Thursday, 29 July 2021

TAKDIR BERTEMU DIA

Selesai urusan di pejabat petang tadi saya bergegas ke sebuah bank mengeluarkan sedikit wang untuk pembelian keperluan dapur. Seperti biasa ikut barisan, tiba giliran saya di mesin ATM, selesai pengeluaran wang saya ingin beredar tiba-tiba seorang tua bertongkat meluruh ke arah saya minta tolong keluarkan wangnya kerana dia tak tahu menggunakan mesin tersebut. Di belakang saya seorang perempuan menawar diri ingin membantu, namun pakcik ni menolak dia minta tolong pada saya, kebetulan saya masih berada disisi mesin tersebut saya kata ok, dia terus menghulurkan kad atmnya, saya minta no password dan jumlah wang yang ingin di keluarkan, saya menekan jumlah tersebut, terpapar di screen jumlah baki hanya RM 5.00. Saya ulang sekali lagi check, masih jumlah yang sama. 
Saya kata pada pakcik tu hanya itu saja yang ada. Hampir tak kedengaran suaranya bercakap, orang cakap bantuan itu sudah masuk katanya. h

Kemudian dia mengambil lagi satu kad dan minta saya chek. Saya minta passwordnya, saya terus check baki, aduhai kad kedua pun baki hanya tinggal RM 16.00. Saya bagi tahu pakcik tu hanya itu jumlah baki dalam kad. Nampak air mukanya berubah, sayu dan hampa. Pakcik itu berbisik pada saya dia hendak balik ke daerahnya dan menyebut daerah tersebut, agak jauh tapi dia tak ada duit belanja. 

Saya faham keadaannya, saya mengambil sebahagian duit yang baru saya keluarkan dan beri pada pakcik itu, saya kata untuk belanja, dia menatap wajah saya yang separuh tertutup dan 
mengucapkan terima kasih. 

Saya terus beredar dari bank tidak lagi menoleh kiri kanan. Sebenarnya saya malu memberinya dikhalayak pelanggan ramai sedang beratur dan memerhati. 

Syukur Alhamdulillah saya di takdirkan bertemu dengan pakcik itu dan saya bahagia dapat membantu seadanya.

#rezeki yang kita dapat bukan semua milik kita, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada# moga setiap kebaikan yang saya lakukan akan memberi pahala kepada kedua arwah ibu dan ayah. Alfatihah. 

No comments:

Post a Comment