Monday, 12 September 2011

Kg. Bingkor Baru - Kenduri Kampung- (N.33 Bingkor)

YB Datuk Justin Guka wkil Rakyat Bingkor menyampaikan sumbangan basikal kepada seorang pelajar dari kalangan penduduk kampung dari keluarga susah
12hb Sep hari ini program kenduri kampung bertempat di Kg. Bingkor Baru dalam kawasan Dun Bingkor, ( Balai Raya )- YB Datuk Justin Guka wakil rakyat kawasan Dun Bingkor turut hadir bersama masyarakat kampung, pengisian program, Penyampaian Basikal / Kerusi Roda / Bantuan baik pulih rumah..kepada yang berkenaan- Sumbangan daripada Jabatan Kemas.

Sedikit petikan ucapan daripada pengerusi JKKK kampung, mohon kepada wakil rakyat Bingkor agar diberi peruntukan untuk mebina sebuah mini dewan  menggantikan balai raya yang telah uzur. di bina pada tahun 70han. Wajar sangat diberi keutamaan kerana bangunan balai raya kampung ini sudah terlalu uzur.
Harap wakil rakyat Dun Bingkor mempertimbangkan permohonan masyarakat kampung ini.

Apa yang sangat ketara, pembangunan di kawasan Dun Bingkor ini agak perlahan berbanding Dun Liawan dan Dun Tambunan, kebanyakan Balai raya di setiap kampung masih bangunan lama yang telah uzur.

KEMAS- penjana minda masyarakat luar bandar.



Wednesday, 7 September 2011

Ofes masih Sunyi

Hari ini baru masuk ofes, i say ofes masih sunyi nampaknya bagai di serang geruda , rakan-rakan setugas masih bercuti agaknya, atau ada urusan luar..bos pun belum ada, sana-sini masih sibuk mengadakan rumah terbuka, jika ada kesempatan  hendak juga pergi beraya...

Dj Nain sedang di udara pagi ini Keningau FM ...dalam bahasa dusun, berpantun dusun c DJ nain hehe lucu kedengaran...di bawah ofes saja nie Dj Nain sedang bertugas... bah logot-logot nopo....

 Radio klasik FM...tetap pilihanku stiap masa..

Sunday, 4 September 2011

wanita dan bag tangan

Wanita dan bag tangan ibarat isi dengan kuku tidak boleh di pisahkan, jika di pisahkan pincanglah langkah, demikianlah perumpamaan antara wanita dan bag tangan. wanita tidak merasa lengkap andai bag tangan tidak di bawa bersama kemana saja. lihat saja setiap wanita di mana-mana pernahkah anda melihat wanita tanpa bag tangan? ya ada kalanya  ....

Wanita ini sangat hebat, jangan cuba-cuba mengangkat bag tangan yang wanita bawa, kerana pastinya anda tidak mampu mengangkat terutamanya lelaki, beratnya mengalahkan 3 guni beras hehe...entah apa-apa saja di dalam bag itu,,,,saya sendiri pelik dengan wanita dan diri sendiri....apa pun yang penting bahagia dalam menjalani kehidupan ini. dan sebagai wanita jangan sekali-kali cuba mengubah kejadian tulin yang Allah anugerahkan.

Sambung Cuti raya..



Beraya rumah kak Long di Desa Adang..
Hari ini belum sempat masuk ofes lagi , kira-kira jam 2 pm nanti mau ke sook beraya tempat kak Long, sudah naik boring duduk di rumah saja ..kalau masuk ofes pun belum ada tugasan hari ini,  pasti rakan-rakan lain pun masih cuti raya sakan.. lepas raya nie banyak program  menanti untuk di laksanakan sangat padat..

 Perang besar pada bulan november ini mungkin kah akan meletus ???  jika tidak masakan  bersusah payah nakhoda kapal besar riuh-riuh di seluruh maya ini mengarahkan semua anak-anak kapal berdayung ke hulu ke hilir...apa pun tunggu saja dentuman meriam yang bila-bila masa akan diletupkan...huhu..berdebar jantung ini...

Raya ke 6

Hari ini raya ke 6 ( Ahad ) baru saja balik beraya rumah kakak di Kg. bayangan,  ini adalah rumah ke2 yang sempat di kunjungi, tidak sempat berkunjung ke mana-mana kerana pu3 kecilku diserang demam. Alhamdulillah sudah beransur sembuh.

Raya tahun ini terasa begitu sepi tidak seperti tahun2 lalu, atau agaknya hanya perasaan saja yang merasakan begini.. ahh sememangnya terasa sepi aku terkenang arwah ibu, aku terkenang arwah bapa ..kenangan bersama mereka ada kalanya hadir bertandang di fikiranku apa lagi  ketika raya begini...dan rinduku pada anak2ku yang tidak sempat balik beraya...

