Baru kali ini ada kesempatan melawat abangku yang nombor 3. Sedang dalam rawatan di Hospital Quen kerana komplikasi paru-paru berair. Hampir setahun tidak bertemu, kedengaran amat tak munasabah namun itulah hakikat kerana kekangan masa, maklumlah bila sudah hidup masing-masing begitulah, ruang untuk kunjung-mengunjung agak terhad kerana ada saja kometman. Mudah-mudahan dia terus sembuh. Suatu ketika dulu abangku ini pernah bergelar usahawan paling berjaya namun begitulah kadang nasib tidak sentiasa menyebelahi cabaran sentiasa ada dan bukan calang-calang cabaran yang dilalui. Dalam perniagaan jatuh-menjatuh, khianat dan dengki adalah antara hal-hal yang tidak mampu dielakkan sungguh memilukan hanya kekuatan mental dan sabar serta keimanan senjata paling ampuh. Jika tidak boleh saja terjadi bunuh diri Kemiskinan dan kekayaan antara ujian kepada manusia justeru harus bijak menangani keadaan ini, tersilap langkah bisa membawa padah. Kisahnya amat panjang namun tak perlulah kukisahkan secara terperinci kerana manusia2 yang terlibat menghianatinya ada yang telah pergi dan masih ada yang melata dibumi fana ini. mungkin banyak hikmah apa yang berlaku dalam rentetan kehidupannya. Apa pun yang penting semoga semuanya baik-baik saja. |
Wednesday, 16 November 2016
KAMI JARANG BERTEMU
Sunday, 13 November 2016
CERPEN: MEMORY LUKA
OLEH:
HAINI KARNO
DERINGAN TELEFON sering sahaja menjadikan hatinya berdebar.
Sama ada dari telefon bimbit orang lain, malah anaknya sendiri, deringan itu
seolah-olah mengembalikan kenangan silamnya, sejarah pahit hidupnya, dan setiap
kali deringan itu bergema, dia beristighfar, seolah-olah nafasnya hampir
terputus kerana peristiwa lalu hampir saja menyebabkan jiwanya melayang.
Pada pagi itu, deringan bunyi telefon
yang terletak di sudut ruang tamu rumah bukan sahaja mengejutkan lamunan
Azimah, malah menunggu beberapa kali, sebelum bergegas ke sudut ruang tamu itu menyambutnya.
"Assalamualaikum mama
" kedengaran suara manja anak gadis
Azimah begitu ceria.
“Waalaikumsalam, Sayang,” Jawab Azimah
lembut, sebelum menarik nafas lega tatkala
mendengar suara anak gadis kesayangannya dicorong talian. Azimah
merasakan seolah-olah anak gadis kesayangannya itu tahu pada saat itu jiwanya sedang diamuk
duka.
" Apa kabar Ma?" suara
manja anak kesayangan Azimah itu lantas bertanya kabar, bila setiap kali anak gadis kesayangan
penyejuk hati Azimah menghubunginya. Jiwa Azimah terasa ada kedamaian, kekalutan
jiwanya sebentar tadi pantas saja berlalu saat mendengar suara anak gadis
kesayangannya itu berbicara di corong
talian.
" kabar baik sayang, jawab Azimah jelas keriangan suaranya
berbicara. " ingat ya ma tanggal 6hb Disimber ni Nina akan pulang, pemberitahuan itu entah yang keberapa kali
berulang, suara manja Nina sayup-sayup kedengaran di corong gagang telefon
“ ya sayang, mama takkan terlupa tarikh itu, mama akan
jemput Nina di lapangan terbang nanti ya “ ok mama terima kasih, jumpa nanti ya, Nina mengakhiri perbualannya
dengan Azimah, “assalamualaikum mama
jaga diri baik-baik ya Nina menamatkan bicaranya, “waalaikumsalam jawab Azimah sambil meletakkan
semula gagang telefon .
Kepulangan anak gadis kesayangannya
itu tentu saja mengembirakan Azimah, maklum
saja dialah satu-satunya anak yang telah di lahirkannya ke dunia ini. Dialah
segala-galanya dalam hidupnya, kasih sayangnya
semuanya tercurah pada Nina seorang.
