Ucapan Perasmian oleh YB Adun Liawan |
Barisan AJK Wanita Umno Parlimen Keningau |
Kolej Kiara sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta melancarkan program Jelajah Peluang Pengajian Tinggi Luar Bandar.
Majlis Pelancaran
disempurnahkan oleh YB Datuk Hj Sairin Karno Adun Liawan, Merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri Sabah.
Ketika ditemui pada majlis
tersebut, Datuk Sairin menyambut baik langkah IPTS tersebut yang
menyebar luas peluang pendidikan kepada pelajar dan ibu bapa khususnya
di kawasan luar bandar.
Dalam masa sama beliau
turut menyarankan IPTS tersebut menawarkan kursus pengajian yang sesuai
bagi memudahkan graduan mendapatkan pekerjaan kelak.
Sementara itu dalam ucapan
aluan Ketua Esekutif Kolej Kiara, Natalie Chow berkata, pihaknya
menyasarkan seramai 20 pelajar lepasan SPM mendapat tajaan di setiap
lokasi ADUN bagi meneruskan pendidikan ke peringkat diploma.
Kolej itu setakat ini
menawarkan kursus diploma pengurusan hotel, diploma kesetiausahaan
eksekutif dan diploma pentadbiran koprat.Dalam majlis tersebut Datuk Sairin Karno telah menyampaikan sumbangan sejumlah RM 20.000 ribu ringgit kepada Ketua Esekutif Kolej Kiara bagi tujuaan tajaan kepada dua puluh orang pelajar daripada daerah Keningau |
No comments:
Post a Comment