Tujuan saya menulis kisah ini hanyalah sekadar ingin berkongsi betapa bahagianya kita hidup dibumi borneo ini dengan kepelbagaian anutan agama dan suku tanpa bersangka buruk dikalangan kita. Negeri kita adalah contoh terbaik dalam negara 1 malaysia. Apa pun tanggapan hinaan serta cercaan terhadap suku kaum dan negeri kita, kita berharap agar keharmonian ini terus kita pertahankan sampai bila-bila.
Saya ingin berkisah satu pengalaman pernah saya lalui sekitar lewat 90han. Dimana jabatan KEMAS Parlimen Keningau telah diarahkan membuat satu kajian bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) yang benar-benar layak mendapat pelbagai bantuan dari pihak kerajaan nun jauh dipedalaman Pensiangan. Ketika itu Kemas Parlimen Keningau meliputi empat daerah iaitu, Daerah Tambunan, Daerah Keningau, Daerah Kecil Sook dan Daerah Pensiangan. (P.157) belum berlaku pecahan Parlimen.
Saya selaku Penyelia Kanan Kemas parlimen Keningau mengetuai oprasi ini. Oleh kerana tempat ini merupakan kawasan majoriti etnik berbangsa murut saya telah memilih beberapa kakitangan dikalangan suku mereka untuk lebih memudahkan ketika berkomunikasi kerana saya sendiri tidak fasih berbahasa etnik mereka.
Untuk sampai ketempat ini terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai kekuatan untuk merintasi jalan2 yang agak teruk ketika itu. Mujurlah pegawai daerah yang baik hati En. Siriman mf basir bermurah hati menyediakan sebuah kenderaan jabatan milik Pejabat Daerah Nabawan dengan pemandunya sekali bagi memudahkan pergerakan kami ke setiap distinasi.
Apa lagi dengan keadaan jalan raya gravel begitu teruk sekali, bukan saja laluan kenderaan kecil tetapi laluan lori2 balak yang membawa muatan setiap masa. Balak2 entah milik siapakah semua itu. Tanpa bantuan ini sudah tentu tugasan kami tidak akan berjaya dilaksanakan.
Berangkatlah kami membawa segala keperluan termasuk peralatan memasak dan sebagainya. Kampung pertama kami tuju ialah kampung sepulut penginapan kami di bangunan milik yayasan sabah yang mana semuanya telah diatur oleh pihak pejabat daerah nabawan.
Keesokan paginya kami memulakan tugasan dari rumah kerumah dengan berjalan kaki saja. Tugasan kami Dikampung itu memakan masa lebih kurang tiga hari kerana jarak dari rumah ke rumah penduduk berjauhan.
Selesai satu kampung kami berpindah pula ke satu kampung lain begitulah seterusnya sehingga semuanya selesai.. ada kalanya kami menaiki bot menuju kebeberapa kampung kerana tiada laluan darat kekampung tersebut.
Sepanjang menjalankan tugasan ini saat bertemu dengan masyarakatnya buat saya sungguh terharu walaupun mereka hidup dalam kemiskinan dan berbeza agama tetapi mereka sangat menghormati tetamu, yang membuat saya kagum bila kami berurusan dengan ibubapa, anak2 mereka tidak langsung meribut didepan orang2 tua, malah bersembunyi-sembunyi malu2 tidak didalam bilik dan langsung tidak menganggu.
Satu ketika kami telah kehabisan stok makanan, satu keluarga ini menyediakan makan malam untuk rombongan kami, nasi dan sayur pucuk ubi. Hanya itu yang ada. Keluarga itu berbeza agama dengan kami namun itu bukan halangan. Oleh kerana rasa terlalu lapar menyantap juga kami dengan hidangan tersebut.
Peristiwa ini buat saya tidak lupa saat kami menginap disebuah rumah panjang. Keluarga ini memiliki lebih kurang sepuluh ekor anjing atau lebih. Anjing-anjing ini pula rupanya tidur dalam rumah itu bersama keluarga tersebut diruang tamu. Yang wanitanya disediakan sebuah bilik yang telah siap dibersihkan. Kecuali seorang staf lelaki terpaksa tidur di ruang tamu.
Ketika malamnya sukar hendak melalapkan mata kerana anjing-anjing itu asyik menyalak hingga ke pagi. Staf kami yang lelaki itu katanya anjing2 itu tidur bersamanya. Ha ha...aduiii
Hendak dihalau anjing2 itu segan pula rasanya kerana sudah biasa tidur bersama tuannya.
Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang kami lalui sepanjang menjalankan tugasan ini. Ada suka ada duka namun biarlah ia menjadi kenang-kenangan akan dikisahkan masa-masa akan datang.
Penceritaannya agak tidak teratur kerana penulisnya keletihan mencoret secara terus huhu.