Friday, 16 January 2015

TINGGUR BULAWAN- Adi



                                  Arwah adik Sakril Sidik dalam kenangan

 Mencari-cari bahan untuk ditonton di ruangan you tube, terjumpa lagu-lagu dusun dendengan arwah adik Sakril Sidik mengamit jiwa saya ingin mendengar, sudah lama tidak mendengar suara emasnya berkumandang dicorong radio tempatan, lalu saya klik dan muatkan dalam blog ini. Inilah lagu-lagu yang membuat jiwa saya cukup terusik, mengajak jiwa mengenang arwah ini.

Bait-bait lagu yang di nyanyikan cukup menyentuh hati nurani buat air mata jatuh berderai, terkenang penderitaan adik sakril mengidap penyakit leukimia (sel darah putih berlebihan) sejak lahir, sering di tambah darah sehingga akhir hayatnya. Hanya lagu-lagu ini yang di tinggalkan menjadi kenang-kenangan buat semua insan-insan yang dekat dan mengenalinya.

Meskipun adik Sakril telah pergi meninggalkan alam fana ini sejak tahun 2009 namun namanya sentiasa terpahat dalam kenangan pada pengiat seni tanah air tempatan. Antara lagu-lagu yang sangat diminati ramai   " Timbok Tinggur Bulawan "  irama mendayu-dayu memukau pendengar. Semua lagu-lagu yang terkandung dalam albumnya tidak membosankan untuk didengar.( kebanyakan lirik lagu arwah ini adalah hasil ciptaannya sendiri ) menurut rakannya.

Arwah adik Sakril Sidik berasal dari Kampung Bayangan Keningau.

Damailah engkau disana, Tuhan lebih menyayangimu.

Monday, 12 January 2015

Jangan 'Terjebak' Penipuan Jualan Langsung

Tidak dinafikan, perniagaan jualan langsung menyediakan peluang dan masa depan yang cerah kepada pengguna.

Kaedah perniagaannya jika dilakukan secara serius dan bersungguh-sungguh mampu memberi pendapatan yang lumayan. Malah ia diakui sebagai satu industri besar sehingga jumlah jualannya mampu mencecah berbilion ringgit.

Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) melaporkan nilai perolehan yang dicatat bagi industri jualan langsung negara pada 2008 berjumlah RM5.6 bilion dengan RM3.15 bilion daripadanya disumbangkan oleh anggota DSAM yang terdiri daripada 55 buah syarikat multinasional dan tempatan.

Kejayaan ini disebabkan konsep jualan terus ini menjamin perkhidmatan dan penerangan yang sampai secara langsung kepada pengguna.

Penerangan dan maklumatnya yang jelas, turut memberi kepuasan kepada mereka. Antara produk popular menerusi aktiviti jualan langsung membabitkan produk makanan kesihatan, kosmetik dan pil pelangsing.

Bagaimanapun, aktiviti jualan langsung kini dicemari oleh sikap segelintir pihak yang berusaha mengaut keuntungan dengan cara yang negatif. Sehingga timbul pandangan sinis dalam kalangan orang ramai terhadap perniagaan jualan langsung.

Daripada perniagaan berkonsepkan jualan terus kepada pengguna, ada pula segelintir syarikat jualan langsung yang menukar strategi pelan pemasaran mereka iaitu daripada kaedah jualan langsung kepada kaedah penajaan ahli.

Kaedah penajaan ahli ini lebih menitikberatkan kepada penajaan ahli baru oleh penaja dan lebih dikenali sebagai sistem Jualan Pelbagai Peringkat atau 'Multi Level Marketing' (MLM).

TANGGUNG HUTANG BANK KERANA MLM

Pelbagai cara digunakan penaja untuk menarik ramai ahli di bawahnya. Bagi yang kekurangan modal, mereka diminta membuat pinjaman bank.

Kaedah ini dinamakan front loading iaitu memaksa ahli atau pengedar membeli barangan atau servis terlebih dahulu dengan nilai yang tinggi.

Masalah timbul apabila ahli tidak mampu menjual produk berkenaan dan akhirnya terpaksa menanggung kerugian.

Bagi Mohd Shah Lamat, 23, hutang bank sejumlah RM23 ribu terpaksa ditanggungnya apabila mengambil keputusan tidak mahu meneruskan perniagaan itu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bukan kerana tidak mampu menaja ahli baru, tetapi berasa was-was dengan cara keuntungan yang diperoleh secara atas angin.

"Saya mula terfikir adakah rezeki tersebut halal apabila ia melibatkan keuntungan yang diperoleh atas cara menindas orang lain. Maksudnya 'downline' (ahli di bawah) saya menderita kerana terpaksa menanggung beban kewangan.

