Friday, 8 November 2019

DIKAKI GUNUNG TERUS MADI

Sebahagian Kakitangan perhutanan yang bertanggungjawab menjaga di kawasan ini
Pos istimewa di kaki Gunung Terus Madi 
bersama Tuan Zulkifli dan Jeo

Anak tangga ini tempat memulakan pendakian ke puncak


Kesempatan berfoto diberanda chalet

En. Freed pemandu berpengalaman selama 20 tahun begitu tenang dalam pemanduannya

Mereka sedang rancak berbincang hal penyelenggaraan kawasan tersebut

En. Zulkifli pegawai perhutanan Daerah Keningau/Tambunan 

Deretan chalets yang terbiar selama dua tahun menunggu untuk diselenggarakan

Aku ingin Melakar jejak keserata penjuru alam selagi kakiku mampu melangkah jauh, perjalanan ada kalanya menghiburkan rasa mendamaikan sukma.

Sementara kami menunggu ketibaan menteri KPLB Sabah yang di jangka tiba pada pukul 2 petang dalam majlis perasmian rumah penginapan yang terletak di skim mesej kaingaran Tambunan sempat menjelajah ke sekitar kawasan kaki gunung Terus madi.

Hari ini agak bertuah pegawai perhutanan sudi mempelawa saya turut serta meninjau kawasan sekitar kaki gunung. Dari Mesej ke chek point dalam 6km jaraknya, tidaklah jauh sangat.Tanpa dirancang jauh sekali memasang angan tiba-tiba dapat menjelajah ditempat sebegini yang memang sangat-sangat saya impikan, rezeki atas takdir Ilahi, bagaikan mimpi indah di malam hari.

Tanpa dirancang belum tentu berpeluang sampai ke tempat ini. Hanya mereka yang bersemangat tinggi mampu meredahnya. Harus kuat mental dan fizikal, keadaan jalan raya yang agak curam dan licin bisa mengecutkan perut, enjin kereta pacuan empat roda sudah agak lain kedengaran bunyinya, bau brek sudah terhidu seperti hangus terbakar saat menuruni bukit yang agak curam memanjang dan berliku buat saya gementar tangan berpaut ketat pada belakang kerusi hadapan.

Nasib baik pemandu yang membawa kami ke dasar hutan sudah berpengalaman selama 20 tahun sebagai pemandu jabatan Hutan bertauliah dan diyakini. Rasa lega mendengar penjelasan En. Jeo salah seorang kakitangan jabatan hutan yang turut serta meninjau kawasan. Dia meyakinkan bila melihat saya dalam keadaan cemas. Saya perhatikan mereka dalam keadaan tenang Saja.

Deretan anak tangga tempat saya merakam foto adalah laluan menuju ke puncak  lebih kurang 5km jauhnya. Rasanya dekat tapi untuk sampai ke puncak banyak cabaran yang harus di lalui, kena bermalam sebelum memulakan pendakian pada keesokan paginya, begitulah penjelasan ringkas En. Zulkifley pegawai perhutanan. Semasa dalam kereta terlalu banyak sangat saya bertanya berkisar hal-hal dalam hutan dan pelancongan, banyaklah info yang saya dapat.

Namun buat masa ini pihak perhutanan Daerah Tambunan menutup laluan sementara untuk pelancong kerana tempat ini sedang dalam proses penyelengaraan seperti jalan raya dan podok-pondok penginapan (Chalets) yang telah terbiar begitu lama terdapat di kawasan ini. Proses baikpulih agak lambat kerana kekurangan peruntukan katanya.

Bagi mereka yang cintakan alam semuljadi kawasan sebegini adalah sangat sesuai untuk dikunjungi kawasan Hutan dara banyak tersimpan Khazana Alam pelbagai spesis Flora Dan fauna yang dilindungi. Udara segar bersih begitu nyaman.


No comments:

Post a Comment