Tanpa sedar kita telah berada dilembaran tahun baru, begitu pantas detik berlalu, setiap kenangan yang terpatri dalam sejarah tahun2014 menimpa negara kita tidak akan terluput dalam ingatan seluruh rakyat malaysia, kehilangan pesawat MH 370 dan MH 17 tragedi paling berperstij tinggi dalam sejarah negara. Meskipun mungkin kita bukan di kalangan ahli keluarga yang terlibat namun kepiluan tetap terpahat dalam benak setiap insan yang ada hati dan perasaan.
Apa pun keadaan yang berlaku baik suka mahupun duka kita pasrah akur bahawa semua yang telah terjadi itu adalah ketentuan qada dan qadar yang tidak boleh kita nafikan. Walau ada yang cuba menafikan bahawa itu semua adalah di sebabkan kesalahan manusia lain, apa pun alasan yang di persoalkan tetap juga tidak akan mengembalikan keadaan seperti sedia kala, yang wajar kita lakukan sabar dan tabah melalui setiap dugaan.
Setiap yang berlaku itu hikmahnya tetap ada, justeru itu marilah sama-sama sentiasa panjatkan usaha serta doa semoga kehidupan kita pada hari-hari mendatang ini akan lebih baik daripada waktu-waktu yang telah berlalu. Kita bersyukur kerana masih diberi hayat menikmati kehidupan ini, masih bersama insan-insan yang kita kasihi dan semua yang kita miliki. Lebih indah Allah masih memberi kita peluang beribadat serta melakukan perkara-perkara kebaikan dalam hidup ini, melainkan tiada keinsafan langsung ke arah kebaikan yang rugi adalah diri sendiri. Wallahualam.
SELAMAT TAHUN BARU 2015
No comments:
Post a Comment