Tuesday, 31 December 2019
SELAMAT TAHUN BARU 2020
Hari ini 31hb disember 2019 hari terakhir untuk tahun ini. Banyak kisah suka duka tersingkap untuk kenang-kenangan, usia pun bergajak lagi, kian senja.
Mungkin kah ini hari-hari terakhir seorang aku, insan kerdil yang serba kekurangan, tiada apa lagi yang mau dikejar dalam kehidupan ini, harta benda segalanya sudah cukup seadanya, Hanya amal yang harus dipertingkatkan buat bekal bertemu kekasih nan abadi.
Monday, 30 December 2019
FESTIVAL SASTERA INTERNASIONAL GUNUNG BINTAN
Di Jeti berfoto kenangan bersama rakanku Kat sebelum belayar ke Tanjung Pinang. |
Saja ku tulis ini cerita untuk kenang-kenangan dan ingat-ingatan๐คฃ
Perjalananku kali ini ke Tanjung Pinang Pulau Bintan Riau. Momen ini tak terpadam, ia menjadi sejarah dalam hidupku sebagai seorang insan, akan terpahat indah dihalaman kalbu ini. Aku pengembara singkat hanya singgah sebentar mengutip pengalaman dirantau orang. Menjelajah juga adalah satu ibadah menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi.
Setiap kali meninggalkan teratak Villa Azalea, jiwa ini di ketuk pilu, sepilu pohon-pohon kesayanganku yang bakal ku tinggalkan untuk beberapa waktu, seakan aku mendengar bisikan pohon-pohon ini, merindui sepanjang waktu ketiadaaku. Sebelum melangkah pergi aku berbisik pada semuanya bersabar menanti kepulanganku. Aku pasti akan kembali atas kehendak Allah taalah jua. Tumbuhan juga mampu memahami bahasa manusia, itu kata sesetengah pencinta alam tumbuhan (- aku kembali dari Tanjung Pinang 2 pasu bungaku layu tak tersiram..haii sedihnya.
27hb oktober-
Tengahari aku memulakan perjalanan meninggalkan Villa Azalea syurga jiwaku yang damai selalu menuju ke KKIA Kota Kinabalu, aku memandu dalam kelajuan mengikut kesesuaian keadaan Jalan, maklumlah keadaan Jalan Keningau ke kimanis ini adalah jalan maut kata sesetengah pengguna jalan raya, berhati-hati selalu, elakkan memandu seperti dikejar hantu polong. Tapi terkadang bila aku memandu sendirian meluncur laju saat menuruni bukit yang curam itu, nasib baik OK saja. Kereta ku tinggalkan di kota Kinabalu.

๐ Waktu menunjukkan jam 6.00pm, aku meninggalkan bawah bayu dengan menaiki pesawat Air Asia. Jam 8.45 mendarat di klia2, rakanku Kat menungguku di Airport sejak tengahari. Dia berangkat lebih awal ke Kuala Lumpur kerana ada urusan katanya. Aku selesa bersama Kat bila kami kemana-mana dan selalu bersama terutama dalam acara-acara penulis kadang dalam Negeri, negara dan luar negara.
Kami sedang menunggu kereta yang akan kami tumpangi, sebaik kereta itu sampai lebih kurang jam 9 malam kami beredar meninggalkan Airport, memulakan perjalanan ke Johor. Empat orang penumpang, aku, kat, Dr. Yati dan Dil. Tiba di Johor agak lewat sudah tengah malam, mereka kata terpaksalah kena
menginap di Hotel sepermalam kerana seawal pagi esok harus ke jeti mendapatkan tiket feri. Kami turut saja mana yang patut.