“Mungkinkah seandainya badai tidak
melanda hidupku masa lalu pasti saja beberapa zuriat lagi akanku lahirkan”, Azimah kembali bermonolog, entah kenapa di
akhir-akhir ini hati azimah sering saja diganggu kenangan silam begitu pahit pernah melanda hidupnya.
Peristiwa pahit itu manakan terlupa walau dunia berakhir dengan kiamat.
Kasih Sayangnya telah bertukar benci
begitu dalam sekali, sukar dipadamkan,
kelukaan yang ditanggungnya begitu pahit mewarnai kehidupannya angkara
perbuatan seorang lelaki yang amat dicintainya setulus hati.
Sepuluh tahun cinta bersulam berputik
sejak dibangku sekolah rendah, menengah sehinggalah mereka menamatkan pengajian
di universiti. Sebaik menamatkan
pengajian di universiti Darmin telah melamar Azimah menjadi suri hatinya, atas
permintaan Darmin keluarganya telah datang melamar Azimah atas alasan dia tidak
mahu kekasih hatinya yang cantik manis itu jatuh ke tangan orang lain.
Keputusan Azimah untuk
bertunang, agak mengecewakan ayah dan
ibu Azimah, kerana mereka sangat mengharapkan sebelum Azimah berkahwin, Azimah harus
bekerja dahulu, apa lagi Azimah satu-satunya anak gadis pak Harun dan mak Munah
yang telah berjaya menjejakkan kaki sehingga ke universiti.
Walaupun bakal suami Azimah itu telah
pun bekerja sebagai seorang pegawai berpangkat besar di salah sebuah agensi
kerajaan tetapi kedua ibubapa Azimah mengharapkan Azimah harus bekerja dahulu
barulah fikir soal kahwin. Namun pandangan kedua orang tua Azimah sedikit pun
tidak Azimah hiraukan.
"Mah dah habiskah kau fikir untuk
meneruskan niatmu itu? Mah tak tunggu dulu ke dapatkan kerja baru fikirkan soal
kahwin?" pertanyaan pak Harun terpacul dari bibirnya di satu petang ketika
mereka sama-sama minum di ruang tamu dapur " ayah janganlah risau walaupun
Mah dah berkahwin nanti, Mah tetap cari
kerja, sekarang ni pun Mah sedang tunggu kerja yang Mah dah pohon tu.
‘Insyahallah mungkin hujung bulan ni
adalah tu jawabannya" bersungguh-sungguh
Azimah meyakinkan ayahnya. Azimah tahu
dan sedar keputusannya untuk berkahwin itu
menggores hati kedua ibubapanya namun dia tak mampu menolaknya kerana Azimah
juga takut kehilangan Darmin yang dah lama di cintainya itu. Riak wajah pak Harun
tidak memperlihatkan dia gembira ketika Azimah menyampaikan hasratnya beberapa
minggu lalu.
Majlis pertunangan Azimah dan Darmin
di langsungkan secara sederhana saja di kediaman keluarga Azimah, atas
permintaan pak Harun kerana memikirkan hari perkahwinan yang akan datang bakal
di langsungkan, sudah tentu akan membabitkan perbelanjaan yang agak besar. Sebab
itu pak Harun ayah Azimah tidak mahu menyusahkan bakal menantunya itu semasa
majlis pertunangan anaknya berlangsung kelak.
Enam bulam Azimah dan Darmin mengikat
tali pertunangan yang telah dipersetujui dua pihak keluarga, lagi pula menurut
ayah Azimah bertunang lama-lama pun tak elok bimbang berlaku perkara yang tidak
di ingini. Itulah kata-kata pak Harun saat kedua belah pihak memutuskan
perbincangan ketika majlis pertunangan berlangsung.
Tempoh penantian enam bulan itu
seakan bertahun lamanya bagi Azimah menunggu kehadiran Darmin dalam hidupnya,
maklum sajalah mereka jarang bertemu, apa lagi sejak mengikat tali pertunangan
, Azimah dan Darmin hanya berhubung melalui sms atau berhubung melalui telefon
bimbit. Azimah faham keadaan Darmin yang
bekerja di Kuala Lumpur bukannya mudah untuk sering pulang semata-mata untuk bertemu Azimah. Apa lagi memikirkan kos penerbangan yang
begitu mahal.
