Monday, 25 November 2019

MANISNYA KENANGAN


SEPERTI SERPIHAN OMBAK
YANG MENGADU KE PASIR PANTAI
BARU KINI KUAKRABI RASA
MANISNYA KENANGAN
YANG PERNAH MELUKAKAN


Friday, 22 November 2019

SEPOHON MAWAR


Tangan lembut ini
yang menanam benihnya
membaja dan menjaganya
sehingga kembangnya
sebegini cantik
ditanah subur
tidak terpetik oleh sepasang tangan
biarlah kembangnya
Dimiliki oleh sebatang pohon
Serimbun daun
dan segembur tanah
tempat ia mula tumbuh mengakar 


Thursday, 21 November 2019

MEREKA SUDAH CELIK HURUF

Saya jadi chancellor kali ini menyampaikan sijil kepada peserta dan merasmikan program.



Kg. Rompon Daerah Tambunan terletak nun jauh dilembah pedalaman 53km dari Bandar Keningau. Untuk tiba ke sini lebih kurang 50 minit, keadaan jalan bengkang bengkok dan sedikit curam melambatkan perjalanan. Pemanduan harus berhati-hati jika tidak akan menjunam kegaung.

Para peserta telah berjaya menamatkan seisi pembelajaran non formal dalam program pendidikan kemahiran litrasi fungsian selama tiga bulan dibawah agensi Kemas.

3M, membaca  menulis dan mengira, dikalangan mereka sudah mahir dalam tiga perkara ini walau pun tempohnya agak singkat. sekurang-kurangnya mereka telah ada asas dan tidak terus buta huruf.

Kementerian KPLB dibawah kerajaan PH ini pernah berura- ura bercadang program ini di mansuhkan dengan alasan buta huruf sudah tiada pada zaman ini, namun agensi ini mohon agar ianya di teruskan kerana masih ramai dikalangan penduduk luar Bandar khususnya di sabah dan sarawak masih buta huruf setelah kajian dibuat. Justeru ianya masih relevan untuk di teruskan.

Sunday, 10 November 2019

PUNCAK BUKIT MATANOI HILL SUDAH KUTAWAN

di kaki bukit memulakan pendakian menuju ke puncak 






Puteriku yang manja
Jika ada yang bertanya apa seronoknya mendaki bukit atau gunung?
Selain melelahkan terpaksa pula berjalan jauh semata-mata menaiki puncak yang tidak pernah menjanjikan apa-apa. Namun bagi mereka yang sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini, mendaki bukit dan gunung sememangnya mempunyai seni yang tersendiri. 
Hanya mereka yang lebih tahu  nikmat di sebalik semua jerih payah itu.

Saturday, 9 November 2019

JANGAN KAU KATA AKU KURUS

Dalam Majlis Penyampaian Sijil Tabika Kemas tahun 2018, ini YB baru, cool saja, banyak bersabar bila bergelar Yang Berhormat, bersabar bila dikecam begitulah bila bergelar pemimpin. Ada-ada saja rakyat tidak puas hati. 

Friday, 8 November 2019

DIKAKI GUNUNG TERUS MADI

Sebahagian Kakitangan perhutanan yang bertanggungjawab menjaga di kawasan ini
Pos istimewa di kaki Gunung Terus Madi 
bersama Tuan Zulkifli dan Jeo

Anak tangga ini tempat memulakan pendakian ke puncak


Kesempatan berfoto diberanda chalet

En. Freed pemandu berpengalaman selama 20 tahun begitu tenang dalam pemanduannya

Mereka sedang rancak berbincang hal penyelenggaraan kawasan tersebut

En. Zulkifli pegawai perhutanan Daerah Keningau/Tambunan 

Deretan chalets yang terbiar selama dua tahun menunggu untuk diselenggarakan

Aku ingin Melakar jejak keserata penjuru alam selagi kakiku mampu melangkah jauh, perjalanan ada kalanya menghiburkan rasa mendamaikan sukma.

Sementara kami menunggu ketibaan menteri KPLB Sabah yang di jangka tiba pada pukul 2 petang dalam majlis perasmian rumah penginapan yang terletak di skim mesej kaingaran Tambunan sempat menjelajah ke sekitar kawasan kaki gunung Terus madi.

Hari ini agak bertuah pegawai perhutanan sudi mempelawa saya turut serta meninjau kawasan sekitar kaki gunung. Dari Mesej ke chek point dalam 6km jaraknya, tidaklah jauh sangat.Tanpa dirancang jauh sekali memasang angan tiba-tiba dapat menjelajah ditempat sebegini yang memang sangat-sangat saya impikan, rezeki atas takdir Ilahi, bagaikan mimpi indah di malam hari.

Tanpa dirancang belum tentu berpeluang sampai ke tempat ini. Hanya mereka yang bersemangat tinggi mampu meredahnya. Harus kuat mental dan fizikal, keadaan jalan raya yang agak curam dan licin bisa mengecutkan perut, enjin kereta pacuan empat roda sudah agak lain kedengaran bunyinya, bau brek sudah terhidu seperti hangus terbakar saat menuruni bukit yang agak curam memanjang dan berliku buat saya gementar tangan berpaut ketat pada belakang kerusi hadapan.

Nasib baik pemandu yang membawa kami ke dasar hutan sudah berpengalaman selama 20 tahun sebagai pemandu jabatan Hutan bertauliah dan diyakini. Rasa lega mendengar penjelasan En. Jeo salah seorang kakitangan jabatan hutan yang turut serta meninjau kawasan. Dia meyakinkan bila melihat saya dalam keadaan cemas. Saya perhatikan mereka dalam keadaan tenang Saja.

Deretan anak tangga tempat saya merakam foto adalah laluan menuju ke puncak  lebih kurang 5km jauhnya. Rasanya dekat tapi untuk sampai ke puncak banyak cabaran yang harus di lalui, kena bermalam sebelum memulakan pendakian pada keesokan paginya, begitulah penjelasan ringkas En. Zulkifley pegawai perhutanan. Semasa dalam kereta terlalu banyak sangat saya bertanya berkisar hal-hal dalam hutan dan pelancongan, banyaklah info yang saya dapat.

Namun buat masa ini pihak perhutanan Daerah Tambunan menutup laluan sementara untuk pelancong kerana tempat ini sedang dalam proses penyelengaraan seperti jalan raya dan podok-pondok penginapan (Chalets) yang telah terbiar begitu lama terdapat di kawasan ini. Proses baikpulih agak lambat kerana kekurangan peruntukan katanya.

Bagi mereka yang cintakan alam semuljadi kawasan sebegini adalah sangat sesuai untuk dikunjungi kawasan Hutan dara banyak tersimpan Khazana Alam pelbagai spesis Flora Dan fauna yang dilindungi. Udara segar bersih begitu nyaman.