28hb Oktober-
7pagi kami meninggalkan hotel menuju ke jeti, Selesai urusan pembelian tiket kami sarapan sambil menunggu waktu feri belayar. Jam 9.00am feri memulakan perjalanan, keadaan cuaca agak cerah, ombak dan angin tenang saja. Feri agak penuh dengan penumpang ramai juga rombongan Penyair dari Malaysia di kalangannya ada yang kukenal dan yang lainnya tidak, mungkin dalam sekitar 20 orang jumlahnya. Sempat melihat dikiri kanan menghayati keindahan panorama laut yang indah terbentang luas. Nampak kota Singapura banyak bangunan tinggi menjulang.
Tiga jam pelayaran, Alhamdulillah semua penumpang tiba di jeti Tanjung Pinang dalam keadaan selamat. Bas sudah bersedia menunggu rombongan kami dan terus di bawa ke resort Pelangi. Semua peserta diminta mendaftar sebaik tiba diruang lobi sambil berkenal-kenal dengan para penyair dari pelbagai tempat.
Sambil menunggu giliranku mencatat nama kehadiran, mataku berlegar memerhati di sekitar lobi, disatu sudut aku melihat banyak buku tersusun diatas meja dan seorang wanita sedang duduk, agak ku mesti buku itu dijual. Selesai giliranku menulis nama dan mendapatkan bag serta kunci bilik, aku terus ke sudut itu, aku bertanya jika buku itu dijual pada perempuan itu, ya katanya, aku membelek-belek buku tersebut untuk melihat setiap tajuknya, salah satunya aku ambil, ia agak tebal, masih berbalut plastik terpapar nama penulis Rida K. Liamsi aku hanya dapat membaca Sinopsisnya ianya berkisar tentang sejarah perjuangan. kata rakanku Kat yang berada di sebelahku, penulis ini antara yang terkenal di negara tersebut dan sudah berpangkat Datuk. Aku sangat berminat dengan buku tersebut dan tak sabar membacanya, apa lagi ianya berkaitan dengan sejarah.
Harganya RM50. 00 Wang Malaysia. aku menjelaskan bayarannya kepada penjual tersebut, tak lama datang seorang lelaki sudah berusia sedikit, dialah penulis buku ini. Kata Kat memperkenalkan padaku lelaki itu, kat sudah lama mengenalinya, dia tersenyum memandangku sambil tangannya dihulur untuk bersalam, dia bertanyaku asal dari mana? Dari Sabah jawab ku ringkas. Kami hanya sembang sebentar, kemudian dia mohon beredar. Aku memerhati kelihatannya dia agak sibuk melayani para penyair yang ada diruang lobi, ramah sekali orangnya dan baik.
Malam, majlis peluncuran buku Antalogi Puisi Jazirah 2 dan 3, SEGARA SAKTI RANTAU BERTUAH dan DI KAKI GUNUNG BINTAN disatu tempat, majlis agak meriah juga dihadiri oleh pemimpin setempat sekaligus merasmikan program tersebut. Persembahan tarian etnik, baca puisi dan Nyanyian dari beberapa orang Penyair. Dari Malaysia antaranya Dato Tarmimi Sariga dan Roslan Madun dengan syairnya antara pengisian acara, Selesai acara kembali ke hotel untuk berehat.
29hb Oktober-
Seminar sehari..
Selesai makan tengahari aku dan beberapa orang ke pulau penyengat, petang baru balik ke hotel, mungkin dalam sekitar jam 4.00 pm. sebaik masuk dalam bilik, oleh kerana agak keletihan aku terus menghempas tubuhku diatas katil dan terus tidur. Rakanku Kat masih diluar. Semasa aku tidur aku bermimpi atau apa, aku dengar pintu bilik di ketuk bertalu-talu, aku dengar suara Kat memanggil-manggil, aku cuba bangun tetapi mataku sukar dibuka, dalam pada aku berusaha membuka mata dan ingin bangun, aku terasa pinggangku diraba, aku nampak hanya sebelah tangan, aku cuba mengelak namun tubuhku tak dapat bergerak, tangan itu terus meraba-raba pingganku, aku berusaha untuk bangun, namun masih tidak mampu aku lakukan.
