Monday, 28 January 2013

HARI LAHIR MERUPAKAN PERINGATAN


 
Sahabatku hari ini usia kita berganjak lagi, ini menunjukkan bahawa kita semakin dewasa mendekati hari-hari senja..waktu untuk berpoya wajar di tinggalkan..kadangkala kita terleka dengan desakan duniawi yang mengalpakan..tuntutan nafsu sering menewaskan kita dari mengingati yang bernama mati dan kehidupan selepas mati...

Sahabatku mari kita sama-sama merenung hari lahir ini sebagai peringatan..bahawa usia kita tidak akan kekal begini selamanya.. rambut yang dulu hitam beransur bertukar putih, kulit yang dulu kencang bertukar kendur, mata yang celik bertukar rabun dan semua yang kita banggakan saban hari berubah..tanpa nokta..

Sahabatku mari kita bajai jiwa kita dengan segala keperluan yang lebih membina, mari kita suburkan jiwa kita dengan segala amalan yang murni serta melupakan segala amalan yang mematikan jiwa, seperti berburuk sangkah, berdendam dan yang lebih penting segarkan jiwa kita dengan amalan yang lebih bermakna sentiasa mengingati TUHAN sentiasa mengingati MATI

Thursday, 24 January 2013

Tanda- Tanda Kecurangan Pasangan

Mempertahankan sebuah percintaan itu lebih sukar dari mendapatkannya
Mempertahankan sebuah percintaan itu lebih sukar dari mendapatkannya

LELAKI TIDAK  BERSIKAP TELITI SEPERTI WANITA, SEBAB ITULAH BANYAK KES KECURANGAN DAPAT DIKESAN OLEH ISTERI SENDIRI DENGAN MUDAH, SUAMI YANG TI DAK SETIA INI BERUSAHA  MENUTUPI HUBUNGAN SULIT MEREKA TAPI KURANGNYA SIKAP BERHATI-HATI MENYEBABKAN MEREKA MENINGGALKAN BEBERAPA PETUNJUK YANG MEMBOLEHKAN ISTERI MENJEJAKI AKTIVITI `GELAP' MEREKA. PERHATIKAN TUJUH TANDA YANG ADA DI BAWAH INI SEKIRANYA MERASAKAN LELAKI YANG ANDA KASIHI SEDANG BERMAIN CINTA DENGAN WANITA LAIN. IA MUNGKIN DAPAT MEMBERI KEPASTIAN TERHADAP PERASAAN CURIGA ANDA ITU.

Jika suami yang anda kenali seorang yang tidak kisah tentang penerampilannya tapi mula berubah bersikap, pertama yang harus anda curiga jika seorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambu atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata psikologi Stephanie Buehler, pakaian baru, kasut baru, dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba, atau sudah, berlaku curang. Ada sesetengah isteri yang berasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks, tidak perlulah mereka penat melayani nafsu suami di malam hari. Tapi tahukah anda bahawa itu salah satu petanda kecurangan suami. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tak mustahil dia mungkin telah mendapatkan keperluannya dari orang lain. Menurut psikoterapi Dr. Tina Tessina, petanda lain yang juga boleh menunjukkan bahawa suami tidak setia adalah keberaniannya mencuba teknik bercinta baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia telah mendapatkan latihan ekstra di ranjang yang lain, siapa tahu?

Perhatikan juga perubahan yang satu ini, menurut Danine Manette, penulis buku Ultimate Betrayal, pasangan anda kemungkinan besar berlaku curang jika dia mula keluar rumah lebih awal untuk ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah, atau sering ke luar daerah. Perhatikan juga berapa banyak waktu yang dihabiskan di luar rumah untuk aktivitiaktiviti bukan urusan pejabat. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya.
Selain itu beri perhatian lebih jika pasangan tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari anda. Jika dia berkata bahawa dia sedang bekerja lebih masa tetapi tidak mengangkat telefon atau membalas SMS anda, maka itu petanda buruk.
Berhati-hati jika melihat senarai bil kad kredit suami dihabiskan untuk tujuan, membeli barang yang mahal, penginapan di hotel atau makan malam dengan belanja yang tinggi tapi bukan bersama anda. Orang bercinta selalunya akan saling berhubungan tak kira masa maka anda boleh saja mengesan telefon suami nombor mana yang kerap dihubungi dan menghubunginya. Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai panggilan Begitu juga dengan emailnya yang dapat memberi petunjuk atas apa yang telah terjadi. Jika dahulu dia dengan mudah memberikan kata kunci email dan membenarkan anda membuka telefon bimbit tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak membenarkan anda menyentuhnya maka lakukan siasatan lanjut. Jika pasangan anda cuba menutup perbuatannya, dia akan berusaha untuk mengubah nombor pin telefon atau menghapuskan semua senarai panggilan telefon atau SMS yang diterima. Jika itu yang terjadi, kemungkinan besar insan tersayang anda sedang berlaku curang terhadap anda.

