Thursday, 28 April 2016

SATU PERINGATAN BUAT BN



Inilah kerja manusia-manusia nakal berbaur ugutan di tujukan khusus kepada pihak kerajaan. Walau pun nampak remeh namun tidak boleh di pandang ringan, kerana ia mampu mempengaruhi jiwa rakyat menolak kerajaan.

Justeru jangan sampai rakyat lenguh, ibarat kata pepata " bagai menunggu kucing bertanduk ".  Apa lagi janji-janji yang belum dilaksana, hanya asyik menabur janji tinggal janji.


Sunday, 24 April 2016

SEHARI BERSAMA AZMAH NORDIN

Bersama Pn. Azmah Nordin
Kali ini sungguh rasa bertuah kerana dapat menghadiri bengkel  penulisan untuk kanak-kanak. Bersama penulis tersohor negara, siapa lagi jika bukan Sifu Pn. Azmah Nordin. Beliau merupakan mentor dalam bengkel ini.

Hari pertama bengkel peserta membentangkan sinopsis masing-masing. Sinopsis yang saya garap tidak memenuhi kehendak kerana terdapat unsur nagetif dalam cerita tersebut,  Itu komen puan Azmah.

Saya diminta menukar cerita kepada yang berunsurkan keharmonian. Hasil dapatan bengkel ini banyak membantu saya yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini. Moga akan terhasil sebuah novel dari perahan minda  masa mendatang. Hem..jika tak dipecahkan ruyung tak akan dapat sagunya.


Thursday, 21 April 2016

NASI PENYET BREAD OVEN KENINGAU MANTAP ENAK

Nasi Penyet Restoran Bread Oven
Restoran Bred Oven telah beroprasi setahun lalu. milik usahawan muda berasal dari Kampung Tudan Baru Keningau. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan ala barat dan tempatan.

Antara menu yang paling digemari pelanggan ialah Nasi Penyet yang sungguh enak pernah saya rasa.  Pernah menikmati nasi penyet dibeberapa restoran sekitar bandar ini, namun tidak seenak direstoran ini. Makan sekali hendak lagi wah apakah rahsianya.

Sudah beberapa kali saya berkunjung ke restoran ini tanpa rasa jemu semata-mata mau menikmati Nasi Penyet. Lokasinya hanya bersebelahan dengan bank Islam jalan masak Keningau.

BIAR MAHAL TAPI BERBALOI

Nyaman tapak kaki biar langkah sejuta batu
Sementara menunggu urusan puteriku selesai, aku menggambil kesempatan round-round beberapa buah kedai disatu bandar untuk mencari kasut akhirnya aku jumpa yang bekenan dihati. Setelah mencubanya wah sesuai pula dan sungguh rasa selesa memakainya.

Tanpa banyak soal hati sudah berkenan ok saja. Aku jenis manusia yang tidak pandai minta kurang harga pantas saja bersetuju dengan harga yang ditetapkan.

Harganya memang lumayan produk luar negara hem..aku tak kisah berapa pun harganya yang penting keselesaan. Rasanya rugi jika tidak menggunakan peluang yang ada. Penat-penat kerja tapi kedekut..

Tuesday, 19 April 2016

YA ALLAH SEMBUHKAN MEREKA

Selepas waktu ofes berakhir, aku bergegas ke Hospital ziarah suami kak Long masuk wad dua hari lalu, penyakitnya aku belum pasti. Kini baru ada kesempatan menjengok. Waktu aku datang sesuai untuk melawat jam 5 petang.

Sebaik tiba diwad suami kak Long sedang tidur, anak-anak kak Long menantu ada bersama termasuk kak Long. Setelah bertanya kabar dengan anak2 buah dan kak Long tentang suaminya yang semakin baik, aku ziarah anak saudara yang kebetulan berada dibilik sebelah sedang dirawat.

Ya Allah betapa hibanya jiwaku melihat budak itu termengah-mengah menarik nafasnya dalam keadaan mulut sedang disambung dengan oksigen. Suaranya tak putus-putus berzikir sambil tangannya dihulur bersalam satu-persatu adik beradik yang berada disisi mengelilinginya seolah-olah dia akan pergi meninggalkan mereka.

