Coretanku dalam kembara ke GUILIN dalam Negara China.
Impian melakar jejak ke negara Hang Lipu akhirnya menjadi realiti. Negara ini antara yang termaju didunia, bukan saja maju dalam aspek pembangunan ekonominya tetapi maju dalam aspek kemanusiaan, budaya dan sebagainya.
Pagi yang dingin saat mentari mula memancar diufuk timur, hampir dua jam kereta pacuan empat roda dipandu, kelajuan agak tidak menentu bergantung keadaan jalan. Kami meninggalkan kampung halaman menyusuri banjaran crocker yang masih bersalut kabus.
Jalan keningau menghubung ke kimanis amat digeruni oleh sesetengah pengguna jalan raya kerana keadaan jalan yang agak curam. Telah banyak nyawa terkorban mungkin antara faktornya kurang berhati-hati ketika memandu atau mungkin faktor kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik.

Banjaran crocker yang masih hijau sebahagiannya terlihat penerokaan kayu kayan menampakkan banyak kecacatan pada panorama rimbanya. Mungkin ini berlaku kerana penanaman pokok2 kelapa sawit atau barangkali pengambilan pokok kayu balak.
Dalam pengembaraan kali ini ada sesuatu yang aku rasa sungguh istimewa, dalam daerah guilin sangat2 menguja panca indraku, panoramanya begitu memukau, keindahan bukit-bukau dan tenangnya tasik tempat berakit setiap pengunjung sambil menikmati kesegaran udaranya.
keterujaan hati menghayati setiap tempat yang dilewati sungguh mengasyikkan. Gua Guilin antaranya wow sungguh terpegun bagai berada dialam istana bunian..begitu cantik tidak mungkin dilakar oleh manusia biasa. Ianya tercipta secara semulajadi. Pada pandangan luaran ia hanya terlihat batu dan hutan. Namun didasarnya begitu indah dan mengasyikkan.
Pancaran cahaya lampu yang berwarna-warni menyumbang keindahan pada setiap sudutnya. Sempat merakam gambar tetapi sayang hasilnya tidak begitu memuaskan.
Lebih kurang satu jam kami berada didalam gua, kami pun beredar menuju kedistinasi seterusnya. Kenangan manis ini tidak mungkin luput dalam memori ingatan. Sungguh tidak sia-sia pengembaraan kali ini.
Pada malamnya rombongan kami dibawa kesatu lagi acara menonton teater yang dilakonkan beratus ahli , dalam jumlah yang cukup ramai 500 orang, persembahan mereka bertaraf dunia. sungguh memukau berlatarkan gunung dan tasik. Amat Menakjubkan buat aku tidak mampu berkata-kata dahsyat, hebat.

Disatu tempat saat menaiki bot mengelilinggi salah satu Tasik di guilin, tiba-tiba aku disapa seorang gadis Guilin, dalam bahasa inggeris, " Kamu berasal dari mana?, kenapa muka kamu seperti orang cina?." moyang ku asal dari sini iaitu datuk ibuku keturunan wong sun suku Kantonis" jawab ku. Kami begitu cepat akrab. sayangnya aku tidak sempat mencatat no telefon bimbitnya saat kami berpisah. jadilah pertemuan itu hanya setakat disitu saja.
Gadis Guilin wajahmu semanis dan seindah Guilin
Gadis Guilin wajahmu semanis dan seindah Guilin
Catatan ringkas ketika melancong ke daerah Guilin dalam Negara China
No comments:
Post a Comment