pertemua pengerusi penganjur secara empat mata, tuan Malim Gozali di yogyakarta dalam acara sastera serantau tanggal 19hb november, menguatkan lagi semangat untuk turut serta ke PULARA.

8hb Disember bertambah lagi koleksi sejarah indah mewarnai kehidupanku sebagai penulis yang baru melakar nama dipersada penulis tanah air dalam persatuan MOMOGUN Sabah.

Pulara 7 Pangkor Mengharmoni puisi, banyak menyuntik semangatku untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. 25 negara berhimpun dalam acara sastera antarabangsa. Pengisian aktiviti dalam acara tersebut amat memberansangkan mindaku. Ditambah lagi aku dan tiga rakan dari persatuan penulis Momogun Sabah diberi ruang menyampaikan puisi etnik kadazan/dusun dikhalayak dengan pakaian tradisi.

Persembahan kami malam pertama selesai,  turun saja dari pentas berebut-rebut orang mau tangkap gambar dan bergambar sekali akibat penangan dari pakaian tradisi yang kami pakai, unik barangkali mempersona pandangan mata macam artislah pula mengalahkan Siti Nurhalizah ha ha..

Itulah sejarah pertama kali aku menyarungkan busana tradisi ke tubuhku, busana suku etnik dusun yang nampak agak purba dengan eksosoresnya yang entah berapa kilo beratnya. Tali pinggang tembaga dan seraung dengan manik berjuntai-juntai mengeluarkan irama bila bergeseran.

Paling mantap menteri besar perak merasmikan acara dan kehadiran sultan Perak sebagai tetamu kehormat dalam acara,  tanda sokongan padu pada acara yang diadakan. 

Antara sastera dan politik keduanya mempunyai keistimewaan berbeza. Dalam sastera jiwaku rasa santai dlm politik aku bertempur warna warni bagai pelangi menghias didada langit. Tetapi tetaplah biasa2 saja hi hi. oright itu saja.

Dibawah ini, inilah puisiku seadanya yang termuat dalam antalogi "PULARA 7 MENGHARMONI PUISI", taklah begitu anggun biasa-biasa saja baru belajar MENGARANG, apa pun syukur ada daripada tiada. 

Sunday, 25 December 2016

PERHIMPUNAN SASTRAWAN DAN BUDAYAWAN NEGARA SERUMPUN YOGYAKARTA 2016


dalam kereta api disebelah kak Nuning Purnama

Berteduh sementara sebelum menaiki kuil Borobudur
Berfoto kenangan bersama Bundo 

Yogyakarta suatu nama yang telah lama mesra dalam mindaku, saat dialam persekolahan menengah lagi melalui mata pelajaran sejarah. Tidak pernah melakar angan untuk ke kota ini apa lagi untuk melancung semuanya diluar kotak fikir. Demikianlah perancangan Tuhan dengan izinnya. Apa yang kita rancang kadang tidak akan menjadi kenyataan. Tetapi yang tidak dirancang berlaku pula sebaliknya.
17hb november, 

Jam 8 mlm rombongan karyawan daripada bawah bayu memulakan perjalanan dengan menaiki pesawat Air Asia menuju ke Kota Jakarta. Tiba lebih kurang 10.30mlm waktu malaysia. Dari lapangan terbang Seokarno- Hatta kami menaiki teksi menuju ke teratak bundo yang terletak di Kota Jakarta untuk bermalam sebelum rombongan berangkat ke yogyakarta pada keesokan malamnya. Bundo merupakan pengerusi acara yang bakal berlangsung dan telah berangkat lebih awal ke yogyakarta kerana mengurus atur acara tersebut. Kak Nuning Purnama yang peramah menyambut kami di rumah Dr. Bundo.

18hb november,
Jam 10 malam rombongan kami seramai sepuluh orang bersama kak Nuning bertolak dari stesen kereta api Jakarta menuju ke yokyakarta,  tiada apa yang dapat dilihat sepanjang perjalanan kerana suasana malam. Lebih kurang jam 3 pagi kami tiba distesen keretapi di yogyakarta dan terus saja rombongan dibawa ke hotel penginapan, Tembok Batu Residence Jogja. Hotel Yogyakarta dengan menaiki bas. Di hotel inilah acara bermula pada pagi 19hb November.

Ya Kerana sastera aku hadir disini. Kota Yogyakarta begitu indah dan tenang panoramanya, masih kekal suasana tradisinya. Tidak hairanlah yogyakarta menjadi salah satu tumpuan pelancong kerana terdapat banyak keunikan disini. 

Selain acara sastera sebagaimana tertera dalam aturcara yang telah disusun atur, rombongan dari pelbagai negara juga dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah disekitar. Salah satu destinasi yang sungguh menarik dilawati. Kuil purba Borobudur berusia mungkin ratusan tahun kewujudannya. 

Melihat Kuil Borobudur begitu menakjubkan, pantas benakku diterjah seribu persoalan bagaimana mungkin bangunan sebegitu kukuh dibina ketika zaman ratusan tahun dahulu, tentunya teknologi canggih tidak mungkin wujud saat itu? masih dalam suasana purba?? Lalu siapakah yang membinanya??? Aku tenggelam dalam tandatanya. 

Kata salah seorang rakan rombongan, kuil lama itu dibina oleh mahluk2 gaib yang tidak dilihat oleh mata kasar manusia biasa, ehh benarkah begitu..entahlah.  Tingkat demi tingkat tangga kami daki dan setiap tingkat kami jelajahi kelenguan lutut terasa saat menaiki setiap tangga kuil kerana agak tinggi. Benar2 unik. Pancaran terik matahari rasanya hampir buat aku tidak berdaya begitu panas membakar kulit. Selepas mengambil gambar cepat'-cepat aku turun ke bawah mengelak dari terus dipanah bahang mentari, wajahku kemerahan seperti kulit udang disimbah air panas.