Adik lelakinya melepaskan tangisan sambil memeluk abangnya yang kelihatan sedang nazak. Ibu dan ayahnya nampak tenang namun dikelopak mata terlihat air mata bergenang.

Ya Allah, menyaksikan suasana pilu itu, buat air mataku gugur,  jantungku berombak kencang, aku tak mampu berkata sepata pun kerana menahan sebak. Satu demi satu kutatap wajah mereka menambah sesak nafasku. Aku terus beredar dan kembali ke wad suami kak Long, aku tak mampu menunggu lama disitu, rasa aku nak rebah.

Melihat para pesakit dalam wad itu sedang terbaring lesu, aku dapat merasakan betapa deritanya mereka menahan sakit. Ya Allah ringankanlah beban mereka, sembuhkanlah mereka ya Allah. Dalam hati ini bermunajat.

Waktu sudah hampir menunjukkan jam 6 petang, aku minta izin kak Long dan anak-anak buah meninggalkan wad,  sebelum kaki melangkah pergi aku bisikan kata-kata doa semoga cepat sembuh pada suami kak Long.

Dalam kereta aku bertenang sebentar kerana jiwaku masih diamuk sebak. Fikiranku masih teringatkan para pesakit diwad itu. Ya Allah betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Aku mendapat perkabaran anak saudara itu telah pergi meninggalkan alam fana ini sekitar jam 4.30pagi tadi diwad itu. Innalilahiwainailahirojiun daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali. Aku tidak sempat hadir di pengebumian anak saudaraku itu kerana kebetulan ada urusan penting diluar daerah yang tidak boleh diabaikan.

Pemergiannya mungkin lebih baik dari terus menanggung derita. Sejak kecil mengidap penyakit sel darah putih berlebihan sehingga remaja berumur 18 tahun. Pemergiannya satu kehilangan buat keluarganya, namun itulah hakikat kehidupan hanya pasrah menerima segala ketentuan dari ilahi. Buat keluarganya bersabarlah doakan ia moga rohnya disisi roh para solehin Amin.

Monday, 18 April 2016

BARU KUTAHU SIKAP SEBENAR KAMU

Dimana-mana saja aku pergi mataku sering saja memerhati gelagat setiap manusia disekeliling, bermacam ragam serta sikap yang ditampilkan kadang buat hati remuk dan geram tak kurang ada yang menyumbang bahagia.

Baru-baru ini sungguh mengejutkan sikap beberapa sahabat dalam group whatsap yang kononnya berpendidikan sudah beranak pinak malah sudah bergelar datok, hanya kerana berlaku sedikit salah faham dan hanya terlanjur gurauan tiba-tiba melenting, menyumpah dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.

Astagfirullahhalazim aku mengucap panjang, aku terkedu seakan tidak percaya tergamak manusia itu mengeluarkan perkataan selucah itu. Jika pun ada masalah dalaman kenapa masalah itu harus dilempiaskan pada orang lain. menunding salah tanpa usul periksa.

Seumur hidupku menjalinkan persahabatan dengan sekelian manusia di mana-mana group diwhatsap atau Telegram atau dimana saja tak pernah sekali aku menemukan sikap manusia sekeji ini. Inilah dia golongan manusia yang harus dijauhi. Selama ini aku menghormati mereka sebagai sahabat namun kini punah.

Golongan manusia serupa ini tidak harus dijadikan sahabat kerana jelas sikap sebenar mereka, bukan saja gagal mengawal emosi tetapi gagal mengawal pertuturan. Sahabat seperjuangan dalam group tidak akan terlupa sepanjang hayat apa yang mereka tuturkan.

Itulah natijah sikap mengikut rasa binasa, ikut hati mati. Apa pun aku tetap mendoakan agar mereka sentiasa menjadi insan yang sedar diri. Aku sentiasa memaafkan kamu.


Monday, 11 April 2016

PENANTIAN KINI BERAKHIR



Inilah sahabat setiaku sejak tujuh tahun lalu, kini 2016 kemuncak berakhir sebuah penantian, sungguh aku rasa teruja pada kemunculan November ini memabawa bahagia  dan sejuta makna dalam kehidupan seorang aku dan sahabat seperjuangan.

