Monday, 30 March 2020

WAHAI BANGSAKU MARI BACA WASIAT INI

Wasiat Buat Bangsaku Melayu!!!
Oleh: YBhg Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten

Masa aku kanak2 dulu aku telah menyaksikan bangsa China yang datang ke Tanah Melayu ini adalah terdiri dari apek2 Tongsan yang berpakaian seluar ‘katok’. Masih terbayang keadaan seluar mereka yang panjangnya hanya sekerat pada kadar dibawah sedikit dari lutut. Mereka seharian berbaju kain kasar yang berbutang lima sambil menghisap candu dengan menggunakan paip buluh. 

Mereka tidur bergelempangan, bermalas-malasan dek ketagih candu. Untuk tidur, cukup dengan berbantalkan kayu dan berselimut pendek berwarna merah. Itulah yang aku ingat. 

Kerja mereka di bandar-bandar pada ketika itu adalah sebagai penarik "langcha". Bukan beca roda tiga tetapi beroda dua yang merekalah penariknya. Itulah pengangkutan ’teksi’ di bandar-bandar ketika itu. 

Selain itu orang-orang Cina ini juga bekerja sebagai tukang kandar tong najis dari jamban-jamban (tandas) jenis angkut. Hiii! Najisnya yang penuh di dalam tong itulah yang mereka pikul untuk dikumpul dan dibuang di tempat pembuangan. Busuk? Tak usah ceritalah. Sekarang tugas itu diambil alih oleh Indah Water!!

Mereka juga jadi kuli-kuli dan pekerja lombong bijih timah milik orang puteh. Tinggal di berek-berek dan rumah papan ala setinggan – bersesak dan tanpa kemudahan asas. 

Dikampung-kampung pula mereka menumpang tanah orang Melayu yang terbiar bersemak-samun,. Mereka duduk percuma sambil menyangkul dan bertanam sayur. Hasil tanaman mereka, meraka kandar (pikul) - bawa berjaja keliling kampung dan ke pekan-pekan. 

Mereka bertungkus lumus mencari sesuap nasi untuk makan minum – mengalas perut mereka sekeluarga. Mereka terpaksa pandai berjimat cermat. Rezeki yang di dapat tidak dibelanjakan semua. Mereka datang sebatang kara. Tiada saudara mara yang boleh menolong ketika sesak dan sulit. 

Orang Melayu hidup manja di kelilingi keluarga dan saudara mara. Ketika susah, ada tempat untuk meminta pertolongan. Paling mudah mereka akan pandai berhutang hingga dikatakan hutang keliling pinggang. itulah salah satu kepakaran bangsaku. Sebab itu orang melayu jarang beringat dan berjimat. Lebih banyak boros dan berpesta kenduri kendara. Sanggup berhutang asal status terjaga atau dapat elak dari diumpat kata nesta jiran tetangga. 

Orang Melayu yang belajar diasuh pula dengan pemikiran makan gaji. Kalau makan gaji, walaupun gajinya kecil dan 'ciput', itu sudah jadi kebanggaan sekampung dan dibualkan dengan penuh rasa puas tercapai hajat yang sangat hebat. 

Orang Cina dalam susah dan derita air mata, mengharung hidup dengan mata menjeling peluang. Apa saja yang terleka dek orang Melayu, mereka berlumba-lumba menyambarnya. 

Tidak perlu sakit hati dengan mereka. Itulah lumrah kehidupan. Yang pemalas dan manja akan tertinggal jauh di belakang. Yang rajin berusaha dan gigih mencari peluang baru akan berpindah menapak setakah demi setakah. 

Orang Melayu kekal semakin jauh di himpit kesusahan. Orang Cina akhirnya muncul menjadi bangsa yang berada di atas, dalam kitaran ekonomi. Orang Melayu tercungap-cungap kelemasan. Aku tak tahu bilakah watak bangsa Melayu ini boleh diubah menjadi bangsa yang rajin, bangsa yang bersungguh-sungguh dan sanggup bangkit membela masa depan mereka sendiri.

Kalau dulu, orang-orang Cina datang sehelai sepinggang, hari ini ramai orang Melayu yang papa kedana dan merempat di tanah air sendiri. Bangsa yang tidak leka akan lebih peka dan berjaya. Orang-orang Cina sedang melakar sejarah mereka yang hebat di bumi tanah tumpah datuk nenek kita. 

