Tiba-tiba dalam kesabaran menunggu giliran saya, mata saya tertumpu kepada seorang perempuan yang duduk di kaunter dan seorang warga emas sedang berurusan, suara perempuan itu melalak-lalak memarahi warga emas itu, kata-kata perempuan itu sangat menyakitkan telinga suaranya sangat kuat sekali, perisis bercakap pada orang tuli.. dia marah hanya kerana borang tuntutan wang kebajikan ronyok, dia memberi amaran kepada warga emas itu, jika masa akan datang borang yang dibawanya seronyok itu, dia tidak akan layan, dan tak mahu keluarkan duit..huhu garang sekali suaranya berkata-kata, warga emas itu buat bodoh saja tanpa berkata apa-apa..dalam hati kesihan pula tengok orang tua tu, tentu dia malu, ...
kalaupun hendak bercakap lembut-lembutkanlah suara, ini macam mau bercakap dengan monyet... hanya kakitangan biasa, belum lagi jadi bos, kalau sudah jadi bos lagilah tingkahnya melanggit...( sebagai pegawai yang berurusan dengan orang awam, layanlah pelangan dengan baik, bukan dilalak, bukan ditengking, walaupun barangkali ada pelanggan yang berkarenah biasalah itu...manusia biasa...lebih-lebih lagi orang kampung, dahlah orang tua...( saya teringat seorang jururawat di hospital, lebih kurang begitulah suaranya menengking-nengking pada seorang pesakit).
No comments:
Post a Comment