|
Bersama rakan penyair dari Berunai Sonjan, dari Indonesia dan Semenanjung |
|
Kak Ony Latifah dan Katirina Tati menyampaikan puisi "BOBOLIAN" |
3 september 2016 - Aku melakar sebuah memory indah hadir sebagai peserta, Pertemuan penyair Asean 2016, julung kali aku hadiri program seumpama ini, hebat-hebat belaka mendeklamasi puisi dikalangan para penyair buat aku terkasima seketika. Aku yang baru berjinak-jinak ini begitu rasa teruja dalam suasana sebegini.
Sekian lama aku terpisah, kini jiwa kembali segar berbunga. Waktu terluang ini meng bakat harus diteruskan. Menghasilkan karya berbentuk puisi aku agak lembab berbanding cerpen bolehlah setakat coret-coret saja.
Rasaku aku lebih damai dalam suasana bersama para karyawan dalam kalangan para panyair berbanding aku berada dalam suasana dunia politikku, dua suasana yang amat berbeza, lalu aku berfikir-fikir suatu masa aku mengambil keputusan barangkali aku memilih suasana yang mengajak hati kearah kedamaian dari terus bergelomang dangan rasa yang mencengkam perasaan.
Ini yang sempat kucoret,
NurAzimah Abu Bakar menyampaikan puisi " SRI KANDI BANGSAKU".
"MASIHKAH RELEVAN PUISI" Ramli wahab.. puisinya sungguh menikam kalbu.
Penyampai dari malaysia.
"KUPU-KUPU MERDEKA" ...dari Johor
Dari Thailan..pemuisi Abd Razak.. dlm bahasa thai yg bermaksud" Negeri mana tanpa ahlak etika..
Persembahan puisi dari indonesia
"Epelog dendam jebat"
Dua orang sahabat aku dari Bawah Bayu Borneo turut menyampaikan puisi tradisi "BOBOLIAN" Kak Ony Latifah dan Katarina Tati yang tidak asing lagi dikalangan penyair Sabah. Aku turut berbangga dengan persembahan mereka diatas pentas dengan pakaian tradisi "Dusun Kimaragang dan Kadazan ".
Aku pulang membawa suatu kenangan yang paling manis Berkenalan dengan kak Ony Latifah , rakan dari Kota Merudu dipandangan mataku dia seorang yang unik dan klasik setia dengan ketaradisian suku kaumnya Kimaragang. Katirina seorang wanita kadazan yang aku kagumi hebat gigih cekal berwibawa.
Aku yang dusun tulin ini sudah jauh terpisah dengan alat2 tradisi .. banyak hal yang aku tidak tahu hemmm...bukan sengaja melupakan tetapi kerana keadaan dan persekitaran.