"Apa yang saya lakukan sekarang ialah hanya menjual produk yang sedia ada di dalam simpanan dan mendapat keuntungan atas jualan produk. Dan bukannya keuntungan atas penajaan ahli. Begitu jugalah yang saya nasihatkan kepada downline saya," jelas beliau yang setakat ini membayar hutang bank atas hasil jualan produk yang dibelinya.

Bagi beliau konsep jualan langsung tidak salah kerana ia membantu meningkatkan pendapatan.

"Tetapi biarlah menggunakan cara yang betul serta tidak menyusahkan orang lain. Saya terima jika ia benar-benar jualan langsung dan tidak membabitkan sebarang aktiviti yang berbentuk skim piramid," jelasnya yang pernah menyertai lima syarikat jualan langsug.


ANTARA JUALAN LANGSUNG DAN MLM

Dalam kalangan pengguna, masih ramai yang keliru di antara Jualan Langsung dan MLM sehingga menyebabkan ramai yang menganggap perniagaan MLM dan Jualan Langsung ialah satu bentuk perniagaan yang sama.

Akta Jualan Langsung 1993 menakrifkan jualan langsung sebagai jualan dari pintu ke pintu dan jualan pesanan.

Bermaksud, ia tidak dijual atau dipamerkan di kompleks membeli-belah atau di kedai runcit, sebaliknya bergerak dengan melantik ejen-ejen yang telah dilatih. Ejen inilah yang akan memberi penerangan dan menjual produk syarikat.

Sementara MLM pula ialah satu bentuk pelan pemasaran yang menekankan pencarian ahli baru dalam bentuk penajaan.

Contohnya setiap ahli dikehendaki mencari atau menaja beberapa ahli baru untuk diletakkan di bawahnya atau dipanggil downline.

Ada juga situasi melibatkan setiap ahli mencari beberapa individu untuk diajak menghadiri ceramah berkaitan produk yang dianjurkan syarikat dan jika mereka menyertai skim itu, secara automatik mereka akan menjadi downline kepada ahli berkenaan.

Sistem ini turut dikenali sebagai skim piramid yang mana idea asasnya ialah seseorang itu membuat hanya satu pembayaran, tetapi dijanjikan keuntungan berganda daripada orang lain, sebagai balasannya.

Kebanyakan skim ini mengambil peluang di atas kekeliruan antara perniagaan sebenar dan penipuan membuat wang atau mencari keuntungan yang rumit.

Jika diperhatikan, skim piramid ini tidak mempunyai keuntungan akhir. Dengan kata lain, ia merupakan sistem berantai yang membolehkan individu terawal mendapat keuntungan daripada wang yang dilaburkan oleh ahli bawahan mereka.

Bagi mendapatkan wang, ahli perlu mencari lebih ramai orang bawahannya dan begitulah seterusnya. Hasilnya, skim ini berakhir dengan membayar peserta baru melalui jualan barang dengan harga yang tinggi dan bukannya melalui pembayaran yuran pendaftaran awal "peserta".


PILIH YANG TERBAIK

Usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mewujudkan peraturan mengenai skim piramid di dalam Akta Jualan Langsung 1993 sangat bertepatan berikutan terdapat banyaknya aduan mengenai penipuan yang dilakukan dengan berselindung di sebalik nama Jualan Langsung.

Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat syarikat yang menggunakan skim piramid secara sah dengan memberi keuntungan sama rata kepada ahlinya. Ciri yang membezakan kedua-dua konsep ini ialah wang bagi skim piramid sebahagian besarnya datang daripada peserta itu sendiri. Selalunya keuntungan pelabur awal akan lebih banyak daripada pelabur terkemudian.

Bagi MLM yang sah, wang atau keuntungan datangnya daripada jualan barang atau perkhidmatan kepada pelanggan yang tidak menyertai skim itu.

Paling utama, jika pengguna ingin melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung, pilihlah produk atau perniagaan yang sesuai. Pengguna perlu suka, selesa dan percaya dengan barangan yang dipilih bagi memudahkan mereka menjualnya kelak.

Pastikan juga anda memilih perniagaan yang mempunyai pelan pemasaran yang memberi ganjaran terhadap kerja iaitu jualan anda. Jangan sesekali memilih perniagaan jualan langsung yang bergantung hanya kepada kemasukan ahli baru kerana ia tidak akan bertahan lama.

Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui atau membuat sebarang aduan mengenai Jualan Langsung, boleh menghubungi talian Hotline 1-300-888-255/1-300-888AJL atau layari laman web KPDNKK di www.kpdnkk.gov.my

Sumber- KPDN

BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN JUALAN LANGSUNG.

