Selepas waktu ofes berakhir, aku bergegas ke Hospital ziarah suami kak Long masuk wad dua hari lalu, penyakitnya aku belum pasti. Kini baru ada kesempatan menjengok. Waktu aku datang sesuai untuk melawat jam 5 petang.
Sebaik tiba diwad suami kak Long sedang tidur, anak-anak kak Long menantu ada bersama termasuk kak Long. Setelah bertanya kabar dengan anak2 buah dan kak Long tentang suaminya yang semakin baik, aku ziarah anak saudara yang kebetulan berada dibilik sebelah sedang dirawat.
Ya Allah betapa hibanya jiwaku melihat budak itu termengah-mengah menarik nafasnya dalam keadaan mulut sedang disambung dengan oksigen. Suaranya tak putus-putus berzikir sambil tangannya dihulur bersalam satu-persatu adik beradik yang berada disisi mengelilinginya seolah-olah dia akan pergi meninggalkan mereka.
Adik lelakinya melepaskan tangisan sambil memeluk abangnya yang kelihatan sedang nazak. Ibu dan ayahnya nampak tenang namun dikelopak mata terlihat air mata bergenang.
Adik lelakinya melepaskan tangisan sambil memeluk abangnya yang kelihatan sedang nazak. Ibu dan ayahnya nampak tenang namun dikelopak mata terlihat air mata bergenang.
Ya Allah, menyaksikan suasana pilu itu, buat air mataku gugur, jantungku berombak kencang, aku tak mampu berkata sepata pun kerana menahan sebak. Satu demi satu kutatap wajah mereka menambah sesak nafasku. Aku terus beredar dan kembali ke wad suami kak Long, aku tak mampu menunggu lama disitu, rasa aku nak rebah.
Melihat para pesakit dalam wad itu sedang terbaring lesu, aku dapat merasakan betapa deritanya mereka menahan sakit. Ya Allah ringankanlah beban mereka, sembuhkanlah mereka ya Allah. Dalam hati ini bermunajat.
Waktu sudah hampir menunjukkan jam 6 petang, aku minta izin kak Long dan anak-anak buah meninggalkan wad, sebelum kaki melangkah pergi aku bisikan kata-kata doa semoga cepat sembuh pada suami kak Long.
Dalam kereta aku bertenang sebentar kerana jiwaku masih diamuk sebak. Fikiranku masih teringatkan para pesakit diwad itu. Ya Allah betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Aku mendapat perkabaran anak saudara itu telah pergi meninggalkan alam fana ini sekitar jam 4.30pagi tadi diwad itu. Innalilahiwainailahirojiun daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali. Aku tidak sempat hadir di pengebumian anak saudaraku itu kerana kebetulan ada urusan penting diluar daerah yang tidak boleh diabaikan.
Pemergiannya mungkin lebih baik dari terus menanggung derita. Sejak kecil mengidap penyakit sel darah putih berlebihan sehingga remaja berumur 18 tahun. Pemergiannya satu kehilangan buat keluarganya, namun itulah hakikat kehidupan hanya pasrah menerima segala ketentuan dari ilahi. Buat keluarganya bersabarlah doakan ia moga rohnya disisi roh para solehin Amin.
No comments:
Post a Comment