Thursday, 25 August 2011

Program Ihya Ramadan..22hb-23hb-24hb ogos..

Surau Kg. Gaulan Dun Liawan Daerah Keningau. (PKR En. Rosdi Padiman menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal.
Menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Surau Kg. Mengitom Dun Bingkor Keningau. (sumbangan daripada jabatan Kemas)
Pegawai KEMAS Daerah Keningau En.Sharizal Hj Mat Som menyampaikan sumbangan kepada penerima sempena program ihya ramadan Mesjid Kg. Patau Tambunan, sempena majlis berbuka puasa bersama masyarakat islam di Kampung berkenaan. (Dun Tambunan)
program Ihya  Ramadan di tiga Dun telah selesai dilaksanakan, Kg. Patau Tambunan, Kg. Mengitom dan Kg. Gaulan dalam Parlimen Keningau, Alhamdulillah berjalan lancar, walaupun sambutannya biasa2 saja namun orang kampung senang hati...dan gembira menyambut kedatangan kami..

Semalam di Kg. Gaulan dalam kawasan Dun Liawan, sedang bersiap2 untuk berbuka tiba2 lampu letrik pula terpadan, bergelaplah kami berbuka puasa  kesihannya..kata pengerusi lampu tu selalu saja buat hal, dahlah kampung tu  kedudukannya nun jauh di pedalaman  bekalan air pun tiada, mereka hanya mengharapkan turunnya hujan atau bekalan air dari jabatan air  ..

.kemarin berbuka puasa di kg. Mengitom  jalannya macam jalan  lori balak, kampung ini belum ada bekalan air paip  hanya mengharapkan air graviti...bilalah agaknya kemudahan ini akan sampai ke kampung mereka, majoriti  penduduk kampung ini  penyokong tegar kerajaan BN..

.kedaifan ini buat mereka kadang2 mengeluh ada kalanya tercetus  kemarahan pada kerajaan kerana mereka sudah terlalu lama menunggu  kemudahan itu... yang jadi mangsa  adalah wakil2 rakyat,  kuasa meluluskan peruntukan bukan kuasa mutlak wakil rakyat, wakil rakyat hanya sebagai perantara menyampaikan pada pihak berkuasa apa yang di perlukan oleh rakyat terutamanya luar bandar...

No comments:

Post a Comment