Namun entah kenapa diakhir-akhir
tempoh mereka disatukan Azimah sering diburu bimbang. Pelbagai perasaan hadir
menganggu jiwa Azimah, perasaan Azimah
terhadap Darmin seakan berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Ahh! Perasaanku saja agaknya dalam
hati Azimah berbisik. Azimah cuba
melontar jauh-jauh resah yang kekadang menganggu hati kecilnya.
Azimah cuba berfikiran positif
terhadap Darmin. Azimah teringat kata-kata rakannya bahawa tempoh bertunang itu
banyak dugaan dan cabaran menganggu harus banyak bersabar. Kata-kata rakannya
itu Azimah jadikan sebagai pedoman untuk belajar menjadi seorang penyabar.
Kepulangan Darmin ke kampung
benar-benar buat hati Azimah keriangan, dalam tempoh dua minggu itu Azimah dan
Darmin sibuk mengatur persiapan untuk majlis hari bahagia mereka yang bakal
berlangsung, selainnya telah pun di
uruskankan oleh Azimah dan keluarganya, maklumlah majlis yang bakal diraikan itu akan
dilangsungkan dipihak perempuan.
persandingan Azimah dan Darmin
dilakukan pada waktu tengaharii, majlis
nikah pula telah dibuat diwaktu pagi. Begitu
meriahnya majlis hari bahagia mereka berlangsung tetamu pun agak ramai
kehadiranya.
Azimah kelihatan begitu angun mengenakan gaun berwarna pich lembut, bertambah manis
memakai selendang. Demikian juga dengan Darmin kelihatan sungguh kacak mengenakan tengkolok. Mereka bagaikan pinang
dibelah dua. Tetamu jemputan semasa
majlis perkahwinan sungguh meriah dengan kehadiran ramai tetamu. Pak Harun dan
mak Munah serta keluarganya kelihatan begitu sibuk menyambut tetamu diperkarangan
kediaman mereka.
Pak Harun nampaknya sangat berpuas
hati dengan perjalanan majlis perkahwinan anaknya itu, lebih-lebih lagi dapat
menantu yang dilihatnya sangat baik dan menghormati orang tua.
Tiga hari lagi Darmin akan kembali ke
Kuala Lumpur menyambung tugas setelah menghabiskan cutinya selama dua minggu
sempena majlis perkahwinannya selesai. Azimah pula merasa agak sedih kerana terpaksa
berpisah seketika dengan suaminya kerana tidak dapat mengikuti ke Kuala Lumpur.
Ini kerana Azimah menyambung tugasnya memandangkan cuti sekolah dah tiba ke penghujungnya.
Tugas Azimah sebagai guru tidak
memungkinkan menyambung cuti, lantaran tugasnya selaku penolong kanan guru
besar begitu banyak perlu di selesaikan. Untungnya Azimah kerana bertugas di kampung
halamannya sendiri yang hanya beberapa langkah jaraknya dari rumah Azimah.
Satu petang ketika Azimah sedang
duduk berbual di beranda rumah mereka bersama ibunya , tiba-tiba deringan telefon bimbit milik Darmin
kedengaran diatas meja ruang tamu rumah,
lalu Azimah bergegas menyambutnya.
“Helo,” Azimah menjawab panggilan itu, kedengaran suara lelaki memberi salam
kemudian bertanya tergesa-gesa, “ boleh saya bercakap dengan Encik Darmin ?” Lelaki itu menyoal.
“ oh boleh,” Jawab Azimah lembut.
“Saya Burhan rakan sekerja Encik
Darmin. Ada Darmin dirumah?”
“Ada. Tapi, dia sedang mandi Encik
Burhan.
Boleh saya tanya ?”
“Siapa yang bercakap ni?” Burhan
terus menyoal,
“Saya Azimah, isteri Darmin,”
“Isteri Darmin? Maaf , “ tapi saya bersama
isteri Darmin sekarang ni...”
“ apa maksud encik Burhan saya tak
faham ? Azimah terus menyoal, Jantung Azimah terasa berdegup kencang, bagai
hendak meletup, bebrapa saat dia merenung telefon bimbit yang masih tergengam
ditangan, sebelum menjawab, “Kamu salah
orang agaknya?”
“Tidak puan,” Jawab Burhan, lalu
dengan pantas Azimah menjelaskan baru seminggu
mereka bernikah dan majlis perkahwinan di rumah.