Hari ini anak cucu mereka sudah jadi taukeh-taukeh besar membangun perniagaan di bandar-bandar yang mereka ciptakan. Tanah orang Melayu mereka beli dengan harga yang murah dan dibangunkan hartanah yang ratusan kali ganda nilai harganya!! Mereka kuasai ekonomi dalam negara ini dan orang Melayu menjadi kuli malah ada yang jadi ‘hamba pecacai’ mereka. 

Jangan sakit hati dengan mereka. Negara kita berlaku adil dengan semua bangsa yang ada. Kaum yang cerdik dan pintar akan berjaya berada di persada indah. Kaum yang lemah, penakut, berjiwa kecil, bersikap negatif akan terus hanyut di telan banjir bah arus dunia tanpa sempadan. 

Tidaklah salah jika kaum Cina merancang merebut kuasa politik yang selama ini didominasi oleh orang Melayu. Dengan wang yang ada, ramai orang Melayu yang mudah rosak dengan ganjaran wang di depan mata. Orang Melayu yang lemah dalam semua sudut ini mudah untuk menjual apa saja demi untuk makan minum sehari dua. Orang Melayu lebih serius memikirkan hal makan minum dalam jangka waktu hanya sehari dua. Bangsa lain merancang mengukuhkan pegangan dalam pelbagai sektor kehidupan. 

Inilah yang sedang berlaku di dalam negara kita. Puncanya pada orang Melayu sendiri. Kesian pada anak cucu kita yang kemungkinan akan jadi penumpang dalam negara bertuah ini seperti apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu di Singapura. Malah agama mereka pun turut semakin hilang. 

Orang Melayu mudah dirosakkan dengan hiburan, keseronokan mungkar dan maksiat. Kini, sudah ada sejumlah sejuta orang anak-anak muda Melayu yang kebanyakannnya berusia seawal belasan tahun sudah menjadi penagih dadah. Taukeh dadah yang kaya raya tentulah bukan orang Melayu. Yang menjadi pengedar dan yang ditangkap untuk dihukum di tali gantung pun adalah anak-anak Melayu. 

Adakah kehinaan bangsa ini, sudah sampai kemuncaknya? Terlalu ramai anak-anak melayu penagih dadah yang sedang menjadi bangkai bernyawa. Jika tidak berbuat sesuatu, mereka akan mati beragan dan bayangkan api neraka yang sedang mengaum hendak meratah tubuh badan mereka.

Percayalah wahai bangsaku, kekuatan tunggal kita bukan semangat kebangsaan lagi tetapi kekuatan iman dan taqwa. Dengan iman dan taqwa sahajalah orang Melayu akan kembali sayangkan negara tercinta ini. Dengan keyakinan terhadap kasih sayang dan rahmat Allah, orang Melayu boleh bangkit membaiki diri, keluarga dan masyarakat mereka. 

Orang Melayu yang dipimpin hati jiwanya dengan rasa takut Allah rindu Nabi saw tak akan sanggup jual syurga dan bidadarinya dengan keseronokan dunia yang mungkar dan maksiat. Mereka tak akan sanggup berzina, mengandung luar nikah dan membuang anak di merata tong sampah. 

Mereka akan kembali menjadi bangsa yang mulia, berharga, bernilai dan dihormati kawan dan lawan. Taqwalah sahaja cara bagaimana hati mereka perlu dididik. Dengan kekuatan taqwa,  Allah yang Maha Gagah Perkasa akan menjadi pembela kepada bangsa Melayu.

Insaflah wahai bangsaku!!! Cari lah ilmu agama sebagai asas kepada iman dan taqwa. Dapatkanlah bimbingan orang-orang soleh dan insan-insan bertaqwa yang masih ada. Laksanakanlah suruhan Allah dan jauhilah laranganNya. Hayatilah sembahyang yang menjadi anak kunci kepada mendapatkan taqwa. Laksanakanlah solat dengan bersungguh-sungguh tepat pada waktunya. Peliharalah mata, telinga, lidah, kaki-tangan, perut dan kemaluan dari menyentuh dosa. Jauhilah akhlak keji dan amalkanlah akhlak mulia. 

Bermodalkan iman dan taqwa bangsa Melayu akan jadi satu bangsa yang kuat dan mulia. Bangsa yang berani, berwibawa, rajin, berkasih-sayang dan berpadu. Inilah bangsa yang akan digeruni oleh musuh. Dan Allah janjikan syurga di akhirat. Lihatlah sejarah, bagai mana umat Islam dulu telah pernah menguasai tiga suku dunia selama tujuh ratus tahun dengan bermodalkan kekuatan iman dan taqwa. Inilah jalan-jalan kemenangan dan kejayaan yang Allah janjikan. Tidak ada jalan lain selain ini. 

