Dimana-mana saja aku pergi mataku sering saja memerhati gelagat setiap manusia disekeliling, bermacam ragam serta sikap yang ditampilkan kadang buat hati remuk dan geram tak kurang ada yang menyumbang bahagia.
Baru-baru ini sungguh mengejutkan sikap beberapa sahabat dalam group whatsap yang kononnya berpendidikan sudah beranak pinak malah sudah bergelar datok, hanya kerana berlaku sedikit salah faham dan hanya terlanjur gurauan tiba-tiba melenting, menyumpah dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.
Astagfirullahhalazim aku mengucap panjang, aku terkedu seakan tidak percaya tergamak manusia itu mengeluarkan perkataan selucah itu. Jika pun ada masalah dalaman kenapa masalah itu harus dilempiaskan pada orang lain. menunding salah tanpa usul periksa.
Seumur hidupku menjalinkan persahabatan dengan sekelian manusia di mana-mana group diwhatsap atau Telegram atau dimana saja tak pernah sekali aku menemukan sikap manusia sekeji ini. Inilah dia golongan manusia yang harus dijauhi. Selama ini aku menghormati mereka sebagai sahabat namun kini punah.
Golongan manusia serupa ini tidak harus dijadikan sahabat kerana jelas sikap sebenar mereka, bukan saja gagal mengawal emosi tetapi gagal mengawal pertuturan. Sahabat seperjuangan dalam group tidak akan terlupa sepanjang hayat apa yang mereka tuturkan.
Itulah natijah sikap mengikut rasa binasa, ikut hati mati. Apa pun aku tetap mendoakan agar mereka sentiasa menjadi insan yang sedar diri. Aku sentiasa memaafkan kamu.
No comments:
Post a Comment