Jika dulu pasangan anda seorang yang penyayang dan melayani anda dengan baik sekali tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah, mengkritik cara anda bergaya, berbicara, memasak dan sebagainya, itu tanda jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Begitu juga jika anda dan pasangan mudah bertengkar, dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya. Jika itu yang terjadi, dia mungkin sedang mencari jalan untuk melepaskan diri dari anda dan mengakhiri hubungan yang ada. Atau mungkin juga dia sedang membanding-bandingkan anda dengan teman barunya. Tapi ada juga yang terjadi sebaliknya, suami bersikap sangat manis dan lembut, berbeza dengan perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana merasa bersalah atas perbuatannya yang bermain kayu tiga. Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah `sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tidak dapat anda kenal pasti boleh menjadi petunjuk sebarang kecurangan. Pastikan bil perbelanjaan suami sesuai dengan alasan-alasannya. Jika dia berkata ke gimnasium pada satu malam tapi sebulan kemudian anda melihat ada bil makan malam di restoran yang mahal, anda sudah dapat `memerangkap' dirinya, Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih meyakinkan lagi daripada perasaan anda sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya seperti pulang lewat, ghairah seks menurun, cara layanan yang lain macam dan pelbagai lagi.

Menurut kajian ramai wanita yang mengakui mereka melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Namun jika anda sudah melihat tanda-tanda di atas pada suami anda terpulang pada anda untuk melakukan tindakan selanjutnya sama ada mula berbincang, memperbaiki hubungan atau memutuskan. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka.Kerana fakta-fakta yang dikemukakan diatas ini bukanlah alasan bagi anda untuk mengambil jalan singkat juga, ianya tidak seratus peratus tepat. Anggap saja bakal ada hujan bila awan itu berarak mendung. Jadikanlah fakta-fakta tersebut sebagai panduan untuk mencari kebenaran dan bertindaklah dengan bijak. Kerana dia adalah suami anda. Dan ayah kepada anak-anak anda. Selamatkanlah dia dari kesilapannya sendiri.

Wanita/Gadis/Ibu ...apa juga yang berlaku atau telah berlaku atau bakal berlaku tak usahlah meratap pilu hanya kerana menaggih kasih sayang dari seorang mahluk, tapi menaggihlah kasih sayang sepenuhnya daripada sang pencipta yang kasihnya lebih agong dan abadi..namun kita ada hak untuk bahagia dan mencari kedamaian hidup...tinggalkan saja jika kecurangan pasangan telah diketahui pasti kerana tidak perlu menunggu lama lebih baik tinggalkan saja pasangan yang curang itu.

Saturday, 12 January 2013

AKU DISAPA RINDU


Terpandang potret kaabah ini, aku disapa rindu yang teramat, tergamit kenangan yang paling indah pernah melakar kehidupan ini.  Sesiapa saja yang menjejak kaki disini, pasti ada saja cerita pelbagai dilalui, mungkin indah atau sebaliknya.

Beberapa tahun lalu saat kaki ini menjejak ditanah suci ini, begitu syahdu bila dikenang betapa damainya ditempat ini, ketenangan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, kedamaian yang sukar dicari benarlah kata-kata setiap insan yang berkunjung kesini bahawa jika mencari kedamaian ditempat inilah sedamainya..

Aku masih ingat dan tak mungkin akan terlupa dalam lipatan sejarah. Sebaik rombongan tiba ditempat penginapan yang hanya beberapa langkah jaraknya dengan Mesjidilharam Kota Suci Mekah ini. Diri ini bagai ditarik-tarik ke Mesjid ini, lalu aku pun terus bergegas menuju ke sana untuk menunaikan solat zohor.