“Maafkan saya puan. Beginilah wanita itu ada
bersama saya sekarang ini, “ baik puan
bercakap sendiri dengannya,” jawab Burhan, kedengaran suara wanita di telefon bimbit itu.
“Helo!” kedengaran suara wanita itu , dan sepantas itu
juga memperkenalkan dirinya, “Saya Mona isteri Darmin, “ saya ingin memberitahu
saya kini sedang menggandung dua bulan hasil dari pernikahan bersama Darmin
tiga bulan lalu,” Mona berkata tanpa
bertanya siapakah wanita yang sedang bercakap dengannya.
Setelah mendengar pengakuan wanita
itu satu persatu, Azimah tidak mampu lagi berkata-kata, terasa dunia sungguh
gelap gelita, jiwanya berkecai, telefon
bimbit terlepas dari tangannya. Raungannnya tiba-tiba bergema kedengaran diruang
tamu rumah. mengejutkan ibu Azimah. Darmin
yang baru saja keluar dari kamar mandi itu lantas bergegas ke ruang tamu mendapatkan Azimah.
Azimah kelihatan longlai tidak bermaya, Darmin
memeluk Azimah lantas bertanya apa yang telah berlaku, Azimah tidak mampu berkata-kata kerana
perasaannya masih berkecamuk. Azimah dalam pelukan Darmin meronta minta di
lepaskan.
Pak Harun dan mak Munah saling berpandangan tidak tahu
hendak berkata sepata kata.
Setelah keadaan kembali redah, Darmin bertanya pada Azimah apa sebenarnya
yang berlaku. Azimah masih terus membisu seribu bahasa. Sudah dua hari Azimah
asyik menanggis dan tidak mahu menyentuh sebarang makanan. Azimah tidak mahu bercakap pada Darmin, Darmin semakin kebinggungan cuba memujuk Azimah punca apa Azimah tiba-tiba berubah laku.
Malam itu tiba-tiba Azimah bertanya
pada Darmin siapa MONA ? wajah Darmin
sedikit berubah lantas cuba mengalihkan topik perbincangan. Namun Azimah terus mendesak ingin tahu siapa Mona ? suara Azimah semakin meninggi...Azimah
tidak mampu menggawal emosinya. Darmin
kelihatan gugup dengan pertanyaan demi pertanyaan Azimah itu. “ Aku sudah tahu
segala-galanya Darmin suara Azimah semakin meninggi...Darmin cuba memujuk Azimah
ingin menjelaskan perkara sebenar, namun semuanya tidak mampu mengubah keadaan.
Perwatakan lemah lembut Azimah telah
bertukar kasar. Setiap kata-kata Darmin
sudah tidak bermakna lagi bagi Azimah. “Kau
keluar dari rumah ini sekarang juga Darmin, berambus jangan kau datang lagi ,
kau bukan suamiku lagi “ Suara azimah kedengaran
seperti orang hilang ingatan itu mengejutkan pak Harun dan mak Munah.
Bahtera yang mereka bina baharu
seminggu sebagai suami isteri tiba-tiba sekelip mata hancur berkecai.
Darmin meninggalkan rumah Azimah
bersama hati yang remuk, dia begitu kesal dengan apa yang terjadi. Selepas peristiwa itu berlaku Darmin dan Azimah
telah terputus hubungan, Darmin pula khabarnya kembali kepada Mona.
Sejak peristiwa duka itu terjadi, Azimah tidak lagi berusaha menghubungi
Darmin. Bagi Azimah Darmin tidak pernah wujud dalam hidupnya.
Kini dua puluh tahun berlalu, Azimah tidak pernah terfikir untuk berkahwin
lagi, baginya hanya tertumpuh
membesarkan anaknya. Mereka di kurniakan seorang zuriat meskipun hanya sempat
menikmati bahtera selama seminggu.
Nina adalah satu-satunya anak Azimah. Kerana Ninalah Azimah bangkit membina
kekuatan, Azimah telah melupakan segala kenangan yang pernah dibina bersama Darmin.
Satu hari ketika Azimah bersama rombongan pelajar sekolahnya membuat lawatan
ke Kuala Lumpur ia itu di smk Tanjung Mawar, Nina turut serta bersama ibunya
kerana kebetulan, Nina sedang bercuti. Mereka disambut oleh pelajar sekolah
tersebut dengan begitu meriah.