Ya Allah! limpahkanlah kepada bangsaku Melayu akan rahmat, hidayah dan taufiqMu. Amiin ya Allah!

SEBARKAN MESEJ INI UNTUK KESEDARAN ANAK ANAK BANGSA AGAR TIDAK TERUS LALAI DAN LALI

Sunday, 29 March 2020

KICAP CAP AYAM MENGGAMIT KENANGAN

Setiap kehidupan tidak selalu indah, banyak peristiwa yang kita layari suka dan duka, Manusia tidak terlepas dari pelbagai persoalan hidup, rintangan, pengalaman, Kenangan dan segala hal yang terjadi ini, mampu menjadi guru yang amat berharga, pengalaman akan menjadi pedoman buat semua orang dan diri sendiri, Ya begitulah.

Hari ini telah kesepuluh hari stay at home aktiviti banyak tertumpuh didalam rumah, selainnya diluar rumah usai bunga dan membersih daun-daun kering dihalaman rumah. Bila rasa letih berehat sebentar dan sambung lagi jika perlu, tidur bila rasa mengantuk hihi.

Hari ini aku masak sayur kobis bercampur cendewan, daging ayam di potong halus aku bubuh sedikit kicap untuk menambahkan perisanya. Melihat kicap ini buat aku terkenang satu peristiwa di zaman sekolah rendah. Kadang makan nasi berlaukkan KICAP itulah santapanku dan abang zahrin sebelum kami melangkah ke sekolah pada seisi petang.

Makan begitu lebih mudah asalkan perut diisi, memadai asalkan tidak berlapar, kami pula bukanlah jenis anak yang terlalu memilih, santap saja mana yang ada bukan menjadi satu masalah, kami dah biasa berdikari sendiri atas didikan orang tua membesar tanpa dimanja dengan kesenangan, kehidupan pun serba kekurangan. Ibu pula tidak sempat menyediakan makanan kerana sibuk dikebun getah.

Suatu hari seperti selalu, aku ke dapur ingin mengisi perut sebelum melangkah ke sekolah. Setelah menyendok nasi ke dalam pinggan aku mengambil botol KICAP yang terletak diatas meja, aku bubuh KICAP diatas nasi, rasa terkejut melihat serbuk hitam bertaburan diatas nasi, aku menghidunya bau kopi, dalam hati, kenapa agaknya KICAP ini berbau kopi. Aku merenung nasiku yang sudah berhias dengan serbuk hitam. Hendak dimakan atau tidak.

Tiba-tiba aku terdengar satu suara ketawa tertahan-tahan, aku mencari dari mana datangnya suara itu, dibalik timbunan guni padi di satu sudut ruang dapur aku melihat satu sosok tubuh sedang bersembunyi abangku zahrin. Dia perlahan-lahan keluar diiringi dengan derai tawanya memperli aku. Aku bertanya siapa yang masukkan serbuk kopi dalam botol KICAP, dia mengaku dengan jujur, dia yang lakukan.

Betapa geramnya aku dengan pantas tangan ku mencapai botol KICAP itu dan menghuban kearahnya, sepantas kilat dia berlari. Mujur tak mengena, jika kena agaknya benjol kepala. Itulah antara secebis Kenangan bersama abangku zahrin yang tak pernah pudar dalam ingatan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. πŸ“  ketika kami masih kecil, aku Selalu menjadi mangsa buli, suka sangat dia mengusik aku, ada-ada saja hal yang dia buat bikin aku panas gila.

Apa pun semuanya kini tinggal kenang-kenangan, kami pun sudah dewasa dan Masing-masing sudah berkeluarga. Kami tinggal berjiran, bila dia susah aku tolong dan tak pernah aku berkira. Aku rasa bahagia membantu saudaraku selagi aku mampu.





Saturday, 28 March 2020

SEMALAM AKU BERMIMPI

Aku bermimpi mendaki dua bukit. Pertama aku mendaki bukit yang paling tinggi dan curam, selepas aku meneruni bukit yang tinggi itu, aku mendaki lagi bukit yang kedua, tetapi bukit kedua itu terlalu banyak halangan, aku berpatah balik dan mencari laluan lain namun masih ada halangan..halangannya pelbagai antaranya ada sekolompok manusia Cuba mencederakan aku, berlaku ribut taufan, hujan dan angin, aku masuk satu gua batu berpintu tiga dikeliling curam. Aku bertemu seorang perempuan dia menyuruh aku menukar baju, ehh Entah apa maknanya mimpi ituπŸ˜”

Friday, 27 March 2020

DUHAI HATI SABARLAH SEHINGGA KIAMAT

Selamatkan hati dari segala ancaman yang nyata atau yang terselindung. Duhai hati tabah selalu diposisi.