Dalam rombongan kami, aku dan salah seorang rakan dari sabah En. Aslie amat bertuah kerana berkesempatan melawat ke sebuah perkampungan tradisi terletak disekitar kuil,  kampung itu agak tersorok dari pandangan umum kerana dikelilingi pohon'-pohon hijau rimbun dan berpagar pula siap dengan penjaga.  Kami diajak oleh sahabat dari bandung bernama Lela dengan menaiki kuda pedati yang sedia menunggu para pelancong dibawah kuil tersebut. 

Pemandu itu juga yang mencadangkan agar kami melawat kekampung berkenaan. Mulanya kami menolak namun kerana pujukan pemandu itu akhirnya kami bersetuju. Saya agak terkejut melihat saujana hijau sawah padi tumbuh subur milik penduduk kampung sekitar. Begitu teruja rasa melihat keindahannya. Deretan rumah kampung ditepi jalan kelihatan biasa2 saja. Kata lela rumah2 itu dikekalkan begitu saja agar tampak keasliannya,  kerana kebanyakan pelancong terutama pelancong dari eropah lebih suka melihat  suasana tradisi. 

Kami sempat singgah seketika disebuah warung milik penduduk kampung untuk melegakan tekak yang mula terasa dahaga sambil merasai keenakan makanan tradisi penduduk disitu. Kami hanya minum minuman sejuk dan makan kueh tradisi saja.  Suasana panas sungguh meletihkan aku berlama-lama diwarung itu kipas pun tiada ha ha. Aduhh.

Bersambung.....
Nah...Ku abadikan setiap destinasi yang dilewati. Melalui potret yang kurakam.





 Bersama Kak Ony berlatarkan Kuil Borobudur

Thursday, 1 December 2016

2016 BERTAMU LAGI DI PWTC

Perwakilan wanita Keningau Sempat berfoto bersama mantan ketua wanita UMNO Malaysia Dato Sri Dr. Zaharah Zulaiman dan mantan setiausaha wanita Pn. Zuraidah
Wanita Keningau dan Ranau sempat merakam kenangan
Barisan perwakilan wanita Parlimen Keningau bagi tahun 2016
Dewan persidangan Tun Dr. Husin On PWTC 2016
Perhimpunan umno tahun 2016. bermula 29hb november 2016 . Seperti juga tahun-tahun lalu hadir sebagai perwakilan. Tiada apa yang menarik untuk ku coretkan kali ini kerana pengisian acara sama saja sebagaimana pada tahun-tahun lalu. Intipati ucapan ketua wanita UMNO Malaysia kerja keras memenangkan kerajaan Barisan Nasional. hem tetaplah begitu sebagai ahlinya berusaha dengan jayanya mempertahankan kerajaan yang sedia ada.

Ikrar serikandi terus mengorak langkah berjuang dengan penuh azam tanpa berbelah bagi sehingga ke titik nafas terakhir. Insyah Allah. UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA.

Wednesday, 16 November 2016

KAMI JARANG BERTEMU





Baru kali ini ada kesempatan melawat abangku yang nombor 3. Sedang dalam rawatan di Hospital Quen kerana komplikasi paru-paru berair.  Hampir setahun tidak bertemu, kedengaran amat tak munasabah namun itulah hakikat  kerana kekangan masa, maklumlah bila sudah hidup masing-masing begitulah, ruang untuk kunjung-mengunjung agak terhad kerana ada saja kometman. Mudah-mudahan dia terus sembuh.

Suatu ketika dulu abangku ini pernah bergelar usahawan paling berjaya namun begitulah kadang nasib tidak sentiasa menyebelahi cabaran sentiasa ada dan bukan calang-calang cabaran yang dilalui. Dalam perniagaan jatuh-menjatuh, khianat dan dengki adalah antara hal-hal yang tidak mampu dielakkan sungguh memilukan hanya kekuatan mental dan sabar serta keimanan senjata paling ampuh. Jika tidak boleh saja terjadi bunuh diri

 Kemiskinan dan kekayaan antara ujian kepada manusia justeru harus bijak menangani keadaan ini, tersilap langkah bisa membawa padah.

Kisahnya amat panjang namun tak perlulah kukisahkan secara terperinci kerana manusia2 yang  terlibat menghianatinya ada yang telah pergi dan masih ada yang melata dibumi fana ini. mungkin banyak hikmah apa yang berlaku dalam rentetan kehidupannya.

Apa pun yang penting semoga semuanya baik-baik saja.