Thursday, 1 September 2011

31hb ogos 2011 Open House ( Hari Raya Aidil Fitri ) Kg. Pamalan Tanah Merah Keningau


sebahagian tetamu yang hadir
31hb ogos 2011 untuk kesekian kalinya setiap tahun kami mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya aidil fitri..kali ini kebetulan tarik ini jatuh pada hari raya,  tarikh ini tidak mungkin terlupa kerana tarikh keramat ini adalah tarikh pemergian bapa yag dikasihi, genaplah 7 tahun bapa telah pergi meninggalkan alam ini. sepakat keluarga memilih tarikh ini untuk mengadakan majlis ini seterusnya mengadakan bacaan tahlil untuk arwah bapa.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun dilaksanakan dalam keadaan agak kelamkabut, dengan kerjasama semua keluarga majlis ini berjaya  dilaksanakan. seperti biasa majlis ini bermula pada jam11am  hingga kemalam, namun  kehadiran para tamu telah pun bermula, seawal jam 10am... ramai juga yang hadir, menjemput tetamu tidak susah2, kerana RTM Keningau FM telah membantu menjemput warga keningau untuk hadir.

lebih kurang jam 8 malam bacaan tahlil di sempurnakan. ..terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir  kemajlis ini.  segala kekurangan dan kelemahan penyediaan jamuan atau layanan yang kurang memuaskan harap di maafkan  Selamat Hari Raya Maaf zahir Batin dan Salam MERDEKA.....

Sunday, 28 August 2011

Mat Sabu pelampau Bangsa

Kenyataan Mat Sabu menyokong perjuangan komunis sangat mengguris hati rakyat malaysia, tidak terkecuali aku juga turut merasainya, sebagai anak pejuang kemerdekaan , aku  sangat kecewa dengan manusia ini, jika  demikian kenyataan seorang  Sabu melayu alangkah dangkalnya pemikiran dia.

wajarkah manusia ini tinggal di negara Malaysia ini, nenek moyang kita berkorban jiwa raga hingga ke tiitisan darah yang terakhir berjuang demi bumi tercinta ini dari terus di jajah oleh petualang2, Mat Sabu dengan sewenang2 memperlekeh pejuang2 bangsa agama dan negara...seharusnya halau saja  seorang Sabu ini  dari bumi pertiwi ini....

Thursday, 25 August 2011

Program Ihya Ramadan..22hb-23hb-24hb ogos..

Surau Kg. Gaulan Dun Liawan Daerah Keningau. (PKR En. Rosdi Padiman menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal.
Menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Surau Kg. Mengitom Dun Bingkor Keningau. (sumbangan daripada jabatan Kemas)
Pegawai KEMAS Daerah Keningau En.Sharizal Hj Mat Som menyampaikan sumbangan kepada penerima sempena program ihya ramadan Mesjid Kg. Patau Tambunan, sempena majlis berbuka puasa bersama masyarakat islam di Kampung berkenaan. (Dun Tambunan)
program Ihya  Ramadan di tiga Dun telah selesai dilaksanakan, Kg. Patau Tambunan, Kg. Mengitom dan Kg. Gaulan dalam Parlimen Keningau, Alhamdulillah berjalan lancar, walaupun sambutannya biasa2 saja namun orang kampung senang hati...dan gembira menyambut kedatangan kami..

Semalam di Kg. Gaulan dalam kawasan Dun Liawan, sedang bersiap2 untuk berbuka tiba2 lampu letrik pula terpadan, bergelaplah kami berbuka puasa  kesihannya..kata pengerusi lampu tu selalu saja buat hal, dahlah kampung tu  kedudukannya nun jauh di pedalaman  bekalan air pun tiada, mereka hanya mengharapkan turunnya hujan atau bekalan air dari jabatan air  ..

.kemarin berbuka puasa di kg. Mengitom  jalannya macam jalan  lori balak, kampung ini belum ada bekalan air paip  hanya mengharapkan air graviti...bilalah agaknya kemudahan ini akan sampai ke kampung mereka, majoriti  penduduk kampung ini  penyokong tegar kerajaan BN..

.kedaifan ini buat mereka kadang2 mengeluh ada kalanya tercetus  kemarahan pada kerajaan kerana mereka sudah terlalu lama menunggu  kemudahan itu... yang jadi mangsa  adalah wakil2 rakyat,  kuasa meluluskan peruntukan bukan kuasa mutlak wakil rakyat, wakil rakyat hanya sebagai perantara menyampaikan pada pihak berkuasa apa yang di perlukan oleh rakyat terutamanya luar bandar...

Wednesday, 24 August 2011

asyik terlepas sahur....