Thursday, 26 March 2020

TUHAN MENGAJARKAN MELALUI CORONA ♎♏♐♑

TUHAN MENGAJARKAN MELALUI CORONA
Karya : KH Mustofa Bisri

Vatikan sepi
Yerusalem sunyi
Tembok Ratapan dipagari
Paskah tak pasti
Ka'bah ditutup
Shalat Jumat dirumahkan
Umroh batal
Shalat Tarawih Ramadhan mungkin juga bakal sepi.

Corona datang ...
Seolah-olah membawa pesan bahwa ritual itu rapuh!
Bahwa "hura-hura" atas nama Tuhan itu semu
Bahwa simbol dan upacara itu banyak yang hanya menjadi topeng dan komoditi dagangan saja.

Ketika Corona datang,
Engkau dipaksa mencari Tuhan
Bukan di Basilika Santo Petrus
Bukan di Ka'bah.
Bukan di dalam gereja.
Bukan di masjid
Bukan di mimbar khotbah
Bukan di majels taklim
Bukan dalam misa Minggu
Bukan dalam sholat Jumat.

Melainkan,
Pada kesendirianmu
Pada mulutmu yang terkunci.
Pada hakikat yang senyap
Pada keheningan yang bermakna.

Corona mengajarimu,
Tuhan itu bukan (melulu) pada keramaian
Tuhan itu bukan (melulu) pada ritual
Tuhan itu ada pada jalan keputus-asaanmu dengan dunia yang berpenyakit.

Corona memurnikan agama
Bahwa tak ada yang boleh tersisa.
Kecuali Tuhan itu sendiri!
Tidak ada lagi indoktrinasi yang menjajah nalar.
Tidak ada lagi sorak sorai memperdagangkan nama Tuhan.

Datangi, temui dan kenali DIA di dalam relung jiwa dan hati nuranimu sendiri.
Temukan Dia di saat yang teduh dimana engkau hanya sendiri bersamaNya.

Sesungguhnya Kerajaan Tuhan ada dalam dirimu.
Qalbun mukmin baitullah.
Hati orang yang beriman adalah rumah Tuhan.

Biarlah hanya Tuhan yang ada.
Biarlah hanya nuranimu yang bicara.
Biarlah para pedagang, makelar, politikus dan para penjual agama disadarkan oleh Tuhan melalui kejadian ini.
Semoga kita bisa belajar dan mengambil hikmah dari kejadian ini.

____
Surabaya. 22 Maret 2020 ikhtiar dan bermunajat            ♎♏♐♑

Tuesday, 24 March 2020

KUCING INI PUN TERUS MEMBIAK






Kucing-kucing ini terus membiak daripada seekor kini jumlahnya telah bertambah ketujuh ekor. Tiga ekor lagi bakal melahirkan aduii lah. Membendungnya bagaimana... 

Monday, 23 March 2020

CERITA RAKYAT MALAYSIA


Terima kasih pada Kenangan masih hangat dalam ingatan. Tidak ada gading yang tidak retak. Setiap hubungan tiada kesempurnaan, masalah, perbezaan pendapat, rasa bosan selalu mengintai. Namun kasih sayang, pengertian dan lagi-lagi komunikasi mampu merendam segalanya. 

DALAM ANTALOGI PUISI BUNGA-BUNGA PULAU JAUH




Saturday, 21 March 2020

RINDU BERTAMU DILAMAN KOTA


17hb mac KLIA2 


Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik saja.  

Sesekali bertamu di laman kota ini melepaskan rindu untuk anak-anak tercinta. Namun waktu begitu terbatas untuk berlama-lama disini, meski hati ingin selalu bersama, apakan daya, kehidupan ini menuntut banyak kometman demi kelangsungan satu kehidupan. Aku terpaksa balik kedesa melaksanakan tanggungjawab yang lain pula. Sudah suratan perjalanan hidup ini begini. Hanya doa tak putus kutitipkan sentiasa, untuk anak-anak tercinta yang telah menjadi sebahagian penghuni kota penuh pacaroba dilindungi TUHAN pengasih penyayang. Waktu akan selalu ada dilain kesempatan dengan izinnya, mari kita Saling mendoa.
Walau jauh dimata tapi dihati dekat selalu. Sayang umi dari jauh di bawah bayu. Amin


Thursday, 19 March 2020

AKU KAKI BUNGA

Tunggu...