Sunday, 13 November 2016

CERPEN: MEMORY LUKA


OLEH:
 HAINI KARNO

DERINGAN TELEFON sering sahaja menjadikan hatinya berdebar. Sama ada dari telefon bimbit orang lain, malah anaknya sendiri, deringan itu seolah-olah mengembalikan kenangan silamnya, sejarah pahit hidupnya, dan setiap kali deringan itu bergema, dia beristighfar, seolah-olah nafasnya hampir terputus kerana peristiwa lalu hampir saja menyebabkan jiwanya melayang.
Pada pagi itu, deringan bunyi telefon yang terletak di sudut ruang tamu rumah bukan sahaja mengejutkan lamunan Azimah, malah menunggu beberapa kali, sebelum bergegas ke sudut ruang tamu itu menyambutnya.
"Assalamualaikum mama "  kedengaran suara manja anak gadis Azimah  begitu ceria.
 “Waalaikumsalam, Sayang,” Jawab Azimah lembut,  sebelum menarik nafas lega tatkala mendengar suara anak gadis kesayangannya dicorong talian.  Azimah  merasakan seolah-olah anak gadis kesayangannya itu  tahu pada saat itu jiwanya sedang diamuk duka.
" Apa kabar Ma?" suara manja anak kesayangan Azimah itu lantas bertanya kabar,  bila setiap kali anak gadis kesayangan penyejuk hati Azimah menghubunginya.  Jiwa Azimah terasa ada kedamaian, kekalutan jiwanya sebentar tadi pantas saja berlalu saat mendengar suara anak gadis kesayangannya  itu berbicara di corong talian.
" kabar baik sayang,  jawab Azimah jelas keriangan suaranya berbicara. " ingat ya ma tanggal 6hb Disimber ni Nina akan pulang,  pemberitahuan itu entah yang keberapa kali berulang, suara manja Nina sayup-sayup kedengaran di corong gagang telefon
“ ya sayang,  mama takkan terlupa tarikh itu, mama akan jemput Nina di lapangan terbang nanti ya “ ok mama terima kasih,  jumpa nanti ya, Nina mengakhiri perbualannya dengan Azimah,  “assalamualaikum mama jaga diri baik-baik ya Nina menamatkan bicaranya,  “waalaikumsalam jawab Azimah sambil meletakkan semula gagang telefon .
Kepulangan anak gadis kesayangannya itu tentu saja mengembirakan Azimah,  maklum saja dialah satu-satunya anak yang telah di lahirkannya ke dunia ini. Dialah segala-galanya dalam hidupnya,  kasih sayangnya semuanya tercurah pada Nina seorang.
“Mungkinkah seandainya badai tidak melanda hidupku masa lalu pasti saja beberapa zuriat lagi akanku lahirkan”,  Azimah kembali bermonolog, entah kenapa di akhir-akhir ini hati azimah sering saja diganggu  kenangan silam  begitu pahit pernah melanda hidupnya. Peristiwa pahit itu manakan terlupa walau dunia berakhir dengan kiamat.
Kasih Sayangnya telah bertukar benci begitu dalam sekali,  sukar dipadamkan, kelukaan yang ditanggungnya begitu pahit mewarnai kehidupannya angkara perbuatan seorang lelaki yang amat dicintainya setulus hati.
Sepuluh tahun cinta bersulam berputik sejak dibangku sekolah rendah, menengah sehinggalah mereka menamatkan pengajian di universiti.  Sebaik menamatkan pengajian di universiti Darmin telah melamar Azimah menjadi suri hatinya, atas permintaan Darmin keluarganya telah datang melamar Azimah atas alasan dia tidak mahu kekasih hatinya yang cantik manis itu jatuh ke tangan orang lain.
Keputusan Azimah untuk bertunang,  agak mengecewakan ayah dan ibu Azimah, kerana mereka sangat mengharapkan sebelum Azimah berkahwin, Azimah harus bekerja dahulu, apa lagi Azimah satu-satunya anak gadis pak Harun dan mak Munah yang telah berjaya menjejakkan kaki sehingga ke universiti.
Walaupun bakal suami Azimah itu telah pun bekerja sebagai seorang pegawai berpangkat besar di salah sebuah agensi kerajaan tetapi kedua ibubapa Azimah mengharapkan Azimah harus bekerja dahulu barulah fikir soal kahwin. Namun pandangan kedua orang tua Azimah sedikit pun tidak Azimah hiraukan.
"Mah dah habiskah kau fikir untuk meneruskan niatmu itu? Mah tak tunggu dulu ke dapatkan kerja baru fikirkan soal kahwin?" pertanyaan pak Harun terpacul dari bibirnya di satu petang ketika mereka sama-sama minum di ruang tamu dapur " ayah janganlah risau walaupun Mah dah berkahwin nanti,  Mah tetap cari kerja, sekarang ni pun Mah sedang tunggu kerja yang Mah dah pohon tu.
‘Insyahallah mungkin hujung bulan ni adalah tu jawabannya"  bersungguh-sungguh Azimah meyakinkan ayahnya.  Azimah tahu dan sedar keputusannya untuk berkahwin itu  menggores hati kedua ibubapanya namun dia tak mampu menolaknya kerana Azimah juga takut kehilangan Darmin yang dah lama di cintainya itu. Riak wajah pak Harun tidak memperlihatkan dia gembira ketika Azimah menyampaikan hasratnya beberapa minggu lalu.
Majlis pertunangan Azimah dan Darmin di langsungkan secara sederhana saja di kediaman keluarga Azimah, atas permintaan pak Harun kerana memikirkan hari perkahwinan yang akan datang bakal di langsungkan, sudah tentu akan membabitkan perbelanjaan yang agak besar. Sebab itu pak Harun ayah Azimah tidak mahu menyusahkan bakal menantunya itu semasa majlis pertunangan anaknya berlangsung kelak.
Enam bulam Azimah dan Darmin mengikat tali pertunangan yang telah dipersetujui dua pihak keluarga, lagi pula menurut ayah Azimah bertunang lama-lama pun tak elok bimbang berlaku perkara yang tidak di ingini. Itulah kata-kata pak Harun saat kedua belah pihak memutuskan perbincangan ketika majlis pertunangan berlangsung.
Tempoh penantian enam bulan itu seakan bertahun lamanya bagi Azimah menunggu kehadiran Darmin dalam hidupnya, maklum sajalah mereka jarang bertemu, apa lagi sejak mengikat tali pertunangan , Azimah dan Darmin hanya berhubung melalui sms atau berhubung melalui telefon bimbit.  Azimah faham keadaan Darmin yang bekerja di Kuala Lumpur bukannya mudah untuk sering pulang  semata-mata untuk bertemu Azimah.  Apa lagi memikirkan kos penerbangan yang begitu mahal.