Aku baca surah-surah yang biasa aku baca, seperti aku tesedar dan terus bangun, aku berlari menuju ke pintu, di hadapanku ada tiga lembaga berkerudung hitam membelakangi aku, dalam hati berkata nasib baik ada orang dalam bilik ini. Tapi terasa tangan itu masih terus meraba pinggang ku, aku cuba menepis tangan itu sambil berzikir.. Allahuakbar aku tersedar dan terus bangun dengan nafas tercungap-cungap aku duduk sebentar melegakan nafasku, aku berastagfar berulang-kali sehingga aku rasa tenang. Aku memerhati disekitar bilik tiada apa yang berlaku. Aku berdiri terus menuju ke pintu kalau2 ada kat namun kat belum tiba juga.
Ya Allah belum pernah keadaan sebegini berlaku padaku sepanjang menginap di mana-mana hotel di negara Malaysia ini atau diluar negara. Agakku ada semangat yang mengekori ketika ziarah ke makam tengku permaisuri raja Hamidah di Pulau penyengat petang itu. Allahualam.
Malam acara baca puisi di pantai Impian resort. dalam aturcara aku yang ke nombor Sembilan membaca puisi. Aku berkira-kira menolak atas sebab malu @segan, kerana para Penyair yang ada disitu hebat-hebat semuanya. Namun bila namaku disebut oleh pengacara, aku akur untuk tampil kehadapan, jantungku berdegup aku sedikit menggeletar, rasa dingin pun ada, aku berusaha melawan semua resah gelisah yang sudah mulai menyerang ke segenap urat sarafku, dengan semangat demi negara Malaysiaku yang tercinta bait demi bait ku baca dengan suara sedikit menggeletar pada permulan, MENCANTUMKAN PETA YANG KOYAK hingga selesai. terasa lancar aku bernafas. Suatu pengalaman yang sangat mahal dan bermakna.
30hb oktober ..
Pagi rombongan Penyair berangkat ke pulau penyengat menaiki bot, Lawatan ke makam raja Haji dan sebuah mesjid, agak unik juga, pertama kali aku dengar dan tahu bangunan mesjid ini dibina dengan menggunakan putih telur. Mesjidnya tidaklah besar mana sederhana saja.
Acara baca puisi dan makan beradat di Rumah ADAT. Begitu cantik pemandangan disini dihadapan rumah adat laut terbentang luas, terdapat beberapa deret gerai menjual makanan dan minuman. Cuaca dan suhu di Pulau penyengat begitu panas menyengat buat aku bermandi peluh. Sempat berlegar-legar dihalaman rumah adat untuk melihat-lihat apa yang ada, tiada apa hanya sebuah telaga terletak dikolong rumah adat. Sempat merasa kedinginan air telaga dan minum seteguk huu segar.
MAHLUK ITU BERTANDANG LAGI
Malam ke dua di bilik hotel ada sesuatu yang telah berlaku, Ketika rakan ku Kat sedang tidur dibuai mimpi, aku masih berjaga kerana mengosok bajuku untuk di pakai esok hari, di satu sudut belakang daun pintu masuk, bersebelahan dengan pintu masuk ke tandas, disitu aku duduk mengosok bajuku, kebetulan ada satu soket untuk menyambung plak streka. Diluar bilik macam-macam bunyi yang ku dengar, tarik meja, ketuk2 pintu. aku anggap itu biasa saja, macam2 hal orang punya urusan. Setelah selesai mengosok baju, aku pun berdiri tiba2 aku dengar suara mendesis di sebelah almari tempat aku duduk tadi, disitu ada sebuah Peti besi, tutupnya agak terbuka sedikit lalu aku rapatkan sedikit tutupnya, dalam hati berkata-kata apakah bunyi itu? tiada apa yang terlintas di fikiranku.
