Wednesday, 17 August 2011

Pegawai Bank yang melampau


Hari itu saya ke Bank atas urusan membayar insuran kereta, kerana cukai jalan akan luput beberapa hari lagi, ketika saya tiba di bank ya Allah mata saya terpaku melihat begitu ramainya manusia yang mahu berurusan, saya ni pantang sekali menunggu terlalu lama, apa lagi berbaris berjela-jela. namun terpaksa juga berurusan pada hari itu, dalam ruang yang tertutup itu bermacam-macam bau boleh ditangkap oleh hidung,

Tiba-tiba dalam kesabaran menunggu giliran saya, mata saya tertumpu kepada seorang  perempuan yang duduk di kaunter dan seorang warga emas sedang berurusan, suara perempuan itu melalak-lalak memarahi warga emas itu,  kata-kata perempuan  itu sangat menyakitkan telinga suaranya sangat kuat sekali, perisis  bercakap pada orang tuli.. dia marah hanya kerana borang tuntutan wang kebajikan ronyok, dia memberi amaran kepada warga emas itu, jika masa akan datang borang yang dibawanya  seronyok itu, dia tidak akan layan, dan tak mahu keluarkan duit..huhu garang sekali suaranya berkata-kata, warga emas itu buat bodoh saja tanpa berkata apa-apa..dalam hati kesihan pula tengok orang tua tu, tentu dia malu, ...

kalaupun hendak bercakap lembut-lembutkanlah suara, ini macam mau bercakap dengan monyet... hanya kakitangan biasa, belum lagi jadi bos, kalau sudah jadi bos lagilah tingkahnya melanggit...( sebagai pegawai yang berurusan dengan orang awam, layanlah  pelangan dengan baik, bukan dilalak, bukan ditengking, walaupun barangkali ada pelanggan yang berkarenah biasalah itu...manusia biasa...lebih-lebih lagi orang kampung, dahlah orang tua...( saya teringat seorang jururawat di hospital, lebih kurang begitulah suaranya menengking-nengking pada seorang pesakit).

No comments:

Post a Comment