Namun entah kenapa diakhir-akhir tempoh mereka disatukan Azimah sering diburu bimbang. Pelbagai perasaan hadir menganggu jiwa Azimah,  perasaan Azimah terhadap Darmin seakan berlaku sesuatu yang tidak diingini.  
Ahh! Perasaanku saja agaknya dalam hati Azimah berbisik.  Azimah cuba melontar jauh-jauh resah yang kekadang menganggu hati kecilnya.
Azimah cuba berfikiran positif terhadap Darmin. Azimah teringat kata-kata rakannya bahawa tempoh bertunang itu banyak dugaan dan cabaran menganggu harus banyak bersabar. Kata-kata rakannya itu Azimah jadikan sebagai pedoman untuk belajar menjadi seorang penyabar.
Kepulangan Darmin ke kampung benar-benar buat hati Azimah keriangan, dalam tempoh dua minggu itu Azimah dan Darmin sibuk mengatur persiapan untuk majlis hari bahagia mereka yang bakal berlangsung,  selainnya telah pun di uruskankan oleh Azimah dan keluarganya,  maklumlah majlis yang bakal diraikan itu akan dilangsungkan dipihak  perempuan.
persandingan Azimah dan Darmin dilakukan pada waktu tengaharii,  majlis nikah pula telah dibuat diwaktu pagi.  Begitu meriahnya majlis hari bahagia mereka berlangsung tetamu pun agak ramai kehadiranya.
 Azimah kelihatan begitu angun mengenakan  gaun berwarna pich lembut, bertambah manis memakai selendang. Demikian juga dengan Darmin kelihatan sungguh kacak  mengenakan tengkolok. Mereka bagaikan pinang dibelah dua. Tetamu jemputan  semasa majlis perkahwinan sungguh meriah dengan kehadiran ramai tetamu. Pak Harun dan mak Munah serta keluarganya kelihatan begitu sibuk menyambut tetamu diperkarangan kediaman mereka.
Pak Harun nampaknya sangat berpuas hati dengan perjalanan majlis perkahwinan anaknya itu, lebih-lebih lagi dapat menantu yang dilihatnya sangat baik dan menghormati orang tua.
Tiga hari lagi Darmin akan kembali ke Kuala Lumpur menyambung tugas setelah menghabiskan cutinya selama dua minggu sempena  majlis perkahwinannya selesai.  Azimah pula merasa agak sedih kerana terpaksa berpisah seketika dengan suaminya kerana tidak dapat mengikuti ke Kuala Lumpur.  Ini kerana Azimah menyambung tugasnya memandangkan  cuti sekolah dah tiba ke penghujungnya.
Tugas Azimah sebagai guru tidak memungkinkan menyambung cuti, lantaran tugasnya selaku penolong kanan guru besar begitu banyak perlu di selesaikan.  Untungnya Azimah kerana bertugas di kampung halamannya sendiri yang hanya beberapa langkah jaraknya dari rumah Azimah.
Satu petang ketika Azimah sedang duduk berbual di beranda rumah mereka bersama ibunya , tiba-tiba  deringan telefon bimbit milik Darmin kedengaran diatas meja  ruang tamu rumah, lalu Azimah bergegas menyambutnya.
“Helo,”  Azimah menjawab panggilan itu,  kedengaran suara lelaki memberi salam kemudian bertanya tergesa-gesa, “ boleh saya bercakap dengan Encik Darmin ?”  Lelaki itu menyoal.
“ oh boleh,”  Jawab Azimah lembut.
“Saya Burhan rakan sekerja Encik Darmin. Ada Darmin dirumah?”
“Ada. Tapi, dia sedang mandi Encik Burhan.
Boleh saya tanya ?”  
“Siapa yang bercakap ni?” Burhan terus menyoal,
“Saya Azimah, isteri Darmin,”
“Isteri Darmin? Maaf , “ tapi saya bersama isteri Darmin sekarang ni...”
“ apa maksud encik Burhan saya tak faham ? Azimah terus menyoal, Jantung Azimah terasa berdegup kencang, bagai hendak meletup, bebrapa saat dia merenung telefon bimbit yang masih tergengam ditangan,  sebelum menjawab, “Kamu salah orang agaknya?”
“Tidak puan,” Jawab Burhan, lalu dengan pantas Azimah  menjelaskan baru seminggu mereka bernikah dan majlis perkahwinan di rumah.
 “Maafkan saya puan. Beginilah wanita itu ada bersama saya sekarang ini,  “ baik puan bercakap sendiri dengannya,” jawab Burhan,  kedengaran suara wanita di telefon bimbit itu.
“Helo!”  kedengaran suara wanita itu , dan sepantas itu juga memperkenalkan dirinya, “Saya Mona isteri Darmin, “ saya ingin memberitahu saya kini sedang menggandung dua bulan hasil dari pernikahan bersama Darmin tiga bulan  lalu,” Mona berkata tanpa bertanya siapakah wanita yang sedang bercakap dengannya.
Setelah mendengar pengakuan wanita itu satu persatu, Azimah tidak mampu lagi berkata-kata, terasa dunia sungguh gelap gelita, jiwanya berkecai,  telefon bimbit  terlepas  dari tangannya.  Raungannnya tiba-tiba bergema kedengaran diruang tamu rumah. mengejutkan ibu Azimah.  Darmin yang baru saja keluar dari kamar mandi itu lantas bergegas ke ruang  tamu mendapatkan Azimah.
 Azimah kelihatan longlai tidak bermaya, Darmin memeluk Azimah lantas bertanya apa yang telah berlaku,  Azimah tidak mampu berkata-kata kerana perasaannya masih berkecamuk. Azimah dalam pelukan Darmin meronta minta di lepaskan.
 Pak Harun  dan mak Munah saling berpandangan tidak tahu hendak berkata sepata kata.
Setelah keadaan kembali redah,  Darmin bertanya pada Azimah apa sebenarnya yang berlaku. Azimah masih terus membisu seribu bahasa. Sudah dua hari Azimah asyik menanggis dan tidak mahu menyentuh sebarang makanan.  Azimah tidak mahu bercakap pada Darmin,  Darmin  semakin kebinggungan cuba memujuk Azimah  punca apa Azimah  tiba-tiba berubah laku.