Baju yang sudah siap kustereka tadi ku hampar diatas bag pakaian ku yang terletak ditepi dinding bersebelahan dengan ALMARI. aku terus ke katil merebahkan tubuhku dan menutup mata, tiba-tiba dihujung katilku bergetar agak kuat, aku membuka mata dan melihat kearah hujung katil, namun tiada apa.
Dalam hati tertanya-tanya lagi apa kah bunyi itu, aku terus menutup mata, Tiba2 aku dengar meja di sebelah kat di ketuk berulang kali, sangkaku Kat yang ketuk, aku membuka mataku semula dan memandang kat disebelah sedang nyenyak tidur. bisik hatiku tiada apa, Aku pun terus tidur. Keesokan pagi kat menceritakan padaku ada bunyi mendesis dia dengar saat dia ke bilik air pada tengah malam tadi. Bunyinya seperti yang ku dengar katanya seperti ada sesuatu yang menolaknya hingga dia jatuh ketika dibilik air.
31hb oktober
Rombongan kami berangkat pulang, tapi paginya kami tidak sempat menaiki feri dari pulau Bintan ke Johor kerana kesilapan teknik, tiket yang kami beli balik ke Johor terlupa tetapkan waktunya menyebabkan kami tidak dapat menaiki feri tersebut kerana telah penuh, maka lupuslah tiket tersebut, dimaklumkan pada tarik tersebut hanya dua feri saja yang belayar, Hanya ada pada sebelah petang.
Terpaksa kami beli tiket lagi namun harus ke Pulau batam dan dari pulau batam ke Johor. Ada hikmahnya, jika bukan kerana kesilapan teknik tidak mungkin dapat jejak kaki ke Pulau ini.
Selamat tinggal Tanjung Pinang Pulau Bintan, mujur dapat singgah sebentar di Pulau Batam. Banyak kenangan untuk dibawa pulang.

Sunday, 29 December 2019
BERMEKAP ALA KADAR SAJA
Beginilah lebih kurang wajah bila dirias tetapi ini bukan aku yang meriasnya, ini adalah hasil kecanggihan teknologi zaman moden ini yang ada pada setiap telefon bimbit.
Dengan kecanggihan teknologi ini maka ramailah terlihat wanita anggun dalam gambar, tidak perlu berpenat lelah merias wajah berjam-jam dihadapan cermin prosesnya sepantas kilat sudah jadi cantik Hahaha ๐ Aku sebenarnya bukanlah jenis yang suka bermekap tebal-tebal asalkan ada oklah.
Ini hanyalah sekadar untuk happy2 saja, bukannya bermaksud apa-apa hehe. Ramai yang sudah terjebak. Apa tidak yang berusia 100 tahun boleh di mudakan seperti berwajah 17 tahun. Hemm perasan cantik.
Thursday, 26 December 2019
DAMAI
Persekitaran indah, segar dan damai ๐ |
Gambar-gambar ini saya ambil dari IG rakan, saya terpana dengan suasananya. Moga pada masa akan datang berkesempatan sampai di tempat ini, Kg. AirCilember Bogor Indonesia. Saya sudah sampai ke daerah Bogor tapi tak tahu pula kewujudan kampung ini.
#Aku gerun hujan dan angin#
Wednesday, 25 December 2019
Happy Christmas
Sempena Cuti Christmas ini ramai warga yang mengambil kesempatan pergi melancong ditempat-tempat peranginan, Ziarah keluarga dan sebagainya.
Aku pula tidak kemana-mana hanya duduk Rumah melakukan kerja-kerja Rumah dan usai pohon-pohon bunga dihalaman. Cantas mana yang patut dicantas, kekal kan mana yang patut di kekalkan.
Saturday, 21 December 2019
SASTERAWAN NEGARA
Friday, 13 December 2019
POSITIF SELALU
Jika orang bertanya apa rahsia awet muda anda, jawabannya, kurangkan makan, happy selalu usah fikirkan sangat hal yang buruk-buruk dan bikin pusing kepala. |
Berfoto kenangan dijeti ketika ke Pulau Pangkor menghadiri acara puisi beberapa tahun yang lalu. Aku happy sangat-sangat pada waktu itu, yalah sebabnya bersama Penulis-penulis hebat, tapi terasa diriku kerdil sekali.
