Jadilah insan solehah
seperti Nasyibah
kerana ada bening kerdipan
seiras bintang yang bercahaya
tidak pernah malap
biar di hujung usia
lihatlah dua pintu di depanmu
satu mewangi, satu mengkohong
akal anugerah-nya pasti mengarifkan
kamu membuat pilihan
demi kehidupan diredhai Tuhan
ingat pesan ayah
kami kian menghampiri
panggilan ke pangkuannya
hanya kamu jadi pewaris
impian insan impian junjungan
smahadzir
No comments:
Post a Comment