Malam itu tiba-tiba Azimah bertanya pada Darmin siapa  MONA ? wajah Darmin sedikit berubah lantas cuba mengalihkan topik perbincangan.  Namun Azimah terus mendesak ingin tahu  siapa Mona ? suara Azimah semakin meninggi...Azimah  tidak mampu menggawal emosinya. Darmin kelihatan gugup dengan pertanyaan demi pertanyaan Azimah itu. “ Aku sudah tahu segala-galanya Darmin suara Azimah semakin meninggi...Darmin cuba memujuk Azimah ingin menjelaskan perkara sebenar, namun semuanya tidak mampu mengubah keadaan.
Perwatakan lemah lembut Azimah telah bertukar kasar. Setiap kata-kata  Darmin sudah tidak bermakna lagi bagi Azimah.  “Kau keluar dari rumah ini sekarang juga Darmin, berambus jangan kau datang lagi , kau bukan suamiku lagi “  Suara azimah kedengaran seperti orang hilang ingatan itu mengejutkan pak Harun dan mak Munah.
Bahtera yang mereka bina baharu seminggu sebagai suami isteri tiba-tiba sekelip mata hancur berkecai.
Darmin meninggalkan rumah Azimah bersama hati yang remuk, dia begitu kesal dengan apa yang terjadi.  Selepas peristiwa itu berlaku Darmin dan Azimah telah terputus hubungan, Darmin pula khabarnya kembali kepada Mona.
Sejak peristiwa duka itu terjadi,  Azimah tidak lagi berusaha menghubungi Darmin.  Bagi Azimah  Darmin tidak pernah wujud dalam hidupnya.
 Kini dua puluh tahun berlalu,  Azimah tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi,  baginya hanya tertumpuh membesarkan anaknya. Mereka di kurniakan seorang zuriat meskipun hanya sempat menikmati bahtera selama  seminggu.
 Nina adalah satu-satunya anak Azimah.  Kerana Ninalah Azimah bangkit membina kekuatan, Azimah telah melupakan segala kenangan yang pernah dibina bersama Darmin. 
Satu hari ketika Azimah bersama  rombongan pelajar sekolahnya membuat lawatan ke Kuala Lumpur ia itu di smk Tanjung Mawar, Nina turut serta bersama ibunya kerana kebetulan, Nina sedang bercuti. Mereka disambut oleh pelajar sekolah tersebut dengan begitu meriah.
Dalam acara menyambut rombongan Azimah, beberapa orang pelajar perempuan turut bersama menyambut mereka. Semua para pelajar turut mengadakan seisi suai kenal bersama rombongan Azimah. Ketika  giliran seorang pelajar memperkenalkan dirinya Rohaizah  Darmin,  membuatkan Azimah tersentak sebaik tersebut nama Darmin,  tiba-tiba jiwa Azimah berderau dan terusik hatinya. Namun Azimah berkata dalam hatinya mungkin hanya kebetulan.
 Wajah kacak Darmin muncul kembali berlegar laju dalam ingatannya, sebaik melihat wajah Rohaizah seperti ada seiras sedikit terutama keningnya yang agak lebat. Semacam ada tarikan untuk Azimah mahu mengenali pelajar itu walaupun kesan masa silamnya dengan Darmin masih begitu menusuk, namun mungkin keadaan berubah juga akhirnya, terutama tanggapan Azimah terhadap bekas suaminya dahulu.
Mengenangkan cara dia menghalau Darmin dari rumah memang suatu yang wajar, namun tak seharusnya, jika Rohaizah itu anak bekas suaminya dahulu, menjadi korban kebencian terhadap laki-laki itu.
Setelah acara seisi suai kenal berakhir entah kenapa hati kecil azimah begitu membuak-buak ingin tahu perihal pelajar perempuan itu. Ketika acara makan malam, kesempatan itu Azimah gunakan bertemu pelajar itu.
Disatu sudut Azimah melihat pelajar itu makan bersama salah seorang daripada rombongan pelajarnya.  Tanpa berlengah dia terus ke tempat mereka duduk dan turut duduk bersama. Sambil itu Azimah bertanya kepada Rohaizah perihal keluarganya. Rohaizah menceritakan serba sedikit latar belakang keluarganya.  Rohaizah juga memberitahu Azimah bahawa ayahnya berasal daripada Keningau, Sabah,  sementara ibunya adalah berasal dari Kuala lumpur.  Betapa kecilnya dunia ini, bisik hati kecil Azimah. Azimah  hanya mendengar  tanpa banyak soal.
Seminggu  rasanya begitu cepat berlalu, ketika Azimah dan rombongan sedang berkumpul didalam dewan sekolah pada malamnya dalam  acara majlis perpisahan, memandangkan  hari esoknya rombongan Azimah akan berangkat balik ke Sabah. Tiba-tiba Azimah melihat kelibat seorang lelaki memasuki dewan diiringi seorang wanita separuh umur. Wajah itu adalah  insan yang pernah hadir dalam hidupnya dua puluh tahun lalu.  Azimah rasa serba salah apakah dia perlu bertemu dengan Darmin atau dia membiarkan saja semua kenangan itu berlalu.
“ Cikgu!” Tiba-tiba Satu suara memanggilnya dari belakang,  menganggu lamunan Azimah, pantas dia menoleh kebelakang, Rohaizah bersama seorang lelaki sudah tercegat disisinya. Sebaik terpandang wajah lelaki itu Azimah hampir saja seperti hendak mahu pengsan namun dia terus bertahan.
Mereka berpandangan sesama sendiri tanpa sepata kata.  Rohaizah yang tidak tahu menahu tentang kisah silam dua insan yang ada disisinya itu , tersenyum memandang Azimah lantas berkata “ Cikgu inilah ayah saya Darmin,”
Darmin yang masih terpingga-pingga seperti baru tersedar daripada dirasuk mahluk halus itu kelihatan masih tidak dapat berkata apa-apa, sebelum menghulur tangan dan Azimah turut menyambutnya.
“Apa khabar Azimah?”
“Khabar baik, abang..”
Rohaizah pula ganti trpinga-pinga, lalu memandang ayahnya dan Azimah, “Seperti abah dan cikgu itu sudah saling kenal?”
Sehari selepas majlis tamat, Azimah  dihantar ke Lapangan Terbang oleh Rohaizah serta ibubapanya. Mereka bagai satu keluarga yang rapat dan ketika pengumuman masuk ke balai berlepas, Rohaizah memeluk Azimah dan berbisik, “Maafkan abah saya ya cikgu,”
Azimah senyum memandang Darmin dan Mona, kemudian mengucup dahi Rohaizah, “Berhubunglah selalu dengan Nina,”
Nina dan Rohaizah berdakap sebelum pergi ke pemeriksaan masuk.