Dalam acara menyambut rombongan
Azimah, beberapa orang pelajar perempuan turut bersama menyambut mereka. Semua
para pelajar turut mengadakan seisi suai kenal bersama rombongan Azimah.
Ketika giliran seorang pelajar memperkenalkan
dirinya Rohaizah Darmin, membuatkan Azimah tersentak sebaik tersebut
nama Darmin, tiba-tiba jiwa Azimah berderau
dan terusik hatinya. Namun Azimah berkata dalam hatinya mungkin hanya
kebetulan.
Wajah kacak Darmin muncul kembali berlegar laju
dalam ingatannya, sebaik melihat wajah Rohaizah seperti ada seiras sedikit
terutama keningnya yang agak lebat. Semacam ada tarikan untuk Azimah mahu
mengenali pelajar itu walaupun kesan masa silamnya dengan Darmin masih begitu
menusuk, namun mungkin keadaan berubah juga akhirnya, terutama tanggapan Azimah
terhadap bekas suaminya dahulu.
Mengenangkan cara dia menghalau
Darmin dari rumah memang suatu yang wajar, namun tak seharusnya, jika Rohaizah
itu anak bekas suaminya dahulu, menjadi korban kebencian terhadap laki-laki
itu.
Setelah acara seisi suai kenal
berakhir entah kenapa hati kecil azimah begitu membuak-buak ingin tahu perihal
pelajar perempuan itu. Ketika acara makan malam, kesempatan itu Azimah gunakan
bertemu pelajar itu.
Disatu sudut Azimah melihat pelajar
itu makan bersama salah seorang daripada rombongan pelajarnya. Tanpa berlengah dia terus ke tempat mereka
duduk dan turut duduk bersama. Sambil itu Azimah bertanya kepada Rohaizah
perihal keluarganya. Rohaizah menceritakan serba sedikit latar belakang
keluarganya. Rohaizah juga memberitahu
Azimah bahawa ayahnya berasal daripada Keningau, Sabah, sementara ibunya adalah berasal dari Kuala
lumpur. Betapa kecilnya dunia ini, bisik
hati kecil Azimah. Azimah hanya
mendengar tanpa banyak soal.
Seminggu rasanya begitu cepat berlalu, ketika Azimah
dan rombongan sedang berkumpul didalam dewan sekolah pada malamnya dalam acara majlis perpisahan, memandangkan hari esoknya rombongan Azimah akan berangkat
balik ke Sabah. Tiba-tiba Azimah melihat kelibat seorang lelaki memasuki dewan
diiringi seorang wanita separuh umur. Wajah itu adalah insan yang pernah hadir dalam hidupnya dua
puluh tahun lalu. Azimah rasa serba
salah apakah dia perlu bertemu dengan Darmin atau dia membiarkan saja semua
kenangan itu berlalu.
“ Cikgu!” Tiba-tiba Satu suara
memanggilnya dari belakang, menganggu
lamunan Azimah, pantas dia menoleh kebelakang, Rohaizah bersama seorang lelaki
sudah tercegat disisinya. Sebaik terpandang wajah lelaki itu Azimah hampir saja
seperti hendak mahu pengsan namun dia terus bertahan.
Mereka berpandangan sesama sendiri
tanpa sepata kata. Rohaizah yang tidak
tahu menahu tentang kisah silam dua insan yang ada disisinya itu , tersenyum
memandang Azimah lantas berkata “ Cikgu inilah ayah saya Darmin,”
Darmin yang masih terpingga-pingga
seperti baru tersedar daripada dirasuk mahluk halus itu kelihatan masih tidak
dapat berkata apa-apa, sebelum menghulur tangan dan Azimah turut menyambutnya.
“Apa khabar Azimah?”
“Khabar baik, abang..”
Rohaizah pula ganti trpinga-pinga,
lalu memandang ayahnya dan Azimah, “Seperti abah dan cikgu itu sudah saling kenal?”
Sehari selepas majlis tamat, Azimah dihantar ke Lapangan Terbang oleh Rohaizah
serta ibubapanya. Mereka bagai satu keluarga yang rapat dan ketika pengumuman
masuk ke balai berlepas, Rohaizah memeluk Azimah dan berbisik, “Maafkan abah
saya ya cikgu,”
Azimah senyum memandang Darmin dan
Mona, kemudian mengucup dahi Rohaizah, “Berhubunglah selalu dengan Nina,”
Nina dan Rohaizah berdakap sebelum
pergi ke pemeriksaan masuk.
