Saturday, 15 March 2014

AL-FATIHAH Buat Sahabatku

"Kepadnya kita datang dan kepadanya kita kembali" hanya itu kata-kata yang mampu terucap. Aku baru mendapat kabar daripada anak buahku yang kebetulan sahabatku itu adalah kakak iparnya, sahabat ini telah pergi meninggalkan alam fana ini lewat malam tadi. Menurut anak buahku selama dua minggu sahabat ini bertarung dengan penyakitnya. Terakhir kami bertemu bulan Disember 2013.

Kanser payu dara adalah puncanya.. penyakit yang sangat menakutkan buat semua insan bernama hawa di dunia ini. mungkin telah mencecah jutaan wanita yang telah menjadi korban angkara penyakit ini...sehingga kini belum ditemui lagi sebarang produk yang boleh mencegahnya daripada terus merebak. Jika semua pakar telah menemui penawarnya sudah tentu hati wanita termasuk aku pasti akan tenang dan tiada lagi kerisauan.

Namun kita hanya mampu berusaha Allah yang menentukan segalanya. Andai setelah berusaha, dan tiada perubahan ianya merupakan takdir yang tak mampu dielak, melainkan hanya pasrah dan menerima segala yang telah ditentukan.

Sejujurnya pemergian sahabatku ini, buat aku rasa sebak, rasa kesal kerana tidak sempat hadir saat dia di semadikan lewat petang tadi.  Arwah merupakan rakan karibku sejak di sekolah rendah,  meskipun kami berjauhan kampung namun sesekali kami bersua muka dibandar tanpa dirancang, kekadang aku menyapanya dan  ambil kesempatan berkisah pada kenangan saat kami pernah bersama dalam satu kumpulan nashid musim remaja di bawah kerajaan Parti Berjaya tahun 80han.

Arwah merupakan penyanyi utama dalam kumpulan tersebut, suaranya sangat lunak dan merdu. Musim itu lagu-lagu nashid yang kami dendangkan sering berkumandang dicorong radio Sabah, dibawah pimpinan ustaz Jalidar Abdul Rahim,  Arwah Pak Haji Omar Sidik, Arwah Hj Abdul Rashid Abu Bakar, Arwah Ustaz Hj Aludin Kamdin, Hj Jefry Siman dan beberapa ustaz lagi.

Kini semuanya tinggal memory yang tak mungkin di lupakan..

Buat keluarga, suami dan anak-anak arwah bersabarlah menghadapi dugaan ini semoga Allah menempatkan roh arwah ini dikalangan roh para solehen AL FATIHAH semoga engkau damai dialam sana, aku sentiasa mendoakan.

Wednesday, 12 March 2014

AJK MPLB

Bilik Mesyuarat pejabat Tan Seri Datuk Joseph Pairin Kitingan. Bersama AJK MPLB Parlimen Keningau 2014 -Pengerusi Ahli Parlimen Keningau
Penyampaian surat watikah perlantian  sebagai AJK MPLB Daerah Keningau menyalaras Projek-projek KKLW di daerah, daripada Tan Seri Datuk Josep Pairin Kitingan Ahli Parlimen Keningau merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah.

Mesyuarat pertama ini berlangsung di Pejabat Tan Seri Joseph Pairin Kitingan bangunan JKR Kota Kinabalu

Sunday, 9 March 2014

TRAGEDI BOEING MH370 DAN DATIN ROSMAH


Tragedi kehilangan BoEing MH370 hari ini masuk hari kedua, menggemparkan negara dan keserata dunia, warga dunia tertanya-tanya dimana gerangan kapal itu menghilang, jejak pun masih samar tidak dapat dikesan sehingga saat ini. Sejak hari kelmarin saya asyik didepan TV tidak mahu ketinggalan sedetik berita pun tentang kehilangan kapal ini dalam minda banyak persoalan berligar.

Siang tadi saat saya menonton setiap berita di paparkan ternampak kelibat Datin Rosmah  tiba-tiba muncul di KLIA membuat lawatan kepada keluarga mangsa, saya melihat Datin Rosma mengalirkan air mata tanpa dapat ditahan-tahan sambil bersalaman dan bercakap dengan mereka, jiwa saya turut sebak dan mengalir air mata tanpa dipaksa..walhal lagilah pada keluarga yang terlibat, inikan pula seperti Datin Rosmah, Saya dan masyarakat diluar sana..semuanya meluahkan rasa sebak dan simpati...