TAMAT.😭

Hati kecil yang terusik, mana mungkin kau lupa insan yang pertama hadir dalam hidup mu apa lagi dengan adanya zuriat yang di lahirkan. Terkenang bukan bermakna masih ada rasa cinta tetapi ya, terkenang Kenangan pahit dan manis yang pernah tercipta saat melayari kehidupan bersama. Dunia ini tak pernah menjanjikan bahagia namun bersyukurlah apa yang pernah ada...

Benarlah kehidupan ini seperti mimpi, tanpa sedar mungkin sudah di penghujung, hidup hanyalah suatu kenangan yang tak abadi, yang abadi adalah kehidupan selepas mati. Allahualam 

Tuesday, 8 November 2016

SASTERA ETNIK DALAM PEMERKASAAN

10th October, 2016

SASTERA ETNIK bukan milik Persatuan Penulis Momogun Malaysia (Momogunsia), juga bukan milik siapa kalangan penulis kreatif, tetapi ia milik negara dan milik setiap bangsa dan bangsa di dunia yang mencintai bahasanya.

Namun pemilikan itu harus dibayar dengan usaha untuk mendedahkan kepada masyarakat lain, kepada masyarakat dan bangsa Malaysia, kita bukan sahaja memiliki pelbagai budaya, agama dan bahasa, malah negara menjadikan ia satu instrumen penyatuan rakyat. Ia mungkin tak bersifat sejagat di beberapa negara yang taksub kepada agama dan bahasanya, tetapi di Malaysia kerana sistem demokrasi negara ini yang menyamaratakan peluang dan kebebasan untuk mencapai pelbagai kemajuan, maka kumpulan minorti juga diiktiraf dan menjadi pengukuhan jati diri negara.

Mungkin Momogunsia dilihat bersifat mewakili satu kaum terbesar di Negeri di Bawah Bayu, iaitu KadazanDusunMurut, tetapi realitinya tidak begitu, ia mewakili semua kaum yang terpencar pada salahsilah keluarga ahlinya. Semisalnya, saya adalah Bajau jika mengikut salur galur dari bapa, tetapi nenek saya Dusun Tambunan dan dengan adanya setitik ‘darah’ Dusun maka saya diterima oleh Momogunsia menjadi ahli, sekaligus Ketua Penerangan Momogunsia.

Di manakah anda mendapati toleransi begini di negeri lain? Sebab itu Sabah (dan Sarawak) menjadi model kepada integrasi dan perpaduan kaum kerana kami menghormati semua orang, termasuk kaum dominan negara iaitu Melayu, Cina dan India. Kami menjadi sahabat bangsa ini tanpa prejudis dan amat berasa malu jika mengungkit-ungkit asal usul seseorang tanpa sebab tertentu.

Walaupun pengaruh sentimen politik kepartian terutama dari Semenanjung semakin memomokkan integrasi dan perpaduan ini dengan memaki hamun, mencarut, menyumpah seranah sesama bangsanya, tetapi di Sabah, kami tak mahu meniru sikap ‘anti-kebangsaan’ begini, walaupun kita khuatir pada masa akan datang generasi muda rakyat Sabah akan lebih ekstremis terhadap pendukung aliran yang menjurus rasisme yang datang dari luar.

Dan dalam sastera, kami bukan sahaja mendukung dan menukangi adat budaya itu secara kreatif, tetapi menokok tambah budaya itu menjadi satu unsur pendidikan kepada masyarakat dan Momogunsia, sejak dua atau tiga tahun lalu berikan kedudukan istimewa kepada sastera etnik selepas bertahun ia tak punya nama khusus hinggalah dijenamakan oleh Momogunsia.