TAMAT.ðŸ˜
Hati kecil yang terusik, mana mungkin kau lupa insan yang pertama hadir dalam hidup mu apa lagi dengan adanya zuriat yang di lahirkan. Terkenang bukan bermakna masih ada rasa cinta tetapi ya, terkenang Kenangan pahit dan manis yang pernah tercipta saat melayari kehidupan bersama. Dunia ini tak pernah menjanjikan bahagia namun bersyukurlah apa yang pernah ada...
Benarlah kehidupan ini seperti mimpi, tanpa sedar mungkin sudah di penghujung, hidup hanyalah suatu kenangan yang tak abadi, yang abadi adalah kehidupan selepas mati. Allahualam
Tuesday, 8 November 2016
SASTERA ETNIK DALAM PEMERKASAAN
10th October, 2016
SASTERA ETNIK bukan milik Persatuan Penulis Momogun Malaysia (Momogunsia), juga bukan milik siapa kalangan penulis kreatif, tetapi ia milik negara dan milik setiap bangsa dan bangsa di dunia yang mencintai bahasanya.Namun pemilikan itu harus dibayar dengan usaha untuk mendedahkan kepada masyarakat lain, kepada masyarakat dan bangsa Malaysia, kita bukan sahaja memiliki pelbagai budaya, agama dan bahasa, malah negara menjadikan ia satu instrumen penyatuan rakyat. Ia mungkin tak bersifat sejagat di beberapa negara yang taksub kepada agama dan bahasanya, tetapi di Malaysia kerana sistem demokrasi negara ini yang menyamaratakan peluang dan kebebasan untuk mencapai pelbagai kemajuan, maka kumpulan minorti juga diiktiraf dan menjadi pengukuhan jati diri negara.
Mungkin Momogunsia dilihat bersifat mewakili satu kaum terbesar di Negeri di Bawah Bayu, iaitu KadazanDusunMurut, tetapi realitinya tidak begitu, ia mewakili semua kaum yang terpencar pada salahsilah keluarga ahlinya. Semisalnya, saya adalah Bajau jika mengikut salur galur dari bapa, tetapi nenek saya Dusun Tambunan dan dengan adanya setitik ‘darah’ Dusun maka saya diterima oleh Momogunsia menjadi ahli, sekaligus Ketua Penerangan Momogunsia.
Di manakah anda mendapati toleransi begini di negeri lain? Sebab itu Sabah (dan Sarawak) menjadi model kepada integrasi dan perpaduan kaum kerana kami menghormati semua orang, termasuk kaum dominan negara iaitu Melayu, Cina dan India. Kami menjadi sahabat bangsa ini tanpa prejudis dan amat berasa malu jika mengungkit-ungkit asal usul seseorang tanpa sebab tertentu.
Walaupun pengaruh sentimen politik kepartian terutama dari Semenanjung semakin memomokkan integrasi dan perpaduan ini dengan memaki hamun, mencarut, menyumpah seranah sesama bangsanya, tetapi di Sabah, kami tak mahu meniru sikap ‘anti-kebangsaan’ begini, walaupun kita khuatir pada masa akan datang generasi muda rakyat Sabah akan lebih ekstremis terhadap pendukung aliran yang menjurus rasisme yang datang dari luar.
Dan dalam sastera, kami bukan sahaja mendukung dan menukangi adat budaya itu secara kreatif, tetapi menokok tambah budaya itu menjadi satu unsur pendidikan kepada masyarakat dan Momogunsia, sejak dua atau tiga tahun lalu berikan kedudukan istimewa kepada sastera etnik selepas bertahun ia tak punya nama khusus hinggalah dijenamakan oleh Momogunsia.