Saturday, 10 January 2015

Meriah Majlis Rumah Terbuka Krismas 2014-2015 Parti Bersatu Sabah (PBS) Parlimen Keningau


Majlis rumah terbuka Krismas anjuran Parti Bersatu Sabah begitu meriah berlangsung di Dewan Masyarakat Tambunan hari ini 9hb Januari 2015. Ahli Parlimen Keningau YB Tan Sri Datuk Joseph Pairin Kitingan turut hadir sekaligus merasmikan program tersebut.

Rombongan daripada pergerakan wanita UMNO turut meceriahkan suasana dengan menyumbang beberapa buah lagu dan juga tarian dari kalangan AJK wanita kami. Terserlah kemeriahan majlis.

Hadirin bukan saja masyarakat setempat malah dari pelbagai daerah turut bersama dalam majlis ini,  perbezaan anutan agama, suku kaum dan budaya bukan satu halangan dalam meraihkan majlis rumah terbuka krismas ini. Di Sabah bukan sesuatu yang asing dalam menyambut apa juga jenis perayaan, seperti hari raya, tadau kaamatan dan majlis seumpama ini, lagi pula di kalangannya ada hubungan keluarga adik-beradik, sepupu- sepapat berlainan agama.

Inilah antara keistimewaan masyarakat sabah, untuk memupuk keharmonian hubungan masyarakatnya. Semoga keharmonian ini akan terus kekal terjalin di lingkaran masyarakat marhaen bukan saja di sabah tetapi di negara malaysia amnya.  Majlis berakhir sekitar jam 4.30 petang. Happy new year 2015.

Saturday, 3 January 2015

Produk Menguruskan Badan


 






KHASIAT DAN CARA PENGAMBILAN PHYTONATAL

PHYTONATAL BOLEH diamal oleh semua peringkat usia dari Kanak-kanak sehingga ke
Lanjut Usia mengikut dosej yang bersesuaian dan keadaan masing-masing tidak mengira Lelaki atau Perempuan, kahwin atau tidak dan Dalam Pantang Bersalin atau Selepas Berpantang.


Kanak-kanak yang Disyorkan Pengamalan PHYTO NATAL adalah:
Pengamalan mengikut keadaannya & Dosej perlu mengikut Sistem Kelawasannya. Kekerapan amalan terhad kepada Seminggu 1 - 3x shj.
  • Mengalami Banyak Angin
  • Kerap Loya & Muntah @ Perut Sensitif
  • Kerap Lenguh-lenguh Sendi & Tulang
  • Kerap mengalami masalah Selsema & BerKahak
  • Kerap Sakit Kepala atau Pening
  • Sering Sejuk-sejuk
  • Obesiti @ Gemuk
Lelaki & Perempuan Remaja, Dewasa & Lanjut Usia yang amat Disyorkan PHYTO NATAL adalah:
  • Untuk Menurunkan Berat Badan
  • Yang bermasalah Gemuk kerana Retensi Air & Angin @ Gemuk Angin
  • Yang bermasalah Gemuk akibat Gangguan atau Ketidakseimbangan Hormon
  • Obesiti
  • Yang bermasalah Senggugut
  • Bermasalah Kedatangan Haid yang tidak lancar, sedikit atau terlalu singkat
  • Bermasalah Kedatangan Haid yang terlalu lebat, tumpah darah atau berpanjangan
  • Bermasalah Sakit Puan
  • Bermasalah Sakit Tuan
  • Bermasalah Sejuk-sejuk, Lenguh atau Kebas Sendi & Tulang
  • Sakit Urat, Bengkak Urat & Sakit Otot
  • Bermasalah Sakit Pinggang
  • Selepas Kelahiran (Secara Lahir Normal dan Lahir Pembedahan @ Caesarian)
  • Selepas Keguguran
  • Bermasalah Penyakit Lumpuh (akibat Penyakit UratSaraf atau Angin Ahmar)
  • Bermasalah Usus yang Sensitif dan sebagainya yang berpuncakan daripada masalah Angin.
  • Bermasalah Angin Pasang @ Hernia

PhytoNatal boleh diamal pada bila-bila masa yang sesuai bagi anda tidak kira dalam pantang bersalin ataupun selepas berpantang dan juga sebagai amalan kesihatan anda (tidak kira kelahiran secara normal atau secara pembedahan).
Dosej Phyto Natal perlu mengikut kesesuaian dengan sistem kelawasan anda. Sila teliti di bawah ini:

Untuk Sistem Pembuangan Air Besar yang Lawas & Normal -
PHYTO NATAL 2 - 4 tablet (sehari sekali atau selang-sehari)

Untuk Sistem Pembuangan Air Besar yang Sensitif & Terlalu Lawas -
PHYTO NATAL 1 - 2 tablet (sehari sekali atau selang-sehari)

Untuk Sistem Pembuangan Air Besar yang Tidak Lawas & Sembelit -
PHYTO NATAL 5 - 10 tablet (sehari sekali)
Pengambilan lebih dari 5 tablet hanya dikhaskan untuk mereka yang mengalami sembelit yang berat/teruk dan juga dimasa yang sama turut mengalami masalah obesiti yang serius.