Dikenali juga sebagai kearifan tempatan, dan karya ini sebenarnya sudah ada sejak tahun 1960-an lagi, seingat saya Penerima SEA Awards pertama dari Sabah, Datuk Haji Ismail Abbas (Allahyarham) atau Amil jaya amat aktif dalam karya sastera etnik, begitu, novelis dan tokoh sasterawan Azmah Nordin, yang pernah menang anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1988/89 menerusi cerpen ‘Singkowoton’, begitu penulis mapan Siti Rahmah G Ibrahim hasilkan karya mewakili etnik Bajau, Yatim Ahmad juga giat dalam penghasilan karya etnik, penulis aliran seram, Noorfadzliah Omar dan tokoh penulis Ruhaini Matdarin, Hasyuda Abadi, Dayangku Mastura, Faridah Abd Hamid, Ayang Nesa, penerima SEA Award Jasni Matlani, Noor Aisah Maidin, Jakaria Dasan, Sasjira dan ramai lagi yang mewarisi generasi awal sasterawan seperti K Bali,

Manakala penulis Momogunsia sendiri begitu ramai hasilkan karya etnik diketuai oleh tokoh wartawan dan sasterawan Emin Madi, tokoh penulis Kathrina Tati, Raymond Majumah, Mondu Godon, Juilis Mokujal, Ramlee Jalimin Jainin, Angela Engkuan, Witzer Gunik, Jamail Masador, Sofia Clara, Haini Karno, Rozeline Vitalis, Martina Obod dan ramai lagi dengan Dr Rosliah Kitingan, Linah Bagu adalah antara ahli akademik dan ilmiah sastera etnik (KDM) selain Prof Madya Ramzah Dambul, manakala Presiden Momogunsia Drs Henry Bating dan saya menjadi perantaraan media cetak dengan persatuan untuk mempromosikan kegiatan persatuan.

Sejak dua tahun lalu Drs Henry banyak membawa gerakan sastera etnik menerusi pelbagai kegiatan seperti hadiri seminar etnik antarabangsa di Indonesia dan Filipina, bengkel sastera dan Hadiah Cerpen Momgunsia-New Sabah Times.

New Sabah Times sejak tahun 2010 menjadi antara faktor menguatkan sastera etnik menerusi penganjuran sayembara cerpen etnik yang termaterai bersama Ketua Editor Bahasa Melayunya Mohd Amin Haji Muin.
Dan sekarang, walaupun masih menikmati usia mudanya, Momogunsia terus bangun dengan penganjuran Seminar Penuis Etnik Serantau BIMP-EAGA 2016 (SPES-16) di Sekolah Menengah (SMK) Matunggong pada 22 Okt depan. Ia pasti menjadi tanda aras untuk sastera etnik berkembang maju.

Dengan pelbagai program yang dilaksanakan sebelum ini sebagai asas mengadakan pertemuan serantau, pertemuan SPES-2016 dalam wilayah BIMP-EAGA di SMK Matunggong dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah, telah dipersiapkan dengan pelbagai acara.
Antara acara ialah Bicara Buku ‘Momogun Rungus Pribumi Sabah’ oleh PS Juilis Mokujal (Momogunsia), Bicara Buku ‘Kumpulan Cerpen Pangkot’ (Jasni Matlani), Resensi Antologi Cerpen Pugai Balabak – Prof Madya Dr Rem Dambul (Puterajaya), Kearifan Tempatan Dalam Talaala Kadazandusun dan Cadangan Cara Mewariskannya (Dr Rosliah Kiting, UPSI, Tg Malim, Perak).

Puisi Warisan Masyarakat Kadazan Dusun (Hiis Tinungkusan Tinaru Kadazan Dusun) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran – oleh Linah Nurlina Bagu dari IPG Kent, Tuaran; Kekerabatan Bahasa Dusun di Brunei dan Sabah – Dr Yabit Alas, Universiti Brunei Darussalam (UBD); Balabac/Molbog Community in the District of Bataraza, Southern Part of Palawan Province, Philippine – Prof. Dr Aldrin Lee, University of The Philippines (UP) Diliman, Quezon City;Tradisi, Budaya dan Kehidupan Masyarakat Dayak Dalam Arus Modernisasi di Kalimantan, Indonesia – Dr Kusni Sulang, Lembaga Kebudayaan Kalimantan Tengah.

Entelah (Teka-Teki) Masyarakat Iban: Bentuk dan Keistimewaannya – Dr Patricia Anak Ganing, UPSI, Tg. Malim, Perak; Rungus dan Gong – Dr Ronald Batahong, IPG Keningau.
Menyerikan pertemuan ialah pelancaran Buku Rungus Peribumi Momogun Sabah, Karya Raymond Majumah; Antologi Cerpen Pangkot (Karya Raymond Majumah); Antologi Cerpen Pugai Balabak (Karya 20 Penulis Momogunsia) dan Anugerah Terindah: Sayang Kinabalu (Angela Engkuan).

Pada acara penutupan diadakan Malam Semarak Puisi Etnik antara acara pementasan teater – Arahan Maskuji Maturon dan Ramli A.R; persembahan kesenian Momogun – Pelajar SMK Matunggong, persembahan puisi Etnik Rungus – Warga Veteran Daerah Matunggong, persembahan Hiis Tinungkusan Tinaru Dusun (Pelajar IPG Kent, Tuaran), persembahan Hiis Kadazandusun (Momogunsia), deklamasi puisi Penggiat Pelbagai Badan Bahasa, Sastera & Kesenian, Persembahan Kesenian masyarakat Iban, Sarawak; Nyanyian Etnik Kreatif – Kumpulan Charles Osingko dan Lagu Puisi Rabilin Nordin.

