Kenyataan Mat Sabu menyokong perjuangan komunis sangat mengguris hati rakyat malaysia, tidak terkecuali aku juga turut merasainya, sebagai anak pejuang kemerdekaan , aku sangat kecewa dengan manusia ini, jika demikian kenyataan seorang Sabu melayu alangkah dangkalnya pemikiran dia.
wajarkah manusia ini tinggal di negara Malaysia ini, nenek moyang kita berkorban jiwa raga hingga ke tiitisan darah yang terakhir berjuang demi bumi tercinta ini dari terus di jajah oleh petualang2, Mat Sabu dengan sewenang2 memperlekeh pejuang2 bangsa agama dan negara...seharusnya halau saja seorang Sabu ini dari bumi pertiwi ini....
Sunday, 28 August 2011
Thursday, 25 August 2011
Program Ihya Ramadan..22hb-23hb-24hb ogos..
Surau Kg. Gaulan Dun Liawan Daerah Keningau. (PKR En. Rosdi Padiman menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal. |
Menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Surau Kg. Mengitom Dun Bingkor Keningau. (sumbangan daripada jabatan Kemas) |
Semalam di Kg. Gaulan dalam kawasan Dun Liawan, sedang bersiap2 untuk berbuka tiba2 lampu letrik pula terpadan, bergelaplah kami berbuka puasa kesihannya..kata pengerusi lampu tu selalu saja buat hal, dahlah kampung tu kedudukannya nun jauh di pedalaman bekalan air pun tiada, mereka hanya mengharapkan turunnya hujan atau bekalan air dari jabatan air ..
.kemarin berbuka puasa di kg. Mengitom jalannya macam jalan lori balak, kampung ini belum ada bekalan air paip hanya mengharapkan air graviti...bilalah agaknya kemudahan ini akan sampai ke kampung mereka, majoriti penduduk kampung ini penyokong tegar kerajaan BN..
.kedaifan ini buat mereka kadang2 mengeluh ada kalanya tercetus kemarahan pada kerajaan kerana mereka sudah terlalu lama menunggu kemudahan itu... yang jadi mangsa adalah wakil2 rakyat, kuasa meluluskan peruntukan bukan kuasa mutlak wakil rakyat, wakil rakyat hanya sebagai perantara menyampaikan pada pihak berkuasa apa yang di perlukan oleh rakyat terutamanya luar bandar...
Wednesday, 24 August 2011
asyik terlepas sahur....
Alahai asyik terlepas sahur saja ni, hari ni rasa longlai sikit hari2 biasa ok saja walau pun tidak bersahur, tapi hari ini agak mencabar entah apa dugaan hari ini, pagi tadi ke papar jumpa rakan atas urusan kerja, harap2 ada hasil kemudian hari...
Tuesday, 23 August 2011
Saturday, 20 August 2011
Menjelang Raya...
Hanya seminggu lagi raya menjelang tiba, persiapan untuk raya belum lagi ku sediakan, kurang bersemangat pula menyambut raya tahun ini, tiada apa yang hendak di kecoh2kan, setakat biskut2 itu beli saja di supermarket tak payahlah susah2 buat, biasanya biskut ni bukan sangat orang makan, buat seperti biasa sajalah...
dulu2 biasanya semangat sekali menyambut raya segala2 di sediakan, keperluan rumah, keperluan anak2 dan segala2nya..tapi kini semuanya sudah berubah, anak2 pun semuanya telah dewasa dan berada nun jauh di bawah bayu... jika dulu masih ada kedua ibubapa semangat masih bertenaga sebab ada orang tua, kini mereka telah tiada. tiada apa yang hendak disemangatkan..
.saudara kandung pun jarang bersua maklumlah semuanya ada kehidupan sendiri, pertemuan berlaku bila ada majlis rumah terbuka yang menjadi amalan keluarga setiap tahun. tahun ni tak tahu lagi bila tarik dilaksanakan..
dulu2 biasanya semangat sekali menyambut raya segala2 di sediakan, keperluan rumah, keperluan anak2 dan segala2nya..tapi kini semuanya sudah berubah, anak2 pun semuanya telah dewasa dan berada nun jauh di bawah bayu... jika dulu masih ada kedua ibubapa semangat masih bertenaga sebab ada orang tua, kini mereka telah tiada. tiada apa yang hendak disemangatkan..
.saudara kandung pun jarang bersua maklumlah semuanya ada kehidupan sendiri, pertemuan berlaku bila ada majlis rumah terbuka yang menjadi amalan keluarga setiap tahun. tahun ni tak tahu lagi bila tarik dilaksanakan..