Sebagai manusia yang kaya dengan perasaan bukannya mudah untuk kita menitiskan air mata tanpa sebab melainkan hati benar-benar diusik perkara menyayat hati, apa lagi memikirkan tragedi ini melibatkan rakyat negara kita ibarat keluarga sendiri.

Namun disaat kita turut bersedih akibat tragedi ini, masih ada rupanya manusia yang tiada perasaan diluar sana, berbagai gurauan, sendaan, cacian, makian penghinaan dilontarkan, jenis manusia apakah mereka ini? haiwan pun bisa menanggis inikan manusia yang kaya dengan akal sempurna namun seolah-olah mereka tiada jiwa atau sifat sebagai manusia normal.

Bukankah lebih baik menyumbang doa yang terbaik dari menyumbang dosa. Tiada seorang pun dari kita mengharapkan malapetaka berlaku melainkan semua ini adalah ketentuan sang pencipta. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar semuanya dalam keadaan yang kita harapkan.

Wahai seluruh rakyat Malaysia jangan kita putuskan segala doa memohon dari yang maha esa agar pencarian itu dipermudahkan. Semoga setiap doa yang kita pohonkan akan dimakbulkan Tuhan. Insyah-ALLAH


Friday, 7 March 2014

PROGRAM JELAJAH PELUANG PENGAJIAN TINGGI LUAR BANDAR KAWASAN KENINGAU

Ucapan Perasmian oleh YB Adun Liawan

Barisan AJK Wanita Umno Parlimen Keningau

Kolej Kiara sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta melancarkan program Jelajah Peluang Pengajian Tinggi Luar Bandar.
Majlis Pelancaran disempurnahkan oleh YB Datuk Hj Sairin Karno Adun Liawan, Merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri Sabah.

Ketika ditemui pada majlis tersebut,  Datuk Sairin  menyambut baik langkah IPTS tersebut yang menyebar luas peluang pendidikan kepada pelajar dan ibu bapa khususnya di kawasan luar bandar.
Dalam masa sama beliau turut menyarankan IPTS tersebut menawarkan kursus pengajian yang sesuai bagi memudahkan graduan mendapatkan pekerjaan kelak.
Sementara itu dalam ucapan aluan Ketua Esekutif Kolej Kiara, Natalie Chow berkata, pihaknya menyasarkan seramai 20 pelajar lepasan SPM mendapat tajaan di setiap lokasi ADUN bagi meneruskan pendidikan ke peringkat diploma.
Kolej itu setakat ini menawarkan kursus diploma pengurusan hotel, diploma kesetiausahaan eksekutif dan diploma pentadbiran koprat.

Dalam majlis tersebut Datuk Sairin Karno telah menyampaikan sumbangan sejumlah RM 20.000 ribu ringgit  kepada Ketua Esekutif Kolej Kiara bagi tujuaan tajaan kepada dua puluh orang pelajar daripada daerah Keningau












Sunday, 2 March 2014

PUDING MILO LAPIS OREO


Oleh:Suriani Osman
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan
10gram serbuk agar2
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2

Cara-cara
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Milky Peach Pudding (Puding Pic Bersusu)


Sumber : FP Cek De Sam
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
1 pek agar-agar serbuk - 13 gm
500 ml air
500 ml susu sejat
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - kacau rata
Beberapa titik pewarna kuning (optional)
Buah peach dalam tin

Cara-cara :
1. Basahkan acuan atau loyang dan susun buah peach didalamnya. Ketepikan.
2. Didihkan air, gula pasir dan serbuk agar-agar dalam periuk dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Bila sudah mendidih masukkan susu cair, esen vanila dan sedikit pewarna kuning. Didihkan lagi sambil dikacau perlahan. Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga agak mendidih sedikit, tutup api dan angkat.
4. Tuang adunan agar-agar kedalam acuan atau loyang dengan perlahan-lahan diatas buah peach.
5. Bila wap panas sudah hilang bolehlah disejukkan agar-agar tadi ke dalam peti sejuk.