Tapi aku terus belajar menukang puisi entahlah ngam kah tidak ngam aku pun tak tahu. Kini aku dah mulai sebati pada rakan-rakan penulis. Dunia penulis berbeza dengan dunia politik yang telah aku ceburi sejak berpuluh tahun dahulu.
Tapi tidak mengapa semua ini membentuk aku jadi manusia yang lebih manusiawi.
Namun sejujurnya dunia politik dan jiwaku berpisah tiada, itu hak aku jangan ada yang menghalang, yang penting aku bahagia.
Wednesday, 11 December 2019
SEKUNTUM BUNGA TERATAI
Kegembiraan selalu ada bila aku sampai dihalaman ini, semua menggebukan hati aku berdiam seketika dari sekian keriuhan, seketika aku memejamkan mata menikmati satu keharmonian ahhh damai.. Aku menatap sekuntum bunga teratai tanpa jemu, menghampar sebuah ingatan, mengenangmu pada setiap waktu, engkau selalu ada dalam hatiku ,walau hujan membasah tak memadam bekas telapak kakimu, kuseru namamu dalam setiap doa, walau kau memilih menjadi ombak, sungai dan hujan memadam namaku, tetapi jika sesekali kau mengenang aku di sela-sela ombak, angin dan hujan tentu aku rasa lebih bahagia
Wahai Teratai ku ingat selalu, syurga di bawah telapak kaki IBU.
Saturday, 7 December 2019
Thursday, 5 December 2019
TAHNIAH PEREMPUAN TERBAIK BANGSA
Merasmikan majlis pendidikan kemahiran di Bangunan pusat Sumber Kg. Tudan Baru Keningau. Semua dalam gambar ini merupakan pelajar di bawah unit kemahiran. Aktiviti di unit kemahiran adalah seperti jahitan, masakan, gubahan dan dandanan.
Mereka yang mendapat cenderahati ini adalah yang terbaik dan lulus ujian dalam aktiviti masing-masing untuk tahun 2019. Tahniah buat semuanya.
Monday, 25 November 2019
MANISNYA KENANGAN
Friday, 22 November 2019
SEPOHON MAWAR
Thursday, 21 November 2019
MEREKA SUDAH CELIK HURUF
Saya jadi chancellor kali ini menyampaikan sijil kepada peserta dan merasmikan program.
Kg. Rompon Daerah Tambunan terletak nun jauh dilembah pedalaman 53km dari Bandar Keningau. Untuk tiba ke sini lebih kurang 50 minit, keadaan jalan bengkang bengkok dan sedikit curam melambatkan perjalanan. Pemanduan harus berhati-hati jika tidak akan menjunam kegaung.
Para peserta telah berjaya menamatkan seisi pembelajaran non formal dalam program pendidikan kemahiran litrasi fungsian selama tiga bulan dibawah agensi Kemas.
3M, membaca menulis dan mengira, dikalangan mereka sudah mahir dalam tiga perkara ini walau pun tempohnya agak singkat. sekurang-kurangnya mereka telah ada asas dan tidak terus buta huruf.
Kementerian KPLB dibawah kerajaan PH ini pernah berura- ura bercadang program ini di mansuhkan dengan alasan buta huruf sudah tiada pada zaman ini, namun agensi ini mohon agar ianya di teruskan kerana masih ramai dikalangan penduduk luar Bandar khususnya di sabah dan sarawak masih buta huruf setelah kajian dibuat. Justeru ianya masih relevan untuk di teruskan.

