Sahabatku hari ini usia kita berganjak lagi, ini menunjukkan bahawa
kita semakin dewasa mendekati hari-hari senja..waktu untuk berpoya wajar
di tinggalkan..kadangkala kita terleka dengan desakan duniawi yang
mengalpakan..tuntutan nafsu sering menewaskan kita dari mengingati yang
bernama mati dan kehidupan selepas mati...
Sahabatku mari kita sama-sama merenung hari lahir ini sebagai peringatan..bahawa usia kita tidak akan kekal begini selamanya.. rambut yang dulu hitam beransur bertukar putih, kulit yang dulu kencang bertukar kendur, mata yang celik bertukar rabun dan semua yang kita banggakan saban hari berubah..tanpa nokta..
Sahabatku mari kita bajai jiwa kita dengan segala keperluan yang lebih membina, mari kita suburkan jiwa kita dengan segala amalan yang murni serta melupakan segala amalan yang mematikan jiwa, seperti berburuk sangkah, berdendam dan yang lebih penting segarkan jiwa kita dengan amalan yang lebih bermakna sentiasa mengingati TUHAN sentiasa mengingati MATI |
No comments:
Post a Comment