Sebaik aku memasuki Mesjidilharam aku terpaku seketika tatkala terpandang wajah kaabah dihadapan mata, tak henti'henti aku mengucap syukur,  seperti mimi benarkah aku disini bisik hatiku..seakan tidak percaya aku sedang berada ditempat suci ini..kerana kehadiranku disini tidak pernah kurancang.. dalam keadaan aku sedang mencari kekuatan,, tiba-tiba hati ini terdetik untuk kesini..Alhamdulillah dengan izin Allah aku sampai juga ketempat ini.

Ternyata saat aku berada ditempat ini segala kemelut yang melanda fikiran tiba-tiba hilang, yang hadir satu ketenangan yang begitu syahdu dan yang sangat menakjubkan segala doaku Allah telah makbulkan Alhamdulillah.

InsyahAllah akan tiba waktunya aku akan hadir lagi disini ....

Thursday, 3 January 2013

SRJK Cheng Ming diantara yang terbaik



 sempat ambil gambar ketika murid-murid sedang menyanyi

Hari ini bermula fasa persekolahan diseluruh negara, terasa sangat cepatnya masa berlalu, dan dari tarikh ini jejak saya ke sekolah ini tidak akan terhenti kerana sudah menjadi sebahagian daripada warga sekolah ini.

Diawal cadangan, saya menolak anak saya ditempatkan di sekolah ini memandangkan jarak antara rumah dan sekolah agak jauh, saya merayu agar anak saya di tempatkan di sekolah yang lebih dekat dengan tempat tinggal namun permohonan saya telah ditolak atas sebab murid tahun satu di sekolah yang saya minta itu telah melebihi had yang sepatutnya.  bukan tiada sekolah ditempat lain, namun kerana saya mahu anak saya dapat meneruskan pembelajarannya dalam aliran bahasa cina. Akhirnya terpaksalah saya akur untuk menempatkan anak saya di sekolah yang telah dicadangkan oleh pihak jabatan pelajaran iaitu sekolah  SRJK Cheng Ming,

26hb 12 2012 adalah tarikh pendaftaran bagi murid-murid yang akan memasuki tahun 1 pada 2013, termasuklah anak saya. Buat petama kalinya saya menjejak kaki ke sekolah ini, alangkah terujanya saya melihat persekitaran sekolahnya yang begitu damai jauh dari keributan, bersih, lanskapnya sangat teratur dan yang mengkagumkan sekolah ini berada dalam kawasan pohonan kelapa sawit, kedudukan sekolah diatas bukit owh, jumlah pelajar lebih kurang hanya dua ratus atau mungkin telah bertambah, mana kala jumlah murid tahun 1 hanya dalam sekitar 30 orang dan hanya satu kelas sahaja.

Keadaan ini sudah tentu mengundang keselesaan kepada paramurid dan juga guru-guru kerana lebih fokus menumpuh perhatian. Walaupun keseluruhan fizikal sekolah ini kelihatan sudah agak lama namun berkat dari usaha keras GB sebagai ketua pentadbir dan kakitangan sekolah ini, telah berjaya merobah suasana sekolah ini menjadi sebuah sekolah yang nampak lebih segar. Inilah sekolah yang terbaik untuk anak saya, walau pun agak jauh tak kisahlah yang utamanya selesa. Tidak rugi berkorban sedikit demi anak dan masa depan.

Menurut salah seorang kakitangan sekolah ini, sebelum GB yang ada sekarang ini bertugas ditempat ini, keadaan sekolah ini agak tidak terurus serta kelihatan bukan seperti sebuah sekolah. Namun kehadiran GB ke sekolah ini ibarat mutiara jatuh ke riba.. segalanya berubah. Syabas buat GB dan Warganya kerana berjaya merubah suasana sekolah ini dalam keadaan yang cukup menarik semoga sekolah ini akan terus cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah ada disekitar daerah. Kualita adalah yang lebih utama,

Tuesday, 1 January 2013

KINI JANUARI 2013 telah berlabuh



kini januari telah pun bermula hanya angka yang bertukar. tiada apa pun yang berubah aku dan semalam masih seperti ini, episod 2013 ini bakal mencorak perjalanan hidup kita untuk kesekian kalinya sebagaimana yang telah tersurat sejak dari azali. Apa pun kisah yang bakal dilakar sebagai insan yang Allah berikan akal sesempurnanya Insyah-Allah pasti dapat menempuhnya dengan hati yang redha.