Nota: Jika dosej antara 5 - 10 tablet PHYTO NATAL tidak membantu sistem kelawasan anda, terasa sebu / perut kembung berangin / najis keluar tersekat-sekat, ini bermakna anda perlukan Herba Lawas khas untuk Sembelit iaitu PHYTO CLEANSE PLUS yang digabungkan dengan PHYTO NATAL dengan dos gabungan yang tidak terlalu tinggi (contoh: PLUS 2 tablet + NATAL 3 - 5 tablet).


PROGRAM MENURUNKAN BERAT BADAN SECARA NR
Menurunkan Berat Badan bagi yang Bermasalah Ketidakseimbangan Hormon, Obesiti, Retensi Air @ Sembab Air, Sembab Angin dan Berlebihan Berat Badan atau Selepas Melahirkan (6 Bulan ke atas):Setiap Waktu Pagi, Tengahari, Petang & Malam
Minum 1 gelas/mug AKAR HERBANIKA

 
Cara Penyediaan:
Rebus 2 pkt AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air sehingga mendidih, biarkan ia keluar warna teh sederhana pekat. Tuangkan ke dalam flask/thermos atau teko. Setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh penuh/paras Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah & sumber tenaga. Minum suam panas atau suam.
2 pkt boleh diulangi rebusan beberapa kali untuk beberapa hari sehingga cair, gantikan yang baru.

Setiap Waktu Petang – Buat Pilihan Dosej yang Sesuai dengan Sistem Kelawasan anda:
Lawas Buang Air Besar @ Normal
PHYTO NATAL + PHYTOX
2 - 4 tablet             1 - 2 tablet
Tidak Lawas Buang Air Besar @ Sembelit
PHYTO CLEANSE PLUS + PHYTO NATAL
1 – 2 tablet                              3-5 tablet
Diselang-selikan dengan Keesokannya,
PHYTO CLEANSE PLUS + PHYTOX
1 – 2 tablet                            2 – 3 tablet
Ulangi cara yang diberi setiap hari atau selang-selikan.
Untuk Wanita BerHaid:

  • Teruskan amalan minuman AKAR HERBANIKA & PHYTO NATAL atau PHYTO CLEANSE PLUS atau gabungkan kedua-duanya sekali.
  • PHYTOX TIDAK BOLEH DIAMAL SEMASA HAID!
RAWATAN LUARAN SAMPINGAN UNTUK MENGEMPISKAN MASALAH PERUT BUNCIT, BESAR, LEMBIK ATAU MENGGELEBER.

Setiap waktu pagi & malam-

  • Sapu rata 1 sudu besar paras KRIM SYIFA ke bahagian atas perut, perut, pinggang, pinggul & peha sehingga krim meresapi liangan kulit anda.
  • Gunakan seluar atau pakaian dalam khas (girdle) atau pakaian yang membantu membakar lemak yang ada di pasaran sekarang untuk mempercepatkan proses kelangsingan tubuh badan. Waktu petang, mandi atau bersihkan. Kesat kering.
  • Waktu Petang atau Malam:-Sapu MINYAK HERBANIKA ke seluruhan bahagian perut termasuk payudara (jika mahu) sehingga meresapi liangan kulit anda kemudian, sapu 1 sudu besar paras KRIM SYIFA seperti di atas.
    Gunakan pakaian yang dapat menyokong bahagian perut anda agar kempis dan tidak terbiar tanpa sokongan. Biarkan sehingga waktu malam.
Kepada yang berkahwin, jika suami tidak gemarkan bau 'minyak' pastikan anda bersihkan semula dan hanya gunakan sapuan Krim Syifa' sahaja!
Semasa Mandi
Gunakan SABUN DHIA (bahagian skrab) untuk ke seluruh badan dan gosokkan ke bahagian selulit / lemak berlebihan. Bilas mandi seperti biasa. Boleh gunakan Krim di atas!

