Saturday, 15 March 2014

AL-FATIHAH Buat Sahabatku

"Kepadnya kita datang dan kepadanya kita kembali" hanya itu kata-kata yang mampu terucap. Aku baru mendapat kabar daripada anak buahku yang kebetulan sahabatku itu adalah kakak iparnya, sahabat ini telah pergi meninggalkan alam fana ini lewat malam tadi. Menurut anak buahku selama dua minggu sahabat ini bertarung dengan penyakitnya. Terakhir kami bertemu bulan Disember 2013.

Kanser payu dara adalah puncanya.. penyakit yang sangat menakutkan buat semua insan bernama hawa di dunia ini. mungkin telah mencecah jutaan wanita yang telah menjadi korban angkara penyakit ini...sehingga kini belum ditemui lagi sebarang produk yang boleh mencegahnya daripada terus merebak. Jika semua pakar telah menemui penawarnya sudah tentu hati wanita termasuk aku pasti akan tenang dan tiada lagi kerisauan.

Namun kita hanya mampu berusaha Allah yang menentukan segalanya. Andai setelah berusaha, dan tiada perubahan ianya merupakan takdir yang tak mampu dielak, melainkan hanya pasrah dan menerima segala yang telah ditentukan.

Sejujurnya pemergian sahabatku ini, buat aku rasa sebak, rasa kesal kerana tidak sempat hadir saat dia di semadikan lewat petang tadi.  Arwah merupakan rakan karibku sejak di sekolah rendah,  meskipun kami berjauhan kampung namun sesekali kami bersua muka dibandar tanpa dirancang, kekadang aku menyapanya dan  ambil kesempatan berkisah pada kenangan saat kami pernah bersama dalam satu kumpulan nashid musim remaja di bawah kerajaan Parti Berjaya tahun 80han.

Arwah merupakan penyanyi utama dalam kumpulan tersebut, suaranya sangat lunak dan merdu. Musim itu lagu-lagu nashid yang kami dendangkan sering berkumandang dicorong radio Sabah, dibawah pimpinan ustaz Jalidar Abdul Rahim,  Arwah Pak Haji Omar Sidik, Arwah Hj Abdul Rashid Abu Bakar, Arwah Ustaz Hj Aludin Kamdin, Hj Jefry Siman dan beberapa ustaz lagi.

Kini semuanya tinggal memory yang tak mungkin di lupakan..

Buat keluarga, suami dan anak-anak arwah bersabarlah menghadapi dugaan ini semoga Allah menempatkan roh arwah ini dikalangan roh para solehen AL FATIHAH semoga engkau damai dialam sana, aku sentiasa mendoakan.

No comments:

Post a Comment