Peserta juga akan dibawa melawat Muzium Rungus & Galeri Penulisan Raymond Majumah dan Walai Tobilung. Seminar ini dijangka dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Ketika sastera etnik terus berkembang, Dr Ramzah atau dikenali Dr Rem, berkata Sastera etnik memiliki keunikan tersendiri kerana ia dihasilkan oleh kumpulan penulis yang berasal dari sosiobudaya bukan alir arus perdana. Justeru hasil karya mereka secara natural dijangka membawa nafas dan rona sastera yang berlainan,” Dr Rem berkata, secara mudah hasil karya pengarang sastera etnik dianggap satu platform yang berikan suara alternatif kepada komuniti terpinggir menerusi media kesusasteraan.
Dalam hubungan ini, Dr Rem berkata walaupun konsep sastera etnik masih agak asing di Negara ini kerana berbeza dengan konsep ‘sastera rakyat’ iaitu merujuk kesusasteraan pelbagai bentuk yang diwarisi daripada tradisi lisan suatu komuniti.

“Karya sastera etnik lebih merujuk karya dihasilkan oleh kumpulan marginal dalam masyarakat setempat. Karya berkenaan boleh sahaja berbentuk kontemporari yang ditulis bukan oleh mereka yang bukan beretnik Melayu, Cina dan India yang dianggap sebagai mewakili kaum arus perdana,”
Dr Rem berkata, dalam korpus sastera arus perdana, penulis Sabah sebenarnya menggunakan unsur geografi hanya ditonjolkan sebagai pewarnaan latar cerita. Menerusi himpunan kolekstif, hal ini dapat menjelmakan satu citra kearufan khusus yang boleh diangkat sebagai sumber pengetahuan.

Sementara itu kita mengucapkan tahniah kepada Sofie Clara kerana menang HCM-NST bagi September. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah Wong Vui Yin di bilik mesyuarat PNS dekat sini, minggu lalu.

Sumber- Sabah Times

Friday, 4 November 2016

MENGGAMIT RINDU

Photo bersama rakan sekursus Pusat Latihan Kemas Kepala Batas Pulau Pinang 1990
Belakang Asrama
Ketika melawat ke Taman Rimba
Kenangan
Rindunya masa lalu
Aku kehilangan banyak kenangan melalu gambar-gambar lama akibat musibah yang menimpa. Kediaman keluargaku hangus dijilat api lewat tahun 1991. Tiada apa yang tinggal hanya sekeping hati dan nyawa ini. Syukur tiada nyawa yang terkorban saat itu,  Semuanya dalam keadaan selamat, tinggal sehelai sepinggang, sepantas kilat jadi papa kedana.

Mujur sahabatku dari Perak, Ruhaimah Yazid rakan sekursus ketika di PLK Kemas Kepala Batas Pulau Pinang sudi menghantar potret-potret ini. Aduh rindu menggamit kenangan.

Inilah sebahagian potret menceritakan kisah hidup masa lalu. Rakan-rakan dalam potret ini aku cuba menjejaki mereka namun masih belum mendapat perkabaran.  Ada juga kabar menyatakan ada dikalangan rakan-rakan dalam potret ini telah kembali ke pangkuan Tuhan.

Sahabat ku yang pernah menjadi keluarga angkat kami, Suhaini Husin  di Kangar Perlis kabarnya telah meninggal dunia tiga tahun lalu akibat kanser payu dara.  Seorang hamba Allah yang baik budi telah bersusah payah menjejak kabar sahabat ini . Terasa kesedihan bertapak di kalbu,  Aku masih ingat rakan ini amat baik melayan aku dan sahabatku saat berada dirumah mereka begitu juga dengan keluarganya.  Ya begitulah kehidupan pasti ada pengakhirnya. Aku  memanjatkan doa moga rohnya bersama disisi roh insan2 beriman. Aamiin.


Tuesday, 25 October 2016

KERANAMU TANGON

Sebahagian penulis karya TANGON
dalam seminar antara topik perbincangan memperkatakan tentang hasil karya2 penulis etnik yang terdapat dalan antalogi PUGAI BALABAK dan TANGON, masih ditahap  kurang menyengat justeru disarankan agar para penulis berusaha menghasilkan karya2 yg lebih mantap dimasa2 akan datang. Komennya lagi penulis tempatan tidak begitu selesa apa bila karya2 mereka dikritik..hem begitulah lebih kurang.
Santai-santai berfoto bersama Nor Aisyah Maidin, kak Ony dan Martina Obod
Bersama pelajar-pelajar dari Motungong
Seminar anjuran persatuan MOMOGUN dengan kerjasama DBP, mengundang saya ke acara ini. Kali ini hadir sebagai ahli persatuan momogun sekaligus meraikan sempena pelancaran antalogi TANGON dan PUGAI BALABAK.

Antalogi Tangon merupakan himpunan karya penulis tempatan terdiri di kalangan penulis baru dan lama.  Saya adalah antara penulis yang baru muncul, sebenarnya lewat tahun 80han saya sudah mula menulis karya berbetuk puisi/sajak dan beberapa kali tersiar di news dan majalah,  namun telah ternokta sekian lama kerana lebih menumpuhkan tugasan hakiki. Kali ini minat saya lebih cenderung kepada penulisan karya berbentuk cerpen.

Buat pertama kali ini karya saya yang tak seberapa itu ada terselit didalam TANGON. Maka langkah ini begitu bersemangat untuk hadir meski pun jauh beratus batu di SMK Motunggong.

Ya begitulah seadanya jika sudah hati terpaut ombak samudera sanggup diredah. Saya yang baru berjinak-jinak menulis karya sebegini kian teruja rasa,  maklum saja ianya masih dikira perkara baru dalam ruang kehidupan ini.  Impian menerbitkan antalogi secara solo adalah satu harapan pada masa akan datang InsyahAllah.
sempat merakam kenangan bersama seluruh warga penulis di atas pentas bersama YB Datuk Maximus ongkili hadir merasmikan program
Pos istimewa