Rombongan daripada pergerakan wanita UMNO turut meceriahkan suasana dengan menyumbang beberapa buah lagu dan juga tarian dari kalangan AJK wanita kami. Terserlah kemeriahan majlis.
Hadirin bukan saja masyarakat setempat malah dari pelbagai daerah turut bersama dalam majlis ini, perbezaan anutan agama, suku kaum dan budaya bukan satu halangan dalam meraihkan majlis rumah terbuka krismas ini. Di Sabah bukan sesuatu yang asing dalam menyambut apa juga jenis perayaan, seperti hari raya, tadau kaamatan dan majlis seumpama ini, lagi pula di kalangannya ada hubungan keluarga adik-beradik, sepupu- sepapat berlainan agama.
Inilah antara keistimewaan masyarakat sabah, untuk memupuk keharmonian hubungan masyarakatnya. Semoga keharmonian ini akan terus kekal terjalin di lingkaran masyarakat marhaen bukan saja di sabah tetapi di negara malaysia amnya. Majlis berakhir sekitar jam 4.30 petang. Happy new year 2015.
No comments:
Post a Comment