Friday, 19 March 2021

SUDUT MERAWAT EMOSI 😊

Andai esok aku tidak lagi melihat suria tersenyum menyambut pagi, andai esok aku tidak lagi melihat langit kelam di sinari sang rangbulan, tiada lagi duka ini hilang bersamaku. 
Disini aku merawat duka, duka tak berair mata, tanpa air mata siapa percaya aku sedang berduka, terluka yang amat tak terungkap pada kata-kata, sakit tak terperi, seperti saat aku menumpahkan darah membanjiri bumi, betarung nyawa antara hidup dan mati. .😭😭. Ya TUHAN luka dan kepedihan ini akan ku bawa hingga ke akhirat. 


Andai masa lalu itu datang kembali, 
andai aku tahu cerita masa depan, 
lebih indah tiada yang menyakiti, melarakan jiwa, dunia ini banyak duri, duri yang selalu menikam jantungku hingga hampir tak berdaya tapi tak rebah, aku harus kuat, sekuat saat menyambut mu muncul ke dunia, tak terhitung urat terputus.. Ada keajaiban yang menyokong.. Ahh peduli apa, bagimu tak pernah wujud.. 
TUHAN itu tidak tidur malam dan siang, meluah segala kesakitan yang membeku. Aku tidak lagi mencari mu layang-layang, menanti kepulanganmu, TUHAN lebih tahu mengurusmu. 

#LAYANG-LAYANG TERBANGLAH DIMANA PUN KAU MAHU# Suatu saat  nanti moga kau juga akan merasai sebagaimana yang kau lakukan.  Mungkin bukan pada waktu ini, tapi pada waktu mendatang perjalanan ini masih panjang. Kita di temukan didunia ini kerana takdir dan aku harus menerima hakikat bahawa dalam hidup ini tiada yang kekal abadi selamanya. 

No comments:

Post a Comment