Thursday, 3 January 2013

SRJK Cheng Ming diantara yang terbaik



 sempat ambil gambar ketika murid-murid sedang menyanyi

Hari ini bermula fasa persekolahan diseluruh negara, terasa sangat cepatnya masa berlalu, dan dari tarikh ini jejak saya ke sekolah ini tidak akan terhenti kerana sudah menjadi sebahagian daripada warga sekolah ini.

Diawal cadangan, saya menolak anak saya ditempatkan di sekolah ini memandangkan jarak antara rumah dan sekolah agak jauh, saya merayu agar anak saya di tempatkan di sekolah yang lebih dekat dengan tempat tinggal namun permohonan saya telah ditolak atas sebab murid tahun satu di sekolah yang saya minta itu telah melebihi had yang sepatutnya.  bukan tiada sekolah ditempat lain, namun kerana saya mahu anak saya dapat meneruskan pembelajarannya dalam aliran bahasa cina. Akhirnya terpaksalah saya akur untuk menempatkan anak saya di sekolah yang telah dicadangkan oleh pihak jabatan pelajaran iaitu sekolah  SRJK Cheng Ming,

26hb 12 2012 adalah tarikh pendaftaran bagi murid-murid yang akan memasuki tahun 1 pada 2013, termasuklah anak saya. Buat petama kalinya saya menjejak kaki ke sekolah ini, alangkah terujanya saya melihat persekitaran sekolahnya yang begitu damai jauh dari keributan, bersih, lanskapnya sangat teratur dan yang mengkagumkan sekolah ini berada dalam kawasan pohonan kelapa sawit, kedudukan sekolah diatas bukit owh, jumlah pelajar lebih kurang hanya dua ratus atau mungkin telah bertambah, mana kala jumlah murid tahun 1 hanya dalam sekitar 30 orang dan hanya satu kelas sahaja.

Keadaan ini sudah tentu mengundang keselesaan kepada paramurid dan juga guru-guru kerana lebih fokus menumpuh perhatian. Walaupun keseluruhan fizikal sekolah ini kelihatan sudah agak lama namun berkat dari usaha keras GB sebagai ketua pentadbir dan kakitangan sekolah ini, telah berjaya merobah suasana sekolah ini menjadi sebuah sekolah yang nampak lebih segar. Inilah sekolah yang terbaik untuk anak saya, walau pun agak jauh tak kisahlah yang utamanya selesa. Tidak rugi berkorban sedikit demi anak dan masa depan.

Menurut salah seorang kakitangan sekolah ini, sebelum GB yang ada sekarang ini bertugas ditempat ini, keadaan sekolah ini agak tidak terurus serta kelihatan bukan seperti sebuah sekolah. Namun kehadiran GB ke sekolah ini ibarat mutiara jatuh ke riba.. segalanya berubah. Syabas buat GB dan Warganya kerana berjaya merubah suasana sekolah ini dalam keadaan yang cukup menarik semoga sekolah ini akan terus cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah ada disekitar daerah. Kualita adalah yang lebih utama,

No comments:

Post a Comment