NASIHAT: Baca Dengan Teliti!
  • Dalam perubatan untuk mengimbangi semula Hormon anda, pastikan anda kurangkan atau berpantang pengambilan Ayam & Daging. Jika mahu, boleh makan secara minima iaitu ayam tanpa kulit atau daging tanpa lemak (very lean meat).
  • Mengikut secara perubatan Tradisional ataupun Moden, untuk mendapatkan kesan yang baik, anda tidak dibenarkan mengambil apapun jenis daging kecuali Ikan.
  • Kurangkan pengambilan Nasi & jenis Mee atau Pasta, ambil dalam kuantiti yang kecil, lebihkan pengambilan atau ratah Ikan yang besar dimasak stim, sayuran sebagai salad ala kerabu (Malaysian tastes) atau jenis Salada ala'Barat (ikut selera anda), amalan jenis Sup ala Tomyam, Sup Sayur, Sup Bebola Ikan, Sup ala'India berherba, Kari /Gulai Tanpa Santan, Jenis Roti Tosei & Chapati (sekeping, maksimum), Lebihkan stim, rebus & tanpa minyak atau bergoreng (minimumkan). Cadangan yang diberi adalah secara 'ringkas', anda boleh dapatkan khidmat nasihat yang terperinci dari 'Dietician' di Hospital Swasta atau dapatkan dari buku-buku Nasihat tentang khasiat pemakanan seimbang yang dapat membantu menurunkan berat badan.
Anda perlu bersabar & kuatkan semangat dalam menjalani program melangsingkan tubuh badan anda kerana dalam jangkamasa 2 bulan yang anda amalkan Herba-herba ini, ia berkemungkinan banyak menumpukan tugasan mengeluarkan najis-najis bercampur toksik, angin berlebihan, angin lendiran, membersihkan darah, memperbaiki keadaan dalaman sistem rahim anda, memperlancarkan keluaran darah haid semasa haid, memperbaiki sistem dalaman seperti keadaan hormon anda -

Untuk Wanita Yang BerKahwin & Tidak Berkahwin Berusia 35 Tahun ke Atas:-Kami juga amat mengesyorkan kaum wanita supaya mengamalkan Madu Nona Harmonis untuk memelihara keseimbangan hormon dalaman anda dalam membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda. Apabila anda bersedia dengan penuh dedikasi & komitmen, tambahan MADU NONA HARMONIS amat digalakkan pengambilannya 1 sudu teh paras setiap waktu pagi KECUALI semasa  5 hari pertama haid ataupun diambil selangseli sebagai amalan kesihatan kewanitaan.
Dengan herba NR, selain daripada dapat memelihara penurunan berat badan, ia juga menjaga dalaman anda agar seimbang, bersih, segar dan rapi kewanitaan. Ia juga memelihara kemantapan kulit badan agar tidak lembik atau menggeleber. 


Sumber Blog Nona Roguy

Selamat Tahun Baru 2015

 
Tanpa sedar kita telah berada dilembaran tahun baru, begitu pantas detik berlalu, setiap kenangan yang terpatri dalam sejarah tahun2014 menimpa negara kita tidak akan terluput dalam ingatan seluruh rakyat malaysia, kehilangan pesawat MH 370 dan MH 17 tragedi paling berperstij tinggi dalam sejarah negara.   Meskipun mungkin kita bukan di kalangan ahli keluarga yang terlibat namun kepiluan tetap terpahat dalam benak setiap insan yang ada hati dan perasaan.

Apa pun keadaan yang berlaku baik suka mahupun duka kita pasrah akur bahawa semua yang telah terjadi itu adalah ketentuan qada dan qadar yang tidak boleh kita nafikan. Walau ada yang cuba menafikan bahawa itu semua adalah di sebabkan kesalahan manusia lain, apa pun alasan yang di persoalkan tetap juga tidak akan mengembalikan keadaan seperti sedia kala, yang wajar kita lakukan sabar dan tabah melalui setiap dugaan.

Setiap yang berlaku itu hikmahnya tetap ada, justeru itu marilah sama-sama sentiasa panjatkan usaha serta doa semoga kehidupan kita pada hari-hari mendatang ini akan lebih baik daripada waktu-waktu yang telah berlalu.  Kita bersyukur kerana masih diberi hayat menikmati kehidupan ini, masih bersama insan-insan yang kita kasihi dan semua yang kita miliki. Lebih indah Allah masih memberi kita peluang beribadat  serta melakukan perkara-perkara kebaikan dalam hidup ini, melainkan tiada keinsafan langsung ke arah kebaikan yang rugi adalah diri sendiri. Wallahualam.

SELAMAT TAHUN BARU 2015