Alahai asyik terlepas sahur saja ni, hari ni rasa longlai sikit hari2 biasa ok saja walau pun tidak bersahur, tapi hari ini agak mencabar entah apa dugaan hari ini, pagi tadi ke papar jumpa rakan atas urusan kerja,  harap2 ada hasil kemudian hari...

Saturday, 20 August 2011

Menjelang Raya...

Hanya seminggu lagi raya  menjelang tiba, persiapan untuk raya belum lagi ku sediakan,  kurang bersemangat pula menyambut raya tahun ini, tiada apa yang hendak di kecoh2kan, setakat biskut2 itu beli saja di supermarket tak payahlah susah2  buat, biasanya biskut ni bukan sangat orang  makan, buat seperti biasa sajalah...

dulu2 biasanya  semangat sekali menyambut raya segala2  di sediakan, keperluan rumah, keperluan anak2 dan segala2nya..tapi kini semuanya sudah berubah, anak2 pun semuanya telah dewasa dan berada nun jauh di bawah bayu... jika dulu masih ada kedua ibubapa semangat masih bertenaga sebab ada orang tua, kini mereka telah tiada.  tiada apa yang hendak disemangatkan..

.saudara kandung pun jarang bersua maklumlah semuanya ada kehidupan sendiri, pertemuan berlaku bila ada majlis rumah terbuka yang menjadi amalan keluarga setiap tahun. tahun ni tak tahu lagi bila tarik dilaksanakan..

Friday, 19 August 2011

PWTC 2010

Barisan pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat...

PWTC menggamit kenangan

Gambar ini di rakam lewat hadirku di PWTC tahun lalu, ini adalah kali terakhirku menjejakkan kaki ke PWTC sebagai perwakilan kerana selepas ini aku akan bersara sebagai AJK umno bahagian, beri peluang pada orang lain pula...walaupun aku akan bersara sebagai ajk Bahagian perjuangan perlu diteruskan hingga ke penamat hayat " kata Tun M perjuangan belum selesai ".....

Penglibatanku dalam ruang politik ini tanpa sedar sudah masuk belas tahun daripada setiausaha wanita, ketua puteri  bahagian, sampailah ke ajk bahagian saat ini. Penglibatanku dalam setiap program umno sangat terbatas kerana ada kalanya program politik dan program jabatan bertembung, maka semestinya aku akan mengutamakan tugas hakikiku berbanding program politik.( matlamatnya tetap satu )-

Thursday, 18 August 2011

Pesan Ayah

Jadilah insan solehah
seperti Nasyibah
kerana ada bening kerdipan
seiras bintang yang bercahaya
tidak pernah malap
biar di hujung usia

lihatlah dua pintu di depanmu
satu mewangi, satu mengkohong
akal anugerah-nya pasti mengarifkan
kamu membuat pilihan
demi kehidupan diredhai Tuhan

ingat pesan ayah
kami kian menghampiri
panggilan ke pangkuannya
hanya kamu jadi pewaris
impian insan impian junjungan

smahadzir


Wednesday, 17 August 2011

wanita terlalu obses menjaga kecantikan

Nah inilah antara tubuh badan wanita yang telah di botoxkan
Wanita zaman ini sangat bertuah serba-serbinya semua ada yang penting ada pulus...wanita sememangnya pelik tidak pernah puas dengan apa yang ada, Tuhan  anugerahkan dengan cukup sifat, fizikal yang sempurna, secantik-cantik kejadian namun masih tidak puas juga..Saya juga wanita namun belum sampai ke tahap mengubah ciptaan Tuhan yang maha esa.                          

Apa yang saya perkatakan disini ialah tentang sikap wanita yang suka mengubah ciptaan Tuhan yang tulin ini,,,  melalui suntikan botox untuk  mencantikkan wajah, hidung, bibir dan semuanya..namun apa yang saya perhatikan mereka yang melakukan semua itu bukannya bertambah cantik malah nampak pelik...belum ada yang saya dengar setakat ini memuji-muji kecantikan melalui botox...yang kedengaran suara-suara sumbang berkata wajah mereka nampak pelik....

-wajah mereka ini hampir serupa, bukanlah mengata atau menghina jauh sekali...suka hatilah apapun yang dilakukan untuk kebahagiaan jiwa sendiri..kata orang yang penting bahagia...buat mereka yang bercita-cita kearah itu fikirlah dulu sebelum bertindak,, kerana takut akan menyesal kemudian hari....