Friday, 19 August 2011
PWTC menggamit kenangan
Penglibatanku dalam ruang politik ini tanpa sedar sudah masuk belas tahun daripada setiausaha wanita, ketua puteri bahagian, sampailah ke ajk bahagian saat ini. Penglibatanku dalam setiap program umno sangat terbatas kerana ada kalanya program politik dan program jabatan bertembung, maka semestinya aku akan mengutamakan tugas hakikiku berbanding program politik.( matlamatnya tetap satu )-
Thursday, 18 August 2011
Pesan Ayah
Jadilah insan solehah
seperti Nasyibah
kerana ada bening kerdipan
seiras bintang yang bercahaya
tidak pernah malap
biar di hujung usia
lihatlah dua pintu di depanmu
satu mewangi, satu mengkohong
akal anugerah-nya pasti mengarifkan
kamu membuat pilihan
demi kehidupan diredhai Tuhan
ingat pesan ayah
kami kian menghampiri
panggilan ke pangkuannya
hanya kamu jadi pewaris
impian insan impian junjungan
smahadzir
seperti Nasyibah
kerana ada bening kerdipan
seiras bintang yang bercahaya
tidak pernah malap
biar di hujung usia
lihatlah dua pintu di depanmu
satu mewangi, satu mengkohong
akal anugerah-nya pasti mengarifkan
kamu membuat pilihan
demi kehidupan diredhai Tuhan
ingat pesan ayah
kami kian menghampiri
panggilan ke pangkuannya
hanya kamu jadi pewaris
impian insan impian junjungan
smahadzir
Wednesday, 17 August 2011
wanita terlalu obses menjaga kecantikan
Nah inilah antara tubuh badan wanita yang telah di botoxkan |
Apa yang saya perkatakan disini ialah tentang sikap wanita yang suka mengubah ciptaan Tuhan yang tulin ini,,, melalui suntikan botox untuk mencantikkan wajah, hidung, bibir dan semuanya..namun apa yang saya perhatikan mereka yang melakukan semua itu bukannya bertambah cantik malah nampak pelik...belum ada yang saya dengar setakat ini memuji-muji kecantikan melalui botox...yang kedengaran suara-suara sumbang berkata wajah mereka nampak pelik....
-wajah mereka ini hampir serupa, bukanlah mengata atau menghina jauh sekali...suka hatilah apapun yang dilakukan untuk kebahagiaan jiwa sendiri..kata orang yang penting bahagia...buat mereka yang bercita-cita kearah itu fikirlah dulu sebelum bertindak,, kerana takut akan menyesal kemudian hari....
Pegawai Bank yang melampau
Hari itu saya ke Bank atas urusan membayar insuran kereta, kerana cukai jalan akan luput beberapa hari lagi, ketika saya tiba di bank ya Allah mata saya terpaku melihat begitu ramainya manusia yang mahu berurusan, saya ni pantang sekali menunggu terlalu lama, apa lagi berbaris berjela-jela. namun terpaksa juga berurusan pada hari itu, dalam ruang yang tertutup itu bermacam-macam bau boleh ditangkap oleh hidung,
Tiba-tiba dalam kesabaran menunggu giliran saya, mata saya tertumpu kepada seorang perempuan yang duduk di kaunter dan seorang warga emas sedang berurusan, suara perempuan itu melalak-lalak memarahi warga emas itu, kata-kata perempuan itu sangat menyakitkan telinga suaranya sangat kuat sekali, perisis bercakap pada orang tuli.. dia marah hanya kerana borang tuntutan wang kebajikan ronyok, dia memberi amaran kepada warga emas itu, jika masa akan datang borang yang dibawanya seronyok itu, dia tidak akan layan, dan tak mahu keluarkan duit..huhu garang sekali suaranya berkata-kata, warga emas itu buat bodoh saja tanpa berkata apa-apa..dalam hati kesihan pula tengok orang tua tu, tentu dia malu, ...
kalaupun hendak bercakap lembut-lembutkanlah suara, ini macam mau bercakap dengan monyet... hanya kakitangan biasa, belum lagi jadi bos, kalau sudah jadi bos lagilah tingkahnya melanggit...( sebagai pegawai yang berurusan dengan orang awam, layanlah pelangan dengan baik, bukan dilalak, bukan ditengking, walaupun barangkali ada pelanggan yang berkarenah biasalah itu...manusia biasa...lebih-lebih lagi orang kampung, dahlah orang tua...( saya teringat seorang jururawat di hospital, lebih kurang begitulah suaranya menengking-nengking pada seorang pesakit).
Thursday, 11 August 2011
TUHAN untuk semua
Wednesday, 10 August 2011
Bonus setengah bulan gaji..
Bila saja bonus diumumkan untuk semua kakitangan awam tak terkecuali kepada pesarah rasa berbunga dihati kecil, dan jumlah tidaklah begitu banyak namun terimalah dengan penuh kesyukuran daripada tiada langsung, namun yang sedihnya ada segelintir kakitangan awam ini yang tidak tahu bersyukur, malah mengutuk pula kepada pihak kerajaan , bukan setakat mengutuk, menyumpah seranah penuh ...alangkah teruknya manusia itu dipandanganku..jika kuikutkan hati mahu saja ku lempar sebiji bata ke mulutnya...itulah ciri-ciri manusia yang tidak tahu diuntung...nasiblah bulan puasa huhu..
Juadah berbuka puas( Menu pertama di bulan Ramadan)
Rendang Ayam |
sambal tumis ikan bilis |
Nangka masak lemak |
Bengkel Perhubungan zon 4, Ranau
Sepanjang perjalanan keningau Ranau Alhamdulillah jalannya telah siap diperbaiki, jika dulu perjalanan keningau Ranau memakan masa lebih kurang hampir 3 jam, setelah pembaikan jalan ini dilakukan, hanya memakan masa lebih kurang 1jam stengah perjalanan untuk sampai ke Ranau, demikian juga dari Ranau ke keningau. Terima kasih kepada kerajaan diatas usaha ini, Inilah antara usaha kerajaan melaksanakan kemudahan untuk rakyat diluar bandar.
Zon 4, KENINGAU/ RANAU/ PENSIANGAN/ TENOM.
selamat berjuang pada semua warga..8hb ogos 2011
Saturday, 6 August 2011
Puasa memberi kekuatan jiwa
Hari ini masuk ke7 hari berpuasa Alhamdulillah, walaupun dua kali terlepas sahur namun masih diberi kekuatan meneruskan ibadat puasa. . diluar sana masih ramai insan kurang bernasib baik sehingga berhari-hari mungkin tidak menjamah sebarang makanan. Namun kita masih bersyukur masih mengecapi nikmat yang Allah berikan tanpa nokta.
Subscribe to:
Posts (Atom)