SubhanAllah engkau maha kaya ucapan syukur tak terhingga tarikh ticket yang kupilih 17hb itu sangat tepat waktu untuk kembali. Siapa terduga tarikh 18hb itu seluruh rakyat Malaysia diarah berkurung dalam rumah angkara wabak yang kian menular. Ini sudah menjadi sejarah dalam negara buat pertama kalinya.

Nasib baik arahan stay at home diumumkan selepas aku balik dari Kuala Lumpur, jika tidak rusuh hati menanggung derita terpaksa kena stay at Kuala Lumpur selama 14 hari. Mana mungkin aku bisa tinggal di kota metropolitan dalam tempoh  sebegitu lama mujurlah.

Tentunya bukan saja aku yang menanggung derita tapi ada jiwa-jiwa yang lebih merasai deritanya sungguh.

Jika orang lain meratap dengan kematian kucing kesayangan, aku pula meratap bila melihat bunga-bunga ku layu dan mati tak tersiram, tak terjaga sedih tau. 😭😭😭😭.. Hemm. Kematian manusia lain lah.. Huhuhu.

Bukan mudah nak menjaga bunga-bunga ini, menjaganya seperti juga menjaga seorang bayi. Jika sekadar menanam dan di biarkan begitu saja baik lupakan. Untuk kita melihat keberhasilan yang memuaskan harus ada pengorbanan berpanas, berhujan, berembun segalanya sanggup diredah πŸ˜…πŸ˜….

Tengok ni bila aku ada, sihat walafiat dan segar bugar bunga-bunga ini. Bertepatanlah jika aku kata aku kaki bunga. 😍 Orang tua-tua kata tanaman yang menjadi menandakan tangan si penanam itu sejuk, entah benarkah atau sekadar itu hanya satu dorongan ..














#Aku penghuni rumah tak berlorong#
Bunga-bunga mekar dihalaman rumahku
Keindahanmu menawarkan sejuta asa


STAY AT HOME (RUMAHKU SYURGAKU)

Laluan menuju ke kebun Rusa
masih dalam proses penyelangaraan 

Sebahagian pasu-pasu masih berselerak
Ada 14 hari arahan agar tinggal dirumah dan jangan ke mana-mana terutama di tempat-tempat awam yang sesak dengan manusianya untuk mengelakkan dari dijangkiti virus COVID - 19  Namun ramai juga yang merungut dan berkeliaran dengan pelbagai alasan tak sayang nyawa Agaknya.

Bagi aku paling happy, bukan happy kerana tidak bertugas, tetapi happy kerana dapat menumpuhkan sepenuh perhatian kepada apa lagi kalau bukan bunga-bungaku, bunga jiwaku,, ruang yang paling mahal ini akan digunakan sebaik mungkin InsyahAllah.  ini dia syurga jiwa,














Aku kaki bunga 

Wednesday, 18 March 2020

Eee RISAULAH

Tadi baru dapat WhatsApp dari seorang hamba Allah dalam flight semalam ada seorang budak sabah, pelajar dari Johor didapati positif COVID 19 sekarang sedang dicari oleh KKM masyahAllah moga tiada apa yang berlaku.


Ini penerbangan semalam dari KL ke Kota kinabalu , sesak flight

Friday, 13 March 2020

COVID 19

Di lapangan Terbang KKIA aku ke Kuala Lumpur atas beberapa perkara penting yang ingin ku selesai kan dan selainnya urusan buku. Yang penting itu tak perlu ku hebahkan, BIARLAH rahsia😊.

Aku perhatikan keadaan di KKIA biasa-biasa saja, cuma kali ini ramai individu memakai mask tidak seperti sebelum ini. Ini mungkin disebabkan perkabaran terkini virus COVID 19 ini semakin mengganas dah beberapa individual di sabah sudah terkena jangkitan.

Aku sebenarnya dalam diam tetaplah risau dengan perkara ini. Malas pula pakai mask, tawakal saja dan tenang berdoa dalam hati.

Apa yang harus di lakukan, ambil perhatian tentang langkah-langkah penjagaan mengelak jangkitan virus ini. jangan di pandang remeh nanti silap haribulan petaka yang tiba, ini motivasi untuk diri sendiri.

Aku sudah berada dalam perut pesawat. Semoga Allah swt sentiasa melindungi setiap langkah ini.

Sepanjang waktuku di Kuala Lumpur, semua manusianya berurusan seperti biasa, tidak kelihatan ribut atau panik, hanya biasa-biasa saja termasuk juga aku relex dan santai, yelah mau buat macamanakan, tapi tetaplah berhati-hati.