Impian mengenggam segulung ijazah diusia emas begini adalah satu anugerah yang sungguh tidak ternilai, Apa lagi disaat banyak perkara menuntut keutamaan, kadang hati rasa teruji dimana harus didahulukan, yang itu atau yang ini? namun kebijaksanaan adalah kunci penyelesai. Syukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Semoga November mendatang ini masih bernafas dibumi ini.  insyahAllah akan naik pentas lagi kali kedua. Manusia hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan segala-galanya.

Sayang sekali pensyarah kami mendiang vivikanandan telah kembali ke pangkuan Tuhan tidak sempat menyaksikan majlis anugerah terindah ini, anak-anak didiknya telah berjaya menamatkan pengajian hasil dari usahanya yang sentiasa memberi dorongan serta motivasi.

Mengenangnya terasa kesedihan bergenang dikalbu,  namun demikianlah hukum kehidupan, pemergian tak siapa yang mampu menolak.

ALHAMDULILLAH SELESAI TEMUDUGA

Syukur Alhamdulillah hari ini telah selesai sesi temuduga bagi kakitangan Kemas berjawatan Penyelia-penyelia Kanan Negeri Sabah bertaraf kontrek untuk kenaikan gred dan penyerapan kejawatan tetap yang mana ahli panelnya terdiri dari pegawai tetap dan timbalan pengarah Kemas Sabah. Mereka adalah wakil daripada JPA.

Antara soalan-soalan yang dikemukakan lebih menjurus kepada peranan dan tanggunjawab penyelia kanan, hal ehwal jabatan, isu-isu semasa, perbezaan semangat warga Kemas dulu dan kini dan lain-lain.

Sebagai anggota yang telah lama berkhidmat dalam jabatan menjawab setiap soalan tidaklah sesukar mana semuanya ok2 saja. Kenaikan gred dan penyerapan ke jawatan tetap sekian lama dinanti ini sudah tentu dapat menyuntik semangat baru kepada setiap anggota untuk terus menyumbang khidmat yang terbaik demi kecemerlangan jabatan.

Dalam gambar ini adalah sebahagian rakan sejawatan sedang mendaftar untuk sesi temuduga. Diwajah mereka jelas terpancar kegembiraan dengan pengiktirafan keskim tetap yang bakal dilaksanakan.

Sunday, 3 April 2016

LONG PASIA AKU DATANG


Rombongan kami dalam perjalanan menuju ke Long Pasia, jalan grabel
Rombongan sedang menikmati hidangan
Penginapan 

menyusuri jambatan gantung Long Pasia

"Keroncong untuk ANA" sebuah lagu dipersembahkan oleh Pengarah Kemas Sabah pada malam majlis ramah mesra bersama masyarakat


Tarian kebudayaan masyarakat kampung 
Tarian kebudayaan suku kaum Lundayoh
Barisan rombongan Kemas Sabah turut bersama Pn. Hajah Aminah Penyelia Kanan Kemas Parlimen Sipitang bertudung hitam.

Inilah rombongan kakitangan Kemas Sabah sempat merakam kenangan berlatarkan kampung Long Pasia
Santai-santai tepi sungai setelah acara selesai
Kali ini kembara ke Kampung Long Pasia Sipitang dalam program Mesra Rakyat Anjuran Jabatan Kemas Negeri Sabah. Tidak pernah terjangka kaki ini menjejak ketempat ini namun itulah agaknya perancangan Tuhan yang sudah tertulis dalam riwayat hidupku sebagai hambanya.

 Selesai mesyuarat di Pejabat Kemas Sipitang dan menjamu hidangan tengahari rombongan kami yang terdiri daripada kakitangan Kemas dari pelbagai daerah, memulakan perjalana tepat jam 2 petang diketuai oleh En. Sahrulnizam Jantan Pengarah Kemas Negeri Sabah.

Rombongan telah dimaklumkan oleh PKD Kemas Sipitang En. Assim Asan perjalanan menuju kekampung tersebut memakan masa selama 4 jam dengan keadaan jalan tidak berturap, jalan ini hanya mampu dilalui kenderaan pacuan empat roda (4×4) berkuasa tinggi dan lori balak sahaja.

