Thursday, 19 March 2020

AKU KAKI BUNGA

Tunggu...

SubhanAllah engkau maha kaya ucapan syukur tak terhingga tarikh ticket yang kupilih 17hb itu sangat tepat waktu untuk kembali. Siapa terduga tarikh 18hb itu seluruh rakyat Malaysia diarah berkurung dalam rumah angkara wabak yang kian menular. Ini sudah menjadi sejarah dalam negara buat pertama kalinya.

Nasib baik arahan stay at home diumumkan selepas aku balik dari Kuala Lumpur, jika tidak rusuh hati menanggung derita terpaksa kena stay at Kuala Lumpur selama 14 hari. Mana mungkin aku bisa tinggal di kota metropolitan dalam tempoh  sebegitu lama mujurlah.

Tentunya bukan saja aku yang menanggung derita tapi ada jiwa-jiwa yang lebih merasai deritanya sungguh.

Jika orang lain meratap dengan kematian kucing kesayangan, aku pula meratap bila melihat bunga-bunga ku layu dan mati tak tersiram, tak terjaga sedih tau. 😭😭😭😭.. Hemm. Kematian manusia lain lah.. Huhuhu.

Bukan mudah nak menjaga bunga-bunga ini, menjaganya seperti juga menjaga seorang bayi. Jika sekadar menanam dan di biarkan begitu saja baik lupakan. Untuk kita melihat keberhasilan yang memuaskan harus ada pengorbanan berpanas, berhujan, berembun segalanya sanggup diredah 😅😅.

Tengok ni bila aku ada, sihat walafiat dan segar bugar bunga-bunga ini. Bertepatanlah jika aku kata aku kaki bunga. 😍 Orang tua-tua kata tanaman yang menjadi menandakan tangan si penanam itu sejuk, entah benarkah atau sekadar itu hanya satu dorongan ..














#Aku penghuni rumah tak berlorong#
Bunga-bunga mekar dihalaman rumahku
Keindahanmu menawarkan sejuta asa


No comments:

Post a Comment