Dikenali juga sebagai kearifan tempatan, dan karya ini sebenarnya sudah ada sejak tahun 1960-an lagi, seingat saya Penerima SEA Awards pertama dari Sabah, Datuk Haji Ismail Abbas (Allahyarham) atau Amil jaya amat aktif dalam karya sastera etnik, begitu, novelis dan tokoh sasterawan Azmah Nordin, yang pernah menang anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1988/89 menerusi cerpen ‘Singkowoton’, begitu penulis mapan Siti Rahmah G Ibrahim hasilkan karya mewakili etnik Bajau, Yatim Ahmad juga giat dalam penghasilan karya etnik, penulis aliran seram, Noorfadzliah Omar dan tokoh penulis Ruhaini Matdarin, Hasyuda Abadi, Dayangku Mastura, Faridah Abd Hamid, Ayang Nesa, penerima SEA Award Jasni Matlani, Noor Aisah Maidin, Jakaria Dasan, Sasjira dan ramai lagi yang mewarisi generasi awal sasterawan seperti K Bali,
Manakala penulis Momogunsia sendiri begitu ramai hasilkan karya etnik diketuai oleh tokoh wartawan dan sasterawan Emin Madi, tokoh penulis Kathrina Tati, Raymond Majumah, Mondu Godon, Juilis Mokujal, Ramlee Jalimin Jainin, Angela Engkuan, Witzer Gunik, Jamail Masador, Sofia Clara, Haini Karno, Rozeline Vitalis, Martina Obod dan ramai lagi dengan Dr Rosliah Kitingan, Linah Bagu adalah antara ahli akademik dan ilmiah sastera etnik (KDM) selain Prof Madya Ramzah Dambul, manakala Presiden Momogunsia Drs Henry Bating dan saya menjadi perantaraan media cetak dengan persatuan untuk mempromosikan kegiatan persatuan.
Sejak dua tahun lalu Drs Henry banyak membawa gerakan sastera etnik menerusi pelbagai kegiatan seperti hadiri seminar etnik antarabangsa di Indonesia dan Filipina, bengkel sastera dan Hadiah Cerpen Momgunsia-New Sabah Times.
New Sabah Times sejak tahun 2010 menjadi antara faktor menguatkan sastera etnik menerusi penganjuran sayembara cerpen etnik yang termaterai bersama Ketua Editor Bahasa Melayunya Mohd Amin Haji Muin.
Dan sekarang, walaupun masih menikmati usia mudanya, Momogunsia terus bangun dengan penganjuran Seminar Penuis Etnik Serantau BIMP-EAGA 2016 (SPES-16) di Sekolah Menengah (SMK) Matunggong pada 22 Okt depan. Ia pasti menjadi tanda aras untuk sastera etnik berkembang maju.
Dengan pelbagai program yang dilaksanakan sebelum ini sebagai asas mengadakan pertemuan serantau, pertemuan SPES-2016 dalam wilayah BIMP-EAGA di SMK Matunggong dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah, telah dipersiapkan dengan pelbagai acara.
Antara acara ialah Bicara Buku ‘Momogun Rungus Pribumi Sabah’ oleh PS Juilis Mokujal (Momogunsia), Bicara Buku ‘Kumpulan Cerpen Pangkot’ (Jasni Matlani), Resensi Antologi Cerpen Pugai Balabak – Prof Madya Dr Rem Dambul (Puterajaya), Kearifan Tempatan Dalam Talaala Kadazandusun dan Cadangan Cara Mewariskannya (Dr Rosliah Kiting, UPSI, Tg Malim, Perak).
Puisi Warisan Masyarakat Kadazan Dusun (Hiis Tinungkusan Tinaru Kadazan Dusun) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran – oleh Linah Nurlina Bagu dari IPG Kent, Tuaran; Kekerabatan Bahasa Dusun di Brunei dan Sabah – Dr Yabit Alas, Universiti Brunei Darussalam (UBD); Balabac/Molbog Community in the District of Bataraza, Southern Part of Palawan Province, Philippine – Prof. Dr Aldrin Lee, University of The Philippines (UP) Diliman, Quezon City;Tradisi, Budaya dan Kehidupan Masyarakat Dayak Dalam Arus Modernisasi di Kalimantan, Indonesia – Dr Kusni Sulang, Lembaga Kebudayaan Kalimantan Tengah.
Entelah (Teka-Teki) Masyarakat Iban: Bentuk dan Keistimewaannya – Dr Patricia Anak Ganing, UPSI, Tg. Malim, Perak; Rungus dan Gong – Dr Ronald Batahong, IPG Keningau.
Menyerikan pertemuan ialah pelancaran Buku Rungus Peribumi Momogun Sabah, Karya Raymond Majumah; Antologi Cerpen Pangkot (Karya Raymond Majumah); Antologi Cerpen Pugai Balabak (Karya 20 Penulis Momogunsia) dan Anugerah Terindah: Sayang Kinabalu (Angela Engkuan).