Sembilan buah pacuan empat roda termasuk kenderaanku mula bergerak meninggalkan pekan Sipitang. Aku pemandu tunggal wanita selainnya pemandu lelaki. Timbalan pengarah mencadangkan agar aku menaiki kereta yang disewa oleh pihak jabatan namun aku menolak kerana aku lebih selesa memandu dengan kenderaan sendiri.

Ketika dalam perjalanan hatiku agak berdebar kerana memikirkan perjalanan yang begitu panjang ditambah lagi keadaan jalan yang agak teruk namun kerana semangat ingin melihat suasana kampung Long Pasia yang sentiasa menjadi sebut-sebutan dibibir kugagahi juga meredah bersama tawakal dan doa tak putus-putus dalam hati.

Bukannya tak pernah memandu sejauh itu malah pernah memandu hampir 24 jam dari keningau ke Tawau, Lahad Datu berulang alik lagi terasa dahsyatnya. Namun begitulah bila memandu ketempat yang belum pernah dijejaki terasa ada resah dan ragu-ragu ok kah tidak, begitulah lebih kurang.

Keadaan jalan yang berbatu-batu, berhabuk tidak rata buat otakku dan seluruh jasad tak henti-henti bergoncang bagai nak gugur tulang-belulang mujur tak tercabut nyawa dari badan. Huhhh ni kali lah dalam hati berkata-kata. Sri Kandi Kemas Keningau pantang mengalah sebelum berjuang sudah tersemat sejak azali kecuali sakit dan tidak berdaya.

Rombongan kami tiba lebih kurang jam 5.40ptg di kampung tersebut, owah benarlah kata orang, kampung ini panoramanya indah, dingin saujanah mata memandang hilang segala keletihan saat memandu beratus batu.

Rombongan kami menginap di Mataga Rest House Long Pasia terletak dipinggir kampung lereng bukit. Sewa setiap bilik tidaklah begitu mahal hanya RM25.00 setiap seorang. Kemudahan seperti bilik air dan tandas semua ada. Sumber air daripada sungai Long Pasia, lampu menggunakan jenereto. Line enternet jenama maxis sahaja yang berfungsi.

Setelah berehat seketika dan selesai makan malam yang telah disediakan oleh beberapa kakitangan kemas dari Sipitang. Tepat jam 8 malam rombongan kami bergerak menuju  ketempat majlis diadakan iaitu diperkarangan bangunan pusat e- desa yang jaraknya dari tempat penginapan lebih kurang 300 meter dengan menaiki kenderaan, boleh pergi dengan berjalan kaki saja namun pasti kaki terasa lenguh.

Ketibaan kami disambut mesra oleh masyarakat kampung yang telah pun bersedia lebih awal terdiri dari kalangan orang dewasa, remaja dan kanak-kanak, anggaran kehadiran mungkin dalam lebih kurang 70 orang.

Pengisian program pada malam itu antaranya ucapan alu-aluan pengerusi JKKK dan ucap Tuan Pengarah Kemas  seterusnya persembahan tarian kebudayaan dikalangan wanita dewasa dan kanak-kanak. Selainnya acara suka-suka iaitu persembahan nyanyian karaok dan tari-menari dikalangan orang kampung dan kakitangan Kemas.

Acara malam berakhir hampir lewat malam. Acara keesokannya pula gotong-royong membersih kawasan sekitar kampung, mencat bangunan Tabika Kemas, pertandingan sukanika, mewarna dan beberapa lagi aktiviti. Selainnya melawat bangunan kebudayaan,sungai Long Pasia dan lain-lain.

Selepas makan tengahari, jam 12.40pm rombongan kami bergerak meninggalkan Long Pasia bersama kenangan semanis gula batu. Wah jika difikir-fikirkan kembali mau juga bertandang semula satu ketika nanti dan berlama-lama sedikit disana. Menurut pengerusi JKKK terdapat air terjun dikampung itu namun untuk sampai ketempat itu terpaksa berjalan kaki selama 3 jam.

Diusia emas begini rasanya sudah tak larat berjalan kaki sejauh itu. Apa pun yang penting hasrat berkunjung ke Long Pasia telah terlaksana. Dalam perancangan Kemas Negeri banyak lagi tempat akan dikunjungi di seluruh pelusuk Sabah , tunggulah pasti menjadi kenyataan InsyahAllah.