Sunday, 10 November 2019
PUNCAK BUKIT MATANOI HILL SUDAH KUTAWAN
di kaki bukit memulakan pendakian menuju ke puncak |
Saturday, 9 November 2019
JANGAN KAU KATA AKU KURUS
Friday, 8 November 2019
DIKAKI GUNUNG TERUS MADI
Sebahagian Kakitangan perhutanan yang bertanggungjawab menjaga di kawasan ini |
Pos istimewa di kaki Gunung Terus Madi |
bersama Tuan Zulkifli dan Jeo |
Anak tangga ini tempat memulakan pendakian ke puncak |
Kesempatan berfoto diberanda chalet |
En. Freed pemandu berpengalaman selama 20 tahun begitu tenang dalam pemanduannya |
Mereka sedang rancak berbincang hal penyelenggaraan kawasan tersebut |
En. Zulkifli pegawai perhutanan Daerah Keningau/Tambunan |
Deretan chalets yang terbiar selama dua tahun menunggu untuk diselenggarakan |
Aku ingin Melakar jejak keserata penjuru alam selagi kakiku mampu melangkah jauh, perjalanan ada kalanya menghiburkan rasa mendamaikan sukma.
Sementara kami menunggu ketibaan menteri KPLB Sabah yang di jangka tiba pada pukul 2 petang dalam majlis perasmian rumah penginapan yang terletak di skim mesej kaingaran Tambunan sempat menjelajah ke sekitar kawasan kaki gunung Terus madi.
Hari ini agak bertuah pegawai perhutanan sudi mempelawa saya turut serta meninjau kawasan sekitar kaki gunung. Dari Mesej ke chek point dalam 6km jaraknya, tidaklah jauh sangat.Tanpa dirancang jauh sekali memasang angan tiba-tiba dapat menjelajah ditempat sebegini yang memang sangat-sangat saya impikan, rezeki atas takdir Ilahi, bagaikan mimpi indah di malam hari.
Tanpa dirancang belum tentu berpeluang sampai ke tempat ini. Hanya mereka yang bersemangat tinggi mampu meredahnya. Harus kuat mental dan fizikal, keadaan jalan raya yang agak curam dan licin bisa mengecutkan perut, enjin kereta pacuan empat roda sudah agak lain kedengaran bunyinya, bau brek sudah terhidu seperti hangus terbakar saat menuruni bukit yang agak curam memanjang dan berliku buat saya gementar tangan berpaut ketat pada belakang kerusi hadapan.
Nasib baik pemandu yang membawa kami ke dasar hutan sudah berpengalaman selama 20 tahun sebagai pemandu jabatan Hutan bertauliah dan diyakini. Rasa lega mendengar penjelasan En. Jeo salah seorang kakitangan jabatan hutan yang turut serta meninjau kawasan. Dia meyakinkan bila melihat saya dalam keadaan cemas. Saya perhatikan mereka dalam keadaan tenang Saja.
Deretan anak tangga tempat saya merakam foto adalah laluan menuju ke puncak lebih kurang 5km jauhnya. Rasanya dekat tapi untuk sampai ke puncak banyak cabaran yang harus di lalui, kena bermalam sebelum memulakan pendakian pada keesokan paginya, begitulah penjelasan ringkas En. Zulkifley pegawai perhutanan. Semasa dalam kereta terlalu banyak sangat saya bertanya berkisar hal-hal dalam hutan dan pelancongan, banyaklah info yang saya dapat.
Namun buat masa ini pihak perhutanan Daerah Tambunan menutup laluan sementara untuk pelancong kerana tempat ini sedang dalam proses penyelengaraan seperti jalan raya dan podok-pondok penginapan (Chalets) yang telah terbiar begitu lama terdapat di kawasan ini. Proses baikpulih agak lambat kerana kekurangan peruntukan katanya.
Bagi mereka yang cintakan alam semuljadi kawasan sebegini adalah sangat sesuai untuk dikunjungi kawasan Hutan dara banyak tersimpan Khazana Alam pelbagai spesis Flora Dan fauna yang dilindungi. Udara segar bersih begitu nyaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)