Pada acara penutupan diadakan Malam Semarak Puisi Etnik antara acara pementasan teater – Arahan Maskuji Maturon dan Ramli A.R; persembahan kesenian Momogun – Pelajar SMK Matunggong, persembahan puisi Etnik Rungus – Warga Veteran Daerah Matunggong, persembahan Hiis Tinungkusan Tinaru Dusun (Pelajar IPG Kent, Tuaran), persembahan Hiis Kadazandusun (Momogunsia), deklamasi puisi Penggiat Pelbagai Badan Bahasa, Sastera & Kesenian, Persembahan Kesenian masyarakat Iban, Sarawak; Nyanyian Etnik Kreatif – Kumpulan Charles Osingko dan Lagu Puisi Rabilin Nordin.
Peserta juga akan dibawa melawat Muzium Rungus & Galeri Penulisan Raymond Majumah dan Walai Tobilung. Seminar ini dijangka dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.
Ketika sastera etnik terus berkembang, Dr Ramzah atau dikenali Dr Rem, berkata Sastera etnik memiliki keunikan tersendiri kerana ia dihasilkan oleh kumpulan penulis yang berasal dari sosiobudaya bukan alir arus perdana. Justeru hasil karya mereka secara natural dijangka membawa nafas dan rona sastera yang berlainan,” Dr Rem berkata, secara mudah hasil karya pengarang sastera etnik dianggap satu platform yang berikan suara alternatif kepada komuniti terpinggir menerusi media kesusasteraan.
Dalam hubungan ini, Dr Rem berkata walaupun konsep sastera etnik masih agak asing di Negara ini kerana berbeza dengan konsep ‘sastera rakyat’ iaitu merujuk kesusasteraan pelbagai bentuk yang diwarisi daripada tradisi lisan suatu komuniti.
“Karya sastera etnik lebih merujuk karya dihasilkan oleh kumpulan marginal dalam masyarakat setempat. Karya berkenaan boleh sahaja berbentuk kontemporari yang ditulis bukan oleh mereka yang bukan beretnik Melayu, Cina dan India yang dianggap sebagai mewakili kaum arus perdana,”
Dr Rem berkata, dalam korpus sastera arus perdana, penulis Sabah sebenarnya menggunakan unsur geografi hanya ditonjolkan sebagai pewarnaan latar cerita. Menerusi himpunan kolekstif, hal ini dapat menjelmakan satu citra kearufan khusus yang boleh diangkat sebagai sumber pengetahuan.
Sementara itu kita mengucapkan tahniah kepada Sofie Clara kerana menang HCM-NST bagi September. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah Wong Vui Yin di bilik mesyuarat PNS dekat sini, minggu lalu.
Sumber- Sabah Times
Friday, 4 November 2016
MENGGAMIT RINDU
Photo bersama rakan sekursus Pusat Latihan Kemas Kepala Batas Pulau Pinang 1990 |
Belakang Asrama |
Ketika melawat ke Taman Rimba |
Kenangan |
Rindunya masa lalu |
Mujur sahabatku dari Perak, Ruhaimah Yazid rakan sekursus ketika di PLK Kemas Kepala Batas Pulau Pinang sudi menghantar potret-potret ini. Aduh rindu menggamit kenangan.
Inilah sebahagian potret menceritakan kisah hidup masa lalu. Rakan-rakan dalam potret ini aku cuba menjejaki mereka namun masih belum mendapat perkabaran. Ada juga kabar menyatakan ada dikalangan rakan-rakan dalam potret ini telah kembali ke pangkuan Tuhan.
Sahabat ku yang pernah menjadi keluarga angkat kami, Suhaini Husin di Kangar Perlis kabarnya telah meninggal dunia tiga tahun lalu akibat kanser payu dara. Seorang hamba Allah yang baik budi telah bersusah payah menjejak kabar sahabat ini . Terasa kesedihan bertapak di kalbu, Aku masih ingat rakan ini amat baik melayan aku dan sahabatku saat berada dirumah mereka begitu juga dengan keluarganya. Ya begitulah kehidupan pasti ada pengakhirnya. Aku memanjatkan doa moga rohnya bersama disisi roh insan2 beriman. Aamiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)