Pegawai Bank yang melampau


Hari itu saya ke Bank atas urusan membayar insuran kereta, kerana cukai jalan akan luput beberapa hari lagi, ketika saya tiba di bank ya Allah mata saya terpaku melihat begitu ramainya manusia yang mahu berurusan, saya ni pantang sekali menunggu terlalu lama, apa lagi berbaris berjela-jela. namun terpaksa juga berurusan pada hari itu, dalam ruang yang tertutup itu bermacam-macam bau boleh ditangkap oleh hidung,

Tiba-tiba dalam kesabaran menunggu giliran saya, mata saya tertumpu kepada seorang  perempuan yang duduk di kaunter dan seorang warga emas sedang berurusan, suara perempuan itu melalak-lalak memarahi warga emas itu,  kata-kata perempuan  itu sangat menyakitkan telinga suaranya sangat kuat sekali, perisis  bercakap pada orang tuli.. dia marah hanya kerana borang tuntutan wang kebajikan ronyok, dia memberi amaran kepada warga emas itu, jika masa akan datang borang yang dibawanya  seronyok itu, dia tidak akan layan, dan tak mahu keluarkan duit..huhu garang sekali suaranya berkata-kata, warga emas itu buat bodoh saja tanpa berkata apa-apa..dalam hati kesihan pula tengok orang tua tu, tentu dia malu, ...

kalaupun hendak bercakap lembut-lembutkanlah suara, ini macam mau bercakap dengan monyet... hanya kakitangan biasa, belum lagi jadi bos, kalau sudah jadi bos lagilah tingkahnya melanggit...( sebagai pegawai yang berurusan dengan orang awam, layanlah  pelangan dengan baik, bukan dilalak, bukan ditengking, walaupun barangkali ada pelanggan yang berkarenah biasalah itu...manusia biasa...lebih-lebih lagi orang kampung, dahlah orang tua...( saya teringat seorang jururawat di hospital, lebih kurang begitulah suaranya menengking-nengking pada seorang pesakit).

Thursday, 11 August 2011

TUHAN untuk semua

Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua golongan berbagai agama, tapi berlainan pula keadaannya di tanah semenanjung, Penganut agama krestian dilarang menggunakan  perkataan Allah,  sedangkan perkataan itu telah mereka gunakan sejak zaman-berzaman dalam kitab babel. lain padang lain belalang agaknya...

Wednesday, 10 August 2011

Bonus setengah bulan gaji..

Bila saja bonus diumumkan untuk semua kakitangan awam tak terkecuali kepada pesarah rasa berbunga dihati kecil, dan jumlah tidaklah begitu banyak namun terimalah dengan  penuh kesyukuran daripada tiada langsung, namun yang sedihnya ada segelintir kakitangan awam ini yang tidak tahu bersyukur, malah mengutuk pula kepada pihak kerajaan , bukan setakat mengutuk, menyumpah seranah penuh ...alangkah teruknya manusia itu dipandanganku..jika kuikutkan hati mahu saja ku lempar sebiji bata ke mulutnya...itulah ciri-ciri manusia yang tidak tahu diuntung...nasiblah bulan puasa huhu..

Juadah berbuka puas( Menu pertama di bulan Ramadan)

Rendang Ayam
sambal tumis ikan bilis
Nangka masak lemak
Juadah berbuka puasa, biasanya saya lebih suka masak sendiri daripada membeli di bazar-bazar  ramadan atau dimana-mana kerana sudah pasti kebersihan makanan tidak dijamin dah tu pula kualiti makananpun tidaklah seberapa, dan kesedapannya kurang memuaskan. alangkah baiknya jika setiap ibu dirumah kurangkan pembelian makanan diluar , masaklah sendiri untuk keluarga,  kan lebih berkat, saya sendiri rasa pelik bila melihat para pembeli di bazar itu bagai nak rak, semua hendak dibeli, pasti makanan itu tak pun mampu dihabiskan, kan kah itu membazir namanya.. ...selamat berbuka puasa..

Bengkel Perhubungan zon 4, Ranau

9hb ogos 2011 bengkel perhubungan Penyelia-penyelia bertempat di Rumah Persekutuan Ranau, anjuran  HQ, bermula jam10am berakhir pada jam 1pm. Bengkel ini bertujuan mengemaskini senarai pemilih baru Tak habis-habis dengan bengkel, pada aku, yang utamanya adalah pembangunan, itu yang rakyat mahu, perlaksanaan pembangunan luar bandar, sedihnya masih banyak pembangunan yang belum dilaksana terlalu lambat entah apakah masalahnya.

Sepanjang perjalanan keningau Ranau Alhamdulillah jalannya telah siap diperbaiki, jika dulu perjalanan keningau Ranau memakan masa lebih kurang hampir 3 jam, setelah pembaikan jalan ini dilakukan, hanya memakan masa lebih kurang 1jam stengah perjalanan untuk sampai ke Ranau, demikian juga dari Ranau ke keningau. Terima kasih kepada kerajaan diatas usaha ini, Inilah antara usaha kerajaan melaksanakan kemudahan untuk rakyat diluar bandar. 
Zon 4, KENINGAU/ RANAU/ PENSIANGAN/ TENOM.

selamat berjuang pada semua warga..8hb ogos 2011