Thursday, 29 July 2021

TAKDIR BERTEMU DIA

Selesai urusan di pejabat petang tadi saya bergegas ke sebuah bank mengeluarkan sedikit wang untuk pembelian keperluan dapur. Seperti biasa ikut barisan, tiba giliran saya di mesin ATM, selesai pengeluaran wang saya ingin beredar tiba-tiba seorang tua bertongkat meluruh ke arah saya minta tolong keluarkan wangnya kerana dia tak tahu menggunakan mesin tersebut. Di belakang saya seorang perempuan menawar diri ingin membantu, namun pakcik ni menolak dia minta tolong pada saya, kebetulan saya masih berada disisi mesin tersebut saya kata ok, dia terus menghulurkan kad atmnya, saya minta no password dan jumlah wang yang ingin di keluarkan, saya menekan jumlah tersebut, terpapar di screen jumlah baki hanya RM 5.00. Saya ulang sekali lagi check, masih jumlah yang sama. 
Saya kata pada pakcik tu hanya itu saja yang ada. Hampir tak kedengaran suaranya bercakap, orang cakap bantuan itu sudah masuk katanya. h

Kemudian dia mengambil lagi satu kad dan minta saya chek. Saya minta passwordnya, saya terus check baki, aduhai kad kedua pun baki hanya tinggal RM 16.00. Saya bagi tahu pakcik tu hanya itu jumlah baki dalam kad. Nampak air mukanya berubah, sayu dan hampa. Pakcik itu berbisik pada saya dia hendak balik ke daerahnya dan menyebut daerah tersebut, agak jauh tapi dia tak ada duit belanja. 

Saya faham keadaannya, saya mengambil sebahagian duit yang baru saya keluarkan dan beri pada pakcik itu, saya kata untuk belanja, dia menatap wajah saya yang separuh tertutup dan 
mengucapkan terima kasih. 

Saya terus beredar dari bank tidak lagi menoleh kiri kanan. Sebenarnya saya malu memberinya dikhalayak pelanggan ramai sedang beratur dan memerhati. 

Syukur Alhamdulillah saya di takdirkan bertemu dengan pakcik itu dan saya bahagia dapat membantu seadanya.

#rezeki yang kita dapat bukan semua milik kita, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada# moga setiap kebaikan yang saya lakukan akan memberi pahala kepada kedua arwah ibu dan ayah. Alfatihah. 

Saturday, 24 July 2021

UMUR SEMAKIN PENDEK

Selamat hari lahir buat diri sendiri pada tarikh hari ini 24hb Julai 2021, syukur Alhamdulillah masih di beri kesempatan bernafas di dunia mu ya Allah. Moga diri ini tak lalai lagi sentiasa bersiap dengan segala bekalan bertemu mu ya Allah. 
pejam celik aku sudah tua,, aduhai.

Semoga aku orang tua yang sentiasa sedar diri, selalu pandang wajah di cermin, jika dulu selalu mendongak di langit tinggi, maka kini keraplah pandang rumput di bumi biar jiwa sentiasa hijau. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š Untuk ingatan diri sendiri. Mati itu pasti. 

Thursday, 22 July 2021

BROMELIAD 2

Gara-gara letak di tempat redup bunga bromeliad ini hampir keseluruhannya bertukar hijau, kini saya letak semula di tempat adanya pancaran cahaya matahari barulah nampak perubahan pada daun-daunnya.

Benarlah bunga bromeliad ni harus di sinari cahaya matahari baru nampak menyerlah kecantikannya bak pelangi menghiasi langit. Ia perlukan cahaya matahari tapi bukan cahaya yang terlalu terik, itu kata pencinta bunga brom. 

Tuesday, 20 July 2021

APA LAGI NAK DIKEJAR

Tiada ingin dikejar lagi, cukuplah apa yang sudah ada. Hanya bekalan untuk bertemu TUHAN. 

Friday, 9 July 2021

THE LAST WOMAN IN THE SUN


Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian tanpa mengira sesiapa pun sama ada orang itu golongan kaya atau golongan marhaen tetap ada ujiannya. Kerana kasih sayang Allah kau diuji bertubi tubi agar kau tabah dan kuat walau taufan datang membadai. Walau seberat mana ujian yang engkau hadapi bertabahlah. 

Terima kasih TUHAN kerana aku masih mampu tersenyum manis, Terima kasih TUHAN atas segala nikmat yang engkau anugerahkan buat hambamu ini. 
Terima kasih TUHAN kerana masih pinjamkan usia ini untuk persiapan menuju ke alam akhirat. 

Suasana tenang menyumbang kebahagiaan jiwa. 
moga hati seanggun bunga-bunga pagi dilaman๐Ÿ˜๐Ÿ’๐ŸŒน. 
Senyuman itu mampu menyejukkan matahari, membuatkan seseorang itu kelihatan awet muda. Melihat orang senyum hati jadi tenang. "SENYUM ITU PENAWAR DUKA"  ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


 
kini nampak lapang setelah ketiadaan pasu-pasu di ruang ini. Pertumbuhan rumput dalam proses pemulihan. Kelihatan agak serabut dan sesak sebelumnya. ๐Ÿ’. beginilah perkembangan terkini halaman rumahku syurgaku seadanya.
 
" Perempuan terakhir di bawah sinar matahari" Di sini lah dunia mu, dunia 
kampung yang terakhir sebelum kau melangkah ke kampung akhirat nan abadi.  ๐Ÿ˜

Monday, 5 July 2021

LAGU DAN IRAMA TAK DAPAT DIPISAHKAN, JIKA DI PISAHKAN PINCANGLAH SENI

Antara Dua Darjat sebuah filem nostalgia menyentuh perasaan, menonton filem ini menyelongkar segala kenangan masa lalu sewaktu kehidupan zaman susah. Zaman kayu api, angkat air ditelaga๐Ÿ˜ญmakan ubi kayu๐Ÿ˜… makan nasi linopot. 

Tapi tontonan tak mampu di teruskan hingga ke penamat terkesan pula hati. Hati manusia terkadang begitu sensitif hingga terasa pedih dan menitiskan air mata hemm..Terkenang aku pada arwah ibu ayah.