Bila mendengar orang berkisah tentang cerita seram pasti meremangkan bulu roma, apa lagi yang diceritakan itu dialami oleh si pencerita sendiri.
Aku pernah lalui keadaan ini dengan melihatnya sendiri didepan mata beberapa kali, namun saat perkara itu berlaku aku langsung tidak menyedari apa yang ku lihat itu adalah spesis mahluk halus. Hanya ku sedari setelah ianya berlalu. kerana terfikirkan semula apa yang ku lihat itu ada sesuatu yang agak pelik.
Peristiwa ini berlaku ketika aku pulang dari daerah Tambunan setelah tugasan jabatan selesai. Sekitar hampir pukul 7 malam, aku tiba disatu kawasan apin-apin, dipinggir jalan sebelah kiri, saya melihat dengan begitu jelas dari pancaran cahaya lampu kereta, sosok tubuh seorang perempuan sedang berdiri.
Aku tidak meliihat pada keseluruhan wajahnya kerana dia memandang kearah lain, cuma terdetik tandatanya kenapa perempuan itu berada disitu, seorang diri, dalam kawasan gelap, lagi satu hal yang menjadi tandatanya sebelah wajahnya itu seperti dioles bedak sejuk warna putih, bajunya pula nampak jarang.
Begitulah kisahnya yang aku anggap saja ianya spesis mahluk halus. Bila teringatkan semula meremang juga bulu tengkok aduii.
No comments:
Post a Comment